Pages

3 January 2012

Tahun Melawat Perak


Tahukah anda tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak? Tahuuu.... jawab meke beramai-ramai.
Sebagai anak jati Perak yg berada di rantauan (rantauan la sgt kan), aku nak tumpang la promote negeri aku ni. Lagipun Pak MB da suruh rakyat Perak pun turut sama mempromosi kan nyer. Source : MyNewshub

Aku kadang cam kecik ati la, sbb salunya Perak ni bkn la pilihan utama utk gi bercuti cuti kan. Salu kita dengar org kata "aku nak gi holiday kat Penang". "Minggu dpn nak gi bercuti kat Melaka lah".  "Lama da tak pegi jalan-jalan kat Kelantan". Tapi jarang la org kata 'nak gi bercuti kat Perak lah'. Aku pun kalo org kata camtu, mesti cam eh, apa ada kat Perak tu eh? Ha.. tu la pasal. Biasanya instead of org sebut "Perak" tu org akan sebut tempat yg ada kat Perak tu je. Contoh cam "nak gi Pangkor lah" atau pun "nak jalan2 kat Taman Tasik Taiping lah". Dan cam Penang tu plak, jarang kita dgr, nak gi Georgetown lah.

Tak kesah la kan. Tp itu lah keistimewaan negeri tempat tumpah darah aku tu.  Setiap daerah dia ada keistimewaan tersendiri. Setiap tpt dengan loghat nya masing-masing.

Utk Tahun Melawat Perak (TMP) ni, enam kluster dibahagikan dan ada 10 ikon pelancongan Perak. Dipetik dari Utusan :

Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman (gambar) berkata, enam kluster tersebut merangkumi Ipoh (Gopeng, Batu Gajah, Kampar); Taiping (Matang, Kuala Gula, Kuala Sepetang, Larut); Kuala Kangsar (Sungai Siput); Royal Belum-Lenggong, Pulau Pangkor - Lumut dan Teluk Intan (Kampung Gajah, Perak Tengah).
Sepuluh ikon pelancongan itu ialah bandar raya Ipoh, Zoo Taiping, Kuala Kangsar, Hutan Royal Belum, Pulau Orang Utan Bukit Merah, Air Panas Sungai Klah, Gua Tempurung, Hutan Paya Bakau Matang dan Taman Herba.

Dalam paper ni dia tulis 9 ja tu. Ada lagi satu tertinggal dalam ikon tu iaitu Lumut-Pangkor. Bleh tgk kat web rasmi TourismPerak.

Antara ikon pelancongan tu ada jugak yg aku tak penah pegi cam Air Panas Sg Kelah, Royal Belum, Gua Tempurung, Paya Bakau and Taman Herba. Taman Herba tu mmg tatau la. Lokasinya di Batu 1, Jalan Simpang Pulai - Batu Gajah, Kampung Kepayang. Tiket masuknya RM2 sahaja. Bleh pegi la nati kalo balik Perak. Info berkenaan Taman Herba ni  bleh tgk kat sini atau sini

So, thn depan mari ramai-ramai kita melancong ke Perak yer.
Byk tpt menarik sebenarnya. Aku sendiri pun tak abis pusing lagi ni. Semua ada sebenarnya kat Perak nih.
Nak gi Istana Lama - ada (Kellie's Castle),

nak gi Pulau - ada (Pulau Pangkor), nak gi pantai ada- (Teluk Batik),

nak masuk gua pun ada (Gua Tempurung), nak tgk Istana dkt sungai ada (Istana Iskandariah), Muzium yg dibina tanpa paku ada (Muzium Diraja Kuala Kangsar), taman tema ada dua (Bukit Merah Laketown Resort n Lost World Of Tambun). Nak jalan2 taman tasik yg ada pokok cantik meredup ada (Taman Tasik Taiping), nak tgk zoo siang buleh, malam pun buleh (Zoo Taiping), nak tpt sejuk leh gi Bukit  Larut (Cameron da jadi negeri Pahang lak walo naiknya harus dari Perak), dan banyak lagi lah.

Yg nyata, mari lah melawat negeri Perak - Yours To Discover.

Info2 lanjut bleh tgk kat laman web Tourism Perak
Gambar2 dari FB Tourism Malaysia - Destination Perak

*bkn advertorial, saja mem promo tanah tumpah negeri kelahiran ku. Sayang Perak selamanya. Eh..??? hahahaha (^_^)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign