Hari ni ai nak sharing dengan uols satu artikel yang ai rasa boleh jadikan panduan esp yang bergelar "pekerja"
Ai baca kat Mingguan Malaysia, lps tu ai carik online agar ai buleh sharing.
Bagus nih.
3 perkara kita mesti elakkan jangan ada dalam hati kita sebagai pekerja
#jangan bersaing - supaya takde rasa iri hati, dendam, kecewa.
#jangan berasa kita penting - agar tak menimbulkan rasa bongkak dan ego.
#jangan mengharapkan penghargaan - bekerja untuk mendapat keredhaan Allah [aku akui, kengkadang ada juga rasa yang ni. Contoh macam ye ye je kita susah2 kita angkat borang tukar dia setiap kali meeting, bila dah dapat, terima kasih pun tak. Tapi, kena reset minda - harap takde dah perasaan gini. Bekerja kerana Allah dan bukan harapkan terima kasih orang]
Jangan resah kalau tak naik pangkat. Allah akan beri rezeki dalam bentuk lain. Anak-anak jarang sakit. Kereta jarang rosak. Balik rumah rasa tenteram. Yang ni mmg betul. Orang yang tak berkira dengan kerja, yang rajin, yang fokus dengan kerja kat office, anak-anak nya jarang sakit. Jarang sekali EL dengan alasan anak tak sihat.
Redha kalau masih takde peluang. Jangan kecewa. Frust. [oh hoi.. yang ni aku pernah rasa sekali. Sekali tu je lah. Tak lama lepas tu aku dah 'nampak' kenapa Allah tak bagi peluang masa tu. Kan aturan Allah tu yang terbaik untuk kita :) ]
3 sifat yang menjadi garis panduan untuk menjadi pekerja hebat
#hubudiyah (kehambaan) - hamba kepada Allah
#masuliyah (bertanggungjawab) - kepada tempat kita bekerja. Dan bukan mengadu domba mencerca tempat kerja/majikan/penyelia di FB.
#ifqan (buat kerja sebaik-baik mungkin) - Integriti, melayan orang lebih baik dan buat lebih dari apa patut kita buat. Tidak berkira masa agar Allah juga tidak berkira dengan kita.
Kredit : Reset Minda Prof Dr. Muhaya, Mingguan Malaysia 21.12.2014
1 juta komen:
terasa menusuk dijiwa... mmg bnyk kena reset minda dan hati ni.. walaupun sbnrnya ssh nak berpikir kedpn ... nak selalu positif sbb kdg2 mesti ada nak pikir negatif jgk huhuhu ...
Terima kasih atas komen anda :)