Pages

31 January 2012

Tupperware : Easy Storage

Comel nya la hai.
Nak beli, taknak.
Nak beli, taknak.
Nak beli, taknak.
Bleh susun lawa je kat kabinet tu.

Adoyainyer pun.
Pitam camni. Ada je misti jadi delima.

*berlalu pergi smbil nyanyi
Ku terpinga... tertanya... di dalam dilemma mu


p/s : Nak beli tupperware yg comel itu? Bleh contact saya. 
Nak beli tupperware utk katalog bulan Jan - Feb
pun bleh contact saya.
Semestinya ada diskaun utk para pembaca di kebun stoberi ini.
Sekian.


p/s/s : Ada org pesan, mesti aku ter beli gak utk diri sendiri. Tp salunya takde org beli pun aku ter beli gak utk diri sendiri. Umah baru nati letak satu bilik khas yg jadi gudang tupperware. *pitamsss

Perihal Warna Bunga Ros

Oke.. esuk da masuk bln Februari. Bulan Februari kan bulan cinta.. hahaa.. ya lah..ya lah..
Tau tu... bkn nak sambut Valentine lah. Tk penah sambut pun. Heh.
Cumanya saya bergembira jugak sbb bln Februari ada tarikh yg disambut juga.
Bkn 14hb tapi 24hb. 
Haha.
Jadi, sempena bulan lovey dovey ni, meh la kita citer2 pasal yg lovey lovey ja  Yg sweey sweet ja. Teheehee.. So, skang mari kita mengenali warna bunga dan simbolik nya.

Kredit : Meaning of roses
Dan berapa kuntum pun ada maksudnya.
Kredit : Meaning of roses

Ha...aku tak penah pikir pun pasal kaler2 ni. Kalo nak tanya laki aku. Laaaaaaagi lah dia tak endah. Bagi bunga pun berapa tahun skali. Hahahaaaa.

Tapi.... ngeh ngeh ngeh. Aku rasa ada plan lah utk sambut 24hb tu.. Dan aku tgh usha satu deal groupon yg cam bes. Ngeh ngeh ngeh.

Dan terima lah 24 red roses utk seme yang membaca blog ni.
*tatau la cukup ke tak 24 tu, tp bila gugel, itu la salah satu gmbr yg kuar. Hihi.
Credit : Google

Akhirnya Dilepaskan Jua

Bertahun tahun aku terikat dengannya.
Akhirnya beliau lepaskan juga aku.
Hahaha.

Alololo...
Ada yg tanya cemna bleh dpt pelepasan ni?

Alololoo..
Harus la kena zero tunggakan, baru dpt pelepasan.
Takde apa2 keistimewaan lain menyebabkan dpt pelepasan ni.
Kerna aku juga bkn lah 1st class degree holder.
Yg bleh dpt pelepasan ni dari awal lagi.

Jangan la kata plak aku nak show off sbb da abis bayar, sbb aku tau rakan seangkatan aku dah berzaman abis bayarnya.
Dan jangan la kata "syoknya dah abis bayo"
Tukar kan soklan itu kepada
"baru nak abis bayar ke?"

Yeps. Itu yg sepatutnya.
Giler ko. Aku abis blaja tahun 2002.
Skang baru abis.
Ce kira ce kira.
Ha..lps abis blaja, aku tangguh bayar dkt 3 thn.
Aku bayar betul2 tahun 2006 ke 2007 tu.

Aku pinjam sket je. Tp interest half dari loan tu.
Phuh... mujo aku keja kerajaan. Dpt la balik duit aku bagi ke kerajaan tu. Hahah.
Sbb tu aku paling bising2 bila SBPA tangguh. Haha. Jenuh wes...keringat aku membayar interest tu. Tp da pinjam kan, nak taknak kena la bayar. Pun lagi aku takmo pening2 nak pikir Ujrah apa seme tu, aku settle kan je. Tak byk dah pun. Tp kalo still taknak bayau, interest tu yg buat sakit ati. So, settle.

Oh. Kalo ada yg nak tau cara2 nak settle bleh selak entry aku yg ni.
Situ aku ada letak cara2 dah. Tak perlu nak call2, sbb kalo call pun, jauhhh pegi nya nak di sambungkan kita.

Tp ni pun, dia kata lps 6 bln dari date surat ni baru bleh tarik napas lega sket. Kut ada lagi apa2 saki baki yg tak clear.

So, skang ni menanti satu lagi pelepasan. Tp lmbt lagi la. 2 tahun lagi kot. Tp yg tu aku tak jamin bleh menarik napas lega bila dilepaskan sbb bila dah lepas, pastinya hati akan terikat pada yg lain plak. Agagaagaaaaa (-_-")

Oh ya, kalo anda2 nak ke oversea, dan still tak abis bayar si budak PTPTN ni, jgn risau.. selagi tak di black list, selagi tu anda bleh masuk keluar negara dgn mudahnya. Confirm. Tp kalo tak penah bayo, dan tetiba dpt LOD (surat lawyer) tu, harus la kena call PTPTN dulu, kut tak kang...merasa la cam artis2 kita yg penah kena tahan kat airport tu. HUHu.

Dan pesanan utk adik2 yg da abis blaja tu, bayar la walo pun sket, sbb nati bila interest bertambah, beranak-anak kita yg stress nengoknya.

30 January 2012

Perihal SBPA : CUEPACS Enggan Sertai Panel

Kredit : Berita Harian
Pulak dah nyer.
Kalo ceni smpai bila mau abis ini celita???
Itu gaji balu bila mau lapat kalo ini maciam ding dong ding dong.
*gaji je la ko igt kan??*

Hahahaha (T___T)

Perihal Cuti Cuti dan GCR

Hai uols. Malas nak citer pasal Anugerah Juara Lagu. Dah pung pang kat timeline n FB smlm. Cukup. Nati kalo rajin baru update pasal tu. Biar org lain update dulu.

Banyak nau cuti pree awal2 tahun ni yer.
Bahagia ler. Ce tgk bln 3,4 sok. Nganga la takde cuti pree dah. Tp bln 3 n 4 tu kami sebuk ngan HKK pun. Mmg cuti dibekukan ler. Sobsss.
Weekend lps lepak umah je. Ada la kuar, tp bkn bertujuan berlibur2 la. Gi amik tupperware, gi tgk 'mansion', gi pasau. Itu je. Selain dari tu, mmg berkubang kat umah je. Syabas. Haha.
Yelah, sbb this coming weekend cuti pjg lagi kan. Yey *nari cam cikgu senam robik ajar ari Jumaat tu ari*

Bercerita pasal cuti ni, uols yg govt byk da cuti yg bawak ke CGR GCR?
GCR adalah Gantian Cuti Rehat.

Secara ringkasnya, kumpul cuti setiap tahun utk dibawa ke pencen kelak. Dan dpt award wang tunai ikut berapa hari yg kita kumpul tu.
Nak detail bleh refer di sini - GCR by JPA
Memula aku masuk keja dulu bleh kumpul 120, tp ada pekeliling baru thn 2008 dulu, start 2009 dia jadi dah bleh kumpul smpai 150 hari.
Link - Pekeliling

Aku kumpul GCR ni lps aku da dpt status tetap dan berpencen dulu. Dlm thn 2006 ke 2007.
Lupa dah. Memula tu aku kumpul sket. Tp dlm 2,3 thn ni mmg byk cuti tak abis, maka aku bawak la 10 ari terus utk GCR.
So, skang da dkt 50 hari kut. *kena check balik ni*.

Cuti tahunan (tetap) yg dpt plak ikut gred n brapa lama da keja.  Kalo cuti tetap ni skang aku dpt 25hari. Lps tu da di tambah ngan cuti lepas2 yg dib/f maka dpt la 38 hari *dlm HRMIS 38 hari, tp akak CC kata 48. Aiyok.. cena leh jadi byk ne?*
Tetiap tahun aku mmg tak penah abiskan cuti ni. Mmg b/f la ke tahun dpnnya.
10 ari masuk GCR dan selebihnya bawak ke tahun dpn tu lah.

Sbb tu akhir tahun aku tak penah kalut nak abiskan cuti. Mmg takde istilah 'abiskan cuti' setakat ni. Sbb aku mmg plan simpan utk GCR, lps tu kalo bleh nak bawak sebanyak yg boleh utk tahun2 dpnnya. Yelah, sbb aku takde anak lagi skang, mmg aku nak  simpan cuti2 ni anak aku nati. Ye lah kan, kalo ada anak, salu je amik EL ke apa ke, so, takde la aku susah payah nak MC ke apa. Cuti je.
GCR pun kumpul dah dari skang ni, so, nati da limit, taperlu nak pikir2 dah. 

Aku mmg balik kampung setiap bln.
Tp biasanya aku balik time cuti pree (cam next week ni).
Atau kadang balik weekend je lah.
Dulu masa bujang mmg aku amik la cuti Isnin tu kalo takde cuti pree. Tp sejak da ada yg men-dreba, maka tak kesah la kalo balik lewat petang Ahad tu pun.
Lps tu kalo nak pi bercuti pun mmg aku carik cuti yg ada cuti pree, walo sehari. Jadi, tak la panjang sgt nak cuti. Cuma ke bln 5 nati, tu mmg tak bleh elak, sbb takde cuti pree atau cuti ditunda dah time aku nak pegi bercuti tu. Lama gak tu. Dlm 3 ari gak kena apply. Tp takpe... katanya cuti byk. Haha. 

Tp awal tahun 2012 ni aku da amik cuti byk dah. Satu time tak sihat tu. Sbb demam tu, aku tak amik MC. Malas nak gi klinik, maka tolak cuti je lah. Then ke Langkawi tu ari - 2 ari. Maka utk Januari dah 3 ari. Rugi, sbb ada cuti pree, tp terpaksa gak tolak byk2 cuti. Tp takpe. Bln Feb ni tak amik la cuti (kotttt). Huhu.

So, itu lah dia nyer perihal cuti cuti.
Walo byk lagi cuti tu tp mmg sayang la nak guna. Simpan, simpan. Dan bila ada anak (or anak2), mmg aku reserved cuti2 tu nati utk derang. Tp since takde anak ni lagi, bleh la aku pergunakan utk jalan-jalan. Haha. Macam la pun jalan2 tetiap bulan. Pang jugak kang.

Eh. Cuti byk ni. Kalo bleh jual pun bes. Hahaha. *udah nak jadi cam student2 yg jual baucer buku tu plak ha... Hahahhahhha*

29 January 2012

Perihal Macam Macam Kejadian

Lately ni memacam kejadian plak tpt aku tinggal nih. Last week kejadian menggemparkan negara tu. Yg pasal drama tebusan lebih 4 jam tu kan. Kalo tatau bleh la baca secara ringkas kat sini - Utusan
Abang aku siap call tu esuk nya lps dia baca kat paper. Huhu.
Aku pun tatau. Masa tu baru balik dr Bagan Lalang kot.
Lps tu my dear gi beli goreng pisang, dia kata ada la akak yg jual tu duk sembang2. Igt cam tak serius la. Rupanya.......
Tp apa pun aku tk dgr. Tembak2 ke apa ke. Dekat tak dekat la, tp aku rasa bleh dgr la kalo ada tembak2 ke apa. 

Sokay la tu. Dah settle pun kes tu kan. Umah aku pun ada grill dan mmg acapkali kami masuk umah, kami trus kunci grill tu. Pehtu kami ada lagi satu grill kat luar. Kira tu share ngan umah sebelah. Tp  umah sebelah ni sokmo tak kunci. Lantak p lah. Derang rasa selamat, derang buat la camtu. Dah la tak kunci grill tu, grill umah pun tak kunci. Skali masuk org camtu tau la. Eh. Kalo org tu masuk, kiterang pun susah gak. Nak kuar kut mana. Tu je jalan yg ada utk kuar. Lompat dari balkoni??? Hahahahha.

Tup2 pagi semalam lak. Balik dari pasar aku napak sorang budak pompuan, dlm 16-17 tahun camtu la umo dia. Dgn bapaknya. Budak tu cam tak berapa nak betul la. Jalan2. Tp kiterang tak dulik pun. Naik umah. Makan bekpas bagai, tetiba dgr org jerit2. Ah. Sudah.

Rupanya budak tu taknak balik umah. Jenuh bapaknya ajak balik. Taknak. 
Sudahnya dia masuk dlm longkang. Longkang tu dalam jugak la. Kira mmg kalo org dewasa masuk leh napak kepala je. So, dia masuk dlm tu. Jerit2 taknak..taknak..

Sudah..buat hal lagi.
Ni mmg dpn umah aku. Harus tgk kan, kang abang aku call lagi, tatau citer plak. Haha. Dasar keposhii... hahahah. Tp nyer, aku idak la turun g ke longkang tu cam org lain. Ilek je aku tgk dari dpn pintu umah sambil conteng2 tangan ni. Huhu.

Lama gak la baru budak tu tenang. Smpai ada polis peronda benti lah.
Aku pun tatau apsal family dia taknak call ambulans. Budak tu pun bkn duk kat area umah aku ni. Umah blkg2. Dia berjalan sbb tanak balik umah kot. Aku camtu terpikir satu je. Tp malas la nak tulis kan. Kang jadi fitnah plak. Tak baik.

Tu satu citer la.

Lps tu skang ni tatau la apa menda, asal tgh malam je mcm ada menda duk berjalan atas bumbung sblh umah aku ni. Kira bumbung org bawah la. Derang ada buat bumbung tambahan la. Aku idak la rasa something yg lain sbb rasanya kucing. Sbb ada bau2 cam kencing kucing gak. Mebi kucing carik tikus. Tp tu lah. Pelik2 je. Haih.

Entah. Lama kot aku duk sini. Sedari keja kat KL ni lah. 8 tahun gak la sudah. Tp sblm ni takde la memacam yg misteri, yg tak dijangka berlaku. Tp la ni kerap plak. Eh. Tu tak masuk citer yg org sebelah umah aku ni tetiba mengamuk2 cam kena rasuk apa je. Tu ada aku tulis dlm blog ni gak. Citer bln Januari thn lps la. Masa tu aku takde, outstation Langkawi. My dear la duk sorang kat umah time tu. Tp aku simpulkan yg org tu stress sbb byk duit kuar awal2 tahun. Ye lah, anak2 nak sekolah apa lagi, derang pun aku tgk tak la senang sgt. Tahun ni duk dpt seratus la, lima ratus la, idak la dia meronta ronta lagi. Huhu.

Tu lah. Bila nyer la nak masuk 'mansion atas kayangan' aku ni. Da pegi melawat tapak gak smlm. Tak dpt masuk, amik gambo pun jadi ler. Swimming pool kemahin besau, takdek org mandi pun. Aku rasa bila block D ni bkk, sure ramai menjakun dok mandi nati nih. Hihi. Aww.. umah ai harus la yg ngadap pool nih. Aww....awww... *gediksss... padahal masuk pun entah tahun bila tah!*


Nak tgk perkembangan. Motip tak bleh masuk lagi? Napak umah tu cam da siap la. Cuma mungkin ada jalan2 yg tak siap lagi kot. Adoii..cpt la masuk umah tu. Kang tah hapa lagi drama yg muncul kat area aku duk skang ni.  Dah setgh tahun gaji kena potong ne. Adoyai nye pun.

Harap2 umah aku ni takde la masalah cam Banjaria Court yg kuar TV gak smlm. Adoi.. Tatau la samada masalah derang ni dah settle ke - Aduan Rakyat.

28 January 2012

Sharing Saturday #1 : Tabiat Wanita Mengikut Hari Kelahiran


Oh. Sekarang kita ada Sharing Saturday. Jadi, kalo rajin buat entry hari Sabtu, saya akan masukkan menda2 yg bleh di sharing kan pada setiap hari Sabtu.  Huhu.
So, utk yg Sharing Saturday #1 ni, saya share kan ini ya. Tabiat Wanita Mengikut Hari Kelahiran. Ce check hari lahir anda bila. Kalo tatau bleh check sini. 
Kredit : Here
Cara-cara nak check.
1) Carik tahun kelahiran anda. Let's say saya adalah 1979. Maka pegi pada 1900. Turun ke bawah. Cari no. 79.
2) Bila da dpt straight ke kanan - bawa ke bln kelahiran anda. Utk saya December. Maka saya dpt no. 7
3) Bila dapat 7, makanya ambil kotak ke 7 (pada kotak yg bawah). Dan pegi ke tarikh lahir anda. Utk saya adalah 14hb. 
4) Maka, dpt lah Hari Jumaat.
Mungkin ada yg lebih ringkas, tak kesah lah kan. So, dah tau hari apa, meh kita check perwatakannya pula.
Jika dilahirkan pada hari ISNIN:
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dalam pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
Jika dilahirkan pada hari SELASA:
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

Jika dilahirkan pada hari RABU:
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal  kewangan, dia pandai cari duit tetapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik di tempat tidur dan pandai berasmara.

Jika dilahirkan pada hari KHAMIS:
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tidak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Jika dilahirkan pada hari JUMAAT: 
Wanita yang lahir pada hari Jumaat, tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tidak suka dipaksa.

Jika dilahirkan pada hari SABTU:
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.

Jika dilahirkan pada hari AHAD:
Wanita yang lahir pada hari Ahad, kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Taat pada suaminya, namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hatinya sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan, dia akan cari jalan lain.

Sumber : Epetua

*utk tahun  baru ni da ada ke belum entry WW yer. Lupa plak...

27 January 2012

Perihal Mengidam

Smlm merempan2 kat FB. Tetiba cam craving for spageti. Tatau nak kata, tp lps lunch tu terpikir2 nak makan spageti. Da terbayang2. Lps tu rasa cam nak masak. Dah pikir ni, dlm freezer tu ada daging cincang, balik masuk dlm microwave nak defrost kan dia. Lps tu sos ada. Tp cendawan segala takde. Mesti tak sedap.

Trus goggle kat mana nak dpt spageti. Google kuar Vivo la. Mmg ter leleh leleh la nengoknya. Super sedap napak dlm gmbr.

Dlm keta nak balik tu tnya my dear.  Nak gi KLCC ke BTS. Kalo BTS ada la Vivo. Kalo KLCC, Milano Cafe ke apa tah, yg kat food court tu. My dear kata KLCC. Lupa lak ramai still cuti. KLCC is penuh yaw. Tp tk kesah la. Mujo food court tak ramai. Maka terus order. My dear amik Bolognese n me Marinara. Tp bila siap dah tertukar. Ku plak amik Bolognese. Huhu.

Sedap. Mmg creamy. Yg putih2 tu adalah cheese. Sedap.

Dan hari ini.
Melayan tekak di kala tgh panas. Panas giler kot thari tadi.
Balik umah time lunch. Lps tu cam terpikir2 nak buat status 'sedapnya kalo dpt makan tuti frutti tgh panas ni'. Tp tak la tulis. So, masa nak balik semula ke opis, my dear tnya 
"nak eskrem ke?"


Dalam ati aku, eh, dia cam tau plak aku mmg nak eskrem.

"Eskrem mana?"

" Beli kat Petronas" katanya.

"Ala, Petronas takmo la"


"Abis, nak Tutti Frutti la tu"

Hiks.Hiks. Yep.. mmg other half kita ni bleh baca pemikiran kita kan.

Maka, sblm masuk opis singgah la TF kat Ampang Park.


Nom nom nom.


Itu lah dia kalo seme dpn mata. Nak Spageti ada, nak Tutti Frutti ada, segala gala lah kalo terliur. Kalo kat umah kampung aku tgk... harapan la ko nak dpt seme ni segera.

Perihal SBPA : 5 perkara utama semakan semula



Aku nak qoute yg ni

"Kami harap hasil semakan semula ini akan memberikan keceriaan kepada semua penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas taklimat SBPA kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini, hari ini. 


Ye lah. Harap kami ceria la lepas ni yer.
Huhu. Tp aku tak rasa ada apa2 perubahan pada semakan gaji aku kot. Tak mungkin naik lagi kot. Turun tatau. Kalo naik lagi berkicau2 lagi gred yg lain2. Takat ni mmg aku berpuas hati dgn kenaikan yg ada.
Sekian terima kasih.

Saya Yang Menurut Perintah.
*tweheheheheh*



Ketam Goreng Cili Campur Telur

ketam cili, ketam telur, ketam sambal, ketam sambal telur

Astaga. Citer ketam je aku ni kan. Haha. 
Lelama tukar nama blog ni jadi Dunia Cik Crab. 

Tah. Aku mmg peminat tegar ketam. Seafood lelain pun minat. Tp ketam mmg can't resist lah kata org tu.  Kali ni ketam yg aku masak sendiri plak. Beli kat Bagan Lalang retu lah. Ala, beli 2 eko je pun. Tp isi byk. Fresh kan. Sedap. Dap. 2 eko tu pun da dkt sekilo. 700gm.

Aku buat ketam goreng bercili. Biasa aku tak penah lagi buh telur. Kali  ni saja nak terai. Lps tu jadi cam kering plak. Tp takpe, meh share je resepi. *sebenar utk aku gak ni, nati lupa plak cena nak buat. Huhu

Ketam Goreng Bercili Campur Telur.

Bahan-bahan (utk makan 2 org) :

2 ekor ketam (dibelah dua)
Sebiji bawang besar (sederhana)
2 biji cili masak
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi.
Sedikit kiub ikan bilis *optional. If tak sker, tak perlu pun takpe.
Kalau nak rasa masam2 sket, bleh perah limau sket.
Garam
Kalo suka bleh tambah sos tiram, sos tomato. Tp aku letak sos tiram je. Sesudu kecil.

Cara-cara :

1. Bersihkan ketam. Kerat dua.
2. Blend segala bawang, cili seme tu.
3. Tumiskan bahan blend.
4. Tambah air. Sbb nati bila da masuk telur dia jadi kering sgt.
5. Masuk ketam.
6. Gaulkan smpai rata seme. Smpai ketam masak.
7. Pecahkan telur dlm mangkuk. Pukul kejap. Curah dlm kuali.
8. Kacau2 telur tu supaya tak berketul. Tp kalo berketul pun oke je. Lagi sedap telur tu nati.
9. Biarkan kejap. Pastikan ketam masak betul.
10. Tutup api.

Settle. Mudah je kan. Ada gak resepi yg goreng ketam dulu apa. Tp aku sker lagi goreng camni. Lagi meresap seme rasa bahan blend tu.

Tp aku ada baca petua mana tah, dia kata kalo nak bagi cili padi tu pedas, bilangannya mesti ganjil. Tp tatau la kebetulan ke apa kan, sehari sebelum aku masak ketam ni, aku ada buat ikan goreng cili. Aku buh 6 bijik cili. Mmg tak pedas apa pun. Aku pikir, cili tu tak pedas lah. So, the next day, masa buat ketam cili ni aku taruk la 9 bijik. Skali, pedas meletop. My dear tak kuat pedas, sian nengoknya berpeluh2 masa ratah ketam ni. Huhu. Kasihan. Jadi, btul la kot. Nak kasik pedas, bilangan mesti ganjil. Hihi.

*gmbr dari FB. Kalo FB di block mmg tak bleh tgk. Huhu.

Perihal Booking Guna Agoda

Oke ada yg bertanya booking guna Agoda murah tak?
Aku rasa Agoda ni tak la murah sgt pun.

Sbb kalo kita booking thro internet direct ke hotel pun, kita akan dpt rega lebih kurang ini gak.
Dulu, aku cam tak berani nak booking thro Agoda nih.

Yelah, guna CC kan, tetiba kang duit potong, smpai sana nama takde. Acena ha??
Tp tidak lah begitu sebenarnya. Sbb smpai ke HK pun aku guna Agoda ni, Alhamdulilah, takde masalah. Ke HK dulu aku amik 2 hotel yg berbeza. Satu aku direct booking online ke Hotel (Dorsett), satu aku guna Agoda ni.

Sblm aku berjinak2 ngan Agoda ni dulu, apa aku buat adalah, aku carik2 kat Agoda, tgk review kat Agoda, pastu aku direct booking ngan hotel - thro online - sbb rega online biasanya akan rendah sket. Rega mmg lebih kuang je pun antara Agoda ngan direct online booking.

Macam ni, let's say aku pilih date 1 April utk ke Avillion PD

Rega Agoda.

 Dan rega direct hotel. (alah, halus plak, klik la kasik beso yer)
Sama je.
Cuma... Agoda ni ada rewards yg kita leh kumpul2 utk dptkan penginapan percuma nati. Tp idak la sket2 je. Kena kumpul byk2 la.
Lps tu dia ada kumpul point jugak. Katakan bila kita da balik tu nati dia ada emel suh buat review.

Nati dpt la 500points. Begitu lah.
Tp nak booking kena lah register dulu.

Retu aku baca kat forum cari, ada lagi website yg menawarkan harga lagi rendah. Tp aku tak ingat apa. Tkpe la, bkn salu pun nak gi bercuti cuti. So, booking thro Agoda pun oke dah kut.

Cuma, booking thro Agoda mmg kena pakai Card Credit. But then, senang. Masa check in tak perlu dah nak kuarkan kad lagi ke IC ke apa. Simple. Sapa yg tak sker guna CC mmg tak bleh la booking online ni. Even, aku rasa direct online booking hotel pun derang prefer guna CC rather than guna paypal (yg trus tolak dari akaun kita tu. e.g Maybank, CIMB). Sbbnya dia ada TnC yg kita bleh refund kalo kita nak cancel dlm berapa hari sblm check in. Cam Agoda ni ada certain hotel yg free cancellation. Tp kalo da hari yg sepatutnya ko tak smpai, itu mmg kena tolak la duit. Tak dapek la nak nolong nya. Huhu. Itu lah sbb dia nak guna CC kot.  Tp aku tak penah lagi la buat cancellation ni. Jadi aku tatau cemna prosedur dia.

Tp bagi aku, mmg aku prefer booking online. Samada direct hotel mahupun guna Agoda ni. Sbb aku mmg tak kesah buat transaksi guna CC nih. Tak kesah berhutang la maknanya tu. Haha. Tp hujung bln bayo la byk mana yg dah dikeluarkan tu. Lagipun bukan tetiap bln pun aku gi holiday, gi hotel. Once in a blu moon ja. Hikss.

Maka, marilah kita buat pilihan yg terbaik dalam bercuti cuti ni. Yg penting, pegi cuti hati tenang, balik dari cuti pun hati senang. Jgn smpai balik dari cuti terpaksa ikat perut plak. Itu saja tips percutian dari saya. Eh..?? Sejak bila jadi jurucakap? Hahahhhaha (T___T)

26 January 2012

Perihal Baucar Buku 1 Malaysia

Anak..anak..
Memacam korang ni kan. Dah bagi, pandai lak nak buat begitu begini.
Sebenar cam malas nak tulis pasal ni. Tp takpe lah. Saja.
Biler buat BW lunch tadi ter pegi kat blog yg ada tepek nih.
Kredit utk blog tersebut : pami3
Zaman kami belajar dulu tidak la zaman batu sgt. 
Kira zaman U dlm hujung tahun 90-an dan awal tahun 2000-an.
Tp zaman kami dulu tak pernah dpt peluang terima duit pree camni.
Zaman kami masih takde laptop.
Kalo ada pun PC beso gedabak, tu pun tak seme mampu.
Masa buat diploma, mmg berebut2 nak buat asainmen kat lab komputer.
Tp tau je lah komputer kat lab tu cena. Ada yg tak mau idup. Printer pun sebijik cuma.
Kat bilik tumpang la kawan yg ada PC. Mana bilik yg ada PC cukup haibat dah time tu. *kalo ari minggu tu, tutup langsir, reramai tgk CD Hindustan. Time tu kan glamer ngan citer Mann la, Kuch Kuch Hota Hei la apa la kan.
Lps tu buat presentation guna projektor. Tp bkn cucuk pen drive cam skang ni.
Tulis atas plastik tu. Adoi. Kadang tersenget tulisannya.

Dan nak beli buku hok tebal2 yg kalo terhempap kaki bleh buat cagu kata kawan2 aku tu, adalah mmg cam mustahil. Ada takde kami fotostat. Tp aku mmg tak sker btul buku fotostat nih. Kalo bleh nak beli. Dan skang buku melambak kat umah. Aku mmg sker buku.

Oleh itu, pelajar zaman global ni sgt2 untung. Dah la ada bermacam kemudahan. Dah tu dibagi lagi baucer.
Kalo la aku dpt baucar ni mmg aku guna sebaik mungkin. Sbb aku minat buku.

Tp bleh plak engkorang jual. Mana contact budak tu, meh aku nak beli. Tp aku nak beli ngan RM50 je, tp dpt empat2 tu. Bleh?
Ye lah, ko perlukan duit. Satu point la di situ cam meraih simpati. Tp kalo ko taknak baucer tu, takyah la amik. Tp bijak lak tu palahotak, pikir aku amik baucer ni lps tu aku jual kat mudah. Aduhai anak... nak kata tak bijak, tak mungkin la kot. Kalo tak, tak la smpai ke U sanun.  Kut ye pun nak jual, tak perlu ko iklankan camni.  Ko bisik2 je la kat kawan2 ko. Kut akak2 kawan2 ko nak beli novel ke apa kan. Eh?

kredit : Bharian

Ada sesapa taknak lagi? Meh bagi ahkak.
Bleh ahkak beli novel banyak2.
Tp takmo la jual, kira sedekah je bleh kat ahkak?

Haha.

*update*
Dpt komen cenggini.

Betul gak tu. Bagi pada yg memerlukan yang nak beli buku lebih. Tp nyer, better la kot org tu beli ngan cash beliau. Cuma dpt diskaun la kan sket dlm 20inggit. Huhu.

Tp nyer, cara tu lah. Pi jual2 kat secara terang-terangan tu. Persepsi org cam tak menghargai plak.
Entah. Tatau nak kata, senang takyah bagi. Buat cam dulu2 tu. Takde pening2 kepala, polis pun tak susah2 nak siasat ke apa. Abis citer. Patut baucer buku ni buku hold kan dulu cam SBPA. Eh...??? Hahahahah. *terus berlalu smbil nyanyi limapuluh sen... limapuluh sen*

Bunyi Aneh Dari Langit Di Sarawak

Pagi tadi sebelum gi keja tgk MHI.
Ada dia cakap pasal bunyi misteri kat Sarawak tu kan.

Aku ada la terbaca kat FB 2,3 ari lepas, tp cam malas la nak amik pusing sgt.
Skali cam eh, mcm seriyes plak kan.
Ce baca sket sini.

Sumber : Mynewshub

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.

Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)


Bleh baca sini gak :

sini :

dan rasanya byk lagi la kalo google.

Persoalannya, bunyi apakah itu. Cam ngeri kan. Ada yg kecoh kata dunia nak kiamat.  Tp walo apa pun, at least, Allah da beri petunjuk kan. Abis, nak tunggu apa lagi??? Ohh....

Perihal Misi Mencari Cik Crab

Tetiap minggu nak carik cik crab. Giler haku neh.
Mggu sblm tu kat Langkawi - da makan cik Crab.
Mggu ni makan lagi cik Crab.
Berapa byk kali da mau makan cik Crab. Huhu.

Aku pun tatau pehal aku bleh ter-booking hotel.  Padahal baru je balik Langkawi tu. Tah. Da dpt perkenan 'yamtuan', aku pun booking je. Haha. Aku booking ni before gi Langkawi lagi dah la.
Sebenarnya nak lepak2 mandi kolam, tp terdapat 'kesilapan teknikal' yg tak dpt dielakkan maka takde la mandi pool. Tp pool pun penuh bebudak ja. Takkan la kan. Huhu.
Aku ke Bagan Lalang on 22hb tu. Stay kat Hotel Seri Malaysia. Sedari 3 Januari lagi dah booking. Ha, kat Bagan Lalang ni jgn le nak book last2 minit. Harus tak mendapat. At least 3 mggu before. Lain la kalo nak duk kat Golden Palm Resort tu. Tu takpe. Walk-in pun aku rasa ada. Twehehehe.


Yg pegi bln 6 dulu, kiterang stay kat Pusat Latihan LKIM Camar Laut tu. Kali ni terai Seri Malaysia plak. But then oke la Seri Malaysia ni. Bilik luas. Cuma bekpas tu pepaham je lah. Toksah expect tinggi sgt. Kat sini oke la lagi, ada la gak nasik lemak, mee ngan pulut. Kena cam aku p masa outstation Johor tu ari, ada lontong yg kuahnya cair amat. Lps tu apa tah satu lagi. Mee ke apa tah. Itu je. Air pun air panas je. Smpai driver yg g skali ngan kiterang tu bebising sbb roti pun takde. 

Oh. Aku booking ni guna Agoda gak. Yeps. Agoda sgt mudah dan senang. Kali ke3 aku guna, dan Alhamdulilah takde masalah. Kat HongKong, kat Langkawi and latest kat sini. Senang citer, takyah IC, CC bagai. Aku tak re-confirm pun sblm nak pegi tu. Kira confident mmg ada je. Tp Insyaallah, tader masalah. Bagi je dia voucher booking tu, nati nama kita da ada sesiap. Then, masa check out, bagi kunci ja. Takde apa dah. Cuma, mebi setgh hotel nak deposit. Cam aku g Langkawi tu ari ada deposit, tp kat Bagan Lalang ni takde pun.

Misi utama nak makan kat kedai biasa lah. Senandung Malam.
Tp sendu. Konon nak makan dlm kul 6 lebih tu la. Bajet org ramai makan waktu malam. Sekali penuh. Penuh. Penuh. Tgk kedai Seaview ke apa tu yg seberang dia pun penuh gak. Pulak tu ada cam jual2 plak tetepi padang tu. Adoii.. org ramai sgt. Keta byk, org byk. Adoi. Wrong timing. Kalo cuti berlapis lapis ni mmg la org ramai.

Salu nyer kalo ramai, aku da siap pilih2 apa nak makan awal2, lps tu gitau kata nak makan pukul brapa. So, derang reserved la. Ni takat berdua, malas la aku nak reserved ke apa. Nak walk in je lah kononnya. Skali... mendapat...

Maka, da park keta jalan je la. Smpai jmpa satu kedai. Kedai ni dulu masa dtg sini kiterang penah la makan. Tp time tu makan tomyam je lah. Masa tu ngan adik2 unit aku. Tgk org tak berapa ramai. Ada lagi tpt kosong. Jgn byk bunyi. Trus je pilih apa nak. Amik ketam, pepahat, ikan pari n sotong.

Hasilnya.
Hai. Saya cik Crab masak cili.
Hai saya cik pepahat.
Saya plak squidward goreng tepung.
Saya pari la. Takkan tak kenal.
Mentari mula terbenam disebalik air limau asam boi yg yummeh.
Oke la sini pun.  Aku rasa seme kedai2 yg ada area situ, lebih kuang ja cara masak dia. Sotong goreng tepung sedap. Ikan pari tu tak berapa kick. Rasa cam tawar lak. Mebi sbb dia bungkus guna foil tu, kuah2 dia cam tak meresap. Tp mujo cicah dia pedas meletop...! Mmg feveret aku la kan.

Ketam n pepahat tu, oke, sbb mmg feveret pun. Pepahat ni kalo masak cili mmg sedap, tp kalo cam sup2, buat stimboat tu mmg ada rasa cam pasir2 gitu. Masak cili ngan telur ni sedap. Bes! Air asam boy limau kasturi - which dlm menu dia tulis air Samoy ke apa tah - mmg bes. Kawww...punya..!

Aku nak amik gmbr kedai tak clear plak. RM Serai kalo tak silap aku nama kedai ni. Tp rega oke. Utk kiterang makan tu. Ngan air, nasik seme adalah RM65.50 *err...air kosong dia caj 3posen yer*

Tp sebaik kiterang siap makan dlm kul 7.30 camtu da ramai org menunggu meja. Penuh jugak. Rata2 kedai seme penuh lah.

Laut.

Masa aku p ngan adik2 unit aku bln 6 dulu, air cetek sgt. Tk bleh mandi langsung. Tp skang ni bes plak. Can't resist. Leklok tak plan mandi, pagi tu jalan2 kat pantai, aku tgk my dear, my dear tgk aku, saling bertanya nak mandi tak, nak mandi tak. Tetau dedua dah dlm air. Haha. Tp tak lama la. Panas. Lagipun nak sesiap check out.

Dah check out gi beli makanan laut yg fresh2 lak. Tp tak byk dah. Mebi sbb ramai dah beli, atau pun kedai2 makan ni pun amik gak stock. Dapat la ketam, ikan cencaru n ikan sardin. Selamat da seme tu pun masuk dlm perut. Huhu.

Rasa oke je nati bebila pegi lagi Bagan Lalang nak beli ketam. Huhu. Tk balik modal kot ngan minyak segala  semata2 nak beli ketam 3,4 eko. Huhu. Tp oke la kalo da tatau nak buat apa tu. Huhu.

Jadi ini je lah xtvt kami masa cuti ari tu :)
Nxt mission : Perak plak. Kata Tahun Melawat Perak kan. Huhu.

25 January 2012

Perihal Jalan-Jalan Wif Gurlfren

Tarikh kejadian : 24 Februari. Januari *thanks Yunnie, btulkan.. gilos da akak ekau nih, sbb duk tgk kalendar nak plan cuti cuti cinta lagi. hahaha.
Tempat kejadian : Sekitar Jalan TAR
Org terlibat di kejadian : Hana, Dee n yours truly. :)

Sekian lama tak jumpa gefren kesayangan.
Hana lah esp nyer. Ada dkt 3 thn gak la. Last jumpa beliau time beliau baru bersalin anak pertamanya. Skang anak dia pun dah nak masuk 3 thn. Maka sepanjang itu gak la kami tak penah jumpa. Dia pun dah ada anak kedua yg berumo 3 bln. 

Ni ala2 reunion kami 'geng lunch' lah nih. Eh. Geng Lunch tu bkn lah bermaksud kami ni dulu keja satu opis dan sker lunch skali. No. No. No. Kami kenal kat forum mesra dot net. Lps tu bukak topik 'tpt lunch' kat forum tu. Lps tu jd tpt "OT" - out of topic kami lak. Haha. Sembang tak tentu hala. Seb bek tak kena ngan lock ngan moderator. Berani nak lock. Ai pun moderator. Hahahahahah.... gile kose! :P

Suppose ada sorang lagi yg join yakni kak Julie, tp beliau tak jadi sbb anak beliau tak sihat. 

Dulu kami salu je kuar sama-sama. Malah bercuti bersama pun ada. Ke Penang, ke Cameron, malah ke Indonesia pun ngan meke juga. Dan setelah lebih 7 tahun, persahabatan yg bermula di alam maya-alam forum masih berkembang mekar. Eceh! Poyo ngat neehhh...! Hahaha. Tp tak la salu jumpa. Kiterang 'jumpa' dalam alam maya jer. Sembang thru emel. Skang no more la forum tu. Entah ada ke idak lagi mesra dot net tu.

So,kiterang plan karoke dulu. Sbb dulu itu lah xtvt utama kami. Ke tpt biasa kami lah iaitu Kotak Merah. Ah. Aku nyampah kotak merah ini skang. Udah la lambat hantar makanan, tersilap plak tu. Mintak ikan dibaginya ayam. Lps tu elok pukul 1 trus dia potong lagu aku tgh nyanyi. Main kasar napak. Dulu bleh je ko bagi lagu tu smpai abis. Tssk. Oke, carik port karoke lain pasni. FaceKara kat Viva ni pun cam bes gak - FaceKara

Lps tu gerak ke jalan TAR sbb Hana kata nak gi Ariani.
Tp termasuk kedai2 kain. Maka, Hana beli. Me? Pemandu pelancong je. Hihi. Alah... dia jarang turun KL, me sepelaung je kan. Maka, ai tolong tawar menawar ja. Amik ko. 5 pasang terus dia beli. Hihi. Dgn Dee skali terpengaruh. Huhu. Derang beli kain buat baju pasang yg dot dot tu. Yg kainnya corak jalur tu. Oh. Aku je takde lagi baju tu. Igt nak beli yg dah siap ja. Bercinta nak anta kain kat tailor. Baju beli kat Bandung last 2 year pun baru hantar kat tailor bln lepas. Haha. Yepss... beli bln 8 tahun 2010 tu. Time gi Bandung tu. Baru hegeh2 nak hantar. Sbb aku hanya sker satu tailor je iaitu tailor kat Kuala Kangsar. Giler kan. Aku da terai berapa kedai kat MARA tu, baik yg macam ada kedai mahupun yg kat tgh2 ramai2 tu, tak bleh in. Kedai nyonya Kuala tu gak la pilihan aku walo mak aku marah2 sbb dia kata mahal. Mmg mahal pun. Sama rega KL je dia amik. Tp can't resist lah. Sedap. Dan dia buat cantik.

Dari situ ke Ariani. Kata ada sales, tp tak murah pun. Maka Hana tak jadi beli. 
Lps tu kembali ke Sogo sbb keta ada kat situ. Lepak SR situ. Wah. Cam masa remaja2 plak kan. Huhu. Makan2, sembang2 kejap. Dah dkt kul 4pm. Derang pun nak gerak lah. Lagipun Hana tgglkan anak2 dia ngan hubby dia. Harus la kena balik cepat kan. 
Choc indulgance ngan sheperd pie je.
Sbb kenyang makan nasik masa karoke tu.
Haha. Saja kecikkan gmbr sbb muka
aku sebeso pinggan kat SR tu.
Hahaha.
So, begitu. Seronok tau sekali sekala jumpa camni. Yelah, memasing pun da ada komitmen kan. Dgn Dee  mmg salu jumpa sbb opis kiterang dkt. Kadang lunch together. Tp bes lah. Sapa kata kenalan di internet di takde pekdah??? Skang aku da ada geng TTC plak yg kenal dari internet. 

Apa pun, mereka adalah sahabat terbaik saya.

Perihal Advance Access Fee

Memula nak buat WW je reni. Tp gmbr2 WW ni biasanya sumber dari FB. FB tak bleh nak bkk, mana nak carik lagi. So, taperlu WW. Menceceh je la.
Ni, aku nak menceceh pasal Advance Access Fee utk broadband.
Aku tatau utk pengguna 'jenama' lain.
Tp UMobile dah hantar bil beserta Advance Access Fee.
Motip?? Terkezut mak tgk bil mak jadi dabel.
Ini bleh mendatangkan kemarahan!.

Jadi, pegi kaunter untuk mendapatkan penjelasan.

"Kak, yg ni mmg SKMM da wajibkan mulai tahun 2012 seme user broadband kena bayar advance fee. Seme yg guna broadband kena"

"Jadi, ni skali je lah ni?"

"Ye kak"

"Btul ni, bln dpn takde dah ni"

"Btul"


Kalo aku tgk ada lagi, mmg aku terminate yer *lps tu sangap nak online guna apa. Takat ni Umobile mmg tak buat pangai lagi*

Persoalannya kenapa la ko tak tulis kat memana kata menda tu camtu camgini. Aku blum bukak mulut pasal ni pun budak tu dah tau aku nak tanya pasal apa. Bila aku tnya kenapa tak hantar notis, dia kata tak sempat. Herm... susah nak cakap kan. Menda ni mmg kena notice sepatutnya. Sbb dia effect pada bayaran yg akan dibuat oleh pengguna. Masa kita register kata dah takde apa2 bayaran. Tup2 now kena bayar. Dabel plak tu. Zaman IT maa.. dah tu sykt ko pun sykt IT kan, pe salahnya notice by emel ke, takpun SMS, takpun tulis je note kat bawah bil tu. 

Budak tu kata gak, ada gak customer yg marah2 sbb tetiba kena bayar lebih. Tu la pasal. Lenkali kabo dulu. Kami pengguna. Pengguna ada hak utk tau kenapa kita tetiba dibebankan dgn bil sekian sekian amaun. Walau pun duit ni ko tak amik, dan bleh di waive pada bil terakhir nati, tp menda camni perlukan terma penerangan yg jelas. Mmg la ada term dlm sykt ko 'tertakluk kepada syarat2 dan terma dari semasa ke semasa', tp pengguna ada hak utk tau kenapa bil berubah. Betul pun ko ada tulis dlm laman web ko, tp tak seme akan jengah ke sana. Aku pun baru hari ni jengah.

Ini adalah contoh bil nya.
Bleh didapati di laman web Umobile

FAQs pasal Advance Fee ni pun ada tulis kat laman web tu.




Jadi, ai nak tanya la nih, uols yg pakai bband lelain spti Selekom, Maxis mahupun DG, ada ke mendalah bernama Advance Access Fee utk bln ni?
Effect oh bajet aku bln Januari ni dibuatnya dek menda nih.  Dah la naik gaji pun tangguh lagi. Menda ni laju je buat kan.
Geram pun ada. 
Haihsss.

24 January 2012

Cuti Cuti Makan Makan

Gembira aku tgk FB time cuti cuti nih.
Ramai yg update gambo makan2.
Alhamdulillah.... murah rezeki semenya :)
Antara gamba2 makanan yg dihidangkan.
*errr...kpd empunya, jgn marah eh saya siarkan disini. :)

FB Nana Aris - 23 Jan

FB ma kazen - 23 Jan

FB Zawidatul - 23 Jan

FB Amirah - 23 Jan

And of course urs truly. 22 Jan
Yeps.. yg last tu adalah milik tuan punya kebun stoberi la. Huhu.
Asik mentekadarah seafood je kejanya.
Sedap. Cannot resist lah. Huhu :D
*citer pjg berkenaan cik crab akan  menyusul nati.

23 January 2012

Weekend Yang Santai

Dua mggu bturut2 lepak santai d tepi pantai..
Bes kalo camni tetiap mggu. Haha. Bangan la..
Oke..sesiap nk c.out.
Nk tgk ketam n udang plak.
Ada yg bes bleh beli..
Hepi oliday ols.. ;)

posted from Bloggeroid

21 January 2012

Perihal Viva Home dan Fazura

Ari ni Sabtu.
Wiken yg panjang minggu ni kan. Siap ngan tambahan cuti pree 2 ari.
Maka, takkan nak lepak umah.
Sbb tak balik kg, mari kita pikirkan apa perlu di buat utk ari pertama cuti ni.
Utk ari ke2 - ke 4 seme da ada agenda.


Plan nak ke Tupperware. Mau amik Rice Dispenser.

Skali da abis stok plak. Wah. Laku RD ni bln nih. Mebi sbb ada free gift tu.
Akak tu kata ari Jumaat baru dpt stok baru.
Fuh. Mujo turn ahkak yg dpt. Kalo tidak sure org lain da bising2 sbb lambat dpt.

Lps tu panjangkan kaki ke Viva Home.
1st time being here.
Umobile buat hal dlm tu. Bleh takde line. Jadi no check-in from VIVA Home. *motip nak check in kat seme tpt yg pegi??*
Tp tpt ni cam bes. Nati da masuk umah baru, nak beli segala sofa ke, katil, tilam, dapur etc.etc.etc bleh mai sini. Bes. Bes.

Lps tu tgk wayang.

Sbb da lama tak tgk wayang. 
Last citer apa tah. 
Lama giler dah kot. Bln 11 ke 10 tah.

Maka, pagi tu tgk ada promo Bujang Terlajak kat Nasi Lemak Kopi O.
So, check via MyS2 je lah time dia. *Bes la application Cinema Showtime nih. Mmg memudahkan. Sapa kaki wayang bleh d.load application neh*
Aku tgk kat Viva je lah. RM11/person. MBO situ. Tp wyg dia cam tak bes ja.
Kan kalo TGV or GSC dia cam menurun kan, so takde la napak sgt kepala org dpn.
Ni mcm menegak ja.
Mujo la org tak ramai.
Eh. Bkn tak ramai. Tak ramai langsung.
Skali ngan aku tgk kul 1.45pm tu ada la dlm 10 org kut.
Haha. Kasihan.
kredit : Budiey
Ala, aku nak tgk ni bkn sbb pasal rasa citer ni bes ke tak.
Saja.
Dah lama tak tgk wayang. 
Lps tu cam citer lelain takde yg bes. 
Citer cina je byk.
Takkan nak tgk citer I Love Hong Kong 2012 tu kan.
Kut yer pun kenangan manis kat Hong Kong, tp taperlu la nak tgk movie Hong Kong jugak.

Citer ni oke la. Jadi la buat gelak2 kata org tu.
Jgn la expect bes nak mati. Sbb nati ko akan rasa duit ko rugi. Dan rasa sakit ati.
*aku dgr ada org ckp rugi duit dia dlm toilet masa kuar dari wayang tu*
Pegi tgk utk santai2 ja. 

Yg lawak Nabil. Sbb dia cakap macam alih bahasa suara Detective Conan tu.
Haha.

Citer dia ada 3 org ni. Bujang Terlajak. Nabil, Saiful ngan Johan. Derang duk satu rumah *rumah Nabil*. Bapak Nabil ni kira kaya la. Lps tu nak carik jodoh. Jumpa ngan Puteri *Fazura*. Lps tu seme nak ngorat la. Bapak Puteri ni buta. Dia kata anak dia nak kawen ngan org yg kurang upaya cam dia gak la. Lps tu tetiga ni berlakon jd OKU la dlm nak memikat si Puteri nih. Saiful jadi buta, Nabil jadi pekak n Johan jadi bisu. So, kat situ la ada lawak2 dia. Last2 cam kita bleh agak la. Rahsia terbongkar jugak. Tp akhirnya Puteri pilih gak salah sorang dari derang ber3 tu. Siapakah? Sila lah menontonnya. Kalo taknak pegi wayang tggu la sesapa donlod kang bila dah kuar kat Astro First. Haha. 
Tp Fazura sgt cantik oh. Baju dia pakai dlm citer ni seme simple2. Tp cantik je aku tgk.
Tetiba ter idola kan cara Fazura berpakaian. Eh.?


Kredit : Here
Kredit : here
Tetiba aku makin sker la si Fazura nih. Lawa nyer la hai.
Kredit : Metro

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign