Pages

27 December 2011

Wrap Up 2011 : Percutian

Alhamdulillah, tahun ni ada juga kesempatan diberikan Allah utk aku gi bercuti cuti, jalan-jalan ngan keluarga, dgn yang tersayang.
Google
Kalau ikutkan sapa tak sker bercuti dan berjalan2 ngan famili kan. Seme orang camtu. Tapi, aku ni ikut rezeki yg ada. Kalo pikir bleh pegi, pegi ler. Takde la sbb nak bercuti, kena ikat perut, smpai kena tahan makan, nak satu menda kena tggu gaji, kena tahan apa nak beli semata - mata sebab nak bercuti. Mmg tak la camtu. Prinsip aku mudah - asal hidup selesa cukup. Aku tak sker, kerana nakkan satu menda aku tak dapat menda yg lain.
Pun tpt yg aku pegi pun tpt biasa2 org lain pegi juga.

1. Januari - Kundasang, Sabah
Sempena anniversary ke2 kami. Mmg kami akan extent kan percutian anniversary ke bln Januari sbb bln doblas adalah  bulan yg super-pack. Musim hujan lagi. Kata percutian anniversary, harus la exklusif sket kan. Namo la berebut2 ngan org tgh bercuti. Haha. Poyosss.. Maka pada 9 hingga 11 Januari 2011, kami ke Kundasang Sabah.  Melihat puncak gunung Kinabalu megah berdiri di hadapan mata adalah satu pengalaman yg sukar untuk dilupakan. Cerita tentang Sabah adalah di link Sabah ini.

2. Januari/Februari - Penang
Kali ini bercuti membawa mak ke Pulau Pinang. Alang2 ada cuti hari Wilayah. Balik kampung dan lajak ke Penang jap. Tp tak jalan mana sgt pun. Kejap ja pun. 30 Jan - 1 Feb.

3. Mac -Bukit Merah Laketown Resort
Percutian bersama mak juga. Kali ni disertai famili AbgCik. Kami ke Bukit Merah Laketown Resort. Tiket yg beli masa BMLR buat promo kat Maeps tu. Seronok jugak la walo abgcik balik awal sbb dia asma. Kiterang je la smpai ke Pulau Orang Utan seme. Hihi. Link citer : Bukit Merah

4. Mei - Palm Garden, Putrajaya & Bagan Lalang
Gedik tatau nak kemana masa cuti Hari Pekerja. Seme tpt da abis kena booking. Maka gatai booking Palm Garden Putrajaya. Saja, nak rilek2. Huhu. Dan esuknya tu lps checkout, ajak kakyong n famili makan2 seafood kat Bagan Lalang. Itu la pertama kali dlm idup aku ni ke Bagan Lalang. Kasihan.. kan?? Haha.

5. Jun - Bagan Lalang
Skali lagi ke Bagan Lalang. Haha. Ate'nyer sronok beno plak makan ketam kat sana yer smpai repeat. Iyer. Kali ni ngan adik2 unit aku. Tak seme dpt join. Tp seronok gak la ber pegian beramai-ramai. Thanks to Aishah - member aku yg keja LKIM. Sbb dia yg uruskan booking penginapan kat Camar Laut - Pusat Latihan LKIM. Cerita pasal percutian bersama adik2 unit aku ni : Bagan Lalang

6. Julai - Cameron Highland
Percutian ad-hoc ke Cameron Highland. Sebab apa ad-hoc? Sbb tetiba je aku rasa nak gi Cameron n tanya my dear, and beliau kata oke. Jadi, dah oke, trus booking la. Kira cam last minit la. 2 minggu je booking. Salu berbulan kena tunggu kan. Haha. Stay at Natasya Resort. 2 hari 1 malam mmg macam tak cukup. Memang bes Cameron Highland ni. Tp tak bleh la gi slalu. Nati bosan lak. Dia biar da lama camtu pegi, baru pegi.. ha, tu bes. Last aku pegi tahun 2006 tk silap aku. Mula dari sini la aku gelarkan seme percutian aku ngan my dear adalah Cuti Cuti Cinta. So, cerita Cuti Cuti Cinta Cameron ada kat link : Cameron Highland

7. Oktober - Hongkong
Boleh dikatakan ini lah Cuti Cuti Cinta paling great utk tahun 2011. Ini bkn azam utk tahun 2011 tapi impian sejak dari kecik. Nak gi Disneyland. Maka, entah cemna, tercapai plak tahun ni. Huhu. Secara tak sengaja beli air-tix masa bln Mac. Masa tu MAS duk buat promo dan entah cemana aku ter beli dan secara otomatik kena la ter booking gak segala hotel. Hihi.
Percutian 4 ari 3 malam di Hongkong mmg dirasakan bagai mimpi. Ada rezki nati bawa anak2 pula yer. Link segala cerita berkenaan Hongkong bleh tgk link Hongkong.

Dan itu saja la cuti cuti tahun 2011 ku. Last skali patut diakhiri ke Cherating. Siap da beli pun deal. Tp burnt sbb tak dpt masa yg sesuai. Sayang sungguh la. Takpe, tahun 2012 ni bleh la plak buat Cuti Cuti Cinta ke negeri2 pantai timur.  Hihi.

Hanya tu la tpt percutian yg aku mampu pegi utk tahun ni. Tak banyak pun mcm setengah orang yg tetiap bulan ada gi berjalan-jalan tu. Ikut kemampuan kan. Ada rezeki kita pegi, takde duk umah saja. Mengontok2. Tp kalo ikutkan ada antara bulan2 tu yg aku tak gi bercuti tu aku gi outstation utk urusan kerja. Jadi untuk tahun 2011, urusan outstation aku cuma sempat ke Langkawi, Penang dan Johor.  Suppose aku kena cover Perlis n Kedah juga. Tak smpat. Oh. SKT tak capai la tu napaknya. Ahaa... cena..?? cena???

Utk Cuti Cuti Cinta dari Januari hingga Julai tu, antara gambar-gambarnya aku dah abadikan dalam fotobook.  Cuma utk Hongkong mmg blum buat sbb aku nak buat khas satu fotobook. *tak abis design lagi yg tu. Aduyaiii*

Apa2 pun, utk tahun 2012, aku mohon pada Allah utk sihatkan tubuh badan aku, sihatkan suami ku, emak serta famili seme agar kami dpt lagi meluangkan  masa bercuti bersama.
Utk tahun 2012 juga da ada 3 percutian yg mmg dah di plan. Untuk bln Januari, Februari dan Mei. Selain dari tu, nati kita pikir. Hihiw...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign