Pages

2 December 2011

Perlukah Sekufu : Semanis Kurma


Aku ni jarang tgk Manisnya Kurma Itu Semanis Kurma. Kadang terlupa langsung bila da tgk tv lain. Mlm td tgk kat FB Ustazah Bahyah - dia tulis tajuk - Perlukah Sekufu. 
Jadi haruslah berkobar2 nak tgk sbb ada kaitan kan. Hihi.

Walo jemputan dia ada Ina Naim ngan asben dia tu. [Entah...smpai skang aku tak bleh bla ngan dak Ina Naim ni *no offense la peminat dia yer*]
Tp aku tgk je, takde masalah pun la kan.

Jadi ni antara yg aku dpt pick up. Bes. Ustaz Badlishah dari JAIP tu mmg bes. Mesti dia salah sorang penceramah kursus kahwin.


Memula Ustaz tu kata, sebenarnya sekufu mmg perlu, tp kalo bakal suami dah ada 3 kunci  ni pun dah cukup katanya :


1. Kunci Rumah
2. Kunci Kereta
3. Kunci Pejabat

Maknanya kunci rumah tu tak perlu la ada umah sendiri, mampu adakan umah sewa pun dah cukup, asal tak duk merempat bawah jematan ke apa. Kunci kereta tu plak makna yg memudahkan la. Kalo takde kunci kereta, moto pun buleh katanya. Hihi. Dan kunci pejabat. Eh. Bukan bermaksud kena carik bakal suami yg bos, maksudnya ada keja la. Kunci laci pejabat pun buleh katanya.
Hahaha.. tergelak kami somi isteri. Kan??? Masa aku pilih my dear, mmg dia ada ketiga2 kunci tu. Hihi.

Kemudiannya dia kata suami juga kena jaga 3 ras. Iaitu :
1. Beras

2. Keras
3. Waras.

Beras tu kira kena mampu bagi makan pada isteri dan anak2 la. Kemudiannya keras tu kena tegas la sbg suami. Tak bleh la ikut je segala bala cakap isteri kan. Kalo nak pikir keras tang lain pun oke juga. Itu pun penting juga kan. Hihi *ini aku memandai tambah*. Seterusnya, kena la waras. Ustaz tu klaka, dia kata kalo bleh sebut pisang ngan betul pun dah oke. Haha. Tetiba aku tingat citer masa kekecik dulu. Sapa tah belakon, tp ada budak tu cam cacat sket kan, asal jumpa atok dia, dia nak pisang. Tp cara dia sebut pisang tu susah betul. Dgn tangan ter peleot2 nya tu. Haaa... ada tgk tak citer tu?? Hihi.

So, kesimpulannya Ustazah Bahiyah (Dato') ngan Ustaz rumuskan dalam rumahtangga kena ada HARMONI.

H-hormat menghormati
A-Ambil berat
R-Ramah Mesra
M-Makan bersama
O-Oke selalu
N-Nikmat - syukuri semua nikmat
I-Istiqamah

Dan doa agar hajat tercapai, banyakkan membaca :
1. Surah Yasin (ayat 58) : "SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
2. Surah Al-Fatihah (ayat 5) 
imej : google


Iklan :
Sapa rajin pi bercuti cuti tu meh la join contest saya ni. Hiwhiww
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/12/my-great-cuti-cuti-cinta-contest.html

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign