Pages

14 December 2011

Tentang Aku

Mau cerita tentang aku plak. Panjang ni. Kalo maleh baca, sila skip.

Aku adalah insan biasa-biasa je. Takde yang istimewa pun utk diceritakan. Tp utk dibebelkan mungkin banyak haha. Biasa je aku ni, asal dari kampung *ni ikut nada cam citer apa ke tah kat astro time raya tu ari*. Sekolah rendah kat kampung, naik menengah baru masuk bandar sket. Ala... tu pun tak bando sgt. Ipoh apa yg ada sgt dlm tahun 90-an tu. *Eh. Ada UO ngan wayang tau*

Oke, pasal family aku.
Family biasa-biasa jugak. Tak terlalu kaya, dan tak terlalu miskin. Sederhana kata org tu. Ada 5 beradik dgn komposisinya seorang kakak (sulung) and 3 abang. Aku bongsu lah kan. Mak - surirumah, arwah ayah - bekas askar. Jgn ditanya pangkat apa, mmg aku tatau. Huhu. Dulu arwah ayah salu citer, dia la paling susah kat kampung dia, tp dia nak ubah nasib dia. Dia salu ckp yg ni 'Allah takkan ubah nasib umatnya, kecuali kita yg berusaha untuk mengubahnya' - ayat Al-Quran tu kan. Tp tak igt surah apa. So, ayah mmg rajin. Lps pencen dia byk usahakan ladang2. Ada getah, kelapa sawit, kebun buah2 sesket. Dan ayah dan mak, walo tak berpelajaran tinggi tapi meke berjaya menyekolahkan kami adik beradik hingga ke peringkat tinggi dimana seme da menjawat jawatan dlm perkhidmatan awam. Syukur... Adik beradik aku ni seme cikgu dan aku pun ari tu nyaris2 jadi cikgu. Haha. Tp aku sedaya upaya nak pecah rekod, takmo jadi cikgu. Maka, mmg tak jadi lah. Hihik.
Eh. Ni da jadi citer pasal family. Oke, skip. Ni tentang aku kan. So, lagi.
Birthday tahun 2007 (alamak besaunya gg haku)
Pasal pendidikan.
Pun biasa-biasa jer. Blaja smpai degree je. Grad dari UiTM. Bkn lah UM ke mana ke yg haibat2. Tu aku kata, aku ni biasa2 je. Tp walo dari UiTM, aku dah pastikan result aku bkn la biasa2 suam suam kuku. Hihi. Oke, pasal result skip lah. Aku sekolah dari tahun 1986 - 1991 (rendah), 1992 - 1994 (PMR), 1995 - 1996 (SPM). Kan aku kata aku ni biasa2 je, maka aku masuk UiTM second batch-tahun 1997 ke 1998 tah. Tk igt. Dan tamat blaja tahun 2002.

Bila abis blaja aku tak trus keja tetap. Tp dpt jadi GSTT selama setahun pada thn 2003. Tu aku kata nyaris2 aku jadi cikgu tu. Ada jugak mintak KPLI, tp tak dpt. Ye lah..dlm hati bukan hendak sgt jadi cikgu kan. Tu la pasal. Setahun tu risau jugak takut tak dpt keja lain, tp rezeki menyebelahi aku bila dpt keja tahun 2004. Pun jawatan biasa biasa je. Patut mintak keja ngan degree, tp aku mintak ngan diploma. Jawatan pun diploma je lah.

Tp Allah tu dah tentukan sesuatu yg terbaik utk kita. Tahun 2008 aku kawen, dan tahun 2010, aku dpt jawatan yg menggunakan kelayakan degree. Tu lah rezeki namanya kan.
Potong kek beday n kek kawen - 2008
Tu pasal keja, pasal favourite plak - dah aku ni biasa2 je orang nyer, apa pun biasa-biasa je. Simple la org kata, tp aku sker yg simple but perfect. Ha... susah tu. Sapa jadi anak buah aku tau la. Aku simple je, takde la suruh itu ini, tp keja harus perfect. Tp idak smpai tahap cerewet yer.

Makanan plak, aku ni hantu laksa, dan luckily aku menurun mak aku yg pandai buat laksa. Eh. Bkn pandai la. Cam riak plak. Heh. Tak baik. Kira tau la buat, cukup asam garam n org makan tak pitam. Haha. Minuman, aku sker yg sejuk2 je. Air buah terutamanya tp tak sker fresh orange, tp kalo da terpaksa bleh je.
Dgn adik2 seunit - 2009
Karakter aku lak - org yg kenal aku dari jauh mungkin mengandaikan aku ni seorang yg sombong - aku biasa dgr tu. Aku bkn sombong la. Cuma aku tak sker org kecoh2 ni. Rimas giler kot. Cam dlu masa kat U, kan mcm ada time air takde kat hostel, org lain seme kelam kabut dah ni, ngan baldi hapa, aku ngan bff aku time tu - Juwita dok rilek lagi. Bleh siap tido seme. Apa nak kalut? Takde air lagi bes, takyah mandi, takyah gi klas. Takpun takyah mandi, tp gi kelas.
Lps tu aku ni tak pandai hipokrit. Tu la org kata sombong. Aku tak sker kau, ha...mmg aku tak sker la. Jgn igt aku bleh meleseh2 membodek kau.  Selain tu, aku jugak mengamalkan lantak kau la nak kata apa pun, bukan aku mintak duit ko, dan bukan kau yg bagi gaji kat aku. Kalo aku susah pun kau bkn nak tolong. So, sapa masuk dlm kategori tu, mmg aku lantak kan saja. Lain la mmg kategori yg tolong aku time susah, yg salu dengar poblem aku, ha..yg tu mmg aku sayang. Sbb aku ni kalo sayang..mmg sayang, kalo buat aku sakit ati, jadi kak nam nam seme mmg aku tak bleh hipokrit la nak suka ke apa.
Sebenarnya aku amat ceria org nyer. Dan bleh dikatakan 'extrovert' juga. Boleh memulakan perbualan dgn org yg tak dikenali. Juga mudah mesra. Hihi. Tak caya?? Sila tanya org2 yg penah jumpa aku for the 1st time. Yg salunya kawan dari porem mesra dot net dan kawan2 blogger.

2010 - kek takdak. Mydear sponsor BA
Lagi, oh. satu lagi kegemaran aku - travel. Setiap bln harus ada travel kalo ada kesempatan dan ada rezeki. Cumanya target aku, sejak aku gi Bandung tahun 2010, sekali dalam setiap tahun, aku cuba utk pergi luar sket dari Malaysia ni. Tp sbb aku ni biasa2 je, takde la aku bleh pegi smpai Paris ke seme tu.  Takat2 sekitar2 negara Asean/Asia ni je la.  Eh, bukan la kata aku nak menunjuk2 gitau gini, tp tu short-term target aku.  Dlm life kita kan memasing ada target/goal memasing.  Jgn la sket nak sentap, sket nak kasik komen yang tak membina.  Memasing dgn rezki memasing, so aku rasa tak perlu kut nak pertikai kan.

Bercakap soal target/goal ni, ada satu lagi target dalam hidup aku tak terlangsai yakni melanjutkan pelajaran. Aduhai. Part ni aku sendiri segan nak cakap dah.  Tp, Insyaallah, akan terlaksana juga satu hari nati, sbb itu adalah cita-cita aku. Master dan terus ke PhD kalo bleh.

Tu je lah tentang aku. Dan syukur Ya Allah kerana memberikan kehidupan ini utk aku walau pun biasa biasa je. Dan terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku menumpang di bumiMu utk 32 tahun ini dan izinkan untuk terus menumpang dan terus beribadat kepadaMu. Moga dihadapan sana, kehidupan menjadi lebih baik. Dan aku mohon agar aku dapat menjadi isteri terbaik utk suami ku dan diberi kesempatan menjadi seorang ibu.
Satu yg amat aku syukuri kerana apa yg aku hajati, Insyaallah akan tercapai, walo ketinggalan dgn sahabat2 yg lain, tp Insyaallah rezeki tu mmg ada. Dah lama aku perhatikan bermula dari masuk U dulu (kan aku kata 2nd batch), then kawen pun lewat (29 kira lewat la tu kan), org lama da jawatan dgn kelayakan degree, aku dpt lps 8 thn. Tu sbb aku tak risau sgt ttg rezeki anak sbb aku tau lambat laun Insyaallah ada. Kerana dgn dugaan dan ujian dari Dia ni lah aku tak pernah lupa pada Dia. Alhamdulillah.

Ikhas dari,
Insan yang biasa2 je yg meraikan harilahir ke 32 hari ini dengan biasa-biasa je.
Ucapan utk diri sendiri. Haha. Ko mampu ucap utk diri sendiri??Miahahaha



#Aku disable kan notification befday dlm FB. Saja. Haha

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign