Walau aku 'hantu' buku, tp ini 1st time aku ke Big Bad Wolf ni.
Dulu cakap la 24 jam tanpa henti ke apa. Takde nya aku smpai.
Sbb utama - myDH malas nak pergi sbb dia takut susah nak carik parking.
Tapi kali ni aku ajak jugak.
Sbb - nak carik buku juicing atau apa2 buku kesihatan.
Mmg tak target buku lain pun la.
Any books yg romance ke fiction ke apa, mmg malas.
Novel aku pun berlambak tak berbaca lagi.
Ni pesta buku bulan 4 ni pun aku dah tak boleh beli novel lagi.
Berpuluh. Ye, mmg berpuluh novel aku tak baca lagi kat rumah.
Yang elok ber plastik lagi pun ada.
Bila dah ada bebanyak tu aku ada penyakit lain. Penyakit baca sekerat sekerat. Dah rasa tak bes aku stop - aku amik buku lain. Tu masalah. Kalau beli satu2 oke lagi. Bes, tak bes kau kena hadap jugak. Ni bila dah banyak, tu lah bahananya.
Seterusnya.
Pasal BBW nih.
Aku beli ni saja.
Bebetul murah kan.
Dengan harga yang sama tu, kalau pergi PBAKL, dapat 3 buah novel ja.
Dengan ni dapat 8 buah buku. Paling bes buku Juicing yang ada gmbr jus tu - RM12 sajork. Eh, tu pun dapat diskaun lagi. Giler ah.
Kalau ada anak lagi la aku giler nak membeli buku anak2. Pasal buku, mmg takpe berhabis. Sbb aku dulu masa kecik pun mmg sentiasa mak ayah aku belikan buku. Itu lah pasalnya smpai sekarang aku cam ada kegilaan pada buku. Beli. Suka sangat beli. Sbb aku suka sentiasa ada bahan bacaan baru kat rumah.
Cuma adalah aku baca kat FB dia - ada orang komplen katanya kenapa buat tengah bulan. Kesian orang berpendapatan rendah - yang takde duit.
Bila baca tu, kesian mmg kesian. Tp takkan dia nak ikut kita je kan. Ikut dia lah nak buat bila pun. Lagi pun, dia tak pernah paksa pun. Tkde pun dia kata 'hey, kau wajibbb pergiiii'. Takde kan. So, tunggu la. Nenati dia buat lagi. Lagipun seminggu kot dia buat. Ni minggu ni dah gaji pun orang govt. If tak gaji, tunggu la bebila. Orang kita ni pun satu hal jugak. Org lain pergi, beli buku omputih, kita pun nak pergi. Nampak trend la. Sebenarnya pun, murah je buku2 ni. If buku utk anak2 lagi la. RM50 aku rasa dapat pelbagai. Tp mesti orang kata 50ringgit tu memacam boleh beli. Jadi, tu lah - menda ni bukan paksaan. Sapa rasa nak pergi, pergi, takde.. nanti lain kali ada lagi. Simpan duit dari sekarang. Sok sok dia buat tgh bulan dah boleh pergi. Gitewww...
Bes lah. Nati kalau ada lagi, nak pergi.
Tips dia - datang awal2. Tak sesak. Parking pun senang. Orang pun tak ramai lagi. Lps tu tahu buku apa kita nak beli. Lain lah mmg kita dah nawaitu 'sahaja aku dtg sini utk duduk dari jam 9pg hingga 9mlm'. Huhu.
2 juta komen
Assalamualaikum kekda, rajinnya pergi! sheila tak pernah masuk kekda oiii. teringin nak borong novel. hiewhiew. hahaha nawaitu sehari semalam lepak situ. kihkih ~~~ murah gila kekda, lain kali kirim beli novel seketul dua boleh?
Hoh!! Sangat-sangat murah KekDa oiii!!!!! Berbaloi2 rasanya bila tengok ketebalan buku-buku tu....bagus KekDa, bila lah nak sampai Melaka balik ni pesta buku mcm ni...
Terima kasih atas komen anda :)