Pages

2 December 2014

Dari Dr Hamid : Makanan Untuk Pesakit Endo/Cyst

[Entry ni ada dalam draft. Aku pun tak pasti apsal aku tak publish kan. Takpe lah. Dah hujung2 tahun ni, mari lah kita publish kan]

Aku pun tak ingat aku pernah tempek dulu atau pun tak.
Tapi, sbb pemakanan aku kembali caca marba, ikut dah aku je, jadi, mari tempek sekali lagi.
Manusia ni. Mmg mudah lupa kan.
Nah....

Jika ada tanda2 atau gejala2 tersebut ambil langkah2 berikut;
3. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan peluang hamil.
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.

4. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung  - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

5. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.
Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate
Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger. Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

6. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU,
Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.

Yang penting kita amalkan healthy lifestyle.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign