Dah namanya cuti sekolah kan.
Orang kata tiba lah "musim mengawan"
Pepandai je lah uols ni kan.
Tapi aiols pun nikah dalam musim mengawan lah. Hiwhiwhiw.
Last weekend, bawa my mom ke Nilai. Nak beli langsir katanya.
Ha. Ai pun dah tak ingat dah bila last aiols ke Nilai.
Lalu tu ada lah. Sbb nak p makan seafood kat Bagan Lalang tu, myDH mmg suka keluar Nilai and terus ke Sepang tu.
So, bawa mak ke Nilai 1 dulu. Situ okay sket kan.
Jalan punya jalan, terjumpa pula kedai jual kain cotton.Wiii... byknya cotton dia.
Rambang mata aiols.
Lalu terbeli satu cotton.
Dan myDH terbeli juga satu cotton silk untuk buat baju melayu raya.
Ye, kita try pakai cotton, boleh buat ala ala baju melayu kain duchess ke shantung tu.
Yang ala ala macam kejung keras tu kan.
Tapi, apa kau ingat suami kau macam KJ ke nak buat baju ala ala gitu.
KJ tu perut flat, kacak lah berpakaian begitu. Kalau perut ke depan?
Eh. Edisi mengumpat suami ke apa ni. Takpe. Beliau tak baca blog ni katanya. Muahaha.
Eh. Edisi mengumpat suami ke apa ni. Takpe. Beliau tak baca blog ni katanya. Muahaha.
Tapi, smart kan baju melayu gitu. Aku suka lah.
Rupanya kedai tu mmg jual cotton je. Cotton di sana, cotton di sini. Mmg house of cotton. Nama kedai nya - Jelita. Kat Nilai 3 pun ada. Kami ke Nilai 3 juga. Tak jalan byk tempat pun. Eh, rimas lah Nilai 3 ni. Dah byk bangla je jaga kedai. Ha, ni kang jadi cam Cameron. Mula2 buat tak nampak. Dah jadi something baru nak buat operasi bagai. Eh. Apa menda ai bebel nih.
Seterusnya Ahad tu kami ke kenduri my kazen. Wedding anaknya. Nun di satu tempat yg ai tak pernah sampai walau tak jauh pun dari rumah. Di pangsapuri permai sg besi sanun. Dah la ajak by phone je kan, takde kad. Pastu msg alamat. Pastu terpaksa lah ai riki2 guna google maps dulu. Pastu nak pegi tu guna GPS lah. GPS ni bukan buleh percaya sgt. Hampas juga kekadang. Tp senang je rupanya, kalau dari rumah ai tu ikut mrr2 je. Terussss je.
Seleso makan dalam dewan, tp speaker dia tahap pekak telinga. Apa lah letak speaker dalam dewan. Mak aku nak nyembang ngan sedara mara pun susah. |
Lepak2 sana jap. Sebab mak datang sini, maka kami pun pergi lah. If mak tak datang, tentah tak pergi. Haha. Tapi, ini je lah masa nak jumpa sanak saudara kan. Kazen ai ni anak kepada kakak mak ai. Tapi, kami jarang2 jumpa. Kira ini lah masa berjumpa. Tgk semua anak2 kazen ai ni semua pun dah anak dara. Eh. Yang dah ada anak pun ada tau.
Lps tu kak ipar ajak pi rumah kazen dia pulak. Mula tu cam keberatan juga sbb sepupu dia. Kita pun tak pernah kenal pun. Tp dah dia ajak beria, maka jom lah.
Sekali lagi naik MRR2 ke Sg. Buluh. Tp ada salah masuk sket. Sepatut terus masuk kat TBS then pusing lah balik ker MRR2. Tapi, termasuk yg hway Loke Yew yang baru tu. Tak memasal bayar RM2. MyDH kata, at least kita dah elak jammed kat Tasek Selatan. Iye lah tu...
Memula kat sana tak mahu makan dah.
Sekali tgk, eh ada sambal tempoyak ikan bilis pulak. Cam bes je nih.
Maka, makan jugak lah sket.
Ada cendol. Pastu air dia air tebu. Ai minum sket je. Pastu ada tapai pulut. Tapi, ai tak makan tapai. Tak reti lah.
Begitu lah hari minggu ai yang lepas.
Minggu ini pun sama lah.
Kenduri kawen lagi.
Minggu depan takde. Minggu itu kena free kan sbb kami celebrate anniversary dan my birthday. Haha.
Pastu minggu depannya lagi, ada kenduri lagi. Wedding adik blogger tu. Tp ai nak pegi bukan lah sbb blogger tu jemput kan. Sbb adik blogger tu kawen ngan ofismet weols. Hehee... nati ai reveal lah blogger mana, kalau ai jadi pergi lah. Hihi.
2 juta komen
Padatnya aktiviti ieda..
Wah beday bln 12 ek..
very the busy la kekda... kami pun sama, weekend jek penuh aktiviti huhu!
Terima kasih atas komen anda :)