Pages

Showing posts with label big bad wolf. Show all posts
Showing posts with label big bad wolf. Show all posts

23 November 2015

Big Bad Wolf December 2015


Yang ni pun menarik gak.
Dikelilingi dengan buku buku penuh se-dewan.
Best woo.
Last year gi ngan famili abg cik. Tengah malam kiterang pi.
Tak rasa mengantuk pun bila dah sampai sana.
Tahun ni tak tahu lagi lah.
Lagipun tak tahu apa buku nak carik lagi.
Tapi, nak carik ni.

Tengok lah keadaan.
Lama tu. Anytime je boleh pergi pun.
Dah la 24 jam kan.

Info [big bad wolf]

16 December 2014

Big Bad Wolf : Disember 2014

Yaih.
Pergi jugak.
Hihi.

Buku pergi yang sebelum tu pun tak abis baca.
Aku ingat aku pergi tahun lepas.
Rupanya awal tahun ni. Bulan Feb. Oww.. yg fireball book sale [link : BBW]

Pergi kali ni sbb bawak abang n kak ipar aku. Sebab derang dok di Perak dan jarang lah dapat pergi pesta pesta buku cemni.

Kami gerak dari rumah lepas Isyak. Dekat2 kul 9 camtu lah.
Biasalah. Jumaat malam harus la jem kan.
Pastu smpai The Mines dalam kul 10malam. 
Jadi sesak. Sbb mall baru tutup. Harus orang berpusu2 keluar kan.

Tapi masuk parking MIECC tu okay okay saja.
Parking pun ada je yang kosong.
Duk dalam tu dari jam 10pm lebih kurang hingga jam 1pagi.
Okay lah kan. Dalam 3 jam camtu.

Aku pun dalam taknak taknak beli buku pun terjebak juga.
Hiwhiw.
Alah, nak pergi sini takyah tips n trick sgt lah.
Pergi je.
Cam yg sebelum ni, takde buka 24jam, so aku pergi pagi. Okay okay saja nak parking. Orang memang ramai, tapi selesa je lah nak memilih buku.
2nd time ni pun mudah je. Selesa je nak carik buku walau makin malam makin lah ramai orang.
Pendek kata - serbu saja.
Toilet pun bersih. Ada je orang jaga.
Takde hal. 
Yang tgh tu anak buah aiols. Tolong tarik troli.
Itu kakak ipar aiols yang teruja tgk buku cupcakes.
Dia suka buat kek. Sbb tu dia teruja tgk buku cookery yg byk tuh.
Memula masuk terus g kat Malay Books. Banyak novel.
Tapi novel edisi lama la.
Takde la novel baru2 tahun 2014 ke novel encik sotong ke.
Tengah saring buku. Eii.. mmg rasa taknak saring.
Nak beli je semua. Tapi, kang tak terbaca.

Ambik ambik buku - lepas tu duk satu tempat - select balik.
Pun selesa je. Mmg ada kawasan khas utk kita saring kan balik buku tu.
Pastu ada kotak besar untuk letak buku yg kita taknak.

Senang kan.
2 kali aku pergi BBW nih, takde la aku rasa menyampah, sempit ke apa ke.
Kalau pesta buku PWTC yang besar tu - rasa jugak cam sempit nya. Dengan orang ramai berpusu2. 
Ni takde lah. Okay2 je. Orang mmg ramai, tp dewan luas giler. Pastu setiap section buku tu ada byk tempat. 
Pendek kata selesa lah.
Sapa yang tak pernah pergi, sbb takut orang ramai - lepas ni kalau ada lagi - pergi je. Sbb tak sesak sgt pun. Tapi kalau pergi weekend - siang - ramai lah kot. Kot lah.

So, ai beli ni je.
Total cost RM53. Tu pun termasuk Fridge Magnet BBW. Kalau tak RM49 saja. Berhemah sket. Sbb itu pun just nak selak2 sket je tu. Hiwhiw.
Oh. Novel melayu tu RM5 je per novel. Buleh la kan. 


Suka tau. Best sgt bau buku!

Oh. BBW ni di extended hingga 21hb lah uols. Sapa tak berkesempatan pergi, ada masa pergi lagi..


21 February 2014

Big Bad Wolf Fireball Book Sale

Walau aku 'hantu' buku, tp ini 1st time aku ke Big Bad Wolf ni.

Dulu cakap la 24 jam tanpa henti ke apa. Takde nya aku smpai.
Sbb utama - myDH malas nak pergi sbb dia takut susah nak carik parking.



Tapi kali ni aku ajak jugak.
Sbb - nak carik buku juicing atau apa2 buku kesihatan.
Mmg tak target buku lain pun la.

Any books yg romance ke fiction ke apa, mmg malas.
Novel aku pun berlambak tak berbaca lagi.

Ni pesta buku bulan 4 ni pun aku dah tak boleh beli novel lagi.
Berpuluh. Ye, mmg berpuluh novel aku tak baca lagi kat rumah.

Yang elok ber plastik lagi pun ada.
Bila dah ada bebanyak tu aku ada penyakit lain. Penyakit baca sekerat sekerat. Dah rasa tak bes aku stop - aku amik buku lain. Tu masalah. Kalau beli satu2 oke lagi. Bes, tak bes kau kena hadap jugak. Ni bila dah banyak, tu lah bahananya.

Seterusnya.
Pasal BBW nih.
Aku beli ni saja.

Bebetul murah kan.
Dengan harga yang sama tu, kalau pergi PBAKL, dapat 3 buah novel ja.
Dengan ni dapat 8 buah buku. Paling bes buku Juicing yang ada gmbr jus tu - RM12 sajork. Eh, tu pun dapat diskaun lagi. Giler ah.
Kalau ada anak lagi la aku giler nak membeli buku anak2. Pasal buku, mmg takpe berhabis. Sbb aku dulu masa kecik pun mmg sentiasa mak ayah aku belikan buku. Itu lah pasalnya smpai sekarang aku cam ada kegilaan pada buku. Beli. Suka sangat beli. Sbb aku suka sentiasa ada bahan bacaan baru kat rumah. 

Cuma adalah aku baca kat FB dia - ada orang komplen katanya kenapa buat tengah bulan. Kesian orang berpendapatan rendah - yang takde duit.
Bila baca tu, kesian mmg kesian. Tp takkan dia nak ikut kita je kan. Ikut dia lah nak buat bila pun. Lagi pun, dia tak pernah paksa pun. Tkde pun dia kata 'hey, kau wajibbb pergiiii'. Takde kan. So, tunggu la. Nenati dia buat lagi. Lagipun seminggu kot dia buat. Ni minggu ni dah gaji pun orang govt. If tak gaji, tunggu la bebila. Orang kita ni pun satu hal jugak. Org lain pergi, beli buku omputih, kita pun nak pergi. Nampak trend la. Sebenarnya pun, murah je buku2 ni. If buku utk anak2 lagi la. RM50 aku rasa dapat pelbagai. Tp mesti orang kata 50ringgit tu memacam boleh beli. Jadi, tu lah - menda ni bukan paksaan. Sapa rasa nak pergi, pergi, takde.. nanti lain kali ada lagi. Simpan duit dari sekarang. Sok sok dia buat tgh bulan dah boleh pergi. Gitewww...


Bes lah. Nati kalau ada lagi, nak pergi.
Tips dia - datang awal2. Tak sesak. Parking pun senang. Orang pun tak ramai lagi. Lps tu tahu buku apa kita nak beli.  Lain lah mmg kita dah nawaitu 'sahaja aku dtg sini utk duduk dari jam 9pg hingga 9mlm'. Huhu.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign