Pages

Showing posts with label puanstoberisuka. Show all posts
Showing posts with label puanstoberisuka. Show all posts

29 August 2018

Thistle Hotel JB

Hoih!
Lupa yakmat nak buat entry ni.
Tertangguh kemain lama.
Ni waktu kami ke JDT dulu tu.
Bulan 5 tu ari. Lama dah.
Kesah percutian di JDT pun tak abis lagi.
Takpe. Nanti mak Rizq sambung.

Sekarang kita cerita pasal Hotel Thistle dulu.
Best tak best?
Jawapan mak Rizq.
Best! 
Terbaik lah hotel Thistle JB nih.
Bermula dari makRizq menghantar emel hingga lah check out. Semua pun okay.
Eh. Ada la sket yang tak berapa best. Tapi tu tak kesah lah. Small matter (",)

Sblm ni makRizq selalu booking hotel thro Agoda.
Kali ni terfikir, eh, dah lama tak guna govt rate kan. Lets!
So, emel tanya dulu ada govt rate tak.
Depa reply balik "ada"
Dan harga pun... wahhhh...
Murah dari Agoda.
Ini sudah bagus.
Dah la reply emel pun cepat. Tu yang mak Rizq gumbira tu.
Pastu, terus lah booking.
Tanpa deposit apa pun.
Depa pun reply emel dgn room confirmation.
Nanti masa check in bawa ID je katanya.

Senang kan?
Sukahati lah mak Rizq.

Dah la dapat rega pun within budget.
RM310 utk satu malam beserta 2 breakfast.
Kiterang ambik Deluxe Seaview King.
Yakni, mengadap laut. Nampak Singapore lagik.
Kalau harga kat web dia dalam RM365 (w.out breakfast).
Kalau harga kat Agoda pun masa tu dalam RM300++ gak la.


Masa kami sampai nak check in tu, ada TMJ tgh meeting. Keta duk dia parking kat area nak masuk ke lobby. Jadi, tak boleh nak drop beg dulu. So, pergi lah parking. Parking pulak bangunan lain. Ha, hok ni la tak berapa best sket. Kalau satu building senang lah sket. Dah kena usung beg semua pergi lobby. Takde la jauh, tapi dari tempat parking tu kena la naik lif, jalan sket nak ke lobi.
Tapi.. atas sbb layanan baik receptionist, mak okay ja.
Baik sungguh la receptionist depa ni.
Kadang setgh hotel ni acuh tak acuh je layan kita ni tambah lagi tgk guna govt rate. Cam eleh, bayar pun taknak mahal, nak bagai2. 
Tapi sini tak. Kita tanya ramah tamah je jawab.
Tanya kat dia mmg goreng pisang mawar tu ramai orang eh?
Dia kata, a ah. Memang gitu. Cabin crew pun kalao tido hotel ni mesti gi carik goreng pisang tu katanya.
(Goreng pisang mawar ni mmg sebelah je dgn hotel Thistle ni. Jalan kaki je. Masa nak masuk tu nampak la org ramai tgh q kat situ)
MakRizq terus bayar cash je. Settle. Takde pun depa mintak deposit apa. Senang lah pendek kata. Dapat kunci naik bilik terus.
Tapi, bilik tak berapa sejuk pulak aircondnya.
Tunggu orang dtg baiki. Tp kejap je. Pastu settle.




Mlm tu ingat nak pi makan luar. Tapi dak Rizq malam tu da dedo2 sket badan dia. Actually dari petang tu dia dah dedo2. Berpanas kat Legoland apa semua. Tapi, lps mak telan panadol then susukan dia banyak2, Alhamdulillah okay. Hehe. Mak mmg gitu. Kot kalo buntu nak buat cemna lah nak bagi cepat baik ni, mak je telan panadol. Jangan follow. Tak elok. Mak takpe. Sekali sekala :P
Kami makan KFC ja. Ayah Rizq pi jalan kaki beli. Depan tu ja KFC nya.
Pastu rasa cam eh, apsal sedap ayam kfc sini ni.
Serius. Rasa macam kita makan kfc masa kekecik dulu.
Takde berminyak. Cukup semua rempah ratus nya.

Breakfast pulak. Banyak sangat lah pilihan. Lama kiterang duk makan. Hehe.
Dgn melayan dak kecik tu lagi.
Kami takde pun mandi kolam apa.
Just tgk2 je. Kolam tak besar. Tapi, buleh la kot nak bagi anak mandi.
Staff2 pun rajin je melayan dak Rizq. Cleaner pun baik juga.
Eh. Pendek kata staff pun baik.



Suka pulak rasanya gi Thistle ni.
Walo dlm bilik cam pesen lama, tapi okay ja.
Nanti nak try Thistle PD pulak lah.



Kesimpulannya - Thistle JB best. Boleh consider sebagai penginapan kalo ke JB. Dekat ngan tempat2 makan. Amik seaview. Boleh nampak Singapore. Best!
Dan untuk percutian ke JB ni, kami memang berpuas hati dgn penginapan di 2 hotel nya :)
#puanstoberisuka
#rizqpunsuka








17 December 2015

#puanstoberisuka : Order Cheese Tart

Aiyoh... susah betei lah nak carik orang yg buat cheese tart.
Bukan susah apa. Ada tu ada.
Tapi, begitu begini pula cerita nya.

Sebenarnya, mmg dah ada member yg buat menda2 camni.
Tapi tu lah.. dia keja PWTC. Pastu masa nak order tart ni, dia sebok ngan PAU. Jadi, tak boleh order kat dia.
Kut tak mmg order kat dia je lah.
Dah la sedap. Fruit tart dia, mmg ai bagi 5 bintang.
Dulu pernah ada buat entry pun [link : creampuff]

So, ai terpaksa lah guna kuasa Pamoga hashtag #sayajual.
Haiyoh..not easy man..not easy..
Ada yg nampak cun dah cheese tart dia (ai nak fruit cheese tart sebenarnya), tapi nun jauh kat Kedah la, Pahang la, Shah Alam la.

Lagi satu, yg jadi susah bila ai nak menda ni pagi. Awal pagi.
Sbb ai nak bawa pula ke tempat lain. Tak ramai yg bole commit awal pagi nak deliver.
Ada yg kata boleh deliver terus ke tempat ai nak bagi tu, tapi minta nama penerima pula.
Oh. Cannot lah. Ai bukan nak bagi pada seorang je. Ai nak bagi reramai.
In fact, ai pun tak tahu nak bagi nama siapa. Kang buat nya orang tu takde ke apa ke. Cemna kan.
So, terpaksa lah cancel yg ni.
Carik lagi. Ai macam dah fedap dah mulanya. 
Rasa cam nak bagi karipap sardin je lah kalau camni. Haha.

Tapi, dah namanya hajat kan. Allah permudahkan lah juga.
Nasib jumpa satu.
Deal ngan dia. Dia kata boleh buat delivery pagi.
Ai tak kesah pun kalau orang tak hantar smpai ke rumah.
Cukup kalau ai boleh pick up dkt kawasan2 rumah.
So, yang bakers ni boleh. Katanya dia boleh hantar area Giant BC.
Just nice. Dan boleh commit untuk hantar dalam pukul 9 pagi.
Lega giler.
Closed deal je terus bayar.

Pagi tu tunggu je lah kat tmpat yg di deal.
Ai rasa bakers ni fulltime housewife kot.


Best.
Memuaskan hati. Harga pun reasonable.
Terima kasih Azwa sbb sudi terima tempahan and hantar awal pagi.
Alhamdulillah. Lepas hajat nak sedekah kat orang hari Jumaat tu.
Jadi, ai bagi hashtag #puanstoberisuka.
Boleh carik IG adik ni @sugarbakes [websta : link]


27 May 2015

#puanstoberisuka : Kumpul Handsocks Dan Socks

Ada ada je kan.
Yer, ini kegilaan terbaru.
Kegilaan mengumpul handsocks.
Dan juga socks.
Ini contoh stokin pink yg ai beli. Semua pinkkkkk (nada usop wilcha)
Heeee.
Masa aiols masuk kat IG gambar ni ramai nau
berkenan ke selipar pink tu. Heee..
Pitam weh. Pitam.
Eh, ni kira okay lah kan.
Dari kegilaan sebelum ni mengumpul tupperware.
Tu lagi parah. Heehee.

Kegilaan ini bermula bila terjebak membeli kat satu IG seller ni.
Macam ni lah nak jadi seller. Baik je budi pekerti.
Dari w.app pun kita buleh tahu.
Bila baik camni, berkali kali pula orang repeat order.
Gitu.

Pastu laju pula servisnya.
Hari ini order - bayar - esuk dah sampai.
Comel2 tau handsocks n socks adik ni jual.

Memula ai beli handsocks dengan socks.
Masa tu dia buat kombo set.


Lepas tu ai repeat order lagi beli handsocks je sbb dia buat sales.
Lagipun rasa macam tak cukup je handsocks je yang ada. Sbb nak match ngan baju kita pakai kan. Heee..... ngada sgt kan. Padahal buleh je pakai hitam or coklat. Matching je ngan seme.
Sbb rasa selesa handsock dia ni, dan selesa gak berurusan ngan dia.
Bila repeat order, dia bagi sepasang lagi handsocks as free gift.


Dulu mmg pernah beli gak socks n handsock ni.
Lama dulu dah la. 2 tahun lepas ke setahun lepas camtu lah.
Tapi, masa tu tak dpt nak istiqamah sgt kan.
Now, tu yang ter cari cari balik IG shop yang best jual2 menda camni.
Tu terjumpa IG seller nih.
Sapa suka socks n handsocks, buleh la cuci cuci mata kat IG adik ni
Link [ harmoneecloset ]

Jadi, kita bagi hashtag
#puanstoberisuka

Thank u Mira...
Akak doakan murah rezeki awak :)



11 February 2015

#puanstoberisuka : Farm Fresh Choc Milk



Fresh choc milk yang menjadi kegemaran kakstoberi skrang.
Sedap lah.
1st time kakstoberi beli sbb nampak packaging dia, teringat plak masa minum choc milk kat Perth.
Haha.
Macam kan duk 4 tahun kat Perth. Padahal 4 hari saja.
Kecoh lah kan.
Kat sana hehari beli choc milk.
Sedap lah sangat rasa choc nya. Pure, fresh.
Yang penting, kalau choc milk tu mmg rasa choc lebih dari milk.

Kat sana pernah minum yang beli terus dari kilang coklat tu (margerat river, pastu brand Dare, pastu apa tah lagi) tapi semua yummeh.

Oh. Sebenarnya ai nih tak suka minum susu. Susah nak minum susu. Sbb tu minum susu kambing macam hapa je kalau nak telan. Susu fresh milk yang ori, takde campuran coklat ke hapa mmg lah ai angkat tangan surrender. Anlene tu pun campur milo. Tapi, anlene perisa coklat rasa tak sedap pulak. Pastu dulu selalu la gak beli susu kotak HL - yang choc milk lah. Itu je yang tak berapa rasa 'susu'. Rasa coklat lebih. 

Tapi, yang Farm Fresh ni mmg sedap. Menepati citarasa.
Seperti yang dikehendaki - rasa coklat melebihi rasa susu.
Dan ada la sket2 rasa cam minum choc milk kat masa kat Perth tu.
Ewah.

Dia kalau kat dalam chiller kat pasaraya tu mmg nampak cam keladak kat bawah bawah tu. Keladak itu adalah coklat.
Sbb tu kena 'shake well'. Coklat tu lah yang sedap!

Suka. Suka.
Tapi, nak beli hehari pun tak boleh jugak since kakstoberi ni jenis cepat jemu.
So, kalau pergi JJ ke Tesco, ada - beli.
Takde lah nak buat stock bagai. Kang mmg duk dalam peti ais sampai expired.
Ni kalau beku kan, best kot. Jadi, cam eskrem coklat :)

p/s : Nak taknak kena minum susu jugak sbb umur2 dah nak menghampiri ke "4G" nih. Kang sakit lutut lah, kurang kalsium lah apa lah.

9 February 2015

#pnstoberisuka : Laksa Sedap Di Selayang



Taraaaa........
Dan aku terus terliur tengok laksa nih.
Adeh..

Susah okeh nak carik laksa memenuhi citarasa anak tekak ku di area KL nih.
Aku tak berapa "in" sgt laksa ala ala nyonya macam kat Old Town semua tu. Tambah lagi gedebuk ada ikan sekor dalam tu. Dah kenapa kan? Masak asam rebus ke apa.
Dan aku tak berapa "in" juga laksa Penang yang ada nenas. 
No no no.

My feveret laksa adalah laksa Utara (eh. Penang bukan Utara kah?)
Pendek kata laksa cam atas tu.
Laksa - kuah laksa - salad,bawang,cili padi. Optional telur rebus. Takde pun takpe. Oh. Limau. Perah dalam tu - dapat la rasa masam, dan gigit pulak cili padi. Pergh! 

Ada tu ada orang jual. Tapi kata orang tu sekadar nak melepaskan rasa teringin boleh. Nak ulang. Mmg susah lah nak carik.
Dan akhirnya aku jumpa jugak yang sedap dan menepati citarasa lidah ku yang suka kan pedas, masam dan pekat. Macam buat sendiri.
Di Food Court Majlis Perbandaran Selayang.

Yang dekat bulatan arah nak ke stadium Selayang - atas bukit sket tu.
Kedai tu ada nasik berlauk utk lunch jugak. 
Aku selalu gak kalau ada urusan kat opis yang kat Rawang (IKN), depa bawak makan sini. Pastu makan ikan bakar kan. Sedap.

Tapi, tu hari singgah makan dgn bos, opismate taknak makan nasik. So, try laksa. Selama ni tak pernah try.
Sekali rasa. Sedap! 

Lepas tu terus rasa nak makan lagi. Lama gak tunggu, baru ada peluang.

Memula tu pergi dah habis. Terpaksa carik2 kedai makan area stadium Selayang tu.
Ada la laksa. Tapi tak berapa nak best.
Lepas tu sekali lagi try. Ha, kali ni dapat pun.
Suka. Sedap. Suka.

Jadi, peminat laksa Utara boleh la try.
Tapi kalau tak sedap jgn marah puanstoberi naaa...  

14 January 2015

#puanstoberisuka : Bawal Ruffle

Ya..ya.. mmg ketinggalan dah ni.
Lama dah pun orang ber bawal ruffle nih.
Aiols je terlewat.
Tapi, kesah pulak kan. Better late than never omputih kata *tetiba*

Ni kisahnya beli sehelai masa Vendeur Festival kat Matrade tu.
Saja nak menerai. Bila dah menerai, best pulak.
Terus rasa rugi beli sehelai.
Terus order online berhelai helai.
Eh. Takde la berhelai helai sangat.
Tambah 5,6 helai je la.
MyDH kata dia suka je aiols berbawal camtu.
So, mari lah kita menambah koleksi ini.
Tapi, tak buleh byk sangat. Nanti limpahan bawal pulak cam bawal sebelum2 ini.

Ai is suka.
Dah la selesa. Senang bentuk. Murah lak tu.
Ai beli dari benanghijau.com.

Mudah juga berurusan. W.app saja. Elok je layanan.
Dan dia akan check stock dulu ada ke tak kaler kita nak tu.
Ai order 10 helai. 5 helai tu orang punya. Ai punya 5 helai.
Blue Black, Hijau Tebu, Hitam benang pink, Dark Green and Brown.



Kalau beli direct kat kedai dia pun boleh.
Rasa kat Shah Alam pun ada.
Carik kat i.g benanghijau ni [link : benanghijau]

Tu hari, masa banjir, dia buat sale lepas banjir.
Sbb kedainya ada kat Kelantan sana. Wah. Best betul orang sana membeli.

Untuk ini, kakstoberi bagi hashtag #puanstoberisuka.
Nak letak gambar selfie kakstoberi.
Tapi takyah la kot. Dah taruk kat i.g tu hari kan.
Merata rata pulak kan. Udah2 le tu.
Nah ambik gmbr model BH ni je. Comel dan lawa. Dan sedap mata memandang. Hihi.

Memang hakmilik BenangHijau

p/s : Kalau nak tgk cemna cara nak menggaya kan bawal ruffle ni, buleh ke IG tutorial benang hijau. Bermacam gaya yang comel comel buleh buat. Antara contoh nya :
Gaya ni kakstoberi pakai semalam.
Ada diciwikan di IG. Selfie jugek. Hihi.

Ini belum cuba lagi. Isk. Cantik btol model dia.

Ini pun rasanya mudah jugak ni.



22 December 2014

#puanstoberisuka : Cream Puff Sedap


Cantik tak? Cantik tak?
Cantik kan?
Cantik dipandang, cantik juga rasanya.

Hari tu, masa birthday tu aku belanja rerakan ofis cream puff n fruit tart nih.
Yang puff tu dapat lah satu bahagian merasa.
Yang fruit tart tu unit aku je lah sbb order tak banyak.

Sumpah sedap hoke.
Baik fruit tart, baik cream puff.

Bukan aku je kata sedap.
Kengkawan office pun sama. Bila makan je semua terus tanya "order kat mana ni?"

Ada sorang tu kata "macam makan kat syurga kak yang ada buah ni"
Ha..begitu.
Yang cream puff pun semua cakap sedap. Gebu gebas. Inti melimpah ruah.

Aku order fruit tart RM35 utk 25biji.
Cream puff RM45 utk 50biji.
Memang nampak cam mahal sket kan, tapi worth la. Seriyes. Bila kau makan, mmg kau akan rasa puas hati punya lah. 
Aku mmg suka fruit tart, lepas tu pulak masa Isnin tu ramai pulak yang takde kat ofis, jadi, banyak jugak lah yang aku telan sendiri. Asben pun dapat makan beberapa ketul ja. Hiwhiwhiw. Puas hati. Strawberry fresh, kiwi pun manis. Pendek kata cukup rasa lah.

Jadi, ai bagi hashtag #puanstoberisuka.

Oh ya. Nak order kat mana.
Buleh jenguk dan follow instagram adik JueMalizan [link : JueMalizan].
Selain pandai buat puff segala ni, dia buleh buat kek yang cantik2 juga.
Kalau puff ni sedap, aku boleh jamin lah yang kek pun mesti sedap jugak.
Aku pick up kat ofis dia kat PWTC . Jumpa2 je terus dia cakap.. alala.. kecik nya akak. Hihi. Actually mmg kiterang selalu dah ber w.app apa semua. Cuma, tak pernah jumpa je. Hiwhiwhiw. Ye.. begitu lah ahkak stoberi awak ni. 

Next time ada makan2, mmg aku order ni je. Senang.

27 November 2014

#puanstoberisuka : Cupcake Sedap

Puanstoberi suka uols belum tentu suka.
Uols suka puanstoberi belum tentu suka.

Cewah. Tetiba ada tagline gitew. Mengada lah sangat.

Oke. Meh nak sharing sesuatu yang best.

Cantik tak??
Bukan saja cantik, malahan sedap juga.
Bak perumpaan cantik di luar, cantik di dalam.
Begitu lah.

Ni I order dengan cikkiah.
Hihi. Entah la apa nama sebenar dia ni.
Tapi, kat IG namanya cikkiah.
I jumpa dia masa nak pick up cupcake ni pun I cakap "cikkiah eh?" 
Huhu.

Ni IG beliau [link : cikkiah]

Beliau dok di Jakarta (if tak silap), tp kalau dia balik Msia - dia buat lah bakesales.
Maka, ramai lah berduyun meng-order termasuk lah I. Hihi.

Sebenarnya I dikenalkan cupcake ni oleh adik comel I, si Marliza. Pastu I rasa mmg sedap lah. Tu yg ternanti nanti bila lah boleh order. I terus follow IG cikkiah. Then, bila dia up kata dia ada buat bakesales and pick up point kt KLCC, terus 2 boxes I order. Ha.. macam pucuk di cita ulam mendatang gitu. Kan KLCC tu jaraknya dari ofis I sekangkang kucing je. Selalu kan pick up kat Bandar Utama la, Bangsar la apa lah. Eh, mmg idak la myDH nak pergi area2 macam tu kan. Ni senang. Balik ofis terus I pick up :)

Apa yg buat ianya berbeza.
Cikkiah namakan setiap cupcake dia macam nama kuih. And the best part is - mmg ada rasa cam kuih2 tu. Lps tu tak manis sgt. Sesuai pada orang tak berapa suka manis2.
Oke, dia ada 
*Onde-onde : Most favourite rasanya. Ramai betul yg suka includes my husband. Dia suruh order 1box onde onde ni je. Tapi tak dapek lah dah agaknya. Kan cikkiah.
*ABC : Pun sedap. Once u taste, mmg rasa cam makan ABC. Takde la rasa berais, tp kita tahu, oh, rasa cam ABC lah. Ha gitu.. 
*Bom bijan : Macam kuih bom.
*Tepung Pelita : Ada sedikit rasa cam santan kuih tepung pelita tu.
*Apam Balik : Pun ada kekacang macam apam balik
*Alpukat : Oke ni rasa avocado

Ni gmbr jarak dekat. Kredit to IG Cikkiah [link : Cikkiah]
Tu hari I beli 2 boxes. 1 box ada 6 ketul dan berharga RM30.
Worth dengan nilai tu. Serius.

So, I bagi hashtag #puanstoberisuka !

29 May 2014

#puanstoberisuka : Shawl Online



Menarik?
Tertarik?
Yang ni?
Sweet angat kan.
Omey angat kan.

Nak tgk lagi yg sweet, yang omey.
Klik saja happylifeshoppe

Huhu.
Sebenarnya ini kali kedua aku repeat beli kat sini.
1st dulu kiterang beli 3 orang. Jadi, cost post tu cam murah la buleh share kan.
Aku beli yg ni masa tu.
Mudah bentuk.
Tak perlu iron.
Dan aku ni jenis tak pakai inner kan. Walau tak pakai inner/anak tudung, dia masih elok terletak. Tak jarang sbb kita akan belit dua kali.
Dia jenis wide shawl, dan ukaran panjang dia pulak tak terlalu panjang.
Std la cam shawl lain. Cuma wide.
Setengah shawl dia cam wide, and terlebih panjang. So, orang kecik molek (eceh perasan la pulak) cam aku ni dia cam kembang2, besar sgt.
Yang ni just nice.
Lagipun dia nyer material lembut dan ringan. Tak terasa la berat ke apa.
Sebab tu la aku repeat beli 2 yang atas tu.

Cara berurusan pun mudah.
Emel tanya available ke tak yg kita nak tu. Pastu cepat je dia balas.
Terus bayar. Antar screen capture bayaran kat dia. Dia balas dengan tracking order skali.
Tunggu dalam 2 hari dah smpai (aku tu ari, order Jumaat, dia pos Isnin, Selasa smpai)

Dan terus pakai. Sebagaimana diciwi kan di instagram nih.
Muahahaa.
Model kat atas cun, cantik.
Dapat ke aku.. hanyut.... dengan tembam nya. Eh. Dah lama tak juicing. Berat naik woh.

Apa pun, Masya n Cha komen kata nampak muda.
Aww.. terus jatuh perasan muda 10 tahun dari usia sebenar (T___T)

Uols pergi la riki riki. Dia ni tak pernah aku tgk amik slot iklan kat i.g yg femes2. Tp stok dia mmg cepat je abis. So, uols.. check it out yerp... happylifeshoppe

5 March 2014

#puanstoberisuka : Cadar Online

Oraits.
Selepas ini, bagi barang yang aku beli online, yg aku puas hati, aku akan share kat blog. Ada banyak jugak la, nati aku korek2 balik nama2 penjual tu.

Puas hati tu bukan saja dari aspek barang, tapi dari aspek berurusniaga dengan penjualnya.
Dari awal kita ber msg / emel. Feedback dia lambat atau cepat.
(ada pernah order barang, dah emel bukti resit pembayaran semua - dia boleh senyap ja - tak risau kita?at least, bagitahu la dah terima ke apa - mintak orang bayar tak nyempat2, dalam tempoh 12jam, tak boleh reserve la apa la. Amboi kemain ketat syarat kalah kedai glamer2 nih. Pastu bagi feedback lambat. Aku pernah order dgn Radiusite tu, mudah je - order - bayar - terus dia feedback. Tak de la kita ternanti nanti. Yer, aku paham, customer ramai, tapi aku ni mmg pembeli online tegar, aku tahu dah cemana cara2 orang nak jaga customer nih. Kalau yg lembap camtu, mmg tak la aku nak promote apatah lagi aku nak hashtag balik. Tak kuasa. Kita membeli dari dia guna duit... bukan cam derang bagi2 free kat artis tu kan. Tapi kalau ada yg bes cam aku promote before this.. dengan senang hati aku war warkan ya... dan aku doakan korang terus murah rezeki).

Tu hari, aku puas hati dengan kain cotton yg aku beli online.
Ni aku nak share lagi satu.

Cadar dari Projectrina.
Ni pun dari Instagram lah aku jumpa.
Asalnya Atitaharis la iklan (mostly yg Atita iklan mmg best!)

Aku beli lama dah.
Hujung tahun aku pre-order (sbb barang dia tak smpai lagi time tu).
Pastu dalam bulan 1 smpai.
Memula tgk cam eh..tebalnya. Berat tau masa sampai parcel tu.

 Tapi bila da pasang ke cadar, bes.. i tell u.
Sbb dia agak berat, dia tak gerak2 la. Elok je terletak.
Senang juga berurus niaga dengan Rina ni.
Masa aku beli ngan dia tu, dia tgh final exam. Sempat lagi tu.
Aku rasa skrg pun dia study lagi ni.
Rajin. Aku sker tgk adik2 kita ni memuda da rajin ber bisnes kan.
Nati terus jadi businesswomen kan.
Tkpe, akak support uols okeh. Hihi.

Ni bila da pasang.
Kemas ja. Ailoike.
Kain dia pun jenis sejuk. 

Ni dia tgh bukak pre-order lagi ni.
Aku dah hint2 ke myDH. Nak suh beliau belanja.
Tapi tak lepas. Huuhuu..
Tkpe la. Dah berlambak kot cadar aku. Tapi aku mmg minat cadar. Sama cam aku minat novel, minat buku, camtu gak la aku minat cadar. Pantang tgk cadar orang kata - harus nak beli - banyak2 pun takpe. Suka!

Oh. Harga cadar ni - RM150 include pos.
Ada cadar n 2 biji bantal.
Saiz - muat smpai queen n king sbb dia tak fitted. Aku nyer tilam tu bukan king, tp mmg tebal. Sbb tu masalah sket nak beli cadar. Beli queen, tak muat, beli king cam pakai baju bukan saiz. Jadi, letak camni.. elok ja.

Oleh itu saya bagi hashtag #sayasuka

27 February 2014

#puanstoberisuka : Kain Cotton Online

Sebelum ni aku tak pernah lagi beli kain pasang secara online.
Sbb cam tak puas ja kan. Nak tgk sendiri, nak 'rasa' sendiri kain tu. Lembut ke keras gedegang ke cemana kan.

Tapi, kali ni aku try gak beli secara online.
Sebab memang tergoda bila tgk gambar2 kt IG dia.
Cemana aku bule jumpa online shop ni?
Bermula bila dia hantar kain ke NadiyaNissa
Pastu tengok cam cantik je kain2 dia.
Tunjuk ke adik unit aku - Ayu - pastu terus dia nak beli.
Jadi, kami pun join beli sekali.
Tapi, takde postage fee pun. Harga da includes pos.
Bes kan...

Satu lagi yang bes, service nya cepat.
Takde la kau rasa alamak, lambatnya nak dpt kain ni.
Masa yg beli ngan Ayu tu, Ayu w.app tanya pagi - dalam tgahri bank in duit semua - esuk paginya dia bagi tracking number n plingg... petang tu dah smpai. Bes kan.
Aku mmg plan nak carik cotton utk buat dress (susah nak carik tailor yang pandai jahit dress. Uhukss).
Aku beli yg ni.
RM55. 
cotton, english cotton, korean cotton

Lps tu, dia ada buat Giveaway.
Sesaja la masuk.

Sekali termenang ko.. hihihi. Gembira rasa hati. Sbb aku jarang2 join GA GA ni. Malas lagi pun.
Cam tak caya bila derang gitau menang. Hihihi.

Jadi, dia kata pilih la kain mana nak.
Aku cam eh, betul ke ni. Kang aku pilih mahal kang.
Dia kata takpe. Memana pun boleh.
Mula aku cam nak pilih yg sepasang RM90 tu. Tapi kang, agak2 la kan.. percuma kot. Jadi, setelah merambang mata, aku amik yang ni.

Tu pun jenuh. Dia announce pemenang hari Ahad. Suruh pilih kain. Kan aku kata rambang mata. Pastu tanya2 myDH yang mana lawa.
Pastu Isnin tu, derang yg ingatkan balik dah pilih ke kain.
Alo..kita ni malu la kan, kut kita yg nampak excited sgt nak dapat kain free, tapi ni derang yang tanya balik.
Jadi, Isnin malam tu baru bagi design mana yang nak.
Selasa dia hantar n Rabu smpai.

Suka nya.. terima kasih STUDIOCOTTONS.
Tengok la i.g dia. Pasti rambang mata I tell u.

Pastu tengok plak FB dia.
Lagi lahhh.... (*_*)

Tak sabar oih nak buat baju yang love love tu... #sayasuka

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign