Tapi, tahun ni rasa cam nak sembang sket lah pasal ni.
Uols dah settle ke buat LNPT ni?
Weols baru ter gedek gedek buat. Hihi.
Kat ofis weols ni depa bahagikan kepada 3 stage.
Stage pertama utk PYD masukkan data dalam LNPT. Yang tu dah settle dah.
Pastu stage utk PPP.
Dan stage utk PPK.
Now kami dalam stage penilaian oleh PPP.
Hujung minggu ni due date nya.
Maka mari lah kita buat sebelum diberi peringatan.
Bukan lah susah pun kan.
Tapi tu lah. Nak mengarang ayat utk ruangan prestasi keseluruhan dan kemajuan kerjaya tu kemain payah.
4 orang pun aku amik masa dekat nak sejam.
Tu cara cara 4 orang, kalau 14 orang.. pitam. Mujo assistant aku 4 orang cuma.
Lagi banyak lagi pening.
Aku telus. Biasanya lepas bagi markah, aku beritahu depa aku dah bagi markah, suruh depa buka HRMIS, tengok sendiri. Then, aku panggil lah depa. Mula panggil yg 17 dulu, pastu yg gred 27 lak. Takde la aku panggil sengsorang. Aku panggil sekali berdua. Supaya depa leh tahu apa yang kurang, apa yang lebih pada kawan sorang lagi. Supaya ada sifat bersaing secara sihat gitu. Pastu aku bagitahu lah kenapa bagi markah begitu. Kenapa kawan tu dapat markah begitu.
Mmg dari dulu lah aku amalkan cara camni. Biarlah. Lain orang lain cara nya, kan?
So, settle dah panggil depa berempat.
Lega lah kata orang tu. Bak kata bos kawan aku kat Taiwan tu - "ini periuk nasi orang, i will never ruin it". Betul tu. Mmg kita pandang LNPT ni remeh, kita kata alah..orang tu malas kerja pun boss bagi 99.9% markah, orang kata dapat markah tinggi pun tak APC jugak. Tp sebenarnya ini lah hasil kerja kita sepanjang tahun yang perlu dinilai oleh penyelia. Kita menilai ikut hati yang bersih dan suci, bukan ikut emosi. Jangan kerana kita ada tak suka orang tu, nah kau aku bagi kau 50%. Heh!
Cuma markah aku je aku tatau lagi nih.
Tapi takpe lah. Yang penting kita tahu apa niat kita kerja nih.
Dapat markah tinggi, dapat APC, itu kira satu bonus. Alhamdulillah.
Tak dapat takpe. Belum rezqi. Ada la rezeki Allah bagi kut lain. Alhamdulillah juga.
Kerana nun di luar sana, beribu orang masih menanti rezeki cam kita dapat ni.
So, jom buat SKT tahun 2015 pulak.
Terima kasih atas komen anda :)