Pages

29 December 2011

Wrap Up 2011 : Karier

Google

Berkenaan karier. Not so much la yg berlaku tahun 2011 ni.
Takde apa yg perlu dibanggakan dan membanggakan.
Cuma tahun ni dengan rasmi aku bbtul 'mengendalikan' unit aku ni dari Jan till Dis.

Tetap buat menda yg sama. Bosan tak?
Entah ek? Ada yg aku suka, ada yg tak suka. Tp nak buat cena kan. Kerja is kerja. Aku sker je buat yg legal matters tu, tp ada la 2,3 menda tak berapa kena ngan jiwa. Tp, tak kesah lah tu. Tanggungjawab kan. Buat la sehabis baik.


Apa pun semua berjalan dgn baik. Dengan bantuan adik2 seunit aku.

Cuma... khidmat adik2 SPS ni berakhir 30 Disember ni.
Sedihnya la hai.
Tapi mungkin juga disambung. Hopefully la meke disambung. Lega sket hati aku kalo nak cuti. Eh?? Apa kaitan? Sbb nyer skang ni unit aku ramai la sket kalo derang ni ada. If not. Tinggal ber empat ja. Nak cuti pun tak sedap perut rasanya.

Lps tu supaya tak lupa, aku perlu tulis gak la. Akhir tahun 2011, skim SSM nak ditukarkan kepada SBPA. Maka, ramai2 kena sign kalo setuju nak SBPA. Dan bila da opt for SBPA, bleh pilih samada nak keja smpai 60thn. Maleh gak nak citer panjang2 pasal ni sbb seme ada citer kat entry yg ber link kan tajuk SBPA.

Pendek je pasal keja kan.  Pikir nak carik keja lain tu mmg tak la kan. Lagi pun duk dlm closed-service ni mana je ko nak pegi.  Nak tukar suka sama suka pun mmg takde harapan la. Tp pikir utk menambah ruang2 yg ada dlm resume mmg sentiasa ada. Tu citer lain plak.

Yg penting skang nak lengkapkan LNPT dlm HRMIS nih. Tak gerak2 lagi neh.. org lain seme da siap. Kiterang baru nak kedek2 buat. Huhu. Tp nyer, acena nak buat kalo duk 'hangggggg' ja. Aduhai.. mujo yg nak dinilai 3 org cuma. Fuhh....!

Utk tahun 2012, cam org lain gak, mesti berazam utk jadi pekerja terbaik kan. So, itu jugak la yg aku pikirkan. Sempena tahun ke 8 aku berkhidmat di sini dan berpegang pada slogan Berkhidmat Untuk Negara, aku mesti pikir, apa yg aku dah berikan pada tpt aku mencari rezeki ni, dan bukan apa yg mereka dah berikan pada aku.

That's it. Selamat bekerja. (^_^) dengan penuh dedikasi.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign