Pages

22 October 2013

1st Time Ke Kenanga Wholesale Centre (KWC)

Ha... mmg out dated lah chepuanstoberi ni kheeennn. Orang lain dah berkurun abad - ulang alik - tetiap bulan ke Kenanga, aku baru nak pergi. Naseb arrr kann.... Maklum la, 'jauh' sangat kan. Memang begitu adat nya. Kihkihkih.

Entah ek. Dari hari ke hari, bulan ke bulan, makan tahun terus aku tak ter pegi Kenanga ni.
Tapi dek kerana nak carik skirt labuh, ku gagah juga untuk pergi.
Jadi, setelah proposal diterima oleh myDH, maka jom lah pergi.

shopping baju di Kenanga
Gambar sekadar hiasan : Google

Masuk parking ber tingkek tingkek tu. Dapat parking tingkat 11 sanun. Phew. Penuh. Hari minggu. Kalau nak raya lagi lah padat agaknya.

Jalan Kenanga
KWC Official web

Lps parking, terus turun level paling bawah. MyDH kata turun dari bawah, naik balik ke atas. Waa.. bes..bes.. Sampai je terus rambang mata. Phew. Giler ah. Giler nih. Cemna nak kawal nafsu nih. Risau nih. Pusing la dari tingkat bawah tu smpai tingkat 6. Dan hasilnya - 3 pasang skirt labuh, sepasang blouse, selai legging dan sepasang jaket. Semuanya kurang dari satuslimaploh. Tu pun telan ailiyo gulp gulp je tgk dress yg semuanya kurang dari RM50. Tp tak beli. Sok sok lah. Gambar hasil belian dah jaja kat insta, jd sini takyah (malas nak upload sebenarnya).

Tempat makan pun senang. Ada kedai melayu. Kiterang lunch kedai Ulam apa kenamanya ntah. Tingkat berapa lupa dah. Tp dkt ngan booth each a cup (minuman feveret - mango passion fruit). Bukan food court lah. Aku napak food court cina je. Surau pun ada. Pendek kata selesa je pun kalo nak shopping. 

Tapi area Kenanga ni mmg byk tul kedai2 jual segala baju harga borong ni yea. Keliling KWC ni pun seme kedai2 jual baju. Masa nak kuar dari area tu, meliar je mata tengok baju bajan yg bes nya.. banyak nya dress dress.

p/s : Rupanya ramai bebudak ofis ni pun belum pernah shopping kat sana. Huhu. Bila aku citer beli memacam kat sana, dah reramai nak pergi. Plan nak g hari Jumaat la, apa lagi. Dekat je sebenarnya pun dari ofis kiterang ni. Dah jadi rombongan che stoberi ni namanya. Haha

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign