Pages

15 December 2014

Mempelam Muda

Saja tulis mempelam.
Uols sure lah panggil mangga, kan??

Nah.


Mangga epal lagi.
Tapi, masamnya yarabbi.

Ni amik kat rumah abang kat Ipoh.
Dia ada tanam 2 pokok kat halaman rumah nya.
Elok2 buahnya.

Yang ada pink2 ni kak ipar kata masam sket.
Ada satu lagi pokok, tak berapa masam.


Jadi, malam tu kami menyicah la.
Buh kicap,gula n cili padi.
Tapi, tetap la masam.
Tabur serbuk asam boi (err... tak elok makan serbuk nih.. tapi tak selalu kan...hikhik).
Pun masam lagi. Haih.

Jadi, ubat dia yang masam tu.
Jerukkan dia.
Takde la nak kata nak ikut trend ke apa ke.
Tapi, dah ada tu, mari lah kita jerukkan.
Aku carik2 cara yg macam paling best untuk jerukkan.
Jadi, mari try.
Memula rendam semalaman dengan air garam.

Pastu dah semalaman, buang air garam - basuh kan - tos bagi kering sket.
Rendam pula dengan air gula. Simpan lagi semalaman.

Bila dah semalaman - tos semula bagi kering sket.. dan barulah kita makan macam trend sekarang tu.
Jeruk asam boi.

Tetap lah masam lagi. Tapi, okay lah. Dah dua malam di rendam. Kan?

Err.. aiols minta maaf lah kalau ada yang terliur.
Kalau nak carik mempelam epal ni, biasanya kat pasar tani ada.
Cuba lah uols carik. Kut2 ada rezeki, kan?

2 juta komen

Saje jer tau KekDa ni.....Yani tengok ni pun dah terliur...sob sob sob!

yummy yummy yummy..memang suka ni

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign