Pages

14 December 2011

My Great Cuti Cuti Cinta Contest


Edit : Officially closed

Contest kedua dari blog pnstoberi *salu tu GA & Edisi Menghargai Follower je*
Bersempena my 3rd Wedding Anniversary juga sempena befday puan kebun stoberi dan juga sempena nak abiskan stok yg adiah yg ada.
Puas mencari cari tema, dan dpt juga walo tak berapa  nak kena ngan tema anniversary tu.
Rasanya tema ni mcm dah biasa dan ramai org buat, tp boleh la. Sbb saya suka berjalan-jalan. Dan saya juga suka baca cerita orang jalan-jalan, maka saya namakan contest ni sebagai My Great CUTI CUTI CINTA Contest
*edited*
"Sbb ramai yg kata cam panjang syarat dan cara-caranya, so, saya ringkaskan cara join contest ni. Simple je sebenarnya. Saja nak tulis berjela - caranya adalah buat satu entry berkaitan cuti cuti yg paling best, masuk kan gambar, then jawab sket soalan kat bahagian B tu. Then hantar sblm 14 Disember. Itu saja."

So, kalo sapa sudi, meh la join. Caranya :

A) Buat satu entry dengan tajuk "My Great Cuti Cuti Cinta Contest" dan ceritakan mengenai percutian - yang dirasakan paling bes, paling happy dan semestinya yg paling GREAT lah. Napak tajuk cam sesuai utk org honeymoon kan, tp tak kesah pun. Bleh je citerkan pengalaman bercuti bersama keluarga, kawan2 dan sesapa juga. Saja je tu letak CINTA tu. Tu kan trademark puanstoberi kalo gi bercuti berdua. Huhu. Juga tak kesah percutian dalam negara atau luar negara. Juga tak kesah tahun bila pun. Kalau takde percutian GREAT utk tahun ni, bleh juga utk tahun2 sebelumnya. Takde hal.
-Antara yg boleh diceritakan adalah perihal tempat percutian tu, tarikh pegi, cara nak pegi, kos yg terlibat, aktiviti yang boleh dibuat dan lelain yang berkaitan lah.  Jgn lupa, ceritakan kenapa percutian tu adalah percutian dirasakan yg paling GREAT.
-Panjang entry tak kesah. Terpulang.
-Dan harus sertakan gambar percutian. Takde gambar cena nak tgk tpt best best tu kan. Tapi tak kesah berapa keping pun.

B) Kemudian jawab soklan mudah ini :
i) Berikan tempat CUTI CUTI CINTA yang pnstoberi pegi utk bulan Januari, Julai dan Oktober 2011   (kerana ini lah percutian yang dirasakan paling great untuk pnstoberi pada tahun ni)
ii) Lengkapkan ala-ala slogan ini - Saya suka blog pnstoberi kerana ..................
*haha. walo tak sker pun tulis gak suka yer. Ni kira penentuan adiah ni. Dan kedua-dua soklan ni adalah bonus sesgt pada yg mengikuti kebun ini hehari*

C) Tak perlu tepek banner contest di mana2 side bar. Cuma tempek pada entry contest dan link kembali ke entry ini saja. Juga tak perlu tag, tapi kalo rajin tag kengkawan, sila ler.. 

Syarat-syaratnya pula :

1. Contest ini terbuka kepada semua follower kebun stoberi - http://pnstoberi.blogspot.com
2. Contest ini dijalankan bermula 1 Disember 2011 - 14 Disember 2011. Semua entry hendaklah di link kan di ruangan komen selewat-lewatnya 14 Disember 2011.  (edit : tarikh dilanjutkan sehingga 17 Disember 2011)
3. Para pemenang akan dimaklumkan melalui blog pnstoberi selewat-lewatnya 20 Disember 2011. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perubahan akan dimaklum dari semasa ke semasa.  Para pemenang perlu redeem hadiah dgn menghantar emel dalam tempoh 48jam selepas diumumkan supaya hadiah boleh ditukarmilik kepada peserta yg lain sekiranya tidak diredeem.
4. Penentuan pemenang bagi tempat pertama sehingga kelima adalah dipilih daripada entry dan slogan terbaik dari kalangan peserta.  Mmg tidak menggunakan konsep vote mahupun cabutan bertuah. Entry akan turut diadili oleh juri2 jemputan. Ceawahhh....!

Hadiah Pertandingan yang ditawarkan :
Tempat Pertama - Kain pasang - Sutera Batik (Ori)
(sori..udah kedut2. Lama nau tersimpan - tak ter tempah
-maka ku buat adiah ja)

Tempat Kedua - Kain Batik Biasa

Tempat Ketiga - Shawl
(ni pun sama, beli tapi tatau nak pakai bile,
maka buat adiah je)

Tempat Keempat & Tempat Kelima - Tupperware
*Sbb saya baru je jadi agent tupperware - so, sapa nak beli tupperware leh order ngan saya juga [tumpang promote trus. Miahahah]

Saguhati 
*5 hadiah saguhati akan disediakan berupa 3 brooch, 1 kad Touch n Go *tiada nilai dlm tu - dpt masa buat tinted dulu* dan 1 bekas tisu songket.


Kesemuanya ada 10 hadiah, so kalo ada 10 org yg join pun kira jalan jugak la contest ni, kalo kurang pun..kira jalan gak lah. Mmg niat nak bagi ke orang je seme2 hadiah tu. Hihi.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign