Pages

Showing posts with label pinjaman perumahan. Show all posts
Showing posts with label pinjaman perumahan. Show all posts

30 September 2019

Batal Beli Rumah (Part 1)


Hi semua!
Dah  nak masuk bulan 10 dah.
Hi stalker. Wink. Wink.
Carik apa kt sini? Hehe. Ingat I takde menda lain nak fikir selain memikirkan nak tulis pasal office? Kalau itu yg para stalker nak carik, sila lah ke tempat lain. As I wrote before, minda I bukan fikir office..office..office ja tau. I pun ada menda lain yg lebih best nak ditulis dari menulis perihal persekitaran kerja I. Don't worry lah. Tak perlu stalk sangat lah sis. But, I nak pesan "mudahkan kerja orang, pasti Allah permudahkan kerja kita" okay sista :P

Okay. Sebenar I nak menulis kt status w.app. Sekarang ni I pilih medium status w.app utk meluahkan perasaan. Kah kah kah. I rasa medium tu agak berkesan lah. Jadi, uols save la no phone I utk melihat segala royanan I. Tapi, kalau tetiba butt hurt dgn status I tu, I tak tanggung okeh. Siapa suruh uols klik dan baca. Hahaha.

I nak cerita pasal pembatalan pembelian rumah kedua I.
Cemana I boleh terfikir nak ada rumah kedua?
Sebenar dari awal tahun tu hari I macam terasa nak ada rumah di Taiping.
Why Taiping? Sbb I rasa suka Taiping. Plus dekat dgn my hometown. I nak jadikan rumah selepas I pencen.

I mulakan pencarian di internet cuma. Dan I berkenan dgn satu rumah semi-D ni. Harga dia 340k. Memandangkan myDH dah abis loan rumah pertama dia, dan dia tak pernah guna loan LPPSA, jadi I minta myDH try apply LPPSA since I tgk myDH layak utk loan dgn harga rumah tu.
So, jumpa agent (agent pun jumpa kat internet juga. And luckily that agent memang baik. Malay lady. Orang Taiping). Ding dong ding dong, kita pun apply LPPSA. Tup2 lepas raya tu kita terima news kata LPPSA da buat TnC baru. Kalau dulu depa tak tgk gaji nett pun. Kira macam kau gaji 3k dan bleh buat loan up to 340k, then bleh ja. Now tak bleh. Tgk gaji nett. So, loan mmg buleh, tapi kau kena top up ratus2 K pulak. Siapa yang nak?, kan? 

Lepas tu I fikir2, I macam sayang rumah tu. Area dia memang tip top. Sejuk je. Disebabkan itu, I try apply loan guna nama I. Sengaja tak join dgn myDH. I nak tgk sejauh mana I boleh commit. Full ke cemna. Tapi, ini rumah kedua I, so, memang tak dpt 100% loan. I buleh buat 90% loan. 10% I kena bayar ke developer. So, I bagi semua dokumen I, bla bla bla.. tak lama pun, kurang seminggu, I dapat feedback. Ya, I memang dapat 90% loan tu (Kira full lah). Bank trust I boleh commit utk bayar sekian amaun per month. Memang kalau I riki2, memang bank ini (Maybank) interest rendah masa I apply tu. Pastu I rasa loan I senang je approved sbb I mmg customer Maybank. Semua rekod dah memang ada. Loan kereta, card credit, gaji semua kt Maybank. 
Tips : Uols kalau nak apply loan guna bank, kena pastikan rekod kewangan korang tip top. Memang laju lah depa approved. Dia ada term dia - DSR ke apa ntah namanya tu. PTPTN tu paling penting. I memang dah lama settled PTPTN. Then I tak pernah dah berhutang kad kredit. I guna, I terus bayar. Then kereta memang tak pernah lewat bayar. 

Ha! Dia punya delima masa kat sini lah.
Bila dah approved, I macam 50-50 tau. Eh. Bukan 50-50, 80-20 kot.
I rasa taknak pulak. Memacam I fikir.
Tapi, hati I kuat kata taknak proceed. I solat istikarah juga (eh, ni patut before apply loan lah buat kan. Apa lah.. hahaha).
Dalam pada tu, I terbaca bermacam artikel berkaitan pembelian rumah kedua ni. Which is memang bertepatan apa yg I fikir (yg ni nanti I buat post lain kot).

Oh ya, utk yg tak tahu (stalker mesti tahu lah kan. ahahaha), rumah pertama I skrg yang I duduk tu, guna LPPSA. Dibeli 10 tahun lepas. Jadi, I dah tak boleh guna LPPSA. Rumah kedua kena beli dgn loan bank dengan jumlah loan yang dibenarkan adalah 90% dari harga rumah. Yang ni memang peruntukan kerajaan.

Kenapa I ambil keputusan utk batalkan?
Nanti I cerita part 2 pulak lah.
Apa pun, apa yg ceritakan nanti adalah pendapat dan keperluan peribadi I. 
Tidak boleh adapt utk situasi orang lain.
Terpulang pada anda utk berfikir.
Cuma, apa yg perlu I highlight kan - u guys perlu ada rumah pertama. Especially penjawat awam. Rugi besar kalau penjawat awam tak gunakan kemudahan LPPSA ni. Gunakan lah sementara boleh walau sekarang makin susah TnC nya. Jangan bertangguh lagi. Semakin lama uols berfikir, makin berumur dan makin tinggi lah nilai insurans uols kena bayar which is akan termasuk dalam harga rumah.

Okay. See u in part 2 pulak.

6 April 2019

Kronologi Pembelian Rumah Tahun 2010

Setelah hampir 10 tahun, baru kakak terasa nak buat kronologi.
Mungkin boleh dijadikan panduan utk yang nak beli rumah dan buat loan dgn kerajaan.
Masa ni pinjaman masih di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).
Tp skrg dah jadi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Best sebenarnya kalau ingat balik.
Maklum lah rumah pertama, kan?
Masa tu rasa lama nya nak siap.
Padahal idok la lama mana. Dalam 2 thn setengah.
Masa tu prosedur dia 24 bulan dari tarikh kita sign SnP, kita dah kena start bayar.
Rumah siap tak siap, kau kena bayar.
Tapi tu ari, ada agent rumah tu kata, sekarang ni tak macam tu. Rumah siap, baru bayar. Ye ke? Entah lah. Kakak pun tak pasti yang itu.

Takpe. Sekarang meh tgk kronologi dari mula booking hingga lah tiba saat berpindah masuk.
Huhu.

November 2009 - Bayar booking RM1,000.00. Hantar pengesahan yang menyatakan kita bekerja kerajaan (pengesahan majikan) kepada developer. 
Cemana akak boleh ter booking? 
Masa tu kakak hantar pegawai kakak balik rumah area situ. Nampak ada banner. Esuknya kakak pun search tempat tu. Rupanya rumah tu ada phase yg dah siap n ada org duduk. Ada juga rumah untuk dijual. Maka, kakak pun try lah riki2. Tapi, kalau rumah kedua kan dia nak deposit 20%. Mana nak cekau cash segedebuk. Kerja pun baru 5 tahun masa tu.
Jadi, kakak ada option utk ambik rumah di area yg sama, tapi baru nak naik. Jadi, pergi tanya and terus booking sbb rumah tu macam easy access.

17.12.2009 - Sign SnP. Office lawyer pun dekat ngan office kakak. Alhamdulillah. 
19.1.2010 - Hantar permohonan pinjaman ke BPP (masa tu BPP, belum LPPSA) - agent yg hantar.
26.1.2010 - Dapat surat kelulusan permohonan pinjaman. Alhamdulillah.
4.2.2010 - Hantar surat setuju terima pinjaman ke BPP.
23.2.2010 - Date agreement dengan BPP.
1.4.2010 - Tarikh bayaran pertama BPP ke developer
(yang ni lah kena alert bebtul. Nati kat bawah kakak cerita detail kenapa kena alert).

Oktober 2011 - potongan gaji pertama ke BPP. Ya. Rumah tak siap, tapi gaji sudah potong ma... Masa tu berhuhu saja lah.
4.6.2012 - Terima notice delivery of vacant possession (yey! akhirnya rumah dah siap!). Berbunga-bunga rasa hati ketika itu. Cerita pasal hati berbunga ni ada dkt sini - [mansion di atas kayangan]. Cerita kakak hunting bebarang rumah etc etc 
1.7.2012 - Settle kan deposit berkaitan dan ambik kunci (yey! dah boleh masuk rumah). Wah. Ini lah saat ditunggu oleh semua orang, kan? Kunci rumah pertamaku. Gitew...
8.9.2012 - officially berpindah ke rumah baru (Alhamdulillah).

Kena tgk balik segala dokumen masa buat kronologi ni. Elok pun. Selama ni terus masuk fail. Bila tgk balik baru faham.
Dan rupanya kakak ada kena late payment interest masa ujung2 tu.
Tu lah tu. Entah select kat mana kakak pun tak berapa pasti.
Yang pasti, lambat masa bayaran pertama tu lah. Tu yang kakak kata kena alert. Bila dah sign SnP tu kita kena alert bahawasanya kita akan mula utk membuat bayaran. Bukan kita lah, tapi finance yg kita ambil lah. Macam dgn BPP ni kan, for sure lulus. Developer dah tau. So, dia dah prepare dgn lawyer agreement, bila dah sign dia akan hantar permohonan kita. Dia tahu lulus ja, dia dah siap dgn invoice nak tuntut bayaran. Yg kita ni tgh kedek2 nak antar surat setuju terima la apa lah. Kena laju sket dalam masa ni. Kena proaktif sket tanya lawyer apa semua. Developer ni, lps dapat kelulusan berdesup dia hantar invoice kat finance kita.

Tapi, ye lah kita masa tu 1st time kan, blur2 je. Naseb la tak byk bayar. Dalam RM60 camtu. Tapi duit jugak kann..lepas la duit minyak kereta.

Jadi, utk keselamatan, since kita dah bayar booking, kita kena terus lah isi borang permohonan dan hantar cepat2 ke HR. Sbb bila dah booking for sure developer dah ready dengan agreement dia. Lps tu kita akan sign SnP then lps tu baru kita apply pinjaman. 

Sekarang ni mudah lah sket.
Apa2 hal buleh communicate thro w.app, buleh online banking. Laju lah sket kan.
Okay je sebenarnya.
Jadi, yang masih belum beli rumah, cecepat consider beli rumah.
Esp yang ada kemudahan loan LPPSA. Guna lah. Rugi kalau tak guna.
Lagi2 husband n wife kerja govt. 
Macam yg orang2 expert dalam hartanah ni kata :

Suami isteri kerja govt, kalau pandai boleh dapat 6 biji rumah dengan kadar deposit 90% utk 2buah rumah setiap orang.
Tapi bila tak berapa pandai cam kakak lah kan.. dah terbeli rumah pertama dgn LPPSA, maka kakak buleh dapat 1 buah je lah dgn deposit 90% . 
Tapi takpe. Yang penting beli rumah :D
Info di atas, kredit utk link ini (web yg byk info mengenai hartanah. Dan bagus utk di refer)

3 April 2019

Beli Rumah



Apa plan anda utk 10 tahun akan datang?
Heh! Tetiba apa hal?
:D

Sekarang ni kakak tgh hunting rumah.
Ala. Try dulu. Ada rezeki, Allah permudahkan urusan.
Urusan nak beli rumah ni bukan urusan kecik2 macam nak beli handbag tu kan.
Memang lama dah plan.
Memula dulu igt nak beli 2nd house utk pelaburan.
Kononnya nak carik kat area2 U.
Masa tu pilihan puncak alam. Harga pun dah okay.
Dah siap contact agent apa semua.
Tapi, entah rasa macam malas nak proceed.
Lagi pun masa tu belum ada anak and keperluan utk treatment adalah keutamaan.

Then, dah ada anak, rumah sendiri pun dah dekat 10 tahun bayar, dia ada rasa macam nak hunting lagi. Kali ni rasa macam nak carik rumah baru. Nak duduk rumah baru dan nak sewakan rumah duduk sekarang. Alasan - rumah sekarang dah byk barang dan tak reti nak kemas. Lps tu rumah tu jem giler skrg. Haha. Boleh? 
Tak wey... masa tu belum nak jadi minimalis. Belum reti nak organize bebarang. Belum baca buku2 kon mari apa semua tu. Rasa macam semak giler kot tgk barang yg banyak.
Pilihan rumah baru - Rumawip.
Masuk web rumawip ni. Ko akan jadi rambang mata. Banyak giler rumah under construction atau bakal di bina. Harga pun okay lah. Mampu milik kata orang tu. 
Tapi tetiba bila dah masuk umur 40 ni, tetiba terdetik di hati utk buat pelan persaraan. Ha..giteww.. class kau jah kan. Dah ada pelan persaraan.
Bila dah pelan persaraan, harus lah fikir kemana arah tujuan selepas persaraan.
Jadi nya, terus tukar tema hunting house tu utk selepas persaraan.
Heharap kali ini jadik lah. Tak mo tukar2 lagi dah.

Tapi bukan senang seperti belian 10 tahun lalu.
Cumanya, atas tiket "keja gomen", InsyaAllah jalannya mudah sket la.
Dalam hal ni, kadang terfikir, cemna la mereka yg kerja private ni nak beli rumah. Kakak cuma doakan moga urusan uols dipermudahkan.

Sekarang ni, kakak try utk guna LPPSA atas nama husben. Hehe. Sebabnya husben belum guna LPPSA beliau. Rugi lah kan. 1st house husben dah settled. Dia guna bank financing. Jadi, ini dinamakan 2nd house utk beliau, tapi 1st loan dgn LPPSA.
Try lah cemana.
Utk yg belum beli rumah, kakak advise - beli.
Memang kalau kira2 bajet, kita rasa tak mampu.
Tapi percaya lah, semuanya akan okay.
Kakak dah rasa 10 tahun lepas.

Masa tu kakak gred 27 (belum ada gred 29 masa tu). Baru kawen. Memang kalau kira2, macam tak boleh ni. Masa tu rasa abis la tak bleh gi jejalan oversea apa semua.
Tapi, bila dah beli, eh, okay aje.
Bila dah start bayar pun, Alhamdulillah, takde prob.
Still lagi lah buleh ke mana-mana.
Buleh lagi buat rawatan infertiliti di klinik swasta. Buat laps apa semua.
InsyaAllah lah. Ada jalannya.
Rezeki ni Allah yang bagi. Jangan risau tentang itu.

Macam sekarang ni, Allah macam terdetikkan hati kakak utk tgk rumah di satu tempat ni, then lps tu bila tnya mak pun, mak pun cam suka kalau kakak beli rumah di situ. 
Kakak kira itu adalah yg terbaik utk kakak.
Perjalanan dia pun macam mudah pula nampaknya.
Takat ni kakak dah berurusan dgn satu agent ni.
Agent ni pulak, dia biasa buat di KL. Dan kebetulan dlm list rumah yg dia nak jual, rumah kakak duduk skrg pun ada dalam list dia. Mean, dia dah biasa lah area KL and area tempat kakak nk beli tu. Makna dia pun selalu turun KL. And senang utk kakak berurusan sekarang ni.
InsyaAllah lah.
Moga dipermudahkan lah urusan dan dapat lah kakak beli rumah tu.
Rumah tu kira macam pelaburan pun yer, nak duduk pun yer. Gitu lah lebih kurang. Yang pasti memang hunting utk persaraan. Kata orang tu, tempat settled down lah. Gitu.
Nak cakap lelebih pun, takut juga kan.
Kalau loan tak lepas, acena? Hahaha.

Cuma sekarang ni, ilmu hartanah ni sgt la banyak.
Senang sgt lah dibuat panduan.
Macam 10 tahun lepas, memang kira berani mati je nak beli.
Sekarang ni memacam orang yg pandai hartanah ni share kan.
Salah satu macam artikel ni - Panduan dan Cara Beli Rumah Tahun 2019

Sangat bagus tu. Panjang lebar dia bagi. Buleh la jadikan guide pada yg bercadang nak beli rumah.
Pejam mata je uols.
Serius.
Kalau kita tak beli sekarang, bila lagi.
Tambah2 lagi hartanah kt KL ni.
Ngeri dan scarry harganya oiii..
Try rumah landed tengok.
Memang la kalau ikut range kelayakan rumah n gaji tu, kita dah boleh lepas dah, tapi, lps tu abis ke bayo rumah ja. Nak makan kalau, ko kikis la sesket dinding rumah tu. Rumah 600k, 500k. Fuh.. *lap peluh*
Tapi, kalau rumah 200-300k tu buleh.
Percaya lah. Memang buleh.

Info2 berguna :

26 January 2016

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Mulai 1 Januari 2016 Bahagian Pinjaman Perumahan telah dijenama semula kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
Kalau dulu kita berurusan dgn BPP, skrg ni dengan LPPSA ni lah.

Jadi, penjawat awam yang buat loan rumah dengan treasury dulu, dah kena berurusan dgn LPPSA. Then kalau nak tgk info berkaitan loan tu, kena masuk web SPPB - Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu.
Just log in saja lah kat website SPPB.
Link : SPPB
Nanti boleh tgk berapa baki pinjaman.
Penyata tahunan apa semua, boleh semak situ lah.


Lps tgk penyata dan baki pinjaman.. hurm.. jauh lagi aiols nak abiskan loan tu.
Tahun 2041 baru abis tempoh pinjaman.
Tapi, kalau ada duit tetiba jatuh dari langit.. boleh la kita settle kan segedebuk tu. Hihi.

Tu hari sembang2 ngan someone kat w.app. Dia pun baru beli rumah kat rumah aiols tu. Blok lain lah tapi.
Tanya kat dia harga dia beli.
Pastu terus rasa.. best woh kalau jual rumah tu.
Baki ada sekian sekian, jual harga sekian sekian. Untung sekian sekian. Half dah untung tu. Huhu. *mula gelap mata*

Huhu.
Tapi, lepas tu tuan hamba nak berkelana di mana?
Sanggup nak menghadap jammed yang lebih lama?
Sanggup nak travel berjam jam setiap pagi dan petang?
Sanggup nak buat maintenance kereta setiap bulan?
Sanggup nak bayar duit tol n minyak beratus ratus?

Haha.
Takpe lah. 
Walau mahligai hamba tu kecil je atas kayangan, hamba akur je lah.
Walau takde bertanah nak tanam daun kesom dan pokok sawi atau pun bayam, hamba akur.
Walau bingit telinga sbb tepi highway, hamba akur.

Itu lah syurga kami buat masa ini :)
Nanti dah nak pencen baru kita fikir nak berkelana di mana pula ya. Huhu
Syukur dengan rezeki Allah beri. Dan itu terbaik untuk kami.

2 December 2014

Info Berkaitan Pembelian Rumah : Loan Bank

Saja cari info berkaitan pembelian rumah menggunakan loan bank. Sebab rumah aku sekarang dibiayai oleh Perbendaharaan Malaysia. Cea. Gitew.

Jumpa satu blog ni.
Entry yang agak comprehensive berkaitan pembelian rumah.
Kira boleh bagi idea untuk sesapa yang sedang mencari cari rumah untuk dibeli.
[Link : blog cheahmad ]

Salah satu, ada info berkaitan caj2 yang terlibat kalau kita nak beli rumah.

5. Apakah Kos, Fi Atau Caj-Caj Lain Yang Mungkin Dikenakan?
Proses pembelian rumah akan melibatkan pelbagai kos seperti kos untuk memproses permohonan seperti kos perkhidmatan profesional dan caj yang dikenakan oleh Kerajaan. Secara umumnya, anda perlu menyediakan 10%-20% untuk bayaran muka dan 3%-5% untuk bayaran fi & caj sampingan (juga dikenali sebagai entry cost).

Di bawah ini adalah jumlah entry cost yang perlu disediakan apabila anda hendak membeli rumah. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli rumah yang berharga RM300,000, maka anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM41,240 wang tunai:


So, kita boleh bajet lah, berapa banyak duit kita kena ada kalau nak beli rumah.

Then, ever heard Skim Rumah Pertamaku?. Aku tau cemtu cemtu je lah. Sbb biasa lah, kalau takde keperluan buat apa kita nak ambik tahu kan. Tapi, tak salah pun kalau ambil tahu.

Skim Rumah Pertama Ku ni diperkenalkan masa bajet tahun 2011.
Antaranya, skim ni utk yang kerja swasta (atau badan berkanun yg tak gunakan skim pinjaman perumahan kerajaan). Lepas tu umur pemohon tidak melebihi 35 tahun, pendapatan tak lebih 5k sebulan. Kira ni skim untuk orang yang baru kerja lah.
Kelebihannya adalah - boleh buat pinjaman 100%. Kan biasanya, kalau nak beli rumah kena ada 10% deposit. Tapi, kalau SRP ni, dapat 100% (sama macam loan orang kerajaan dengan treasury).
Boleh tgk info berkaitan kat sini - Skim Rumah Pertama Ku.
Tapi, ada jugak respond yang kata susah juga nak dapat loan 100% ni. Itu tak pasti pula kan. Kena bertanya pada yg pernah buat lah.

Bajet tahun ni pula, ada Skim Perumahan Belia.
Belum ada info penuh berkaitan perkara ni. Tapi, katanya ada 20,000 buah rumah sahaja.
Boleh baca sedikita berkaitan skim ni kat artikel Awani ni.

Dan aku terjumpa juga satu blog adik ni. - Ariffshah

Aku suka cara dia yg suka saving tu. Sbb tu dapat beli rumah untuk pelaburan.
Good job dik!
Boleh tiru cara beliau kalau nak cepat ada 'harta' okey.

Sapa belum beli rumah, elok pertimbang lah utk beli aset ni. Sbb makin lama makin tak masuk akal pula aku tgk harganya. Rata-rata apartment/kondo area KL ni dah lebih 500k. Phew.. Alhamdullilah, aku dah beli tahun 2008 dulu. Itu pun rasanya dah lewat sgt dah tu. Huhu.

Kalau nak kira loan, buleh try kat web ni [link : home loan calculator]
Tidak la tepat 100% kan, tapi buleh la nak jadikan panduan.

6 January 2014

Sharing Is Caring : Simpan Duit Untuk Beli Rumah

6 Januari 2014 / 4 Rabiulawal 1435

simpan duit, beli rumah

Ruangan sharing is caring. Artikel penuh : PaMa

Jika anda berazam untuk memiliki sebuah rumah, kaji terlebih dahulu status kewangan anda. Berikut adalah tiga soalan penting yang perlu dipertimbangkan sebelum melaburkan wang membeli rumah idaman:

1.  Berapa banyakkah wang yang mampu dikeluarkan daripada simpanan untuk membiayai bayaran pendahuluan dan kos sampingan pembelian sesebuah rumah?

Bayaran pendahuluan ialah wang yang perlu dibayar untuk memastikan anda dapat menjadi pemilik sesebuah rumah yang diidamkan. Lebih tinggi bayaran pendahuluan, maka semakin kecil amaun yang perlu dibayar setiap bulan kepada pihak bank untuk menyelesaikan pinjaman perumahan anda.

Selain itu, kadar bunga yang dikenakan juga lebih rendah. Lazimnya, wang pendahuluan yang sepatutnya dibayar adalah antara 5 - 20% harga jualan rumah tersebut. Walau bagaimanapun, jangan lupa yang anda juga perlu menyediakan wang yang secukupnya untuk yuran guaman, duti setem, insuran dan juga kos pengubahsuaian rumah apabila kunci rumah diserahkan kelak.

Berdasarkan simpanan dan pelaburan yang ada, tetapkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk membeli rumah idaman. Di sini, anda dinasihatkan untuk sekurang-kurangnya menyimpan wang yang menyamai selama 4 hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan sebagai simpanan kecemasan. Disamping itu, pastikan anda tidak mengusik wang yang disimpan untuk persaraan kelak, lebih-lebih lagi jika anda kini di peringkat pertengahan umur.

2. Berapa banyak wang yang anda boleh keluarkan daripada pendapatan bulanan untuk meningkatkan kadar simpanan atau untuk membayar pinjaman perumahan anda?

Jika anda sudahpun mempertimbangkan soalan 1 dan mendapati wang yang ada dalam tangan tidak mencukupi, langkah seterusnya ialah untuk meningkatkan kadar simpanan anda. Anda boleh cuba membuka satu akaun simpanan khas untuk pembelian rumah. Pastikan anda memperuntukkan peratusan yang tetap daripada gaji untuk disimpan dalam akaun tersebut setiap bulan. Kaji dengan terperinci perbelanjaan anda, dan cuba kurangkan perbelanjaan untuk perkara yang tidak perlu seperti barangan mewah, hiburan dan percutian. 

Anda juga perlu tahu jumlah yang mampu dibayar untuk pinjaman perumahan tersebut. Lazimnya, bayaran untuk pinjaman perumahan tidak seharusnya melebihi 30% daripada gaji kasar anda. Selain itu, pastikan wang anda mencukupi untuk membayar perbelanjaan lain seperti yuran penyelenggaraan, bil air, elektrik dan sebagainya. Cara terbaik untuk mengawal perbelanjaan anda ialah dengan membuat bajet dan mendisiplinkan diri untuk mengikut bajet yang telah sediakan. 

3. Berapa banyak wang yang boleh dikeluarkan daripada Akaun II KWSP untuk membiayai kos rumah anda? 

Periksalah akaun KWSP II untuk mengetahui amaun yang boleh dikeluarkan untuk pembayaran rumah anda. Ini penting kerana ia dapat meringankan beban pembiayaan rumah yang dibeli. Mengikut laman web KWSP, amaun yang layak dikeluarkan pencarum KWSP adalah seperti berikut:

* Pembelian Individu: Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.

* Pengeluaran bersama suami/isteri, ahli keluarga, atau individu yang lain. Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam Akaun II bagi semua pemohon tertakluk kepada amaun maksima yang layak dikeluarkan. Jika anda memperolehi pinjaman penuh (100%), anda layak mengeluarkan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah.

21 September 2013

Rumah Mampu Milik

kredit : Utusan
What say u?
Hihihi.
Aku baca dalam dalam komen kat FB, rata2 kata 'ni bukan mampu milik, tapi mampus nak milik'
Kihkih.

Tu lah kan. Mampu milik tu cemana kategori harga nyer. RM100k? RM200k? ataupun RM500k?
Kalau di KL nih la kan, ni KL yg bebtul KL oke, bukan sipi sipi. Yg mmg tertera alamat Kuala Lumpur, mana nak carik rumah teres baru yg harga bawah RM500k. Ada ke takde? Memang takde. Lagipun mana ada area rumah teres baru lagi di KL. 
Jadi, kita pergi pula kepada rumah tak teres. Haha. Rumah tak teres tu rumah tak bertanah la. Name it Condo ke Apartment ke. Hihi. Cuba lah tanya. Ada satu yg baru naik dkt area rumah aku. Condo. Last year aku saja pergi tgk showhouse. Harga starting 400k oke. Cina promoter tu tgk kiterang atas bawah seolah, eh btul ka ini budak mau beli rumah setgh juta ni. Ha. Tu satu, ada satu lagi, akak ofis ni cerita, dia pergi showhouse condo jugak la. Boleh cina tu kata 'u mmg tak mampu punya la mau beli ini rumah' Hoi! kurang ajar sgt mulut ko kan.

Jadi, persoalannya. Mampu milik tu dalam range berapa? Dan di manakah lokasinya?

Tapi, bebetul sebelah rumah aku, mmg tgh naik satu apartment (flat rasanya), macam rumah ala ala PPR tu kot. Itu aku tak tahu cemna prosedur dia. Boleh beli ke atau rumah gitu ke yg dikatakan mampu milik tu. Tp kat board dia aku nampak logo kerajaan Msia. Kementerian Perumahan rasanya.

Kalo untuk penjawat awam cam kami ni... kalo tak combined loan, mmg tak mampu la nak beli rumah 400k tu. sbb 400k layak utk org yg gaji 6.5k dan ke atas sahaja (boleh refer kelayakan pinjaman kat web BPP ) Ye lah, secara mudah nya congak begini je :
Loan 200k - bayar plus minus dalam 1k/month
Loan 400k - harus la dalam 2k/month.
Kalau gaji 3k, pun tak mampu de nak beli 400k tu. Mmg nampak ada baki 1k lagi dalam gaji. Abis kau tak mahu makan, minum, pakaian? Tu basic tu. Lain2 belanja. Duit kereta, duit kad kredit, duit balik kampung, duit minyak, tol bla bla bla (ha..tp yg ni je lah kita boleh berbelanja ikut kesederhanaan. Minima kan life style)

Tak tahu nak kata lah. Kalau aku, rumah aku duk skrg tu la mampu milik bagi aku. Kalau ikut hati mmg la nak duduk rumah teres, semi-D, tapi ukur lah baju badan sendiri. Lagipun aku nak rumah yg ber alamat 'kuala lumpur'. Kahkahkah.. Berlagak pulak dahhhh... tempeleng kang...!
Takde lah.. memain je tu. Main reason aku tu ari masa carik rumah is - yg tak jauh berulang ke ofis, tu je. Sbb aku maleh nak bangun awal dan travel berejam jam dan abiskan duit kat tol dan berlama lama dalam kereta. Lantak la rumah kecik pun (asal ada swimming pool besoo... kahahahaha).


Oke lah. Tapi rasanya rata2 yg bebaya aku mmg dah ada rumah sendiri. Rumah semi-D/teres 2 tgkt lagi uolss.. klasss khennn... kihkihkih.. 

3 October 2012

Edisi Elaun Perpindahan

Sebenar nak buat Wordless Wednesday je.
Tp sbb ada 2,3 orang yg bertanya masa aku tempek kat FB n Instagram maka terus buat entry la kan.

Alhamdulillah, aku da dpt pun Elaun Perpindahan. Takde ada apa2 masalah. Just isi borang, then submit ke Unit Gaji and terus hantar ke akaun. Dlm 2 minggu camtu dpt dah cek. Mudah kot sbb kiterang ni Badan Berkanun (Persekutuan), so, dia nyer step tu tak la byk sgt birokrasi nyer. Cam full-govt mungkin 'renyah' sket kut nak kena hantar sana sini utk kelulusan kan.

Sebagaimana smlm aku ada citer pasal kemudahan pada penjawat awam utk further study, this one pun boleh dikirakan sbg kemudahan jugak lah. Pindah rumah pastu dpt elaun.

Tp bukan lah simply2 kita pindah then tetiba dpt Elaun. Cam biasa, harus lah ada prosedur, TnC nyer jugak. Elaun ni adalah tertakluk kpd Pekeliling Perbendahaaran Bilangan 4 Tahun 1995. Buleh refer sini utk versi penuhnya - PP Bil. 4/1995

Tapi kalo nak tau layak ke tak memohon, paling2 utama kena tgk dulu kelayakan memohon nih :

4.1.  Kelayakan Memohon
4.1.1.  berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah Kerajaan
atau rumah yang sewanya dibayar oleh Kerajaan dan sebaliknya atas arahan pihak berkuasa
tertentu; atau
4.1.2.  berpindah rumah dari  rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke  rumah yang
dibeli  di  bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan;

Utk kes aku, harus la yg dibawah point 4.1.2. Dia mesti pindah ke rumah yg kita beli melalui pinjaman Perbendaharaan (MOF) sahaja. Selain dari itu mmg tak boleh ye. Guna loan bank ke, guna loan PAMA ke apa ke tidak terpakai. Kalo korang loan dgn treasury, secara otomatik mmg lah boleh. Tp kena tgk la jugak syarat lain. In case pindah ke rumah sebelah je, tak dapat yer. As long as, kita pindah jauh sket dari rumah sewa/lama tu dah boleh lah.

Tapi nak claim kena cecepat gak sbb dia mesti claim tidak lewat dari 3 bulan dari tarikh perpindahan. Jadi, kalo rumah baru tu, dpt je kunci terus la claim. Bagi skali la salinan dokumen yg kita sign masa kita terima kunci. Tak masuk lagi pun takpe, claim je terus. Buleh buat belanja housewarming. Hihiksss. Selain tu yg wajib attach sekali adalah salinan surat kelulusan pinjaman dari treasury lah.

Berapa dapat tu, depends pada gaji kita - ada dlm pekeliling tu - jadual 2, perenggan 4.3.2(a). Dia bujang lain, berkeluarga lain. Kalo berkeluarga tu banyak la sket kan. 

Jadi, begitu lah serba sedikit. Skrg dah duk HR kan, jadi menda2 camni buleh la share kan bersama :)

*ada sesapa nak suh open table?? meh la dtg umah ai... kita buat masak masak steamboat lak. Pastu terus terjun kolam. (",)

29 June 2012

Edisi Mansion : Bayaran ke 10- 100%

Rentetan dari entry ini.
Juga luahan hati ini.

Akhirnya penantian berakhir.
Alhamdulillah.

Mmg due 4 hari.
Cheque kluar on 28 Jun.


Sabar. Mmg la sabar. Kalo tak sabar pun nak buat apa.
Kalo tak sabar, takde ke tunggu smpai 3 tahun ni.

3 tahun yer. Baru rumah tu complete. Hoh! lama giler kot kalo beli umah takde tanah nih. Mujo takde delay ke apa. Kalo tak..

Apa pun, bila da 100% bayar ni, baru la boleh buat appoinment dgn developer utk amik kunci, check defect apa seme. 
Oh. Yg last 10% tu la dpt balik. Rebate utk bumi tu. Ha. Dpt la tokok tambah sana sini kan. Sbb aku buat full financing (ambik harga asal).

Maka, lps ni "pengembaraan" bermula!


* Pengembaraan la sgt kan. Boss da warning, by 2nd July kena ada dlm bilik baru dah. No more duk bilik lama. (sbb selang sebuah bilik ja). Dah ada tugas. 5 paperwork katanya nak bagi. Mmg takde dah la nak ngelat ngelat tgk web pasal rumah2 ni. Kat umah je lah. 
*Sebok mengemas hari ni. Weekend dtg lagi utk bagi clear 100%. Peh. Aku rasa dah berguni kertas aku shred, tp tak surut2 pun. Sapa kata leh paperless?? Hurm....
*Oh. Terima kasih pada Chinta yg keja kat BPP sana. Segan tau nak call dia. Tp nak gak tau kat mana stuck nya. Jadi, dia ada bantu gak. Terharu bila dia kata 'apa guna ada kawan'. Oh. A lot of thanks dear :)

27 June 2012

Edisi Mansion : Luahan Hati

Tahu tak. Semakin lama membuat survey-an *sesuka hati menambah imbuhan* semakin byk plak menda yg nak dibuat.
Dulu igt nak buat cabinet yg custom je dulu. E.g : Kitchen Cabinet (KC), Built-in wardrobe ngan TV panel. Tp bila dah baca baca baca. Bukan itu yang penting. Ada lagi yg penting sebelum masuk rumah yakni ceiling!. Eh. Bukan lah rumah ku takde ceiling. Itu mustahil sbb ceiling ku adalah lantai orang dan lantai ku pula ceiling orang. Tp ini plaster ceiling (PC). Bila dah ber-PC harus la kena ada Cornice. *tetiba trus rasa nak ada kuasa cam pari pari - buleh tukarkan daun kepada duit. Huhu*

Perlu menda tu sebelum masuk rumah. Bak kata rakanku, Hana - nati napak cam rumah sewa. 
Huhu.. Yelah. Takkan nak buat lampu seketul camtu. Umah dah cantik *eh..cantik kewww??? Choiii* Skali pandang atas tengok.

Yelah, aku pun mau la lampu downlight segala. Yang tanam dlm siling tu. Huhu.
Itu baru pasal yg atas bumbung. Belum lagi pegi ke daerah2 lain.
Bilik tido. Bilik air. Living Hall. Dining Hall. Yard. Balkoni.
Seme tu perlukan aksesorinya tersendiri.
Wallpaper. Cat. Wiring. Grill.
Mmg la tak wajib. Tapi perlu. Sementelah dah nak buat renovation kan. Trus je buat skali. Sok sok kat mana plak nak merempat sementara kalo baru hegeh2 nak buat.

Kalau boleh mmg semuanya nak.
Tengok E-Catalog dari Hauz Depot ni mmg la lagi seronok.
Semua ada di situ rupanya.
Hurm. Kena pegi gak Hauz Depot.

Tp bkn yg kat jalan TAR punya tu. Tak puas. Nak pegi yg kat Damansara sana tu. Dkt ngan area IKEA tu. Eh. Kenapa aku tak ghairah nak pegi IKEA ek? Entah. Dulu mmg suka. Skrg ni rasa macam ada banyak lagi pilihan lain.

Dah la. Membebel ja. Nak buat, buat je lah. Membebel2 sini pasaipa.
Tapi kan, aku ada jumpa blog ni.
http://blog.mohdimran.com/category/casa-idaman/
Detail giler citer dia. Bes baca. Sesuai sbb umah dia pun ala ala umah aku jugak.
Dan dia pun tak kedekut info. Emel ja tanya, dia bagi tahu beli itu ini kat mana.
Tapi... beliau bajet tinggi tu. Hihiks.

Oke lah. Apa pun, macam aku ckp sebelum ni, Alhamdulillah, rezeki rumah cinonet ni. Bajet tu tak la 'kasar' sangat. [dan sbb tu la memacam kehendak aku ni. Haha]

Haih. Tak sabar rasa nak start renovation ni. Nak zahirkan segala idea yg dah lama terperam dlm otak ni. Huhu.

*hingga ke saat aku menulis, BPP masih tak hantar final payment pada developer. Dah 3 hari lepas due date. Aku pun taktau nak buat apa. Selain menanti dan terus menanti. Mmg terkilan. Sbb suppose start 27hb home owner dah boleh ambil kunci. Tkpe lah. 3 tahun boleh bersabar. Takkan seminggu dua ni tak boleh bersabar. Aku berdoa agar pegawai BPP yang uruskan ni terbuka hati utk mempercepatkan prosesnya :(

22 June 2012

Edisi Mansion : Tersangkut Jugak.

Yer, kalo aku citer ni macam kan napak nau aku tak sabar sabar sangat.
Tapi ini bukan masalah sabar tak sabar.
Ni masalah buat keja ikut time ke tak.

Baru buat entry kata MOF skang ni dah oke semua. 
Skali.... di akhir2 ni dia buat hal plak.
Yer, due date bayaran adalah 24hb.
Date pada surat 4 Jun.
Mungkin dimanipulasi oleh developer ke apa, itu aku tatau. Tulis je 4 Jun, tp pos lewat. Tak kesah la pun. Surat tu pun sampai ke aku 12hb Jun.
Dan aku suspect, sama lah smpai ke MOF (walo suppose mungkin lagi awal dari aku terima).
It's been more than 1 week (till today).

Aku check online kat BPP, masih takde transaction pada progress bayaran.
Menyirap oi.. menyirap.
Again, bukan sbb aku tak sesaba nak dapat kunci.
Itu jatuh nombor 2 skang ni.
Yang penting, kena bayar before due date tu.
Kerana nati kena late interest!
Itu yang penting dari dpt kunci. Kunci tu pun, kalo dpt bukan aku nak masuk sat ini pun.

Tu lah dia. Aku call. Suara cam malas2 je nak jawab. Tau lah hari ni hari Jumaat kan. Dkt2 nak rehat lak. Lps tu dia kata dah keluar baucer n sila pegi check  ngan Unit Cek. Smbil bagi no phone. Tp dikatanya pula kalo call skrg (pagi) takde lagi sbb takde marking lagi kat Unit Cek. Pulak.

Aku kata cemana kalo kena late interest?
Dia bagi nama pegawai lain n nombor lain.

Adoi.
Tak menyelesaikan masalah.
Tapi, mmg yer pun. Bukan tugas mereka yg menjawab call tu menyelesaikan masalah. Tapi boleh tak cikpuan yg jawab call tadi bagitahu apa yg aku boleh buat sekiranya kena late interest, ataupun bagi lega sket hati aku ni dgn jawab "takpe puan, nati kita akan bagi surat pada developer, bagitau kenapa lambat ke apa"

Adoi. Aku keja govt. Kau keja govt. Tapi, bila camni, aku skali nak kutuk govt. Sbb tu aku malas btul nak call ofis2 govt (esp kementerian penuh), nati ditendang2 ekau cam bolo (ejaan bola yg che pidah salu eja).

Abis camna ni? Mmg tak la kan jalan hari ni. Esuk ngan lusa cuti. Isnin da due. So, kena late interest. Haih. Aku tau, kalo kena pun late interest tu mmg bukan salah aku la. Tapi... prosesnya tu. Igt sesenang. Refer sana sini nak waive kan balik mendalah tu.  Senang je unit2 ni nak lepas tangan kan. Treasury ni patut amik orang2 muda la ramai. Yg ada energy sket. Ni nak jawab pun alahai.....

And then, call developer. Tanya ke dia kalo lambat smpai cek cemna. Dia kata takpe, tak kena late interest. Dan katanya seme yg govt financing tak bayar lagi.
Kalo lah yg menjawab telefon kat treasury tu bagi penerangan melegakan hati, apa lah salahnya kan.

Tu lah dia. Ada jugak. Ada jugak nak tersekat sekat tu. Padahal salu tu smooth je. Tak kira raya ke apa, laju je derang bayar (keluar cek). Siap seminggu awal dari due date. 

Takpe lah. Buat je lah yer. Kena set kan juga minda kut ada apa2 lagi kes tersangkut pas ni. 

14 June 2012

Pinjaman Perumahan : Prosedur

Disclaimer : Entry ni merujuk kpd prosedur pada hujung thn 2010. Mungkin skrg ni prosedur dan berubah. Apa2 kemusykilan bleh terus tanya developer atau rujuk trus BPP.

Oke. Ini entry panjang. Saja buat utk rujukan diri sendiri juga dan kut kalo ada yang nak cari cara nak buat pinjaman perumahan. Tp yg nak di story ni pasal pinjaman perumahan yang dibiayai oleh govt a.k.a Treasury a.k.a MOF a.k.a Perbendaharaan. Yerp. Byk tul a.k.a nyer.
Seperti yg seme orang tau, seme penjawat awam ada kemudahan membuat pinjaman perumahan dgn treasury. Akta/SPP/PP boleh rujuk link ini - BPP [Pekeliling]
Oh. Ini prosedur kalo pinjaman perumahan pertama. Kalo kedua, ketiga tu aku blum arif sbb rumah aku baru sebijik. Ngeee....

Step dia bermula sebaik sahaja dah tgk umah yg berkenan, dan dah letak duit booking. Kalo keja govt, terus la mohon dgn treasury. Gunakanlah benefit yg kita ada. Tp kalo nak pinjam kat bank pun takde masalah.

Sebelum tu, kena tgk jugak kelayakan pinjaman kita. Masa aku beli retu, cukup2 je harga rumah tu ngan kelayakan aku. Sbb masa tu govt blum revise lagi gaji bulanan ngan kelayakan pinjaman. Pulak, time tu aku masih dlm jawatan lama. Tp mujur loan boleh lepas dgn rega rumah. Alhamdulillah. Jadi, aku amik full loan dgn tempoh pembayaran semula - 360bulan. Huhu. Tp kena refer HR dulu la, sbb takut, walopun layak tp gaji tu tak lepas plak sbb ada loan lain2. [Info : Kelayakan Pinjaman]

Jadi, bila dah layak, boleh lah isi borang.
Borang ni boleh di download saja dr web BPP - Borang. Kadang2 developer akan bagi borang ini juga. Isi dan baca peraturan dia betul2. Kena buat cpt agar tak kena 'late interest' pembayaran. Sbb borang ni kena sertakan skali SnP yg kita dah dpt. Cam aku, kena gak late interest tu. Mujo tak byk dan aku nak appeal utk waive kat developer. Tp rasa cam tak boleh kot. Sobsss..... Cerita lanjut perihal aku buat loan ni bleh tgk kat entry lama sini.

Bila dah isi, dpt seme pengesahan majikan, dah pilih sykt insurans kita nak (seme tu bersekali dlm borang), dah sertakan processing fee seme boleh la hantar. Samada nak office hantarkan, hantar sendiri atau pun developer hantarkan. Cam aku mudah ja, developer hantar. Jadi dia akan check apa yg ada, apa yg takde. Segala dokumen hakmilik bla bla bla seme ada dlm tu nati utk dihantar. So, sng. Biasanya, utk rumah pertama yang dlm pembinaan, Insyaallah, tak byk masalahnya. 

Lps hantar borang, dlm seminggu 2 akan smpai surat kelulusan yang namanya Kelulusan Pembiayaan Perumahan Perbendaharaan Secara Islam (SPPPI) - sbb aku amik yg secara Islam punya. Dia sertakan surat setuju terima dan berapa kita nak bayar tetiap bulan. Jadi complete kan seme tu dan hantar semula laju-laju yer. Kalo tak, dikatakan tak bersetuju nak terima. (memang urusan awal2 ni kena buat laju laju, kalo tak... pasti ada poblem nati). Biasa majikan akan sertakan cover letter skali.

Dan slps itu adalah dokumen2 yg akan diuruskan oleh peguam. Ada perjanjian antara kita dgn Treasury dan ada la bayar serba sedikit. Sediakan lah duit apa2 yg patut. Oh, utk seme ni, jgn risau, kita tak perlu pun memanjat treasury sanun. Seme ni deal ngan lawyer kita ja. And luckily office lawyer sgt lah dkt ngan ofis aku. Alhamdulillah.

Bila dah complete seme, maka, bermulalah sessi membayar oleh treasury. Mengikut stage rumah yg sedang dibina tu. Masa ni kita tak kena bayar lagi. Dun wori....boleh lagi berjimba jimba, bercuti cuti cinta sana sini. Haha.

Dan bila smpai surat cinta sebegini - Arahan Potongan Gaji
Kredit : Entry sini
Ha...siap la kau... lps tu tgk la slip gaji dgn muka sedih yer. Bebetul slps 18 bulan loan kita diluluskan (atau dari bulan pertama yang treasury bayar tu). Memula mmg rasa hazab. Tp lps tu.... oke ja.. dan kemudian baru la terasa, sblm bayar duit rumah ni kemana halanya allocation duit tu. Jadi, kut sapa yg rasa ragu2 nak beli rumah, sila la beli.... boleh je sebenarnya nak survive. Cam aku retu, memula mmg rasa takde la nak kemana2 dah ni. Duk jelah bersila panggung kat umah tu, tp lps 2,3 bulan, oke dah. Boleh je cuti cuti cinta. Ahaks. Gilossss.... 

Oh. Walo kita tak masuk lagi rumah kita tu, kita tetap kena bayar yer tuan puan. Jangan wat terkejut lak, eh, saya lum masuk umah saya, kenapa saya kena bayar. Itu dah termaktub dalam perjanjian yer. Jangan nak wat hal. Tp dun wori lah. Bayar mmg tetap kena bayar (dah meminjam kan, apa hal lak nak minta waive plak cam PTPTN tu kan. Eh..?) tapi..... treasury (bank pun sama aku rasa) takkan bayar 100% selagi rumah tu tak siap. Treasury bayar ikut stage. Dia tak bayar segedebuk camtu. Ada stage nya. Jadi selagi tak siap, selagi tu lah takkan habis bayar ke developer.

Jadi, bersabar lah menanti sket. Smpai lah dpt surat "collect key" tiba. Itu tandanya rumah dah sedia diduduki. Masa tu nati lah treasury akan bayar habis. Bila dah habis, boleh lah collect key dan bayar apa2 yg patut utk masuk rumah tu.

Begitu lah prosedurnya, secara rough la. Skang MOF dah laju. Dulu mmg dgr macam2 problem dan aduan. Skang dah oke dah. Dan Alhamdulillah, aku nyer prosedur pun smooth. Tapi sesket tu ada la. Biasa lah kan.

So, kepada yg nak membeli rumah, selamat membeli. Sila lah beli. Pelaburan kan kata orang tu. Aku ni ha, blum masuk lagi dah ada org SMS tnya nak jual ke idok rumah tu. Tu sok kalo dah dpt kunci lagi la byk SMS (dari property agent) masuk tu. Dlm masa setahun dua, rumah tu dah naik 100% dari rega asal. Phewww....

29 January 2012

Perihal Macam Macam Kejadian

Lately ni memacam kejadian plak tpt aku tinggal nih. Last week kejadian menggemparkan negara tu. Yg pasal drama tebusan lebih 4 jam tu kan. Kalo tatau bleh la baca secara ringkas kat sini - Utusan
Abang aku siap call tu esuk nya lps dia baca kat paper. Huhu.
Aku pun tatau. Masa tu baru balik dr Bagan Lalang kot.
Lps tu my dear gi beli goreng pisang, dia kata ada la akak yg jual tu duk sembang2. Igt cam tak serius la. Rupanya.......
Tp apa pun aku tk dgr. Tembak2 ke apa ke. Dekat tak dekat la, tp aku rasa bleh dgr la kalo ada tembak2 ke apa. 

Sokay la tu. Dah settle pun kes tu kan. Umah aku pun ada grill dan mmg acapkali kami masuk umah, kami trus kunci grill tu. Pehtu kami ada lagi satu grill kat luar. Kira tu share ngan umah sebelah. Tp  umah sebelah ni sokmo tak kunci. Lantak p lah. Derang rasa selamat, derang buat la camtu. Dah la tak kunci grill tu, grill umah pun tak kunci. Skali masuk org camtu tau la. Eh. Kalo org tu masuk, kiterang pun susah gak. Nak kuar kut mana. Tu je jalan yg ada utk kuar. Lompat dari balkoni??? Hahahahha.

Tup2 pagi semalam lak. Balik dari pasar aku napak sorang budak pompuan, dlm 16-17 tahun camtu la umo dia. Dgn bapaknya. Budak tu cam tak berapa nak betul la. Jalan2. Tp kiterang tak dulik pun. Naik umah. Makan bekpas bagai, tetiba dgr org jerit2. Ah. Sudah.

Rupanya budak tu taknak balik umah. Jenuh bapaknya ajak balik. Taknak. 
Sudahnya dia masuk dlm longkang. Longkang tu dalam jugak la. Kira mmg kalo org dewasa masuk leh napak kepala je. So, dia masuk dlm tu. Jerit2 taknak..taknak..

Sudah..buat hal lagi.
Ni mmg dpn umah aku. Harus tgk kan, kang abang aku call lagi, tatau citer plak. Haha. Dasar keposhii... hahahah. Tp nyer, aku idak la turun g ke longkang tu cam org lain. Ilek je aku tgk dari dpn pintu umah sambil conteng2 tangan ni. Huhu.

Lama gak la baru budak tu tenang. Smpai ada polis peronda benti lah.
Aku pun tatau apsal family dia taknak call ambulans. Budak tu pun bkn duk kat area umah aku ni. Umah blkg2. Dia berjalan sbb tanak balik umah kot. Aku camtu terpikir satu je. Tp malas la nak tulis kan. Kang jadi fitnah plak. Tak baik.

Tu satu citer la.

Lps tu skang ni tatau la apa menda, asal tgh malam je mcm ada menda duk berjalan atas bumbung sblh umah aku ni. Kira bumbung org bawah la. Derang ada buat bumbung tambahan la. Aku idak la rasa something yg lain sbb rasanya kucing. Sbb ada bau2 cam kencing kucing gak. Mebi kucing carik tikus. Tp tu lah. Pelik2 je. Haih.

Entah. Lama kot aku duk sini. Sedari keja kat KL ni lah. 8 tahun gak la sudah. Tp sblm ni takde la memacam yg misteri, yg tak dijangka berlaku. Tp la ni kerap plak. Eh. Tu tak masuk citer yg org sebelah umah aku ni tetiba mengamuk2 cam kena rasuk apa je. Tu ada aku tulis dlm blog ni gak. Citer bln Januari thn lps la. Masa tu aku takde, outstation Langkawi. My dear la duk sorang kat umah time tu. Tp aku simpulkan yg org tu stress sbb byk duit kuar awal2 tahun. Ye lah, anak2 nak sekolah apa lagi, derang pun aku tgk tak la senang sgt. Tahun ni duk dpt seratus la, lima ratus la, idak la dia meronta ronta lagi. Huhu.

Tu lah. Bila nyer la nak masuk 'mansion atas kayangan' aku ni. Da pegi melawat tapak gak smlm. Tak dpt masuk, amik gambo pun jadi ler. Swimming pool kemahin besau, takdek org mandi pun. Aku rasa bila block D ni bkk, sure ramai menjakun dok mandi nati nih. Hihi. Aww.. umah ai harus la yg ngadap pool nih. Aww....awww... *gediksss... padahal masuk pun entah tahun bila tah!*


Nak tgk perkembangan. Motip tak bleh masuk lagi? Napak umah tu cam da siap la. Cuma mungkin ada jalan2 yg tak siap lagi kot. Adoii..cpt la masuk umah tu. Kang tah hapa lagi drama yg muncul kat area aku duk skang ni.  Dah setgh tahun gaji kena potong ne. Adoyai nye pun.

Harap2 umah aku ni takde la masalah cam Banjaria Court yg kuar TV gak smlm. Adoi.. Tatau la samada masalah derang ni dah settle ke - Aduan Rakyat.

19 July 2011

~Pasal Surat Cinta dari MOF~

Adeh.
Dapat surat 'cinta' dari MOF last week.
Hah. Sapa yg buat housing loan ngan MOF pastinya bisa ngerti apa maksud surat cinta dari MOF itew.
Ya.. benerrr....
Surat APG. Iyaa... sebutan nya harus benerr... bkn APC, tp APG yah.
Apa itu APG? 
Arahan Potongan Gaji.

Ha.. tersedak kau di situ.

Bisa lihat ngak pemotongannya bermula bila?? Dan akhirannya adalah Sept 2041. Ce kira, ce kira time tu umo aku berapa. Haha. Kalo ikut pencen wajib - 58thn - aku ada 4 thn lagi lps pencen tu baru abis bayau. Haha. Giler lama. Tp takpe la. Pencen sok, dpt gratuiti kan, habis kan je la bayau. Huuhaii..

Ya... mmg bagus skali. Kok nya bulan itu kan guwe pergi liburan. Bulan itu lah pertama tamanya gaji guwe sudah mula dipotong. Yang 360 tu bkn jumlah potongan ya.. itu tempoh bulan yg harus dipotong. 360 bulan. Bahahahahah.

Hurm.

Mmg tersedak sket la nak mulakan life dgn potongan gaji ni. Lebih half jugak la setelah ditolak lagi utang piutang lelain spti PTPTN (bluekk... tak abis bayau lagi..fadan hukee.. hihi), keta, CC.

Mujur takde gatai2 tangan, gedik2 nak beli air-tix utk next year.
Pas ni mmg takde dah la citer Cuti Cuti Pnstoberi gamaknya kan.
Sedihnya. Byk lagi tpt tak pegi ni. Cane ni. Alahai ni.

Eh. Tp my dear pujuk gak. 
'tkpe..nati kita gi la cuti dkt2 je. PD ke Bagan Lalang ke'
Wah..tetiba mata kembali bersinar-sinar.  Mau tak dia pujuk cenggitu, sbb dia tau la pangai 'osmet' dia ni. Kalo takde bercuti cuti mcm ayam berak kapur je kekdahnya.
Sbb tu la thn ni aku target-sblm cuti sekolah, every each mth ada dok hotel/jalan2. Dan tercapai (cuma April tu mcm bz, tk smpat, yg lain.. mmg tercapai KPI. Huhu)
Dan nxt year, aku da bersedia dok ter cogok dlm 'mansion ataih kayangan' aku tu je.
Tkpe la. Nati aku suh la Desigva tu design kan bilik aku cam bilik hotel :(

Agak2 berapa lama la aku nak neutral kan keadaan  ini eh?? Hurmm... tetiba rasa mcm takut je nak hadapi, tau je la aku ni. Shopping da kurang sket, tp berjalan2/bercuti2 tu mmg tak bleh tinggal lah. Uhukss. Tp Insyaallah..oke kut.

Aku pegang satu je, jgn berkira dgn rezeki (gaji) dan Insyallah, rezeki kita pun takkan berkira dgn kita.

22 June 2011

~Pasal Kelayakan Pinjaman~

Sbb aku buat entry pasal umah pagi tadi, tetiba rasa nak buat rentetan entry berkenaan rumah gak. (entry cabaran ari ke6 up ptg or malam kang lah).
Dulu rasa ada dah kot aku up pasal kelayakan pinjaman ni.
Tp kan last year dia da revise kelayakan ni. Dah naik sket.
Makanya ini lah kelayakan kami para penjawat awam utk buat loan ngan treasury.
Dia tak ikut gred jawatan, tp dia ikut range gaji. 

Kecik la plak. Klik je sini kalo nak tgk : treasury
Dulu lagi ciput. Skang da oke sket la.
Kira gagah lagi kot nak carik umah area KL kalo dah sah jawatan tu (range gred 41 lah).
Tp dapat rumah tak bertanah gak la cam ai ni.
Tp kalo nak bertanah mungkin ada umah 2nd la. Tp tu pun dah susah banget nak carik.

Aku mmg mcm menyesal sbb agak lewat beli umah.
Suppose aku confirmed je dulu, aku da bleh carik umah. Sbb masa tu umah tak la mahal nau.
Cam umah aku beli tu, phase lama umah tu dlm 130k-150k camtu je. Tu mmg kira time aku da confirmed. Tp tah napa aku cam tak napak. Luckily umah tu 'projek sakit'. Kut tak mmg tak merasa la. Kalo dia tak 'sakit' abis da seme naik dgn rega tu. Umah tu naik dlm thn 2006 camtu rasanya. So, bila dia 'sakit', 1 blok tak siap. Dan itu lah blok aku skang. Tp dlm 4 thn tu, rega dia naik cpt tul.

Jadi, aku rasa pada yg baru2 je keja (govt esp), beli la rumah cecepat kalo mmg ada aim nak beli umah. Yelah, stgh org tak kesah pun pasal nak beli umah sbb mak pak akan bagi umah.  Sapa yg mmg target nak beli umah bila dah keja, aku nasihatkan once u confirmed beli umah trus. Toksah duk tunggu. Mmg tak berbaloi. Sblm confirmed tu beli la keta. Sbb seme org muda skang berebut nak beli keta. Oke, beli keta. Tp jgn la buat 0 down payment langsung. Nati beban nak byr bulan2 dan sbb tu nati akan ada 2nd thought bila nak beli umah. At least letak la dlm 10k kalo nak beli keta. Mmg napak cam berat, tp once bila da byr bulan2 mmg tak berapa sakit dan ada bhgn utk nak beli umah.

Rumah bkn pelaburan yg tak menguntungkan (unless kalo ko da ter beli umah kat bkt Beruntung). Haha. Eh.Aku tidak mengata sapa2. Umah asben aku ada kat sana. Mmg rugi je sbb dia bayar tetiap bln tp tak duduk dan tidak disewakan. Aku penah pegi skali umah dia. Mmg jalan nak masuk tu scary movie la. Tp tatau la skang kan sbb retu PM da melawat area situ. 

Dlm mencari umah kena gak la pandai pilih lokasi. Tp tu lah bila lokasi bes, rega pun bagai nak pitam kan. Mcm entry aku sblm ni la. Range rega dari 300k tu. Tu pun kalo tgk kat web tu, rumah setgh juta, sejuta pun sold out. Gilos. Ada je org mampu milik kan.

Tu lah sedikit cerita di ari Rabu yg mana seme org duk up gmbr tanpa cerita (wordless) tapi aku reni da terlebih lebih word nyer. Hahaha. 

Oke. Itu saja. Kalo rajin nati aku up entry pasal step2 beli umah guna loan govt plak yer. Dulu aku penah kata nak buat, tp tak terbuat gak. Haih!

17 March 2010

~Mansion di atas kayangan: Pembiayaan~

Lama da tk citer pasal umah kan.
Ok. Kita citer pasal pembiayaan pula ya.
Pembiayaan ni kira tpt yg memberi pinjaman utk kita beli umah tu la.
Rasa2 aku la..kalo tak silap la kan, kat Mesia ni ada 2 jenis pembiayaan je la kita leh pilih.
Satu dgn bank komersil, satu dgn kerajaan lah.
Dgn KWSP pun buleh..tp idak la buleh buat sekaligus punya pembayaran. Mebi utk deposit ke apa ke buleh la kan. Dan bukan juga dinamakan pinjaman sbb kita guna tu duit kita.
Dan mungkin juga tidak pada pinjaman ahlong. Haha [konon lawak lah..]

Tapi pembiayaan dgn kerajaan tu hanya faedah utk yg bekerja dgn kerajaan je lah.
So, sekiranya anda adalah seorang yg menggunakan terma "S.Y.M.P", aku rasa better gunakanlah kemudahan yg diberikan ini. Mudah. Tak pening2 sgt kepala hotak nih. Dan buleh buat full loan.

Ok, nak tau korang nyer kelayakan berapa ratus ribu nyer rumah sila baca di sini- KELAYAKAN.
Usah risau anda P n P ke, sokongan ke apa ke..dia ikut gaji bukan ikut gred. So, kalo ko keja da lama lagi tinggi la kelayakan korang.
Dan satu bonus juga sekiranya pasangan anda pun berada di sektor awam ini. Buleh buat combined loan. Silap2 buleh beli bungalow. Hahahaha.. Tp aku tidak la membuat combined ini kerana pada masa hadapan, buleh buat loan guna nama suami pula. Bukankah itu satu pelaburan bijak?? [Hahaha..cam bengong kan?].

Lepas da tau kelayakan tu makanya berani kan lah diri anda untuk membuat keputusan. Ala..pejam mata je lah kan walo ko kira2 bajet mcm tahap2 nyawa2 ikan dlm kolam takde oksigen tu kan. Aku memula cam pening jugak sbb pikir nak byr hampir separuh gaji tu. Dan lebih 100% kenaikan dari pembayaran umah sewa skang ni. Tp takpe..rezeki Tuhan ada dimana2.

Bila da buat keputusan, da booking ngan developer, gedebak gedebuk itu ini, maka kita isi lah borang permohonan. Tp sebelum isi borang, kita akan dpt agreement dulu. Lepas dpt agreement baru kita isi borang permohonan pinjaman ni. Kena cpt2 ok sbb nati kena penalti. Aku rasa agak kelam kabut jugak sbb da ujung tahun kan, dgn bos cuti la apa la. Da terlewat nk antar. Lepas tu ttiba dapat surat suh bayar 8k. Ha..terkejut... Rupa2nya sbb developer tatau aku nak pilih loan mana kan..then dia antar je la suh byr 8k tu. Itu adalah duit permulaan bayaran. [aku lupa bayaran apa ni..dokumen tu kat opis la plak].

Borang permohonan korang leh tulis tangan or taip trus. Aku trus taip je kat excel yg treasury da bagi tu. Segala mak nenek borang berkaitan korang leh carik di sini -BORANG.
So, bila da isi suma ni, trus lelaju anta ke treasury. Tp kalo nak suh developer anta pun buleh. Aku pun mintak developer tolong antar kan ke treasury sbb derang da biasa kan. Kita anta kang kemana2 lak halanya. Tp bagus jugak anta sendiri sbb sng kita nak dptkan sapa officer in caj yg handle loan tu. Sng la nak call ke apa ke kan.

Jadi lepas anta permohonan, tunggu la seminggu 2. Nak dptkan kelulusan permohonan. Tunggu surat ini yer.
Ok. Nxt entry aku citer isi dalam surat kelulusan itu pula ya.

PnStoberi : Tak semudah membeli aset beroda empat tu yer..

8 January 2010

~PnStoberi n Mansion di atas kayangan~

Ini jugak mungkin entry yg akan berkesinambungan.
Akan ada nati entry yg bertajuk sama.

Ok. Ini entry pengenalan.
Mansion di atas kayangan tu maksudnya kediaman yg bakal pnstoberi beli lah.
Kat mana tu, masih dlm fail 'sulit' lah [mano yg tau tu, diam2 udah yo..bukan apo, maleh bising2 laie..kalo da confirm n smoothly running here n there, baru ese' gitau yo] ah..kejadah pulak ckp bhsa nogori nih...haisshhh!!!

Mmg la kira mcm da kompem. Sbb da letak duit booking.
S n P juga sudah berada dlm tgn.




Jd skang sedang isi ini.



Ini pun bkn senang2 mao isi walo tk byk menda pun dia nak tau. Kena tnya senior2 jugak nih.

Insyaallah aku guna loan dari MOF [treasury]. Kalo loan ini da approve baru la leh aku gitau aku amik mansion kat mana then nati aku buat entry pasal prosedur housing loan guna govt loan. Mana lah tau, kut2 ada yg masih mencari2 maklumat berkaitan kan. Sharing is Caring.

p/s: smlm masa berita my dear tertekan berita tv1. Tetiba kuar citer pasal mansion aku ni. Ya.. satu ketika dulu ini adalah projek 'sakit'. Dlm 5 thn gak ter'sadai' smpai la developer baru ni amik alih. Aku harap2 menda ni tak la terjadi lagik. Insyallah tak la sbb 3 blok da pun disambung oleh developer baru tu.Da siap pun, da ada org duduk pun. Mungkin rezeki aku gak jumpa umah ni time skang..kalo dulu..memacam prosedur lagik nak kena follow.

Pnstoberi : jauhhhh lagi nak siapnya.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign