Pages

5 December 2011

Movie : Ombak Rindu

Rata-rata blogger da up citer pasal Ombak Rindu. Dan ujung minggu yg lps ni lagi la ramai dah tgk kan?. Me?? Harus la pun da tgk. Hikhik. Hari Jumaaat tu ari lah. Tayangan kul 9.40pm. Igt kut jammed. Kul 7 lebih da kuar opis. Skali blum kul 8 da smpai. Tak jammed dan mmg la BTS tu sekentut cuma dari opis haku ni ha. Lama jugak tunggu. Lepas gi makan pun masih ada byk masa lagi dan sempat sambar satu 2 ketoi barang. Hihi. It's Y.E.S season kata nya kan.


Mmg ramai la. Itu mmg tak dinafikan. Nak2 plak haku tgk hari kedua yg esuknya cuti. Smpai seat dpn2 pun penuh jugak. Mujo da beli online. Tp kalo tgk kat BTS ni mmg aku beli online ja. Smpai trus scan je tiket yg print tu. Mudah sajork.

So, review haku.

Haa.... takut nak tulis sbb rata2 seme kata bes, 5 bintang seme. Haha.
Bukan la kata tak bes, tp org yg mmg bukan ber'jiwa' Nur Kasih, ber 'jiwa' Lagenda Budak Setan, aku rasa cite ni oke la. Takde la tak bes, dan takde la bes nau. Oke je kalo nak pegi tgk. Sila lah tgk. Terhibur dan berbaloi duk 2 jam dlm panggung tu.
Menangis??
Oh. Dah ku kata ku ini mmg keras hati dan takde simply menangis takde sbb.
Aku hanya sebak dlm 3 scene.
Scene pertama - Izzah di rumah makcik...err...bleh aku lupa makcik apa. Ala, yg kira mak betul si Hariz tu la- yg makcik tu kata "Allah uji kita sbb Allah sayangkan kita".
Scene kedua - ayat yg betul2 buat aku terhiris seketika (seketika je la) - yg kurang lebih berbunyi "tiada yg lebih bahagia bagi seorang perempuan kecuali menjadi ibu" - ni masa Izzah igt dia keguguran.
Scene tiga - tah tak igt. Yg masa Hariz tak dpt nak contact Izzah apa seme tu la kut. Bleh lak lupa.
Tp tu la 3kali aku rasa sebak sket. Lain takde. Haha. My dear kata 'awak memang..tak normal'. Miahaha. My dear pun samo... lagi truk, dia kata cam tgk Cerekarama. Lagi choi kan.

Mungkin aku tak menghayati atau aku tak memasukkan diri aku dlm citer tu, maka tu aku cam biasa je.  Lagipun aku duk mikirkan jalan citer ni dgn apa aku baca. Nak ingatkan balik sbb lupa dah jalan citer tu. Citer adaptasi dari novel mmg akan rasa kurang sana sini sbb novel cam detail. Kira novel mmg lagi bes la. Itu je aku bleh cakap.

Then isu ranjang. Mmg hot la dan secara tak langsung tlh mempromo filem ni gak. Kat wall FB Wardina pun napaknya hangat diperbahaskan. Tp mmg ada sedikit termalu la adegan tu kalo bebudak bawah umur tgk. Tp mungkin bebudak tak paham lagi. Esp tang Hariz dah naik 'geram' tgk Izzah berkemban duk jemur kain. Urut atas lagi, atas lagi. Lagi sket. Muahahhaha. Scene ni la kot Maya Karin kata Alhamdulillah dia dpt melakukan dgn baik tu. Hihi. Aduhai. Aku nak komen lelebih pun malas, sbb aku pun bukan la terbaik. So, biar lah yg sepatutnya komen.

So, itu je lah review saya utk Ombak Rindu ni. Mmg bukan jiwa saya sebenarnya citer camni. Tp sbb da lama tk tgk wayang dan my dear tanak tgk citer Kucing maka, pilih la yg ni sbb nak gak la tumpang selit org duk citer kan. Haha. Choiii....!

Oh. Ada scene yg mak Hariz baca buku cam buku tu terbalik. Dgr soksek juga dlm wayang org kata buku terbalik. Hihi. Buku tu mmg gitu designnya. Dpnnya betul, dan kulit blakang mmg direka terbalik. Buku hasil nukilan Tun Mahathir. Aku perasan sbb buku tu aku da lama aim. Cuma macam masih blum terbuka ati nak beli. Kat pesta buku dulu aku da pegang letak dah. Cam bes, tp kang aku baca selai 2 je, lps tu terperuk entah kat mana. Nak tau pasal buku tu ada kat sini 

Front
Back

Tapi lagu ni mmg aku ter minat lps tgk citer ni. Bes..! {maka akan ramai la buat lagu dlm videoclip/slideshow pasni kan. Tweheheeheh}





Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign