Pages

20 January 2012

Cuti Cuti Langkawi : Dining, Shopping

*entry last Cuti Cuti Langkawi 2012*

Kira mcm tak byk la sgt kami makan2 kat sana. 1st day tu Lunch kat warong on d way balik dari Cable Car tu. Tu makan biasa2 ja. Tp kena smpai RM70. Huhu.

Lps tu ptg tu bawak kazen aku ni makan laksa Penarak. Sedapp... mmg recommend by org opis aku la. Masa outstation retu tak dpt. Ni dpt pun. Nyum nyum. Yg bes siap org kedai tu bagi satu mangkuk kuah tambah. Tak mintak pun, dia bagi je. Ngeee... syok. Kami ber3 makan laksa. Asben kazen aku je amik sup tulang.

Kedai dia kat food court area Dataran Lang tu ja. Kedai paling ujung. Tk silap aku mmg dia tulis kedai Laksa Penarak. Makanan2 lain pun ada je.

Then malam tu kami dinner kat area2 resort ja. Aliah Seafood ke apa tah. Dah nama cam kat Kg Baru nyer kedai ja. Tp mlm tu makan share2 je sbb perut kenyang. Adakah tak mampu? Haha. Kat sana feveret word kami adalah "tak mampu??". Sbb nyer masa kat pekan Kuah, kiterang jenuh carik Guardian ke Watson ke, tp takde. Maka ada farmasi dkt ngan hotel Bayview tu kan. Masuk la situ. Nak carik sun block sebeno nyer. Kan nak Island Hopping, so, konon takut legam la (padahal mmg legam dah pun kan, takyah block2. Haha). Lps tu dia tunjuk la losyen yg rega dkt RM30. Aku kata 'mahainyer'. Skali org kedai tu sound 'kalo TAK MAMPU, amik la yg kecik tu', smbil tunjuk yg kecik. Tu pun RM10 gak. Mujo aku tak cakap skali lagi mahal. Kalo tak misti dia perambat kiterang kluar. 

Punya la tak puas ati kami seme. Ada ke patut ko kata kat kastemer tak mampu. Hello.. kalo tak mampu tak dpt okeh kami ni ke Langkawi. Kazen aku kata, org bawak kamera besa godang ni elok je ko kata tak mampu, kang aku tunjuk gak Tab dpn muka dia kang. Haha. Tp ye lah kan. Budi bahasa budaya kita kan. Jgn la ko assume org bila ckp mahal tu tak mampu. Tak mahal pun RM30 tu tp kalo nak pakai sekali cuma, mmg la mahal. Kalo cekelat ke baju rega tu berpuluh kotak kita bleh beli. Kut yer berlapik la sket kan. Kata la, kalo nak kecik sket ada tu. Ni trus kata "TAK MAMPU, amik yg tu".  Report LADA kang tau la. Tu la meLAYU nih. Leceh!. Aku pun kalo napak Guardian ke Watson pun mmg TAK MAMPU la aku nak jejak kedai hengko! Eksen yer. 

Dah. Lupakan.

Seterusnya ari kedua, nak la try carik bekpas nasik lemak ke apa. Tp area Pantai Cenang tu takde. Jumpa kedai, siap da jual nasik ngan lauk seme. Hiba... tu yg beli gak nasik berlauk. Buat bekalan pikinik.

Lunch kat Pantai Beras Basah. Piknik kekdahnya. Hihi. Tp ptg tu menjajau carik makanan. Kazen aku nak repeat laksa Penarak. Tp kedai tu tutup. Aku assume mmg dia ttp ari Senin sbb retu (masa outstation) kami dtg ari Senin jugak then kedai tu tutup. Tu yg menjajau aku bawak smpai Pantai Beringin tu. Pun kedai tu tutup. Maka, pusing2 kat Kuah, makan la kat warung dpn kedai2 tu. Tp nasik lemak dia sedap. Kaler kuning. Kat sini seme makan cam pirana. Haha. Mungkin kelaparan akibat dilambung ombak rindu. Kazen aku ngan asben dia siap amik laksa spesel. Apa yg spesel? Spesel dpt mangkuk melamine, biasa dpt mangkuk polisterin. Haha. Laki aku la makan nasik lemak. Nasik lemak waktu petang?? belasahhh...

Seterusnya diner kami malam terakhir di Langkawi adalah sifud. Memula tu kazen aku kata ada satu kedai tu bes. Sbb dia tnya kat beach boy kat Cenang tu. Tp bila pegi, takde org, pehtu ikan2 pun tak byk. Tanya ketam, dia tunjuk dlm akurium. Alamak...! skali ketam nipah ke apa tah, yg kaler cekelat tu. Woh. Takut nengoknya. Kena menjala ketam lak kang. Huhu. So, gi ke kedai dkt area resort kiterang gak. Yg besnya sbb kedai tu nama Restoran Haji Ramli. Kira cam pasan kedai arwah ayah. Huhu.
Sini oke la. Org pun cam ramai. Makanan pun oke. Rega pun oke.
Kiterang amik.
Sotong Bako. Sedap.
Chilli Crab. Sedap dan Pedas.
Butter Prawn. Sedap.
Sup Cendawan. So So je.
Udang tu stgh kilo, sotong stgh kilo, ketam 4 eko. Tak amik byk sgt. Kang tak terabis. Tp oke la. Utk seme tu, ngan air total RM101.40 ja. Oke la kan.

Lps tu pagi sebelum balik tu, makan roti ja kat dlm bilik. Sbb memasing da kepenatan. Balik dari makan2 ni pun dh nak tgh malam gak. Mmg tak larat la sbb duk kat laut tu je kan. Panas oh Langkawi.

Shopping lak. Mana lagi kan.
Tp mmg aku tak soping sgt. Sbbnya mmg nawaitu dari umah - saja aku ke Langkawi utk jalan2 dan tidak ber soping. Kalo nak ber soping, lama da aku amik luggage. Aku just beli cekelat je. Tu pun sket je. Utk adik2 kat opis tu ja.

Tapiii.... meleleh ailiyo tgk casserole ya. Mak aku da warning tak bagi beli pinggan mangkuk masuk umah baru sbb katanya amik je yg kat umah punya yg tak pakai. Tu oke la. Tp casserole. Tableytahan. Mmg lps ni Mission aku adalah Vision. Seyes. Nak. Nak. Nak. Tak kira. Tgk pan Tefal pun cam nak. nak. nak. Bila aku kata kat my dear, ada mendalah ni seme aku masak jadi lagi sedap, my dear elleh kan aku plak. Ate nyer. Tp tak kira, nati nak beli gak. Next session oke. Ada ja outstation ke apa nati tu.

Lagi soping Minyak Gamat. Haha. Gelak. Gelak. Singgah gak tpt jual minyak gamat. Ate da spjg jalan ada banner tulis - Jangan Pulang Tanpanya. Ha...kena la beli. Teeheee.
Ala, kedai ni pun on d way ke airport. Singgah la kejap. Selesa kedai dia. Ada toilet, surau segala. Tpt rileks nak minum ke apa pun ada.
Entah apa2 tah aku beli. Tau2 da 50 lebih. Dgn sabun cuci muka gamat seme aku angkut. Tu la padahnya. Tp kalo nak beli yg bulk2 sedozen tu better kat kedai gamat camni la. Sbb dpt lagi murah dr kat Kuah tu kan. Kedai aku pegi ni namanya Kedai Gamat Nusantara.

Dan seterusnya, tamat la percutian kami. Flight ke KL 4.55. Balik naik flight Bank Rakyat. Bkn Air Asia. Hahahhhaa.

Ini jelah hasil tangkapan ku dari sana. Coklat Milka harus ada. My fevereto choc kalo beli dari Langkawi.

So, nxt pit stop... yg dkt2 dulu lah. Yg jauh (sket) tggu bln 5 ya. Tp tema lebih kuang percutian ini jugak lah. Tp itu adalah Cuti Cuti Cinta. Yaw. Tak sabo. Hihi.

Link berkaitan :
Island Hopping 
Tempat Dilawati Di Langkawi
Permulaan Cuti
Sneek Peak

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign