Special entry for Zana - on her request utk tahu berkenaan Gantian Cuti Rehat.
"Akak pun tak berapa nak pandai ni Zana, but akak cuba terangkan yer"
Skrg sbb aku dah handle kerja ni, maka kena tahu la segala berkaitan persaraan dan faedah persaraan. Kata org skang - pasca perkhidmatan.
APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara, dan
bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.
SIAPA YANG LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.
SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.
***
Itu adalah soalan2 umum yg kita patut tahu lah.
Sebagai penjawat awam, ini adalah salah satu faedah persaraan kita.
*Jenis-Jenis Faedah PersaraanAnggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan berikut:
-Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan);
-Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus); dan
-Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus).
GCR ni bukan je orang yg amik option pencen je dapat. Org yg opt KWSP pun buleh dapat - rujukan :
So, cemana nak dapat GCR ni?
Jawapan dia senang je - kumpul lah cuti. Jangan lah dihabiskan cuti tahunan tu. Dulu, boleh kumpul smpai 120 hari saja, tp bermula tahun 2009 (rujukan PP 18/2008) dah buleh kumpul sehingga 150 hari.
Pada akhir tahun biasanya Pentadbir Cuti kita akan tanya samada kita nak bawa cuti ke GCR atau tak. Ada borang dia, maka kita isi lah. Biasa aku akan bawa dalam 5 hari utk GCR. Aku start kumpul selepas aku disahkan jawatan tahun 2007 dulu. Sebelum ada anak ni mmg aku pulun utk kumpul ke GCR. Berapa hari buleh kumpul?
Jumlah maksimum cuti rehat yang boleh dikumpul untuk GCR dalam satu tahun ialah sebanyak separuh dari kelayakan cuti rehat yang layak pada tahun tersebut atau 15 hari, mengikut mana yang kurang.
Tak paham?? Oke, buleh refer web ini - Panduan .
Nak selamat, kumpul 5 - 10 hari setahun pun dah cukup. Sbb tu masa awal2 masuk kerja kena kumpul. Sbb nati bila dah ada komitmen makin banyak lagi susah nak kumpul cuti.
Berapa pula kita akan dapat?
Ha.. ni bes..
FORMULA PENGIRAAN
GCR adalah dikira berdasarkan formula berikut;
1/30 x gaji yang akhir diterima x jumlah hari cuti rehat yang dikumpulkan
(tertakluk kepada had maksimum 150 hari)
Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.
Nak congak2 pun buleh, lagi sng sbb skang guna tangga gaji minimum maksimum kan. Konon gaji mati kita kat maksimum la kan. Tp mustahil la kan, takkan ko statik duk jawatan tu smpai pencen. Harus naik pangkat katanya. Kalo ada rezeki lah. Hihi.
Oke, Kata la kita pencen nati gaji kita RM5000 (utk kump pelaksana II dan PnP mungkin lebih)
1/30 x 5000 x 150 = +-RM25,000.00
Yer, instead of ganjaran perkhidmatan yg mmg dpt (which org duk panggil golden hand shake tu), dpt lagi award cash. Sapa mau kasik puluh2 ribu tu. Katakan gaji mati 1000 pun cukup la, yg mana mustahil ada orang gaji mati 1000, tu pun dpt 5,000 dah.
Dari itu, bagi sapa yg baru masuk sektor awam ni, peruntukkan lah sedikit cuti utk dibawa ke GCR. Kalo ada pentadbir cuti yg tak mahu terima, report je ke JPA. Sbb ini adalah salah satu faedah kita sebagai penjawat awam.
*aku pun tak ingat dah berapa byk aku kumpul. Kena tgk balik ni. Udah la cuti aku pun cam ter sikit plak ni, padahal aku rasa ada lebih 40 hari lagi ni, cemana buleh tinggal 20 lebih je dlm HRMIS nih
Terima kasih atas komen anda :)