Pages

19 December 2011

My 3rd Anniversary : Sessi Pagi

Choi.. nak ada sessi2 plak. Mengadas kan. Haha. After a week baru smpat tulis. Kena tulis gak nati thn dpn leh refer balik. Cam tetiba lupa lak kan, apa aku buat anniversary last year, selak balik kat kebun stoberi baru la macam oo... gi spa rupanya. Ha..
Ada yg annoyed ke? Alah, nak wat cena, kita bkn leh puaskan ati seme org. Ada org tak suka dan ada yg sebaliknya. So, redha. Redha yer bkn pasrah mahupun  menyerah. Awww... tetiba Ombak Rindu plak.

So, 13hb tu aku cuti. Ekceli bkn nak cuti pun. Tp semata2 kerana nak meredeem deal aku yg dah nak due, maka aku cuti je lah. Rugi lah. Byk nau deal da burnt camtu ja. Walo ini RM39 cuma, harus redeem. Aku ber spa spa-an kat Reneau Spa yg dkt Taman Permata. Deal ni dari MilkADeal

Maka, yg aku dpt utk RM39 ni :
Estimated Duration of Service: 135 minutes. Breakdown: Facial Lifting (45 minutes) + Sauna (15 minutes) + Body Massage (45 minutes) + Body Scrub (15 minutes) + Foot Spa (15 minutes)

Dah lama giler kot aku tak memanjakan diri kat spa spa ni. Last sblm aku sanding retu. Hah! Genap 3 thn dah aku tak buat spa. Giler pemalas kut. Tp idak la smpai berdaki lak badan sbb ada gak kalo time rajin tu aku scrub2 badan ngan sabun pasir2 tu kan. Haha.


Aku buat appoinment dlm kul 10pg camtu. Ada customer sorang dah. Kira aku kedua lah. Therapist (panggil therapist ke tukang buat tu?? kira aci lah kan) dia ada 2 je. So, gilir2 la meke. So, lps aku ada sorang lagi budak pompuan - yg juga claim deal ni.

Ni gmbr before buat spa. Letak kat FB. Kengkawan aku igt lps buat spa. Haha. Bak kata Nana Fauzana kat entry contest aku yg beliau join tu - ni gambar2 takde edit2 yer. Haha. Iyoo.. aku idak la penah edit gambau. Baik guna photoshop ke photoscape mahupun photostat. Unless gmbr tu da diedit oleh pro-PG cam masa kawen tu. Selain tu - mmg tak kuwahsa mak noks nak edit2 gambau. Motip nak edit?? Muka mmg da sedia gemok dan tak lawa - so, biar situ. Edit buat album gambau, ha.. tu aku mmg sker.


Lps tukar baju seme dia buat foot spa. Eh. Sker la buat mendalah ni. Kalo ada deal yg foot spa je nati aku nak beli lah. Tak puas oh 15minit. Harus kena sejam. Haha.

Lps tu sauna. Sauna dia yg dlm kotak jenih kuar kepala ja tu. Lawak la rasa. Sbb dulu masa spa aku pegi tu dia cam masuk dlm kotak khas. So, pakai kain batik seme. Ini.. haa..ko pikir sendiri lah. Budak yg masuk lps aku tu cam dah memalu je bila therapist tu kata 'mmg kena buka je seme'. Awww... tp ada towel gak la.

Then body scrub. Oh.. Tak berapa berkenan yg ni, sbb agak kurang selesa mendedahkan bahagian tertentu walopun kepada sesama wanita. Mujur dia Melayu kan. Dulu kat spa aku pegi tu dia lapik gak kain batik. Siap seme tu shower jap then buat body massage. Body massage ini lawak jugak sbb budak yg urut aku yg kuar angin while aku elok ja takda apa. Haha. Aku mmg tak mudah kuar angin. Tatau samada aku mmg tak  berangin, atau angin satu badan. Itu je lah antara dua. Huhu.


Last skali baru facial lifting. Dia pakai produk dia lah. Ni la tpt wat facial tu. Ate, ini sekeping je la gambar dlm tu aku sempat amik. Lps tu simpan soma reta benda dlm lemari dia.

Itu saja lah. Dlm 2 jam camtu. Nak couple set pun bleh. Tp aku takmo lah bawak laki aku. Tak perlu la.. meh la aku je yg spa kan. Bahahaha.


Apa pun, bes la gak sesekali kan. Cumanya aku mau terai tpt2 lain lak. Sapa nak tau pasal Reneau Spa ni leh klik sini - Reneua Spa

Kalo Taman Permata ni sng je, carik Giant, then dia ada area2 tu la. Sebaris ngan Pizza Hut. Bawah dia kedai Hari Hari ke apa tah. 

Tu sessi pagi. Satgi kita citer sessi petang lak. Yg penuh dgn dugaan sbbnya kan hari tu la banjir kilat kat dpn National Library tu. Grrr....

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign