Pages

Showing posts with label Gantian Cuti Rehat. Show all posts
Showing posts with label Gantian Cuti Rehat. Show all posts

7 January 2016

Rekod Cuti dan GCR

Jot down untuk dijadikan rujukan bebila nanti.
Ini rekod cuti saya bagi tahun berakhir 2015.


Owh. Memang pecah rekod selepas 11 tahun berkhidmat.
Rekod paling terbanyak cuti. Dan rekod baki cuti paling sket. Sadis (T____T).
Saya tak pernah ambik cuti sampai 25 hari untuk setahun.
Tahun 2015 cuti sampai 25 hari sbb 10 hari dah diperuntukkan untuk umrah.

Dan biasanya baki cuti saya banyak.
Tahun lepas jadi sket sbb ada pelarasan yg unit cuti buat.
Kalau ikut pekeliling, dah dapat cuti 35 hari untuk setahun.
Tapi, entah cemna, unit cuti kata, dia dah tanya JPA, JPA kata, cuti saya jadi 25 hari. Sbb saya ada lantikan baru pada tahun 2010. Oleh kerana lantikan kedua saya tu selepas Januari 2009, maka dia ikut pekeliling lain. 
Mulanya saya macam rengsa juga.
Cemna pula lantikan pertama saya ke perkhidmatan awam Februari 2004 tu tak dikira, sedangkan pencen saya dikira dari tarikh lantikan pertama saya. Pelik nih.
Tapi, malas lah nak bebising. Walau, ramai juga senasib dengan saya, yg dilantik sebelum 1 Januari 2009, yg cutinya dipendekkan ke 25 hari setahun.

Jadi, cuti saya last year adalah 25 hari sahaja. Bukan 35 hari.
Mujur juga saya bawa (carry forward) 12 hari cuti dari tahun 2014.
Kira dapat lah 37 hari utk tahun 2015.
Bila saya dah ambil 25hari, baki cuti tahun 2015 tinggal 12 hari saja.
Saya decide untuk masukkan semua ke dalam GCR.
Lagipun tahun lepas dah keluar satu pekeliling baru berkaitan cuti.
Antara lain yg terkandung dalam pekeliling ini adalah :
"bagi pegawai sedang berkhidmat yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya berkurangan, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama"

Makanya, untuk tahun 2016, saya dapat semula cuti 35hari.
Alhamdulillah.
Err.. ini untuk lantikan sebelum Januari 2009 saja tau.
Kalau selepas tahun 2009, cuti adalah maintain sehingga anda pencen.
Boleh baca pekeliling yg di link kan.
If tak faham, tanya je lah yg handle cuti / HR jabatan anda okey.

Jadi, tiada cuti di carry forward untuk tahun 2016 ni.
Baki 12 hari dah bawa ke GCR.
Lagipun, manalah tahu kalau dapat HLP. Bila HLP, dapat CBBP. Bagi CBBP melebihi 12 bulan, baki cuti rehat akan luput. (saja pakai akronim saja, sapa tahu, tahu lah apa ke mendakah singkatan nama ini. Hehe). Jadi, tak payah lah nak banyak2 cuti. Nanti tak habis, dia luputkan je. Dah la tak boleh bawa GCR juga.
Cea. Macam dapat lah. Konfiden itu perlu ya anak-anak (hai..bila lah nak keluar result ni.. tak sabar tau nak tunggu dah ni).

Untuk rekod, sehingga tahun 2015 GCR yang telah dikumpul adalah 79 hari. Ditambah 12 hari baki cuti tahun 2015, total GCR ada 91 hari. Ada 59 hari lagi sebelum cukup 150 hari. Sempat tu dalam 6 tahun lagi kumpul. InsyaAllah. Huhu.

So, itu lah cerita rekod cuti dan GCR saya.
Mungkin agak "apa-ke-benda-ni" pada yg bukan penjawat awam.
Tapi, rasanya yg penjawat awam pun pening juga ni. Kan??
Hehe.

Tapi, perlu diingatkan, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab anda sendiri untuk merekodkan segala baki cuti, cuti yang dikumpul, cuti untuk GCR. Jangan berharap pada sistem walau kita skrg guna HRMIS. Sekali sistem down, abis cuti kita yg berpuluh2/beratus hari yg kita dah kumpul tu. Duit tu chekkkk.. GCR tu adalah duit yg kita kumpul selain dari duit gratuiti kita. Elok kita rekod sedari awal kita kerja ni. Kalau kita dah kerja berpuluh tahun kang, lagi susah nak rekod dan nak trace.
Nak nak pulak kalau awak kerja berbeza2 jabatan atau kementerian.
Dan orang yg uruskan cuti pun bukan orang yg sama sepanjang masa.

Jadi, simpan rekod anda bebaik okeyh :)

24 December 2014

Gantian Cuti Rehat Tahun 2014

Uols bawa berapa Gantian Cuti Rehat (GCR) tahun ni?
Oh. GCR ni utk orang kerja govt lah.
Citer pasal GCR ni akak pernah buat entry [link : edisi gantian cuti rehat]
Okay akak ringkas kan lah. GCR ni cuti yang kita kumpul dan masa nak pencen nanti boleh tukar kan kepada cash. Mengikut gaji akhir kita.
Kiraannya begini :
Kata la kita pencen nati gaji akhir kita RM5000 (utk kump pelaksana II dan PnP mungkin lebih)
1/30 x 5000 x 150 = +-RM25,000.00
Jadi, kita dapat cash dalam 25k. Itu bukan gratuiti ya.. yang tu lain.

So, kalau ada, walau pun sehari dua - bawa je lah ke GCR. Rugi tau tak simpan.

Tu hari akak pikir2 berapa lah yang akak nak  bawa.
Utk bawa ke GCR - boleh separuh dari jumlah cuti kita atau 15hari (mana yang kurang). Cuti tahunan akak adalah 35 hari - kalau separuh dalam 17hari. Tapi, akak buleh bawa 15 hari je lah paling maksima.

Baki cuti rehat akak tahun 2014 ni adalah 24 hari (dalam borang tu belum tolak akak nak cuti satu hari akhir bulan ni). Jadi, nak bawa full 15 hari ke GCR atau half GCR half baki bawa ke tahun hadapan?

Sehingga tahun 2013 (belum tambah tahun 2014 punya), GCR akak ada 67 hari. Baru 67 je uols. Kerja nya dah 10 tahun. Belum pun separuh. Setakat ini, maksima GCR yang boleh dikumpul adalah 150hari. Dalam 5,6 tahun lagi lah kot baru akak buleh genapkan 150hari tu. Sementara takde anak ni, akak kasik pulun lah kumpul kan. 

Akhirnya akak decide - 12 hari bawa ke tahun 2015 (mean akak dapat cuti rehat 47 hari untuk tahun hadapan) dan 12 hari lagi akak bawa ke GCR. Okay lah kan.

p/s : Itu hari, ada orang SPA (ke JPA) cakap, GCR ni kalau kita tukar jabatan - tak boleh bawak sekali. Yang ni akak pun tak berapa pasti. Kena dapatkan confirmation bebtul lah. Sbb rugi lah kalau tak boleh bawak. Giler nak kumpul balik. Ke ahkak mmg kena duk sini je sampai pencen. Huhu....

7 January 2013

Edisi Cuti oh Cuti : HRMIS

Ni nak menceceh pasal HRMIS.
Cemana nih.
Aku tak penilaian lagi ne ke adik2 aku tu. Mujo tak ramai yg nak dinilai.
Satu lagi cemana nak bawak cuti ke GCR nih.

Suppose cuti aku ada lebih kurang banyak nih.

Tp kat rekod HRMIS ada 16 hari je.
Acena?

Yang tu adalah rekod yg dibuat secara manual oleh pentadbir cuti masa kat unit lama. Akak ni CC. Sbb tu mmg dia sistematik sket. So, bila aku dah tukar ke unit lain, bulan 7 tu ari, takde dah orang nak buat camni. Tp skang, utk mengelakkan berlaku memacam hal dan menyusahkan kemudian hari masa nak pencen, baik aku buat rekod camni sendiri dan save smpai la ke pencen [In Sha Allah, jika dipanjangkan umur].

Utk GCR, dari tahun 2008, aku kumpul 10 hari setahun. So, sehingga skang aku dah kumpul 40hari. Mmg kalo buleh sebelum ada anak ni, aku nak kumpul sebanyak yg buleh, sbb tau dah, bila ada anak, mesti byk cuti yang diperuntukkan utk anak. Jadi, lagi cpt kumpul smpai 150hari, lagi bagus.

Alahai HRMIS....

*update :
da dapat detect kemanakah cuti2 tu menghilang. So, nak bawak GCR 15hari, bawa ke thn 2013 - 11 hari yang menjadikan cuti tahun ni adalah 41 hari (tp da amik 2 hari tu ari utk jaga mak kat spital)

4 December 2012

Edisi Gantian Cuti Rehat

Special entry for Zana - on her request utk tahu berkenaan Gantian Cuti Rehat.
"Akak pun tak berapa nak pandai ni Zana, but akak cuba terangkan yer"

Skrg sbb aku dah handle kerja ni, maka kena tahu la segala berkaitan persaraan dan faedah persaraan. Kata org skang - pasca perkhidmatan. 

APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara, dan
bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.

 SIAPA YANG LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.
 SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

***
Itu adalah soalan2 umum yg kita patut tahu lah.
Sebagai penjawat awam, ini adalah salah satu faedah persaraan kita.
*Jenis-Jenis Faedah Persaraan
Anggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan berikut:
-Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan);
-Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus); dan
-Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus).

GCR ni bukan je orang yg amik option pencen je dapat. Org yg opt KWSP pun buleh dapat - rujukan : 

So, cemana nak dapat GCR ni?
Jawapan dia senang je - kumpul lah cuti. Jangan lah dihabiskan cuti tahunan tu. Dulu, boleh kumpul smpai 120 hari saja, tp bermula tahun 2009 (rujukan PP 18/2008) dah buleh kumpul sehingga 150 hari.
Pada akhir tahun biasanya Pentadbir Cuti kita akan tanya samada kita nak bawa cuti ke GCR atau tak. Ada borang dia, maka kita isi lah. Biasa aku akan bawa dalam 5 hari utk GCR. Aku start kumpul selepas aku disahkan jawatan tahun 2007 dulu. Sebelum ada anak ni mmg aku pulun utk kumpul ke GCR. 

Berapa hari buleh kumpul?
Jumlah maksimum cuti rehat yang boleh dikumpul untuk GCR dalam satu tahun ialah sebanyak separuh dari kelayakan cuti rehat yang layak pada tahun tersebut atau 15 hari, mengikut mana yang kurang.
Tak paham?? Oke, buleh refer web ini - Panduan .
Nak selamat, kumpul 5 - 10 hari setahun pun dah cukup. Sbb tu masa awal2 masuk kerja kena kumpul. Sbb nati bila dah ada komitmen makin banyak lagi susah nak kumpul cuti.

Berapa pula kita akan dapat?
Ha.. ni bes.. 

FORMULA PENGIRAAN
GCR adalah dikira berdasarkan formula berikut;
1/30  x  gaji yang akhir diterima  x  jumlah hari cuti rehat yang dikumpulkan 
(tertakluk kepada had maksimum 150 hari)
Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.

Nak congak2 pun buleh, lagi sng sbb skang guna tangga gaji minimum maksimum kan. Konon gaji mati kita kat maksimum la kan. Tp mustahil la kan, takkan ko statik duk jawatan tu smpai pencen. Harus naik pangkat katanya. Kalo ada rezeki lah.  Hihi.
Oke, Kata la kita pencen nati gaji kita RM5000 (utk kump pelaksana II dan PnP mungkin lebih)
1/30 x 5000 x 150 = +-RM25,000.00

Yer, instead of ganjaran perkhidmatan yg mmg dpt (which org duk panggil golden hand shake tu), dpt lagi award cash. Sapa mau kasik puluh2 ribu tu. Katakan gaji mati 1000 pun cukup la, yg mana mustahil ada orang gaji mati 1000, tu pun dpt 5,000 dah.

Dari itu, bagi sapa yg baru masuk sektor awam ni, peruntukkan lah sedikit cuti utk dibawa ke GCR. Kalo ada pentadbir cuti yg tak mahu terima, report je ke JPA. Sbb ini adalah salah satu faedah kita sebagai penjawat awam.

*aku pun tak ingat dah berapa byk aku kumpul. Kena tgk balik ni. Udah la cuti aku pun cam ter sikit plak ni, padahal aku rasa ada lebih 40 hari lagi ni, cemana buleh tinggal 20 lebih je dlm HRMIS nih

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign