Pages

27 January 2012

Ketam Goreng Cili Campur Telur

ketam cili, ketam telur, ketam sambal, ketam sambal telur

Astaga. Citer ketam je aku ni kan. Haha. 
Lelama tukar nama blog ni jadi Dunia Cik Crab. 

Tah. Aku mmg peminat tegar ketam. Seafood lelain pun minat. Tp ketam mmg can't resist lah kata org tu.  Kali ni ketam yg aku masak sendiri plak. Beli kat Bagan Lalang retu lah. Ala, beli 2 eko je pun. Tp isi byk. Fresh kan. Sedap. Dap. 2 eko tu pun da dkt sekilo. 700gm.

Aku buat ketam goreng bercili. Biasa aku tak penah lagi buh telur. Kali  ni saja nak terai. Lps tu jadi cam kering plak. Tp takpe, meh share je resepi. *sebenar utk aku gak ni, nati lupa plak cena nak buat. Huhu

Ketam Goreng Bercili Campur Telur.

Bahan-bahan (utk makan 2 org) :

2 ekor ketam (dibelah dua)
Sebiji bawang besar (sederhana)
2 biji cili masak
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi.
Sedikit kiub ikan bilis *optional. If tak sker, tak perlu pun takpe.
Kalau nak rasa masam2 sket, bleh perah limau sket.
Garam
Kalo suka bleh tambah sos tiram, sos tomato. Tp aku letak sos tiram je. Sesudu kecil.

Cara-cara :

1. Bersihkan ketam. Kerat dua.
2. Blend segala bawang, cili seme tu.
3. Tumiskan bahan blend.
4. Tambah air. Sbb nati bila da masuk telur dia jadi kering sgt.
5. Masuk ketam.
6. Gaulkan smpai rata seme. Smpai ketam masak.
7. Pecahkan telur dlm mangkuk. Pukul kejap. Curah dlm kuali.
8. Kacau2 telur tu supaya tak berketul. Tp kalo berketul pun oke je. Lagi sedap telur tu nati.
9. Biarkan kejap. Pastikan ketam masak betul.
10. Tutup api.

Settle. Mudah je kan. Ada gak resepi yg goreng ketam dulu apa. Tp aku sker lagi goreng camni. Lagi meresap seme rasa bahan blend tu.

Tp aku ada baca petua mana tah, dia kata kalo nak bagi cili padi tu pedas, bilangannya mesti ganjil. Tp tatau la kebetulan ke apa kan, sehari sebelum aku masak ketam ni, aku ada buat ikan goreng cili. Aku buh 6 bijik cili. Mmg tak pedas apa pun. Aku pikir, cili tu tak pedas lah. So, the next day, masa buat ketam cili ni aku taruk la 9 bijik. Skali, pedas meletop. My dear tak kuat pedas, sian nengoknya berpeluh2 masa ratah ketam ni. Huhu. Kasihan. Jadi, btul la kot. Nak kasik pedas, bilangan mesti ganjil. Hihi.

*gmbr dari FB. Kalo FB di block mmg tak bleh tgk. Huhu.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign