Pages

8 December 2014

Pencetus Ummah Musim Kedua

Ada sesapa follow?
Aku tak la follow sgt. Musim pertama pun tak tgk.
Tapi yang kedua ni cam best jugak lah utk di follow.
Cuma, biasanya aku follow after 10pm. Dia start 9pm - setiap Khamis. Oasis n Maya (ke Mustika) HD.
Hari Khamis ni dah minggu kelima.
kredit : Munsyeed

Tapi, walau aku tgk after 10 pun, aku tetap dpt tgk 2 p.u feveret. Selalunya derang ni mmg last last keluarnya.
Cea. Ada PU feveret la pulak. Haha.

PU feveret weols (asben ai pun suka juga)
PU Azman. Sedikit biodata beliau [link : PU Azman]


Apa yang menarik sbb dia gunakan loghat Negeri Sembilan (tp kat biodata dia, asal KL).
Tapi, masa minggu ke3 [link video : Mimbar minggu ke3 - PU Azman] dia kena tegur ngan ustazah Zawiah (kalau tak silap aku), yg jadi juri masa tu. Katanya jgn guna sgt perkataan cam omak kau, bapak kau, bunyi cam kasar katanya. Lepas tu dia cam nak menangis dah. Tapi, rasanya rata rata orang suka je. Masa tu dia jadi juga pilihan pendengar Sinar FM. Minggu sebelum tu pun dia dapat. Eh, okay pun. Dun worri PU Azman, weols suami isteri yakin uols buleh ke final. Insyallah.. ! "Moh deraih gi ngaji"

Second, yg weols suka adalah PU Faiz
Kelantan pekat ni [link : Biodata PU Faiz].
Tapi, sbb dia mmg ustaz kan, so, mmg ada tokoh la bila dia dibagi tugasan.

Best bila tgk derang ni jawab soalan spontan tu. Dari penonton, dari juri ke. Last week, ada sorang dapat soalan dari penonton (tp abang cameraman yg tanya), dia tanya kalau dia kena kerja dari jam 7mlm -9mlm, cemna dia nak solat Maghrib. Nak jama' ke cemna?
PU tu jawab - kalau buleh carik kerja lain. Aduyai. Yang murabbi depa dah geleng2 kepala ja. Masa tu ustaz Don jadi juri. Dia cakap "toksah la kata suruh dia carik gheja lain, sat gi dia pi gheja lain, sapa pulak nak amik gambaq hang?' Ustaz Don kata - kalau keadaan camtu, boleh je solat kat situ..cari tempat diyakini  bersih. Kan.. senang. Mula aku ingat jawapan dia boleh jama' (bukan jama' qasar yg utk musafir tu. Jama' sahaja). Tu lah. Bagus juga tgk rancangan agama cemni. Buleh refresh dan buleh tahu juga ilmu agama yg kita tak tahu atau kurang tahu tu. Tak salah pun kan.

Cuma kalau "berbulu mata" dengan Fizo, susah sket la kot. Sbb pengacara dia Fizo. Pastu every week pun si Mawar tu ada jadi penonton. Fareeda jadi penaja ke tatau lah pulak kan.

Tapi, sekarang ni Keluarga Iskandar dah tukar pulak hari Khamis pukul 10.30pm, jadi.... ter pesong juga tgk Keluarga Iskandar. Huhu. 

1 juta komen:

yg musim pertama dulu seyes sy lyn dr mula sampai akhir .. ulangan pun layan ... mmg terbaikk sgt .. tp yg kedua ni kdg culas².. bkn sbb fizo tp ntah cam bnyk drama pulak yg kali ni .. ke .. sbb lg suka ustaz ridhuan tee yg mengacara kot ...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign