Pages

24 December 2014

#banjir2014 : Sahkan Dulu Sebelum Sebar

Dengan sumber maklumat yang begitu pantas sekarang ni, memacam berita sampai laju berdesup kat kita. 
Tapi, ikut lah kebijaksanaan kita dalam menyampaikan berita tu.
Kadang tu, boleh menimbulkan kelam kabut kat orang je.
Sekarang ni berita banjir lah kan.
Macam semalam. Jadi viral gambar banjir yang dikatakan kat kampung aku.
Kalau kita tak tahu hujung pangkal,  memang boleh jadi cemas giler.
Anak buah dah duk sebok kat w.app.
Tapi, masa tu aku tak buka lagi kat FB (sbb sedang menikmati stimboat Johnny's. Ah, sesejuk ni dapat makanan bersup panas camtu, mmg terbaekkk).
Dalam kul 6 lebih camtu. So, dia cam duk sebuk tanya cemna kampung..cemna kampung. Eh, talipon lah kalau nak tahu.. aku pun blum call mak lagi masa tu.

So, dah malam sket baru aku tgk FB. Tengok gambar tu. Ada member tag apa semua. 
Oh.. kalau gini mmg lah orang cemas. Tapi, aku perhati gambar tu, kat mana ni? Takde bentuk rumah gitu kat kampung aku pun.
Bila aku baca kat komen2... oh, kat kampung yg berhampiran rupanya.
Bukan lah kat kampung aku... haish!

Tapi, apa nak buat kan.. orang pun tak tahu.. dia tahu fwd/viral kan je lah. Anggap sahih je lah. Yang penting fwd. Untung2 kita lah jadi penyampai news terkini. Gitew....
Lps tu aku dapat jugak w.app gambar tu. Letak jugak nama kampung aku. Naseb baik masa tu aku dah tau yg gambar tu mmg bukan kampung aku.

Please la. Kalau mak korang, seorang warga emas yang duk kat situ, ada tak korang rasa cam nak terbang balik kampung sekarang bila tgk gmbr camtu?

Sebenarnya, lepas maghrib camtu call mak, tanya keadaan. Mak masih ada kat rumah, cuma takde letrik masa tu. Keadaan masih terkawal. Tapi, dalam pukul 9mlm, abang call kata orang dah suruh pindah ke sekolah. Sbb takut air naik tetiba. Mmg ada rumah yg dah naik air. Kawasan yang rendah lah. Tapi tidak lah seperti dalam gambar tu. Maka, depa pun pindah lah.

Dan pagi ni, abang call, katanya derang dah balik rumah.
Alhamdulillah, rumah mak air tak naik.

Now, berdoa je lah, jangan lah hujan berterusan. 

So, apa pun, kalau nak sebar, periksa dulu kesahihan okay.
Unless, mmg gambar tu mmg sumber dari anda sendiri, anda yang berada di tempat kejadian. Okay. Chill.

p/s : Berita kat Utusan [link : Banjir di Perak]. Tu pun salah jugak info, kalau kat kampung aku, mangsa banjir ni ditempatkan di sekolah dan bukannya kat Dewan Orang Ramai. Pftt... (T____T)
Tapi, yang ni aku rasa betul sbb ada tulis Dewan Orang Ramai Kg Felda Lasah [link : Peraktoday]

***
‘Sahkan dulu sebelum sebar’
Rantau Panjang: “Sahkan dulu maklumat itu sebelum disebarkan sebab maklumat yang salah itu cepat sangat pengaruhi orang lain,” kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Beliau memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berhubung banjir yang melanda Kelantan ketika ini terutama mengenai dakwaan penduduk lemas.

Katanya, tindakan itu bukan hanya menyebabkan masyarakat panik, bahkan turut memberi implikasi buruk kepada kerja menyelamat mangsa.

“Sedangkan pihak berkuasa kami bertungkus-lumus membantu memindahkan mangsa banjir, ada pula golongan lebih senang menyebar maklumat yang tidak jelas kesahihannya.

“Saya mohon supaya periksa kesahihan maklumat itu dulu dengan polis dan pihak berkuasa lain,” katanya ketika ditemui ketika mengiringi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, di sini, semalam.
Kredit : Metro

1 juta komen:

bila semua di hujung jari dan ada pula yg ambil kesempatan. memang sungguh merisaukan.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign