Pages

26 January 2012

Perihal Misi Mencari Cik Crab

Tetiap minggu nak carik cik crab. Giler haku neh.
Mggu sblm tu kat Langkawi - da makan cik Crab.
Mggu ni makan lagi cik Crab.
Berapa byk kali da mau makan cik Crab. Huhu.

Aku pun tatau pehal aku bleh ter-booking hotel.  Padahal baru je balik Langkawi tu. Tah. Da dpt perkenan 'yamtuan', aku pun booking je. Haha. Aku booking ni before gi Langkawi lagi dah la.
Sebenarnya nak lepak2 mandi kolam, tp terdapat 'kesilapan teknikal' yg tak dpt dielakkan maka takde la mandi pool. Tp pool pun penuh bebudak ja. Takkan la kan. Huhu.
Aku ke Bagan Lalang on 22hb tu. Stay kat Hotel Seri Malaysia. Sedari 3 Januari lagi dah booking. Ha, kat Bagan Lalang ni jgn le nak book last2 minit. Harus tak mendapat. At least 3 mggu before. Lain la kalo nak duk kat Golden Palm Resort tu. Tu takpe. Walk-in pun aku rasa ada. Twehehehe.


Yg pegi bln 6 dulu, kiterang stay kat Pusat Latihan LKIM Camar Laut tu. Kali ni terai Seri Malaysia plak. But then oke la Seri Malaysia ni. Bilik luas. Cuma bekpas tu pepaham je lah. Toksah expect tinggi sgt. Kat sini oke la lagi, ada la gak nasik lemak, mee ngan pulut. Kena cam aku p masa outstation Johor tu ari, ada lontong yg kuahnya cair amat. Lps tu apa tah satu lagi. Mee ke apa tah. Itu je. Air pun air panas je. Smpai driver yg g skali ngan kiterang tu bebising sbb roti pun takde. 

Oh. Aku booking ni guna Agoda gak. Yeps. Agoda sgt mudah dan senang. Kali ke3 aku guna, dan Alhamdulilah takde masalah. Kat HongKong, kat Langkawi and latest kat sini. Senang citer, takyah IC, CC bagai. Aku tak re-confirm pun sblm nak pegi tu. Kira confident mmg ada je. Tp Insyaallah, tader masalah. Bagi je dia voucher booking tu, nati nama kita da ada sesiap. Then, masa check out, bagi kunci ja. Takde apa dah. Cuma, mebi setgh hotel nak deposit. Cam aku g Langkawi tu ari ada deposit, tp kat Bagan Lalang ni takde pun.

Misi utama nak makan kat kedai biasa lah. Senandung Malam.
Tp sendu. Konon nak makan dlm kul 6 lebih tu la. Bajet org ramai makan waktu malam. Sekali penuh. Penuh. Penuh. Tgk kedai Seaview ke apa tu yg seberang dia pun penuh gak. Pulak tu ada cam jual2 plak tetepi padang tu. Adoii.. org ramai sgt. Keta byk, org byk. Adoi. Wrong timing. Kalo cuti berlapis lapis ni mmg la org ramai.

Salu nyer kalo ramai, aku da siap pilih2 apa nak makan awal2, lps tu gitau kata nak makan pukul brapa. So, derang reserved la. Ni takat berdua, malas la aku nak reserved ke apa. Nak walk in je lah kononnya. Skali... mendapat...

Maka, da park keta jalan je la. Smpai jmpa satu kedai. Kedai ni dulu masa dtg sini kiterang penah la makan. Tp time tu makan tomyam je lah. Masa tu ngan adik2 unit aku. Tgk org tak berapa ramai. Ada lagi tpt kosong. Jgn byk bunyi. Trus je pilih apa nak. Amik ketam, pepahat, ikan pari n sotong.

Hasilnya.
Hai. Saya cik Crab masak cili.
Hai saya cik pepahat.
Saya plak squidward goreng tepung.
Saya pari la. Takkan tak kenal.
Mentari mula terbenam disebalik air limau asam boi yg yummeh.
Oke la sini pun.  Aku rasa seme kedai2 yg ada area situ, lebih kuang ja cara masak dia. Sotong goreng tepung sedap. Ikan pari tu tak berapa kick. Rasa cam tawar lak. Mebi sbb dia bungkus guna foil tu, kuah2 dia cam tak meresap. Tp mujo cicah dia pedas meletop...! Mmg feveret aku la kan.

Ketam n pepahat tu, oke, sbb mmg feveret pun. Pepahat ni kalo masak cili mmg sedap, tp kalo cam sup2, buat stimboat tu mmg ada rasa cam pasir2 gitu. Masak cili ngan telur ni sedap. Bes! Air asam boy limau kasturi - which dlm menu dia tulis air Samoy ke apa tah - mmg bes. Kawww...punya..!

Aku nak amik gmbr kedai tak clear plak. RM Serai kalo tak silap aku nama kedai ni. Tp rega oke. Utk kiterang makan tu. Ngan air, nasik seme adalah RM65.50 *err...air kosong dia caj 3posen yer*

Tp sebaik kiterang siap makan dlm kul 7.30 camtu da ramai org menunggu meja. Penuh jugak. Rata2 kedai seme penuh lah.

Laut.

Masa aku p ngan adik2 unit aku bln 6 dulu, air cetek sgt. Tk bleh mandi langsung. Tp skang ni bes plak. Can't resist. Leklok tak plan mandi, pagi tu jalan2 kat pantai, aku tgk my dear, my dear tgk aku, saling bertanya nak mandi tak, nak mandi tak. Tetau dedua dah dlm air. Haha. Tp tak lama la. Panas. Lagipun nak sesiap check out.

Dah check out gi beli makanan laut yg fresh2 lak. Tp tak byk dah. Mebi sbb ramai dah beli, atau pun kedai2 makan ni pun amik gak stock. Dapat la ketam, ikan cencaru n ikan sardin. Selamat da seme tu pun masuk dlm perut. Huhu.

Rasa oke je nati bebila pegi lagi Bagan Lalang nak beli ketam. Huhu. Tk balik modal kot ngan minyak segala  semata2 nak beli ketam 3,4 eko. Huhu. Tp oke la kalo da tatau nak buat apa tu. Huhu.

Jadi ini je lah xtvt kami masa cuti ari tu :)
Nxt mission : Perak plak. Kata Tahun Melawat Perak kan. Huhu.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign