Pages

9 December 2014

Booking Agoda : Caj USD1.00

Aku selalu jugaklah guna Agoda nih utk booking hotel. 
Tgk balik kat "my bookings" tu ada lah 7kali dah aku "departed" (sejak tahun 2011).


Banyak tak banyak, tp ada lah guna kata orang tu kan. Tapi takde lah sampai dapat point yang boleh di redeem. Nak redeem - point mesti ada least 12,500 setahun. 
Kalau aku, mmg tak dapek lah. Sbb bukan sentiasa aku booking thro Agoda. Pulak tu dia kira untuk setahun. Kalau tak guna, expired pada 31.12 tahun tu jugak. Cemana nak kumpul, kan? Aku punya pun paling tinggi dalam 7000 lebih je. Tahun lepas. Lps tu expired. Tah hapa hapa. Orang takyah la buat dia expired. Tapi, harus la depa nak untung kan...
Tapi, tak kesah lah.. kita mesti pilih yang lebih ekonomi untuk kita dari beria nak kumpul point kan.

Selalunya sebelum beli thro Agoda ni aku tgk kat website hotel tu sendiri dulu, sbb kadang hotel pun ada bagi promo yang lebih murah dari Agoda.

Dan, sebelum ni aku tak pernah ambik yg ada "book now, pay later"
Hingga lah hari ini, aku booking dan amik yang "book now, pay later" tu.
Cam biasa lah aku buat booking pastu dia hantar emel confirmation apa semua kan.
Tup2 dapat SMS -  "TQ for using your maybankard ending **** for USD1.00 at agoda hotel reservation ....."

Aku cam hoi.. hoi.. ni apahal pulak ada caj nih. Selalu takde pun. 
So, aku suspect, mesti sbb pay later tu.
Rupanya mmg betul lah tu.
Aku google pasal ni, kat tripadvisor ada depa diskas pasal ni. [link : Tripadvisor]
Choi sesangat tau.

Ada Australian ni komen 
I obviously overlooked the "Book Now Pay Later" when submitting credit card details some months ago and ended up getting charged full payment within a couple of days. I wasn't too worried about it at the time but did wonder why I had been charged in full.

In reference to your $1USD fee, Agoda's Terms & Conditions do read;

" A small verification charge may also be made to your card when using "Book Now Pay Later". The balance will be charged after confirmation or, in case of "Book Now Pay Later", on the future payment date (see the comment above about the possibility of cancellation in case the card cannot be charged on that date for whatever reason). "

So maybe this would explain the fee you were charged.

Aku tak nampak pulak TnC yang camtu. Tapi, mmg ada lah tu kot.
Kat TnC dalam confirmation form yang dia hantar kat emel tu, dia citer pasal cancellation jer. Pastu dia tulis total caj harga hotel je. Takde pulak pasal USD1 tu. Haih...

Hey..mujo aku amik hotel yang murah sgt. Harga kat web hotel dia pun tak camtu.
Kalau tak..mmg takde dah aku nak guna Agoda nih.
Dan, pengajaran juga - tak perlu lah amik pay later tu. Pay now sudah. Sama je kot. Pay now ke pay later ke, still kalau nak buat any cancellation kau kena bayar jugak [utk kes ni dia USD15 katanya].

Cumanya kalau pay later, takde la caj tu dalam kad kredit utk bln ni (but still, USD1 tu ada. Choi sgt..nanti aku lebih kan dalam 4hinggit la bayar kad kredit bulan nih). Tapi, sama je pun.. kalau pay now pun, bayar je lah kan. Eh. Menyampah pulak haku bila pikir balik. Aku lah yg bengong sebenarnya nih.

Tapi, kalau ikut kan, mmg lama dah aku tak booking thro Agoda ni.
Last bulan 1 ke Melaka tu hari. Eh. Takde la lama nau kan.
Haha.

Okay lah..okay lah.. nak buat cemna. 
Kena lah bayau jugak USD1 tu nampaknya.
USD1 to MYR is +- RM3.49. Lebih kurang nak ke 4ringgit jugak lah.
Choi sangat tau..mujo still harga murah lagi kalau dicampur dengan harga hotel tau.

Eh. Nak gi mana ni booking booking hotel ni??
Ada laaa..... hiwhiwhiw.

3 juta komen

info yang berguna kekda.... kalo lia pun rasanya tak perasan benda tu..... pernah guna agoda ni beberapa kali je utk coti2 malaysia....

yang penting.... tak sabauuu nak tahuuu kemanakah destinasinya ituuu.... hikss...

erkk kene charge? ida tak pernah pulak book now pay later salu sokmo pay now jee huhuhu

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign