Pages

10 December 2014

Edisi Terima Kasih : Bingkisan Sahabat Alam Maya

Allahu. Ini lah indah nya persahabatan alam maya.
Ikatan terjalin walau tidak pernah bersua muka.

*senyum*

(hey..kau dah kenapa tulis2 camtu.. ala-ala nak tiru seseorang pulak.. tak kuasa tau... eii...tak suka..tak suka)

Orait, sambung. Last week punya cerita lah ni.
Secara kebetulan dapat bingkisan yang seakan sama temanya.
Secara kebetulan juga kedua dua nya minta alamat pada hari yang sama.
Dan bingkisan juga diterima berturut hari.

Yang pertama datang nya dari Cha. Famous blogger juga ni. Siapa tak kenal ibu kepada 3 beradik yang sering dipakaikan baju "seragam" tu kan. Pemilik blog si hijau cantik nih [link : Cha si hijau cantik].
Kad dan quilling bentuk stoberi. Siap ada magnet belakang nya.
Kad birthday tu. Awal2 lagi Cha dah bagi. Thank u Cha!



Sehari kemudian, sampai pula bingkisan ini.
Dari Alia [link : Alia Suka Suki].
Ah, dengan Alia ni, kami baru je kenal.
Kenal masa aku cari info berkaitan bypass masa bapa mertua buat bypass kat IJN tu hari.
Yang lebih merapatkan ukhwah kami adalah - kami sesama TTC dan tempoh nya juga sama. Dan kebetulan lain, dia tinggal di Ipoh. Ate, senegeri pulak la kan.

Alia ni, selain quilling, dia ada bakat melukis tau. Melukis komik pun buleh. Sbb tu dia hantar sekali tulisan karton tu. Comel kan.



Apa pun, terima kasih untuk mereka berdua. Terharu sebenarnya.
Ini lah indahnya persahabatan alam maya kalau kita ikhlas dalam bersahabat.

1 juta komen:

semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga.... terasa macam ehhhh...ada entry utk inikah...... [sambil tersenyum simpul....]...seronok dapat berkenalan dengan kekda...dan seronok baca blog kekda yang penuh dengan info ni.... ;)))

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign