Pages

25 January 2012

Perihal Jalan-Jalan Wif Gurlfren

Tarikh kejadian : 24 Februari. Januari *thanks Yunnie, btulkan.. gilos da akak ekau nih, sbb duk tgk kalendar nak plan cuti cuti cinta lagi. hahaha.
Tempat kejadian : Sekitar Jalan TAR
Org terlibat di kejadian : Hana, Dee n yours truly. :)

Sekian lama tak jumpa gefren kesayangan.
Hana lah esp nyer. Ada dkt 3 thn gak la. Last jumpa beliau time beliau baru bersalin anak pertamanya. Skang anak dia pun dah nak masuk 3 thn. Maka sepanjang itu gak la kami tak penah jumpa. Dia pun dah ada anak kedua yg berumo 3 bln. 

Ni ala2 reunion kami 'geng lunch' lah nih. Eh. Geng Lunch tu bkn lah bermaksud kami ni dulu keja satu opis dan sker lunch skali. No. No. No. Kami kenal kat forum mesra dot net. Lps tu bukak topik 'tpt lunch' kat forum tu. Lps tu jd tpt "OT" - out of topic kami lak. Haha. Sembang tak tentu hala. Seb bek tak kena ngan lock ngan moderator. Berani nak lock. Ai pun moderator. Hahahahahah.... gile kose! :P

Suppose ada sorang lagi yg join yakni kak Julie, tp beliau tak jadi sbb anak beliau tak sihat. 

Dulu kami salu je kuar sama-sama. Malah bercuti bersama pun ada. Ke Penang, ke Cameron, malah ke Indonesia pun ngan meke juga. Dan setelah lebih 7 tahun, persahabatan yg bermula di alam maya-alam forum masih berkembang mekar. Eceh! Poyo ngat neehhh...! Hahaha. Tp tak la salu jumpa. Kiterang 'jumpa' dalam alam maya jer. Sembang thru emel. Skang no more la forum tu. Entah ada ke idak lagi mesra dot net tu.

So,kiterang plan karoke dulu. Sbb dulu itu lah xtvt utama kami. Ke tpt biasa kami lah iaitu Kotak Merah. Ah. Aku nyampah kotak merah ini skang. Udah la lambat hantar makanan, tersilap plak tu. Mintak ikan dibaginya ayam. Lps tu elok pukul 1 trus dia potong lagu aku tgh nyanyi. Main kasar napak. Dulu bleh je ko bagi lagu tu smpai abis. Tssk. Oke, carik port karoke lain pasni. FaceKara kat Viva ni pun cam bes gak - FaceKara

Lps tu gerak ke jalan TAR sbb Hana kata nak gi Ariani.
Tp termasuk kedai2 kain. Maka, Hana beli. Me? Pemandu pelancong je. Hihi. Alah... dia jarang turun KL, me sepelaung je kan. Maka, ai tolong tawar menawar ja. Amik ko. 5 pasang terus dia beli. Hihi. Dgn Dee skali terpengaruh. Huhu. Derang beli kain buat baju pasang yg dot dot tu. Yg kainnya corak jalur tu. Oh. Aku je takde lagi baju tu. Igt nak beli yg dah siap ja. Bercinta nak anta kain kat tailor. Baju beli kat Bandung last 2 year pun baru hantar kat tailor bln lepas. Haha. Yepss... beli bln 8 tahun 2010 tu. Time gi Bandung tu. Baru hegeh2 nak hantar. Sbb aku hanya sker satu tailor je iaitu tailor kat Kuala Kangsar. Giler kan. Aku da terai berapa kedai kat MARA tu, baik yg macam ada kedai mahupun yg kat tgh2 ramai2 tu, tak bleh in. Kedai nyonya Kuala tu gak la pilihan aku walo mak aku marah2 sbb dia kata mahal. Mmg mahal pun. Sama rega KL je dia amik. Tp can't resist lah. Sedap. Dan dia buat cantik.

Dari situ ke Ariani. Kata ada sales, tp tak murah pun. Maka Hana tak jadi beli. 
Lps tu kembali ke Sogo sbb keta ada kat situ. Lepak SR situ. Wah. Cam masa remaja2 plak kan. Huhu. Makan2, sembang2 kejap. Dah dkt kul 4pm. Derang pun nak gerak lah. Lagipun Hana tgglkan anak2 dia ngan hubby dia. Harus la kena balik cepat kan. 
Choc indulgance ngan sheperd pie je.
Sbb kenyang makan nasik masa karoke tu.
Haha. Saja kecikkan gmbr sbb muka
aku sebeso pinggan kat SR tu.
Hahaha.
So, begitu. Seronok tau sekali sekala jumpa camni. Yelah, memasing pun da ada komitmen kan. Dgn Dee  mmg salu jumpa sbb opis kiterang dkt. Kadang lunch together. Tp bes lah. Sapa kata kenalan di internet di takde pekdah??? Skang aku da ada geng TTC plak yg kenal dari internet. 

Apa pun, mereka adalah sahabat terbaik saya.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign