Pages

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

21 March 2019

Menolong Orang Lain Tanpa Berkira

Tu ari ada letak kat FB. Letak kat IG jugak. Letak kat status kat whats app  jugak.
Sebab rasa best lah infografik ni.




Betul tak?
Fikir lah sedalam nya.
Kadang kan, kita ni ada je jalan dipermudahkan walau kita rasa sulit.
Antara sebabnya, ni lah.
Kerana kita mudah membantu orang lain.

Pada anak2 buah kt office ni, memang kakak tekankan perihal ini.
Dari unit lama dulu lagi dah.
Kakak pesan, bantu lah orang.
Memang terkadang, kita rasa cam kenapa lah dia mintak menda2 yg susah2 ni.
Takpe.
Tolong je setakat yang mana termampu kita.
Sebab kita tak tau, satu hari nanti, mana tahu, kita pun ada nak mintak tolong pada orang2 ni.
Kadang anak buah kakak ni memang menyampah lah, cakap tu bukan keja kita bla bla bla..
Takpe. Kakak pujuk je. Kita bantu.
Percaya lah satu hari nanti, kita nak minta tolong orang pun mudah.
Alah. Kalau bukan kerja kita pun, kalau bukan kita uruskan menda tu, tapi kita tahu pasal tu, and kita pun boleh dapatkan info dari orang lain, apa salah nya kita bantu. Takde rugi secubit pun kat kita. Kadang tak pakai banyak tenaga pun.
Anak2 buah selalu cam.. ala... akak ni..

Hehe. 
But, please ya.. jgn kata kakak ni susahkan anak buah pulak.
Biasanya menda tu akak la yg handle, akak suruh depa ni carik info je.

Kalau environment office, lelebih lagi yg ramai bilangan staff nya, memang lah memacam perangai kita jumpa.
Ada yang tak boleh berlebih kurang dalam membantu.
Ni kalau bukan kerja dia, huii... memang dia takkan nak bantu.
Dia pegi halanya kita ke tempat lain bila kita nak minta tolong.
Contoh macam "ha.. pi lah tgk kat sekian sekian tempat, kan ada situ"
Allahu.. dah kita tau dia yang uruskan, kan senang kalau dia bantu direct.
Ni tak... seboleh boleh suruh kita usaha. Pepandai lah kau nak dapatkan.

Tapi, kalau time dia minta tolong, pandai pula kan.
Orang ni bukan nak membalas. Tapi, kalau kita pun jenis susah nak memberi, memang orang lain pun akan buat menda yang sama.
Tapi, kalau kita jenis tak lokek, ada je jalan nak mudahkan orang, ada je jalan nak bagi orang gembira, memang nanti kita pun akan jadi senang je. Smooth je. 
Contoh orang yang senang membantu.
Telepon je tanya kak boleh tak dapatkan ini..ini..
Dia kata, dia tak buat menda tu, tapi jap eh..akak tanya orang ni.
Pastu nanti dia call, bagitahu dah emel kat kita apa kita nak tu.
Senang kan. Memang bukan dia buat, tapi dia cuba bantu kita.
Takde pulak dia nak kata eh, kau pi lah mintak kat orang tu, dia yg buat... bla bla bla.

Memang lah kadang menda tu memang kita dah sediakan pada tempat khas. Kalau orang nak, pegi lah amik kat situ. 
Tapi, kalau ada call, minta direct kat kita, apa salah nya bagi je. Jadi menyusahkan kita ke? Tanya je lah kan.
Kita bagi je. Bukan susah. Menda tu memang ada dalam simpanan. Takde lah nak kata "eh, pi la tgk kat sini..sini.. "

Orang ni kadang, bukan dia malas, just dia nak tgk sejauh mana kita punya "pemurah" tu. Lokek ke tidak nak bantu orang. Berkira ke tidak.
Sikap la kan.

Satu lagi bila kita mudahkan urusan orang, percaya lah.
Allah akan mudahkan urusan kita.

Lagi satu, jangan berkira. Tak kira lah dalam hal kewangan ke, kederat ke apa ke.
Kewangan lah biasanya kan.
Ada lebih2 kurang tu, bagi je lah.
Ni tak. Kurang seposen pun mintak. Hehe.
Tapi yelah, takkan kita nak paksa orang halalkan.
Terpulang lah.

Ni ada satu citer lah.
Tapi, nak kata humble brag ke, angkat diri ke, sukati lah.
Tu ari masa balik kampung, masuk Watson sbb nak beli pencuci muka. Terlupa bawak balik kampung pencuci muka, so kena beli lah. Nak beli seketui tu ja. Tapi, orang komain ramai beratur nak bayar. Lecehnya rasa. Tapi, takkan nak potong Q pulak kan. So, beratur.
Adik yg Q depan boleh thn byk juga barang dia.
Bila dia bayar total dalam RM104 camtu lah.
Dia bagi RM200. Maknanya note RM100 tu 2 keping.
Cashier tu tanya takde duit kecik ke. Sebab takkan dia nak bagi change dalam RM90 lebih camtu kan (which buleh je kan sebenarnya).
Adik tu kata takde. Pastu dia tanya kawan, kawan dia pun kata takde.
Pastu dah macam stuck pula kat situ.
Kita ni nak cepat ni. Asben, anak ada tunggu dalam keta ni.
Last last akak kata, nah RM5 ni, saya nak cepat nih. Terus akak bagi kat cashier RM5.
Adik tu cam aaa... terpinga pinga.
Akak tanya balik, ada ke duit pecah dalam kereta (sbb dgr kawan dia kata ala..duit kecik dalam keta ada la).
Dia kata takde.
Takde takpe lah. Akak belanja.
Terima kasih kak katanya.
Settle.
Entah. Masa tu bukan lah akak kata akak nak tunjuk kaya ke apa.
Tapi, yg akak tahu akak nak cepat.
Kang nak tggu dia pegi pecah duit lah atau nak cancel apa dia beli lah. Lagi lambat.
Pastu macam student2 gitu kan. Kesian gak. Mungkin mak dia bagi 2 ketui tu duit utk belanja. Tu yang takde duit kecik langsung tu.
So, sedekah je lah.
Dan masa itu lah, esuk nya kakak pegi Pejabat Tanah, dan urusan kakak mudah sangat.
Pasal pejabat tanah ni kakak ada cerita kat sini.

Kakak cerita ni, bukan kakak nak humble brag ke apa tau. Jangan memandang cerita ni utk mengatakan "belagak lah tu, nak tunjuk byk duit bagi orang senang2 je"
Lps tu takde la nak kata orang lain tu tak bagus. Idak. Jangan anggap ghoper itu. Ada je hamba Allah, kengkawan yg sangat bagus, yang tak lokek membantu, yang berhati mulia. Ambik yang positif. Kakak pun kadang terkhilaf juga.

Cuma, dlm entry ni nak kaitkan dengan cerita "mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita"
Dan.
"Jangan berhenti menolong orang didalam kebaikan kerana kita tidak tahu kebaikan mana penyebab kita yang akan membawa kita kepada jalan syurga"

15 February 2018

Permudahkan, Memudahkan



Buat apa nak sulitkan menda yang mudah.

28 December 2017

Kebergantungan kepada Allah

Letakkan kebergantungan kita hanya pada Allah semata mata.
Allah.
Allah.
Allah.


2 December 2016

Sabar





Utk rakan-rakan TTC saya - sabar dan terus berdoa.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Percaya lah, selepas kita melalui jalan penuh berliku ni, Allah akan permudahkan jalan seterusnya untuk kita.

20 May 2016

Permudahkan Kesulitan Orang



Tak rugi pun.
Sangat tak rugi kalau kita permudahkan urusan lain.
Tak salah pun kalau ada perasaan ingin memudahkan urusan orang lain.
Tak salah juga kalau ada elemen bertimbang rasa dalam setiap tindakan yang dibuat.
Tak salah pun kalau sesekali memberikan penghargaan pada orang lain.

Terkadang ada yang terlupa.
Setiap perbuatan ada balasannya.
[bercakap untuk diri sendiri juga].

Moga kita.
Tidak lupa pada insan dalam kesulitan.
Moga kita.
Tidak lupa untuk menghargai orang yang membantu kita.
Moga kita.
Tidak menyulitkan perkara yang mudah.
Moga kita.
Tidak lupa "what comes around, goes around"

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Apabila kita mengetahui bahwa sebenarnya kita mampu berbuat sesuatu untuk menolong kesulitan orang lain, maka segeralah lakukan, segeralah beri pertolongan. Terlebih lagi bila orang itu telah memintanya kepada kita. Karena pertolongan yang kita berikan, akan sangat berarti bagi orang yang sedang kesulitan. Cobalah bayangkan, bagaimana rasanya apabila kita berada di posisi orang yang meminta pertolongan pada kita, Dan sungguh Allah SWT sangat mencintai orang yang mau memberikan kebahagiaan kepada orang lain dan menghapuskan kesulitan orang lain.

[kredit artikel : Link]




Salam Nisfu Syaaban - 15 Syaaban 1437H - Ahad (petang Sabtu dah masuk).

19 May 2016

Worth The Wait





18 May 2016

Miracle




11 May 2016

Precious Pregnancy, Precious Baby


Precious Baby.


Pernah membicarakan perihal "precious pregnancy" dengan rakan2 di alam maya (yang bukan dari golongan TTC'ian).
Salah seorang - yang juga ibu mencelah "alah, semua orang pun precious pregnancy"
Malas nak berbalah panjang.
Term ini sebenarnya bukan term "precious" yang biasa.

Benar. Memang benar.
Semua wanita yang berpeluang mengandung akan mengatakan kandungan mereka "precious".
Siapa menidakkan. Itu tidak dinafikan.

Tapi, dalam hal ini, term precious ini adalah dari sudut medication term.
RE, Obgyn, Gynea akan describe kan precious pregnancy ni kepada golongan tertentu.
Boleh refer beberapa artikel (oversea) utk pemahaman lanjut.
Ini ada beberapa link utk memahamkan secara ringkas.

A PRECIOUS PREGNANCY is defined as a pregnancy conceived after 30 years of age, after infertility treatment or after one or more fetal loss.[source : link]

You might think that pregnancy advice would be the same for every woman, regardless of how her baby was conceived. But an international study shows that parents who conceive through assisted reproductive technologies may be given different advice than those who conceive naturally.
Parents who undergo assisted reproductive technologies (ART) are exposed to the same pregnancy risks as those who spontaneously conceive, but a study, published in the Oxford Journal, Human Reproduction, suggests that clinicians may manage them differently.
The study points out that mothers of ART babies may be older and are more likely to deliver their infants by cesarean and explains that the term "precious baby" was coined to refer to such pregnancies.[source : link]


Masing-masing dengan rezeki yang dah ditentukan oleh Allah.
Cepat, lambat. 
Cepat bertemu jodoh, cepat dapat kerja, cepat dapat anak etc etc.

Hari ni kat FB, ada 2,3 rakan yg berkongsi artikel. Yang berlainan isi - tapi maksudnya sama. Berkaitan infertility. Berkaitan pasangan yang menunggu cahaya mata. Berkaitan TTC.
Terima kasih pada yg prihatin.
Terima kasih kerana berusaha untuk memahami walau sebenarnya sukar.
Orang yang diuji ni, kita nampak dari luaran saja, dalaman kita tak tahu.
Bukan saja ujian takde anak. Malah semua ujian lah.
Kita takkan boleh nak rasa apa perasaan orang tu.
Even, dengan ujian yang serupa pun, kita takkan dapat memahaminya.
Lain orang, lain penerimaannya.
Cuma, kalau ujian sama tu, sedikit sebanyak ada lah rasa untuk dikongsi.
Sedikit sebanyak - takde lah tersilap tafsir bila kita letakkan term "precious pregnancy". Ye lah, takkan kita je precious, dia pun nak jugak. Hihi.
Boleh lah share segala procedure treatment berkaitan.


p/s : Ibu2 dengan "precious pregnancy" (term medic - bukan term orang2 biasa tu. Hehe), gynea akan advise utk bersalin secara elective ceaser. Ini ada ditulis dalam artikel Dr Hamid juga.

25 April 2016

Pray. Allah Always Listens

Have you ever had that feeling, when you have prayed so hard for and tried everything to get something you really, really wanted for a real long time and you've given your all and one day, one very fine day, when you least expect it, you actually get it??? 
That's the feeling.


Qouted dari sini : [ Link ]


p/s :
*Saya sedia dihubungi melalui w.app / emel. Feel free to do so kalau nak tanya apa-apa :)
**Edited post.

22 April 2016

Semuanya Kerana Allah

Rasanya semalam ramai yg tgk ranc kat TV AlHijrah.
Rancangan ni.


Aku tak follow FB page Safiey ni.
Tapi tahu lah sbb ada je member lain akan klik "like" dsbnya.
So, masuk kat newsfeed kita lah kan.
Tahu lah dia jual kosmetik, pastu buat operation etc etc tu.
Malam tadi, tengok lah program tu.
Bagus.
Aku dapat rasakan yg Safiey ni benar2 dah berubah.
Dalam erti kata lain mmg betul2 berhijrah.
Tak perlu nak cerita mimpi kepala melekat kat sejadah ke rambut terbakar ke apa.
Dia insan terpilih yang Allah beri hidayah.
The choosen one.
Bukan senang kan nak insan terpilih camtu.
Dia pun pandai ber communicate (ye lah..orang bisness kan), pastu mmg buat kita terleka lah dengar apa dia cakap.

Rasa insaf sangat bila dia kata apa pun dia buat, dia meletakkan Allah no. 1.
Apa pun semua kerana Allah.
In fact, masa dia nak remove breast dia pun, doktor tanya kenapa nak buang - dia cakap kerana Allah.
Bagusnya bila kita meletakkan keutamaan kita adalah Allah SWT.
Tak payah pikir2 dan rungsing bila Allah menjadi no. 1.
Tak perlu nak pikir apa orang kata pasal kita bila kita letakkan Allah no. 1.
Orang sekitar memang tak pernah puas hati dengan kita.
Tambahan dia plak sebelum ni lain dari orang lain kan.

Seronok tgk orang dapat hidayah camni.
Kita ni, walau tak jadi choosen one, kita terus la istiqamah dengan segala amalan yang menjadikan Allah no. 1.
Jangan lah duk nak sebok kan hal orang lain.
Jangan lah asyik nak nampak kesalahan orang.
Jangan lah susah hati dengan rezeki orang lain.
Jangan lah rungsing dan marah bila apa yang orang lain buat tak seperti apa kita nak.



13 April 2016

Dekatkan Diri Kepada Allah

Rasa stress?
Rasa tertekan?
Rasa keliru?
Rasa penat, lelah dengan apa kita buat?
Rasa pengorbanan tidak dihargai?




Dekatkan diri dengan Allah.
Tambah amal ibadat seharian.
Solat di awal waktu.
Istiqamah kan perkara sunat.
Kerapkan solat taubat.
Jadikan membaca Al Quran sebagai KPI kehidupan.
InsyaAllah ... segala stress, segala kekeliruan akan terlerai.





Kredit pic : quransayings


8 April 2016

Segalanya Milik Allah

Baru lps baca blog Dr Adilah
Walau pun, tak pernah treatment dgn beliau, tapi ai follow blog beliau.
Utk dijadikan motivate.
Dan memahami kebesaran Allah.
Ada surah ni dalam entry latest dia.




Agar kita yakin dan percaya semuanya milik Allah.
Semuanya datang dari Allah.

Pengalaman menjadi TTC'ian selama bertahun tahun mmg membuatkan kita dekat dgn Allah juga amat yakin dengan kekuasaan Allah.
Namun, tidak lah berkata orang tidak TTC tu tak dekat dgn Allah.
Masing-masing dengan pendekatan ter sendiri lah.

Itu lah yg orang kata, ada hikmah di sebalik ujian yang menimpa.
Sebagai TTC'ian, kami bersyukur sbb kami amat dekat untuk memahami proses kejadian manusia. Satu ciptaan Allah yg sangat sangat meng-amazingkan.
Kalau baca blog tu - pada yg tak pernah buat treatment, mmg lah asing sgt term term yg ada. Tapi, itu lah kekuasaan Allah.

Kami adalah antara yang susah conceive secara semulajadi macam ibu ibu yg lain.
Kami tidak dapat merancang utk ada anak 2 orang, 3 orang, 4 orang (dapat sorang pun dah syukur rahmat kan).
Kami tidak seperti ibu ibu lain yg begitu mudah utk dapat anak selang setahun. 
Yer, kami ada kekurangan itu.
Tapi, kami juga ada kelebihan. Kami dapat mendalami salah satu ilmu Allah yg ada (walau tidak lah secara detail macam nak jadi doktor Obgyn. Huhu).
Setgh darinya, proses IUI pun tak tahu - tapi, nak buat apa ambik tahu sedangkan proses semulajadi tu lebih easy peasy kan. "Kacang" orang kata - nak ada anak - plan je terus dapat. Alhamdulillah kalau ibu ibu dalam golongan tu.

Entry kali ni bukan nak meroyan. Jauh skali nak bersedih hati.
Cuma, nak mengingatkan diri sendiri tentang kebesaran Allah.
Lambat atau cepat - adalah perancangan terbaik dari Allah.

Semalam, dpt satu keputusan yg agak mengecewakan.
Sapa tak kecewa kalau tgk begini :
Keputusan : Tidak berjaya.
Tidak berjaya tu kan something yg dah buat hati kita berduka.
Tapi, muhasabah. Allah dah susun cantik2 dah life kita ni.
Bila tgk balik 5 thn kebelakangan ni, mmg dah perfect dah sebenarnya.
Bermula tahun 2012 - pindah rumah.
2013 - dapat chemerah.
2014 - dapat percutian idaman - naik cruise n ke Perth.
2015 - dapat menunaikan umrah dan teruskan treatment.
2016 - cuma tidak berjaya dalam temuduga utk HLP sahaja. Tapi, ada lagi satu yang Allah dah bagi.
Banyak kan dah dapat. Yang tak dapat cuma satu je. Kenapa nak berduka lara.
Satu satu lah dulu.
Perancangan kita, mungkin kita rasa terbaik.
Tapi, perancangan Allah tu kan lebih terbaik. Lagi lagi pula semuanya milik Allah. Allah yang lebih tahu.
Kadang kita terkhilaf. Bersedih hati bila apa kita plan tak menjadi sebagaimana kita nak.
Jangan negatif.
Jangan bersedih.
Buat masa ini, keputusan itu lah yang terbaik untuk kita :)

# salam 30 JamadilAkhir. Esok Ptg ni dah masuk 1 Rejab. Ha.. sapa tak abis ganti puasa tu, cecepat lah ganti uols. 2 bulan je lagi nak masuk Ramadhan dah.. 

31 March 2016

Renungan Bersama

Share semalam kat FB.
Utk renungan kita bersama.
Samada untuk yg telah bergelar ibu mahupun utk yg belum bergelar ibu.
Cuma, suka nak qoute yang ini;
"Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak"

Anak memang milik Allah.
Ini lah realitinya.
Cepat atau lambat memang Allah dah tahu yang terbaik.
Semoga kita tidak mengabaikan amanah Allah ini :)







7 March 2016

Motivation Monday

Kita ada pendirian.
Tapi, orang tak respect.
Orang nak kita pun macam dia.
Bila kita tak macam dia nak.
Dia tak puas hati.
Dah.
Abaikan.
Tak perlu berpanjangan.
Ambil kata kata Dr Zubaidi ni.


Orang lain semua bersikap positif.
Tapi, dipertemukan dengan sorang hamba Allah.
Bukan saja pelik. Tapi menjengkelkan.
Sampai kita berdoa.
Janganlah kita berjumpa si polan ni.
Bukan senang nak pujuk hati bila terkena dgn org pelik.
Ambil kata kata dari Ustazah Noor Laila ini.
Doakan yang terbaik utk orang tu.



*Gunakan FB utk memotivasikan kita, bukan men-down kan kita.
Jauhi elemen negatif. Kalau ada - cantas sahaja.
Buat apa nak pening2 kepala fikir pasal orang tak puas hati.
Menyusahkan saja.

**
Selamat Hari Lahir utk sahabat; Harlinda.
Sahabat yg dikenali dari alam maya lebih 10 tahun lalu,
membawa kepada persahabatan di alam nyata.
Semoga hidup dan persahabatan kita diberkati Allah, sentiasa :)

4 March 2016

Keep Calm And Istighfar



**
Dah malas nak menyemakkan fikiran.
Bila kita kata begini, orang kata begitu.
Kita ada sebab utk berbuat begitu. Tapi disalah ertikan.
Tak semua faham kita. 
Tak salah nak ucap tahniah.
Tapi, ada tempat yg sepatutnya.. ada PM, boleh PM. Ada w.app, boleh w.app. Ada no telefon, boleh telefon.
Takpe lah. Aku mohon maaf atas kekhilafan tu kalau ada yg merasakan meluat dan benci dengan kelakuan aku itu.
Seiyes, aku mohon maaf.
Malas lah aku nak penat2 kan pikiran dengan menda2 camni.
Dah tak larat.
Dah terlalu tua utk berpikir2 menda begini.

Malas.
Malas.
Dan 
Malas.
Aku nak happy2 je.

Kita pun tak tahu selama mana kehidupan kita.
Buang masa utk letakkan elemen negatif dalam diri.
Buang masa kalau asyik tidak puas hati dengan orang yang tak selari pendapat dengan kita.
Buang masa kalau ada rasa sakit hati.

Jadi,
pada yg pernah terasa dengan aku, tak kira lah di laman sosial ke, laman rumah ke apa ke, aku mohon maaf.
Pada yang ingat aku suka marah marah tu pun, aku minta maaf jugak lah. Harap2 kita tidak bertembung lagi.
Malas nak emosi. 
Malas nak runsing runsing kan otak.
Malas nak fikir fikir yg tak best nih.
Tapi, kalau ada yg masih tak puas hati.. terpulang lah. Aku pun tak tahu nak buat cemna lagi.

25 February 2016

Be Happy Ten Times


-Bersangka baik dengan Allah-

p.s:
Memetik satu perbualan.
Situasi nya bertiga.

Mrs A : Minum la minuman *** tu, bagi bertenaga sket (maksudnya ada la minuman supplement tu, bagi tambah tenaga).
Mr B : Hai.. nak bagi tenaga apa. Tgk dah keluar dua dah. Tak tenaga lagi ke? (sambil jari tunjuk macam peace tu - maksudnya 2 anak la)
Me : (dalam hati - amboi.. eksen nya dia ni)
Mrs A : Bukan tenaga yang tu. Ni tenaga nak buat2 kerja ni lah. 
Me : Entah nya. Kita jangan lupa, kalau Allah kata takde tu, takde gak lah. Kuat bertenaga macamana pun, kalau Allah kata tidak, tidak juga. Jangan lupa, tenaga Dia tu lagi melebihi segalanya.
Mr B : (senyap.. diam tak berkutik).

Ada orang lupa kebesaran Allah bila tak pernah diuji.
Atau bila diuji, pun masih lupa dan masih takbur.
Ada orang ingat menda2 macam tu boleh dibuat bahan dalam lawak jenaka.
Ada orang ingat, bila dia dah ada menda tu, tapi orang lain takde, dia ingat dia dah dapat satu victory. 
Moga kita tak tergolong dalam orang2 yg lupa dengan kebesaran Allah.
Terima kasih Allah dengan ujian ini :)

19 February 2016

Surah Ar Rahman






29 January 2016

Quran Saying : Be Patient





Kredit : Quran Sayings Instagram

15 January 2016

Teruskan Berdoa

kredit : Instagram Quransayings.

4 December 2015

Silence Is Better



INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign