Atau org panggil J-Po. J-Po takpe, jgn Jakpo sudah. Haha.
Iyer. Sejam cuma. Sbb gi reramai. Maka mesti lah ada tempoh yg diperuntukkan. Cuba kalo pegi sendiri, dari pagi smpai tutup pun takde sapa marah.
Sebelum citer pasal entry2 lain, meh la ai citer dulu pasal Jpo ni dulu yer. Kena citer lelaju sbb kang da ramai pegi, tak bes la nak citer. *eh. Mcm poyo sgt ni apsal. Haha. Da lama bukak kot tpt ni, ramai dah pegi nyer pun. Hihieeee*
Kiterang smpai awal. Dlm kul 11 camtu. Sbb dari JB, maka aku tau direction dari JB lah. Masuk tol arah nak balik KL then exit kat Senai Utara arah nak gi airport tu. Nati ada la signage JPO tu byk2. Kat web dia ni pun ada direction - JPO
Smpai awal pun org da meramai giler. Smpai je amik gmbr - tanda da dtg sini. Haha.
Sibuk je tau budak Faizullah ni. Memula aku sorang. Tau2 rasa cam ada lembaga je kat sblh. Sapa lagi, takkan bos aku lak buat pangai camtu. Pakai baju belang melintang trus napak perut cam mengandung. Bkn mengandung, tp mengandungi. Mengandungi apa?? Mengandungi air la sbb tahan nak pegi toilet tu. Haha. Tak senonoh, nak terkucil pun ku tahan Jebat sbb mau bergambar nyer pasal!
Pertama tama kali aku tgk logo Jpo ni aku tingat outlet aku p kat Bandung dulu. Sapa pegi sure tau kan. Meh aku google. Carik gmbr aku sendiri tah kat mana letaknya.
Kredit : Here |
Kan, bunga raya juga. Ni jgn jadi kes udah la. Indon ni kan bleh, sket2 claim dia punya. Padahal bunga raya bunga kebangsaan kita.
Tp outlet nye tidak lah spti Rumah Mode ini. Rumah Mode ini kedainya sebuah cuma dan diletakkan segala brand. Kat Jpo ni ada lot2 kedai dlm bangunan 2 tingkat.
Biasalah namanya pun outlet. Janganlah ko pikir kenapa barang2 ada cam outdated ke apa. Kata pun outlet. Aku sejak balik Indon tu salu terpikir kenapa Malaysia takde outlet2 cam gitu. Ada takde pun kedai Reject Shop. Itu pun tak se bes outlet kat Bandung cam Heritage tu (mmg aku borong byk giler kot kat Heritage smpai terpaksa kena guna CC - Miahahaha). Tak giler tgk baju branded2 yg rega murah. Haihhss.. Dan pegi ke Hongkong pun camgitu. Ada tpt factory outlet ni. Tp aku sempat ke Citygate Outlet je. Pun nanar dibuatnya kat Coach. Huhu.
Tp kalo nak yg latest2, up to date, lajakkan sket je ke dpn dari JB tu. Singapore la. Huhu. Tkpun Pavi KL pun bleh.
So, kat Jpo ni byk kedai barangan mampu milik lah. Rega pun oke je utk penjawat awam. Lelebih lagi thn dpn naik gaji kan. Eh. Cam merepek je statement. Haha. Kedai dia golongan marhaein ni pun bleh masuk. Dun wori. Aku sempat masuk Carlo Rino, Adidas, Cotton On (oh, tgk legging yg bes 2 ketoi - RM30, igt nak masuk balik, skali masa da time lah. Tk smpat nak beli), Levi's, La Senza, City Chain, Samsonite. Lelain tu jalan2 je lah.
Tp tgk barang CR bes lagi kat KL kot. Oke gak rega dia, tp mungkin masih baru n tak byk choice. Kat Cotton On tu oke. Adidas tak berapa nak perati, tp Faizullah beli kasut, oke la kut tu. Levi's pun oke. Ada yg mampu milik dgn rega serendah RM99 (berbanding ngan rega sebenar dia la, kalo dikira mahal la gak tu satu ratus, tp Levi's kan starting dia RM250 ke atas. Aku beli Levi's pun kat outlet dia kat Bandung tu je dulu. Tak mampu nak.. Haha.). La Senza aku tgk cam rega kat outlet dia kat KLCC tu je. Ke aku tak tgk bebtul. Samsonite oke, ada beg dia yg murah byk gak. Itu aku riki2 sbb aku mmg nak beli beg baru yg besau sket. Traveller bag a.k.a beg tarik aku tak muat dah nak isi barang tuk 2 org *pengalaman balik HK tu ari*. Jadi mmg ada plan ngan my dear nak beli beg tarik baru since kiterang kan sker berjalan2 smbil memenuhkan beg kalo waktu balik. Haha. Mengong giler tingat kat Indon ngan HK retu. Indon tu lagi dasyat sbb aku sorang je yg pikul beg tu. Smpai nak termuntah isik dia. Then kat Hkong, mujor ada my dear yg tlg settle kan. Tp kalo beli beg tarik tu sure aku kena sorak sorai plak dlm bas rombongan che kiah kiterang tu. Haha.
Aku cuma beli barang kat City Chain je. Since my dear suprise kan aku masa bufday aku retu *ini, later buat entry khas*, harus aku saprais kan beliau plak. Beliau igt aku nak belikan hp tp sbb tak smpat nak beli, maka aku tuko beli jam. Sbb beliau mmg nak jam. Aku yg gatai offer nak beli handphone. *Handphone, bkn smartphone. Huhu*
Itu je lah seketoi buat kenangan dari Jpo. Bkn utk aku pun. Huhu. Tkpe la. Nati ada outstation lagi, seharian aku extend dan cuti khas utk Jpo sahaja. By dat time, org pun da tak ramai kot. Huhu. Bleh masak Coach tanpa perlu bratur kayak gini.
Sbb tak bleh reramai dlm tu. Maka, idak la aku masuk. Burberry pun sama beratur. Tak kuasa. Unless mmg aku nak beli. Ko nak makan pasiaq ke apa kalo nak beli Coach lagi. Retu da dpt seketoi kat Citygate cukup la tu. Pakai smpai pencen. Hahah.
So, itu saja lah. Buleh la sapa nak pegi. Paking byk je, tp pegi la awal2. Much better. Orang pun ramai jalan2 je aku nengoknya. Nak tau berapa byk kedai dlm tu ada - sila la klik web dia ni Johor Premium Outlets. Pasal launched dia by PM ada di sini - NST
Kiterang dlm tu leklok dari jam 11pagi-12tghari. Sejam cuma. Hihi.
Terima kasih atas komen anda :)