Cea.. tetiba. Saja. Rasa nak menulis menda2 camni plak.
Jadi aku pun google 'sifat lelaki disukai wanita'.
Byk blog yg tulis vice versa la.
Tp jumpa 1. Panjang ni, kalo mengkeme rajin, baca la yer.
Dipetik dari sini.
1) Percaya diri
Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik dan berani mencuba sesuatu yang baru. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
(betul, kena berani..baru ada pompuan suka. Ini kadang nak tnya jalan pun malu, bia sesat asal tak bertanya.. ha gitu)
2) Lucu
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya. Jangan bercakap terlalu serius atau buat-buat ketawa, tetapi berpada-pada dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya atau isterinya, terutamanya apabila si dia sedang bersedih.
(boleh la ber lucu tp dun ever buat lawak bodoh yew... sgt menjengkelkan kami yg wanita ni)
3) Romantik
Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Lelaki seperti ini memang selalu punya tempat tersendiri di hati kaum wanita. Siapa yang tidak ingin punya pasangan yang romantis. Namun harus diingat, romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada, tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.
(oh..for me plak, jgn la terlalu romantik....tak berapa nak sesuai..tp org lain me tak tau yer)
4) Bijak dan cerdik
Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik, tetapi penampilan dan cara pembawaan diri menjadi perhatian. Lelaki juga perlu cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
(Yg ni setuju..takde bantahan Yang Arif. Hehe)
5) Menjaga penampilan
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Lelaki yang pandai menjaga penampilan serta sentiasa kelihatan bersih, kemas, segak, menarik, dan berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Penampilan yang baik menunjukkan lelaki mampu menghargai dirinya. Kuku turut memainkan peranan yang penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.
(Yg ni pun setuju. Kalo boleh muka tu pun biar lah bersih. Jgn la napak berminyak, jerawat batu penuh. Skang kan byk pencuci muka utk lelaki. Guna lah)
6) Soleh
Wanita juga suka kepada lelaki yang soleh dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
(Paling penting adalah yg menjaga solat. Kalo ada yg dating waktu zohor, tp tak pulak si lelaki tu sebok2 nak carik surau, harap maklum je la yew....)
7) Sopan
Lelaki sopan amat disukai oleh wanita apalagi kalau berhadapan dengan keluarganya, lelaki perlu tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
(Setuju. No objection)
8) Punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji apabila telah berjanji.
(Yg ni tak berapa reti nak komen)
9) Lelaki jujur
Wanita sukakan lelaki yang jujur dalam perhubungan. Wanita paling tidak suka jika ada lelaki yang menipu walaupun melibatkan hal-hal kecil kerana wanita amat mementingkan kejujuran dan jika mempunyai masalah wanita sanggup berkongsi masalah bersama-sama bagi menghilangkan beban pasangannya.
(Setuju. Tp biasanya kalo kita sang isteri ni, buleh detect sekiranya asben kita ni ada sembunyikan apa2 dari kita. Tul tak?? Instinct kata org kan?)
10) Lelaki yang memahami
Wanita inginkan lelaki yang memahami diri mereka dan memahami setiap tindakan mereka. Wanita tidak suka dikongkong oleh lelaki dan tidak suka jika keinginan mereka dihalang.
(Jika terlalu dibebaskan pun tak boleh juga..mcm tak sayang je rupanya)
11) Lelaki bertanggungjawab
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
(Setuju)
12) Lelaki setia
Wanita memerlukan lelaki yang setia dan penyayang dalam perhubungan. Wanita mana yang suka jika teman lelakinya mempunyai wanita lain selain dirinya.
(Setujuuuuu)
13) Lelaki penyabar
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas. Wanita juga suka lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
(Setuju jugakkk)
14) Lelaki yang mempunyai pekerjaan
Wanita lebih memilih lelaki yang mepunyai pekerjaan, penghasilan yang cukup dan tidak bergantung kepada orang tuanya sebagai pasangan hidup kerana inginkan masa depan yang lebih terjamin.
(Ini bukan kata setuju, tp yg ni mmg wajib nihhh..sapa nak suami yg tak keja. Giler nak tanggung biawak idop?? )

Ada 14 sumanya. Byk lagi tu ekceli. Jadi, aku nak le namboh sket yer. Aku tambah :
a) Aset
Wah. Mementang aku jaga aset. Aset halanya yer kome. Haha. Selain mempunyai pekerjaan, aku rasa mempunyai aset juga adalah satu bonus pada lelaki. Aset muka hensem tak termasuk dlm ini cerita yer. Maksudnya at least ada moto / kereta / rumah. Oh. Bkn material plastik yer. Itu utk kemudahan. Tp sesuaikah, jika ko nak baru nak tackle seorang pompuan ni, katalah nak dating, tgk wayang kat Pavilion, sedangkan umahnya di Rawang. Dia ada Myvi dan dia kena amik ko sbb kesian kat ko yg kena naik LRT/Pub transport, dan nati balik dia antar dan dia balik ke Rawang sorang2. (tu katakan umah ko di Kg Baru lah. Kut rumah di Rawang pun rasa cam tak sesuai kut kan. Sekali sekala takpe, tp berkali kali tu mmg 'butakah cinta' namanya tu). Utk org pompuan, kalo masih bercinta jgn dikorbankan segalanya sgt. Berpada pada yer. Buatnya clash, hapah pun tak dpt (aku bercakap pada pengalaman sendiri okeh. Bengong je rasa drive sengsorang dari Seremban ke KL tetengah mlm buta. Sebbek idup lagi smpai skang. Sayang punya pasal la tu kononnya. Heh!). Tp aku rasa zaman skang ni takde lelaki takde moto/keta dah. Aku tgk kat opis aku ni baru masuk keja je, 3 bln da kuar seketoi Persona la, Mvyi la. Tkpe..bagus tu. Utk kemudahan kan.
b) Tidak terlalu keanak-anakan
Rimas oh. Nak tgk wayang pun tgk citer katon. Masuk kedai pun kedai patung Transformer lah. Jap2 tgk patung itu ini. (Aku tatau apa nama patung yg lelaki sker ni). Tanya lah apa nama katon kat wayang, kat tv suma dia hapal. Ehh... len mcm je ni. Bukan tak boleh, tp berpada pada lah. Pompuan ni kadang2 lebih matang. Dia tgk dok sker patung, patung, lelama dia pun idak la siyo kat mengkeme tu. Carik la menda matang sket. Segala game pun sekiranya minat sgt pun, jgn terlalu taksub. Buatnya sok da kawen, kome ngadap menatang tu je, jgn marah kalo tetiba bini kata "kita bako...kita bako..."
c) Jangan terlalu prihatin
Kejap "Awak dah makan".. 5 minit lagi "Awak dah mandi"... 5 minit lagi "Awak dah itu, dah ini". Beri mereka ruang yer esp pada yg baru nak mengenali. Tak salah menunjukkan caring, tp kalo baru berkawan-kawan, belum lagi berkawen-kawen, elak-elakkan lah. Kang dari suka langsung tak dihiraunya.
d) Berjimat
Paling penting nih. Sbb biasanya pompuan ramai yg bkn jenis berjimat. Makanya kalo dedua kuat shopping, makanya hancus. If ko temui yg mmg jenis berjimat, yg bawak bekal tetiap hari, tu Alhamdulillah, buatnya yg tiap bulan dpt gaji je nyoping kasut 3,4 pasang mmg naya kalo ko tak berjimat. Kalo kome yg lelaki nak tau, pompuan mmg sker adiah, tp kalo dia rasa smpai membazir, aku rasa tak perlu. Mana yg baru berkasih kasihan tu, elok la nyimpan duit utk kawen. Eh, mmg la kata 'aku bleh wat loan lah. Aku kan keja govt (pada yg keja govt lah)'. Tp larat ko nak nanggung utang smpai bila2. Kena la ada simpanan sket ye dok. Utk hari tua kata dek orang.
Dan tambahan yg terakhir dari aku
e) Ringan tulang.
Maksudnya di sini bkn la ko rajin tolong angkat beg2 shopping si dia. No no no. Ringan tulang di sini adalah rajin utk membantu di dapur, ala, tak reti masak pun, buat2 je la reti. Masak megi pun dihargai tau (bercakap dari pengalaman sendiri), selain tu ringan2kan lah tulang cuci jamban ke hapa, itu lebih dihargai. Jgn plak masa bercinta kemain nunjuk rajin. Esok da kawen, terbongkang je mengkeme depan tv. Jangan harus wehhh...
Eh. Tetiba aku rasa mcm siri Kak Siantan plak ni. Udah la yer. Esuk kot ada lagi, aku sambung.
7 juta komen
lama menatap belog kak reen ni baca dari A sampai Z, siap ada pen kat tangan buat nota ni haaa nak pilih komen yg mana.. hehe :)
Betapa banyaknya sifat lelaki di atas tu yang tak ada pada cik abang tutt. Aduhai sedih sungguh! Tapi kena redha jelah. Pastu, pasal yang Kak Reen tak suka yang romantik tu. Anita tak setuju!! keh keh keh. Romantik la baru syokkk.. :P
Sibuk je kan Nita ni nak sibuk-sibuk. Tapi nak dapat yang perfect semua tu memang nangis mata darah lah T_T
eh...eh.....Pn Stroberi pun buat tajok pasei lelaki dengn pompuan jugak??? awok 2 - 3 haghi ni buat entri berkait dengan lelaki & pompuan.... biase le...ade yang suke dan ade yang tak suke..... tapi bende2 yang kite cakap ni ade kebenaghan nye....... dan jadikan bende2 ni panduan...at least kite bulih perbaiki dighi kite kan????
CIk Anita :
Akak bkn la tak sker, tp jgn la keterlaluan romantiknya. tp kalo tak romantik langsung pun tak buleh juga kan??
Anita...akak nak tnya satu soklan, tp nati FB la yunk..tak sesuei plak sini ye dok??
Yob D08 :
Awok buat ni sbb ada menda yg awok nak smpaikan pada sesorang. Moga smpai la maksud awok ni sbbnya nasihat awok idak di dengonya. Payoh lelaki ni...payoh.. Huhuhu
(yg penting org tu bkn suami awok. huhu)
Waaaa ... Banyaknyeeee ... Kalau aku, takdela sebanyak tu kot .. Sebab aku ni pun tak sebagus mana .. Hehehe
Adialuze sayang,
Ini adalah yg umum..yg org da tulis. bkn kata aku nak seperti itu, seperti ini. Ini pun sket tau..ada beribu lagi kalo nak disenaraikan.
Tp, walo kita sebagusmana, kita pun tentu berusaha utk menjadi sebagus bagusnya.. btul tak???
pjg nye.. ok skippskip...
hahahahh.. noted..
me suka romantik, tapi tak suker lelaki manje..ekekek..boleh gitu..
Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini
Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire
Terima kasih atas komen anda :)