Dia mmg bukan la sesapa. Malah tak pernah terlintas dlm hati aku utk berkawan dgn nya apatah lagi bercinta dgnnya! 3 thn aku hanya mengenali dia begitu sahaja. Hanya tersenyum sesekali ketika berselisih, jarang bertegur sapa, bersembang jauh skali. Tp entah mengapa di tahun ke4 tu, tetiba je aku dan dia jadi rapat. Rapat ker?? Manade. Dia la yg nak cuba2 rapat dgn aku. Haha.
Lps tu kan, ada skali tu dia nak pegi outstation JB. Aku kata beli la kat aku patung spongebob. Dia bleh tak kenal apa itu spongebob. *pitam*. Terus rasa takmo kawan lah dia ni, tak bes, spongebob pun tak kenal.
Tapi takkan la pasal spongebob pun jadi penghalang kan. Itu lah permulaannya bibit-bibit hubungan aku dan dia. Eceh. Taktau nak kata la, tp lama kelamaan kami makin rapat dan rapat. Mulanya aku cam ragu-ragu jugak. Entah-entah dia nak main-main ke apa ke kan. Aku pun takde la nak menaruh harapan tinggi setelah aku dikecewakan tak lama sebelum tu.
Memang aku pun tatau cemana aku leh terima dia. Aku tau je org2 opis tgk aku cam takkan nak punya org cam dia. Tp tulah. Allah dah tentukan kan. Org igt aku ni kasar, ganas mesti takmo nyer ngan dia. Hanya Allah dan dirinya saja yg tau aku cemana.
Tak lama, mmg tak lama aku amik masa utk bercinta dan aku tau dia makin serius bila dia bawak aku jumpa family dia. Dan dia jumpa family aku. Setelah direstui oleh keluarga, hubungan lagi makin mesra kan.
Dikukuhkan dengan ikatan pertunangan.
Siap ada org nak pengsan yer bila dpt tau kami da bertunang. Haha. Yer. Hubungan kami pada awalnya mmg sukar dihidu oleh org sekeliling. Memang lah. Kang ramai lagi yg pengsan. Aku taknak jadi penyebabnya. Haha.
Dan bila da bertunang tak bleh la nak sembunyi2 lagi kan. Dan ramai la yg duk tanya bila nak kawen, bila nak kawen. Dah tu, bila kami bagi kad kawen sorang satu pada kesemua staff di opis, sediakan satu bas ke kg di hari perkahwinan kami, idak la plak muncul esp org yg sibuk2 nanya. Aku igt yer org yg tanya2 tu. Haha. Nak kata umah aku jauh ulu banat kan, umah laki aku tu dkt je kot. Tu pun tak dtg gak. Lenkali jgn sebok yer. Tp pada yg hadir tu, kami amat2 hargai dan ucapkan berbanyak terima kasih. Pada yg sebukkk sgt nya tu, tp tak dtg, malah aku masuk keja lps cuti kawen, lari lari plak bila jumpa aku. Malu eh? Ha tu la... lenkali hentikanlah pangai kak nam nam dan abg nam nam yer. Usah duk sebuk tnya bila org nak kawen. Sbb bila kome tak dtg, kome da termalu sendiri.
Akhirnya 13 Disember 2008, termetari satu ikatan. Kami rapat ujung 2007 dan ujung 2008 terus menjadi suami isteri yg sah. Jangan kata orang lain cam tak percaya, aku sendiri pun smpai hari ni cam tak percaya. Hahaha.
Entah. Jgn ditanya kenapa aku memilih dia. Jgn ditanya apa kriteria yg ada pada dia. Aku akui ini bkn kerja mudah. Byk yg perlu aku pikirkan masak2 sebelum menerima dia dalam hidupku, menjadi sebahagian dari hidupku. Aku berdoa, ber istiqarah dan dptkan pandangan dari insan2 yg aku percaya. Dan Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, aku dah napak hikmah kerna menerima dia.
Mmg dia tak boleh nak beri segala kemewahan kepada aku sebagaimana suami orang lain. Mmg dia tak berpelajaran tinggi seperti suami orang lain. Mmg dia tak berjawatan tinggi sebagaimana suami org lain. Tp aku tau kenapa Allah hadirkan dia untuk aku.
Hadirnya dia, aku kenal erti sabar.
Hadirnya dia, aku kenal erti tawakal.
Hadirnya dia, aku kenal erti mengawal emosi.
Hadirnya dia, menjadi pelengkap hidup aku.
Biarlah org kata apa tentang kami.
Biarlah mereka mengandaikan cerita utk kami.
Kerana kata-kata itulah yang lebih menguatkan kasih sayang antara kami.
Terima kasih abang, kerana sudi menjadi sebahagian dari hidup saya.
Kerana sudi menerima saya seadanya. Sudi melayan kerenah saya. Sudi menggembirakan saya sedaya upaya abang.
Maafkan saya kerana belum dapat menjadi seorang ibu.
Walau apapun, Allah dah tentukan yg terbaik utk kita. Masanya pasti tiba.
Maafkan saya kerana belum dapat menjadi seorang ibu.
Walau apapun, Allah dah tentukan yg terbaik utk kita. Masanya pasti tiba.
Ketahui lah, saya sayang abang selama-lamanya.
Insyaallah, cinta kita akan terus kekal selamanya.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yg ketiga
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yg ketiga
Love u always..and forever.
*Jiwang??? sesekali, bagi la peluang.....Muahahahah.
*saya cuti reni - me-redeem segala voucher khas di hari anniversary ini :)
*saya cuti reni - me-redeem segala voucher khas di hari anniversary ini :)
Terima kasih atas komen anda :)