1.1.2012.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
*Panggg....!*
Kasik penampau sedas bagi sedar sket. Haha. Motip nak bersatu satu Malaysia plak nih.
Entry pertama ke utk reni? Ke smlm tu yg pertama.
Tah. Malas nak semak. Tp da siang ni, kira yg pertama lah yer.
Sana sini duk wish Slmt Tahun Baru, baik di blog, FB dan ada la 1,2 di SMS. Aku nak buat smlm, tp tak smpat. Apa yg tk sempat entah. Aku bukan buat apa pun smlm. Just kemas2 dapo, buang segala menda yg aku simpan entah berapa tahun. Huhu. Skali jumpa tepung beras yg xpired nya bulan Julai tahun 2007. Diulangi tahun 2007 yer. Haha. Sbb aku guna sesudu 2 je kot tepung tu, buat apa ntah lps tu tersadai dia dlm gobok tu. Punya la lama. Sblm tunang, kawen lagi. Mujo takde anak, kut ada, anak aku pun leh tgk tepung tu. Haha. Tp dia takde lak ulat2 tu. Apa namanya. Bubuk ke apa tah tu. Tapi bkn bermakna dari tahun 2007 aku tak kemas dapo. Itu bukan melampau itu da penyakit sampau. Haha. Nak kemas nih. Nati nak pindah. Haha. 400 kali dah kata nak pindah, tak pepindah. Motip owh. Mencik!
Oke. Oke. Takde sapa nak baca bebelan aku di hari cuti neh.
So, direct ke topic.
Nak cakap pasal azam nih. Aku selak entry thn lps pasal azam. Oh. Tiada azam panjang2. Aku berazam mahu mensucikan hati saja. Simple. Tercapai tak? Haha. Haha. Haha. Sesket bleh, banyak2 tu tak bleh. Tgk orang upload gmbr beli itu ini dlm FB, mula rasa cam eh dia ni nak show off ke apa. Tak bleh nya nak suci hati. Padahal aku sendiri pun ada upload gmbr2 camtu. Gi Ariani sebuk nak upload, gi makan nasik goreng pun sebok nak upload, lagi mau annoying kat org. Aku pang jugak kang kat diri sendiri. Lps tu org lak rasa annoy kat aku. Eleh, makan nasik goreng pun nak upload, eleh makan eskrem pun nak upload. Hey, biar la FB aku kot. Ko susah apsal. Haaa... sbb tu la perlu suci hati. Hidup bagai putaran roda. Haha.
Tp sedikit2 tu ada la menjurus ke arah suci hati tu. Cam tetiba rasa nak annoy tu cpt2 kata, eh..taperlu kut annoy2 apa org tulis, apa org buat ni. Kita suci hati sudah. Cam kat opis pun camtu. Malas nak tau gosip2, dan cuba utk bercakap bila perlu. Mmg rasa cam 'suck' gak la kengkadang sbb tatau menahu gosip terkini kat opis tu, tp takpe lah. Kata ada 'kabel beso'. Kita gosip2 kecik tak main, tp gosip beso ada. Dan itu lah pun perlunya aku bercakap bila perlu. Takde geng gosip2 kat opis. Kalo rasa cam gatal lidah nak bergosip, aku carik member bukan dari opis. Safe n secure. Dan aku jugak mengamalkan konsep - Lantak derang lah nak kata apa, yg aku tau, aku dtg kerja carik rezeki kerana Allah utk bantu suami aku dan berikan sedikit khidmat pada yg memerlukan. Itu je nawaitu nyer. Lantak kau lah nak kata aku QC laki aku ker, aku tak beranak ke apa ke. Aku sakit ati, ko yg dpt dosa FOC sbb menyakitkan hati orang tak memasal. Aku tatau kenapa, aku da tak kecoh2 pun, dah senyap ontok ontok kat tpt sendiri pun, tak kacau orang pun, ada gak 'laknatullah' yg sebok kacau aku.
Eh... eh... kata tadi nak suci hati. Apa cakap camtu tu?? Takmau...takmau...
Eh... eh... kata tadi nak suci hati. Apa cakap camtu tu?? Takmau...takmau...
Jadi tahun ni, aku cuba lagi utk menambahkan percent suci hati ni yer. Sbb bila kita suci hati ni, dia akan merebak2 ke tpt lain juga. Bagus tu kerana hati la punca segalanya. *ye lah.. patut otak la kan, tp takpe la. Cliche la sket*
Then, thn ni juga aku nak belajar jadi seorang yg Istiqamah. Yer, bunyinya juga agak cliche dan poyo. Tp aku mahu cuba. Apakah istiqamah?
Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:
-Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
-Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
-Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
-Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
-Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Dipetik dari Al-Azim.com. Bleh baca situ konsep Istiqamah yg diterangkan secar ringkas.
Dan aku penah gak dgr ustaz kata Istiqamah ni adalah berterusan. Atau dlm erti kata lain - konsisten. Ya. Konsisten juga agak cliche bunyinya, tp aku tau diri aku cemana. Buat satu menda tak pernah konsisten. Makan ubat - satu botol cukup terus benti. Makan pil - satu dua hari makan, lps tu buat2 lupa. Dah setahun baru satu botol abis, padahal kena abiskan sebulan jer. Buat treatment - tetiba nak tangguh. Apa kes?. Dapat buah zuriat berbiji biji, rebus sepasang je-yg lain simpan peti ais. Ada setahun da kut buah tu. Kalo tanam sure tak lama lagi dpt hasil. Pakai losyen taknak bagi tumit pecah - 2 hari pakai tgk da oke, bagus ni, campak entah mana, tk perlu ulang pakai. Jadi?? Aku perlu Istiqamah, aku perlu konsisten.
Juga ada la beberapa lagi azam yg tak bleh di reveal kan. Sbb nati tak buat, jadi poyosss sgt. Tp seme tu ada kaitan ngan suci hati n Istiqamah juga. Cuba sedikit demi sedikit walau pun lambat.
Memetik kata Imam Muda Asyraf dalam twitter nya *eh, aku folo twitter IMAsyraf?? Iyer saya. Hihi*
Setiap datangnya Tahun Baru, bermakna semakin hampir kita utk kembali bertemu dgn Allah SWT..
Lps tu ada yg lebih Istiqamah pulak yg reply 'bukan setiap tahun baru je ustaz, setiap hari yg berlalu pun mmg kita hampir dgnNya' Oh. Betul la tu. Tp yg IMAsyraf tu cakap sbb nak kaitkan dgn kedatangan tahun baru ni. Tp tkpe. Suci hati. Suci hati.
Jadi, itu sahaja. Akan selak semula entry ini pada 31.12.2012 nati, sekiranya dipanjangkan umur oleh Allah. Berapa percent yg dapat dicapai.
Apa pun moga Allah membuka pintu hati kita menjadi muslimah yg terbaik. :)
Sblm tu nak 'teaser' dulu gmbr menytim kan diri sempena pertukaran tahun :)
Apa pun moga Allah membuka pintu hati kita menjadi muslimah yg terbaik. :)
Sblm tu nak 'teaser' dulu gmbr menytim kan diri sempena pertukaran tahun :)
Restoran Steamboat MAEPS |
Terima kasih atas komen anda :)