Pages

Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

20 November 2019

Kursus : KSL, Johor

16-18 Oktober 2019
Mesyuarat Sektor Operasi & Kursus Design Thinking.
KSL Hotel, JB.

Jauh kali ni kita meeting n course.
This is the 1st time away dgn Rizq Iskandar.
Ada lah dkt 4 tahun kot takde course kat luar.
Alhamdulillah, rencana Allah tu memang terbaik.
Last I pi course kt luar, masa pregnant 2 bulan kalau tak silap. Kat Melaka. Lepas tu takde dah sampai la sekarang. So, I takde la prob masa tgh bf Rizq tu. 
2 malam lah Rizq duk ngan ayah dia.

Sebelum ni, ada je meeting kat luar.
Tapi, biasanya 1 malam ja. And biasanya dia bersekali dgn sukan.
So, buleh la usung Rizq dan ayah dia sekali.
Tapi, dah ini kursus, aje nya mengarut pulak kalau ayah Rizq pergi sekali.

Nanti menyenget2 mulut orang buat citer. Hahahaha.
Can u imagine. Macik2 bawang yg suka bercerita hal orang. Padahal kita tak usik apa pun hal derang. Haha.
And kalau meting yang I bawak famili tu semua I tanggung sendiri.
Takde nya nak claim. Usah la risau.


Pergi naik bas.
I dah lama giler kot tak naik bas.
Pergi rasa macam kejap je.
Tapi, balik tu kemain lama pulak nak sampai.

Sampai je KSL terus meeting.
Pastu baru check in and masuk bilik.
Malam tu sambung meting lagi.
Sampai 1 pagi. Huhuhu...

Esuknya kursus.
Menarik jugak kursus ni.
Kali ni I bantu sket la utk coordinate since officer jaga kursus masuk ward.
I pun peserta kursus jugak.
Kira peserta cum coordinator.
Aagitchew...





Semangat pulak yg course kali ni.
Byk bercakap, byk take part xtvt.
Haha.




Apa pun, byk yg I dapat utk kursus kali ni.
Samada utk peribadi as well as kerja I.
Yang  nyata - memang best!

11 February 2016

Kursus Protokol Dan Etika Tahun 2016

As usherette n team protokol, mmg office hantar pergi course ni every year pun.
Tapi, dah 2 thn berturut2 tak pergi sbb ada kerja urgent nak settle.
Boss tak lepas pergi walau pun mmg dept kiterang jugak yg jaga kursus ni kan.
Kena gak la tulis memo tunjuk sebab sbb tak attend course.

Tahun ni dapat pergi. Yey!
Best la course protokol ni. Ailoike ja.
Walau kadang menda yg sama. Tapi, byk dpt ilmu2 baru gak kan.
Tahun ni buat kat hotel Putrajaya-Bangi (dulu namanya Hotel Equatorial)
2 hari. Tapi tak menginap la. Datang pagi - petang balik. 
2 - 3 Februari.
Course by Cute Carry (En. Hafiz). Rasa ada kot yg pernah attend course grooming ke, image consultant ke dgn cute carry ni. 

Best I tell you En Hafiz ni.
Tak sempat mengantuk. Nak keluar gi toilet pun cam rasa sayangnya nak keluar. Asyik gelak je memanjang.
Haha.
Uols kalau office nak carik orang utk buat course grooming ke, boleh la contact En. Hafiz ni.
Carik je kat FB - CuteCarry.

Banyak jugak ilmu2 yg dpt.
Dia run course takde la macam course biasa2 tu.
Dia tgk tajuk course kiterang pun di gelaknya. Too gomen katanya. Haha.
Dia buat test tgk personaliti kita ni jenis klasik ke, simple ke, jenis suka gaya yg ada renda2, ropol2 ke.
Lps tu ada sorang tu personaliti dia klasik. Terus dia panggilnya kawan tu 'klasik'. 
Tapi, mmg tgk gaya, betul lah apa yg kita punya personaliti tu.
Takde la stick belajar cara protokol je kan.
Ada gak dia jemput make up artist utk belajar make up.
Menarik.

Makan makan cam biasa lah.
Lunch je la dpt makan kan.
Lelain tu - kudapan lah.
Tapi not bad jugak kudapan2 kt sini.
Sedap2 lah.
Opssieee... salah protokol makan kek ngan garfu besau tu. Hihik.

Gambar ni En. Hafiz letak kat FB dia.
Yg paling depan - kanan tu lah En. Hafiz nya.
Sempoi je dia. Dan best! Percaya lah.


p.s : Kursus pertama untuk tahun ini. Dah dapat 2 hari. Ngeh ngeh ngeh :D

3 November 2015

Kursus HR


Hujung-hujung tahun ni ramai yg pulun cukupkan jumlah ber kursus kan.
Ye lah, penjawat awam kan kena ada at least 7 hari berkursus dalam setahun.
Hurm. Masa buat application HLP tu ari pun depa mintak kursus dari tahun 2012-2014.
Mujur lah ai cukup semuanya 7 hari walau terkadang tu seminar sehari ja.

Okay lah.
Esuk course.
Ikut hati malas.
Tapi SYMP lah.
Pergi je lah. 2 malam je pun.

24 June 2015

Course Lantikan Baru

15 - 17 Jun tu ari kami buat course lantikan baru.
Tempat cam biasa lah. 3km dari opis ja.
Haha.

Hotel The Zone lah. Mana lagi.
Acapkali sungguh lah aku ke situ.

Ni bukan induksi. Induksi tu kira yg formal, ada exam segala kan.
Itu mmg keperluan dari JPA. Induksi khusus. Induksi umum. Sekarang panggil apa ntah. Ada nama lain.
Ni kami buat ala ala orientasi je lah.
Kenal2 lantikan baru.
Ramai kali ni. Lebih 50 orang.

Ini adalah lantikan baru yang kami buka iklan before aku gi umrah tu ari. Dalam bulan Mac tu. Sekejap je dah lantik. Yeah. Aku ada buat penambahbaikan sket. So, tu yg agak cepat lah dia nyer proses saringan tu.
Sebelum aku gi umrah, aku dah siapkan kriteria shortlisted, so that 2 minggu aku pergi tu depa buat shorlisted je lah. Bila aku balik dan masuk kerja tgh bulan April tu, siap dah calon shortlisted.
Dalam bulan 5 interview. Then dah lantik bulan 6 ni.
Alhamdulillah lah. Walau ada gak la macam hectic before nak lantik nih.

So, kursus.
Me myself urus setia lah. Urus setia yang handle kursus mmg adalah. Tu unit Latihan.
Aku cam urus setia bahagian perjawatan lah.
Cerita2 pasal office, bagitahu tentang peraturan. Bawa ke IKN, Rawang [ni institut latihan - Institut Kraf Negara]. Ada talk dari JPA. Begitu lah.

3 hari 2 malam.
3 hari 2 malam gak lah aku pun duk berkampung dalam hotel sampai kena batuk n selsema tu. Haish. Tak kuat betul antibodi nih.

Layan gegambau.
Masa pendaftaran di office. Sesi ni aku bagi briefing dulu.
Lepas tu baru pergi hotel.
Pemandangan dari bilik hotel.
Pemandangan malam. Dari swimming pool
Talk dari wakil JPA.
Last day. Sesiap utk grup photo.
Say cheeseeeee... grup photo.
Taktau motip apa. Ai selit je lah tumpang depa
bergambar. Hiwhiwhiw.

28 May 2015

Membina Keluarga Bahagia

Sharing knowledge.
Last Saturday (23 May 2015), berkesempatan menghadiri sesi menambah ilmu. Dan ada sedikit santapan jiwa juga. Heee.
Tapi, kali ni santapan jiwa berbayar sbb anjuran swasta.

Masa sebuk2 dalam bilik intebiu tu ari, dik Yani [link : Batik Pink], bagi w.app, dia kata ada seminar kat Hotel Royal Chulan.
Aku cakap eh, tu sebelah ofis akak ja.
Tu yg dia share ngan aku tu, katanya.
So, begitu begini, deal lah. Since aku duk memerap dalam bilik intebiu 2,3 hari, minta tolong dia registerkan n bayarkan dulu. 
Utk dia n asben, and aku n myDH.
Bayaran RM100/person, but weols register awal dapat la RM50/person.
Sebenarnya sbb tgk tajuk dia banyak ke arah fertility, so, tu yg kitaorang pun join.


Program start petang.
Suruh dak Yani ni parking kat ofis aku.
Siap bagi map cemana nak dtg ke ofis. Sampai pun dia dgn jayanya.
So, kami gi lunch dulu. Dekat2 ofis je lah lunch nya pun.
Then dalam kul 1 tu kami register dulu, 
Dapat la satu folder yang ada memacam dalam tu.
Letak barang dulu, pegi solat Zohor kat ofis.
Kebetulan masa tu kat ofis aku ada KPJ buat event apa tah. Depa sewa.
So, buleh la tengok2 dulu event tu.
Dah solat baru gi balik ke hotel.
Participant tak la ramai sgt.

Tapi, penceramah best2 jugak.
Sesi 1 - Topik Persediaan Kesihatan Untuk Hamil - Dr Wan Elly. Gynea dari Hosp UMRA.

Sesi 2  - Doktor Natasha. Dia ni doktor kat KL Fertility Centre. Bila dgr talk dia lah, buat aku rasa wait no more untuk treatment ni.
IVF kat KL Fertility ni lebih kurang 17k. 



Lepas tu tea break.
Sedap la pulak laksa Johor hotel nih..
Hurm... nak makan lagi takde masalah kan. Sebelah je dgn ofis. Tapi nya.. takkan nak order laksa Johor semata.. Heeee.

Pastu continue.
Sesi 3 - Puan Fiona Tahir. Ngeee.. ni adik kepada kakak ipar aku sebenarnya. Dulu pernah pergi housewarming dia. Tapi, masa ni cam segan plak nak say hi hi ke dia. Dgn rupa aku comot momot time tu. Dah la dia bagi talk pasal imej2 bagai ni kan. Heeee :D


Best sesi dia, tp sbb masa tak cukup dia cam laju2 je lah.
Sesi 4 - Ada penerangan produk HPA.
Sesi 5 - Talk dari Dato' Dr Fatma El-Zahra tentang tips mendapat zuriat soleh dan solehah. Yang pasti katanya, nak dapat zuriat soleh dan solehah, mesti lah dari ibu bapa yang soleh dan solehah juga.


Dan layan gambar kami.



Secara keseluruhan, okay lah.
Ya, I can't wait anymoreeeee..
Harus buat sesuatu. Haruss...


18 November 2014

Kursus Di PD, Kursus Di KL

Last week direct course dari Isnin till Khamis.
Tapi, di dua tempat berasingan.
Gitu.
Bila takde, takde lah sangat. Bila dah ada, bertimpa timpa pula.
10hb tu course di The Zone. Ini anjuran ofis.
Bersama rerakan dari cawangan jugak.

Course Perkhidmatan. Kira macam menda2 HR ni lah.
Pasal cuti, pencen apa semua tu.
Patut kena attend sampai 12hb. Tapi, aku perlu attend course kat PD pulak.
Yang ini anjuran kementerian - MOTAC.
Aku suka pergi yg kementerian punya sbb aku boleh jumpa ramai kengkawan (baru dan lama) dari agensi lain. So that, aku buleh sharing knowledge dengan derang.
Lagipun, semua pun buat menda yg sama. So, lagi best. 

Dekat PD dari 11hb till 13hb.
Buat di Glory Beach Resort.


Kursus pengurusan naik pangkat.
Utk orang yg uruskan naik pangkat.
Bukan aku yang naik pangkat. Ha.. bila cakap kursus naik pangkat, orang ingat kita pulak naik pangkat. Apa da... ini kita yang uruskan naik pangkat orang.



Heyyyy... ini course pertama dalam sejarah hidup aku selama 11 tahun bekerja yg aku kena duduk sorang kat hotel.
Ha kau. Tak buleh accept sampai sekarang. Haha.

Ini bukan sbb rakan sebilik tak datang ke apa.
Mmg dibagi nya bilik satu sorang. Bukan lah semua peserta. Ikut gred lah kan. Kump. Pelaksana tu bilik sharing lah. 
Tapi wey.. tak kesah lah pelaksana ke PnP ke, bagi je lah bilik sharing.

Aku tak kesah sgt kalau bilik tu is "bilik".
Paham kan, kalau bilik hotel tu, yg kita masuk terus katil, tv semua tu kan. Itu tak pe lah kalau duk sorang pun.
Ini apartment style okeh. Sapa pernah stay Glory ni tahu lah kan.
Ada satu bilik kecik. Ada satu bilik besar. Ada pantry. TV pula kat ruang tamu. Ada balkoni.
Luas seperti itu nak tido sorang?
Ya hampun..... mmg aku tak buleh lelap oke malam pertama tu.

Lps tu kul 3pagi dengar bunyi anjing menyalak.
Ya hampun lagi....

Mujo takde kejadian menggerun kan. Mujo takde "antu peti ais" bagai. (haha. antu peti ais ni kiterang bagi nama bila ada kejadian staff nampak makhluk cam ju on tu duk berteleku kt dpn peti ais. Nama hotel dirahsiakan. Tapi, kat PD. Haha).
Tobat lahum dah rasanya. If next time pergi dengan MOTAC nih, aku nak tanya dulu, dan aku akan usung suami aku gak kalau mmg duduk sorang. Ha... Biar asben mintak cuti. Dapat juga kita bercuti free kan. Muahahaha.
Tapi, mmg ada yg bawa family pun. Sbb dah bilik sorang katanya.

Hotel ni okey jugak lah.
Kalau dari ruang tamu bilik kita tu, buleh terus nampak laut. If duk tingkat tinggi sket lah. Sangat oke untuk "rejuvenate" . Cewah!


Not bad lah kata orang tu, walau hotel cam lama lama sket.
Toilet kat bilik kursus tu alahai.. sedih.. macam toilet skolah tu. Dgn bau tak best nya.
Lelain oke lah. Makan okay je walau tak la mewah mana kan.

Malam last ada bbq. Cam biasa lah. Harus wajib bbq kalau kursus nih.


Nasik lemak direct seminggu pada minggu itu.
Ha.. dari hari Jumaat yg aku hantar mak balik kg tu, Sabtu kat kg nasik lemak. Ahad.. aa.. Ahad tak. Isnin nasik lemak kat The Zone, Selasa nasib baik tak. Rabu, Khamis nasik lemak. Ha. 2 hari je tak nasik lemak. Mampu???


Siap ada bela penyu lagi.

Kalau weekday, dalam pukul 11 ke 11.30pagi ada dia bagi makan penyu ni. Buleh tgk la. Kiterang dpt tengok hari last sebelum nak balik tu.
Kalau weekend, waktu pagi kalau tak silap aku.


Menarik gak la.
Hotel ni sebelah Grand Lexis. Masa pergi ni, ofis aku pun ada buat course kat Grand Lexis tu. Mujo ai dah pernah pergi, so ai not jelly sgt lah. Hihi.

24 December 2013

Retreat Pengukuhan Admin & HR

3 hari berkampung kat Shah Alam sanun.
Secara khususnya di Grand Bluewave Hotel.
Retreat kekdahnya.
Lama kot kami2 admin tak ber-treat. Last tahun 2007.
Aku pun masih 'hijau' masa tu.
Eh. Skrg pun hijau jugak lagi.
Baru je nak masuk 10 tahun kerja kat sini bulan 2 tahun hadapan.
Masih hijau la kan. Hihi.

So, takde apa nak cerita la sgt.
Biasa arr, retreat kan.
Yg bes jumpa kawan2 lama. Kawan2 cawangan yang biasanya cakap on d phone je.
Tapi, aku selalu gak la ke cawangan, so, kenal2 jugak la derang ni.

1st day dah kena bagi talk.
Alah, bukan la taklimat ke apa kan.
Just briefing segala kerja kita buat. Refresh la lebih kurang. Supaya EO cawangan ni buleh alert semula segala prosedur.
Me myself on Perjawatan, Personnel, Tatatertib n Pasca Perkhidmatan. Lelain tu, klik lain lah yg brief.

Malam akhir ada bbq. Yang wajib adalah - Kambing BBQ lah.
Akibat nya - rasa cam kedemaman. Adeh. Bukan makan byk pun. Sehiris 2 je pun. Selalu oke ja.
Aku pun tak tahu la.
Sebab kambing ke. Atau sebab ber aircond je 3 hari 2 malam tu kan.
Tak keluar langsung dari area hotel.
Eh. Tipu, ada kuar jap time break petang.
Gi beli tudung kat Sincerelybyus Shawl (SBU). Tu nanti aku cerita lain entry.

Jadi, meh tgk gmbr2 sket ya.
Antara gmbr ngan rerakan dari cawangan :)


Ni ex-osmet masa bujang dulu.
Skrg dia kat caw. Penang.

Presenter yang kelam kelibut

3 April 2013

Edisi Groom For Success

Bes kan kalo dapat pegi.
Tapi fee dia cam nak pengsan. RM900.
Ofis nak hantar?
Haha.
Takde kena mengena.
Takkan dapat punya.

Dapat kat emel ofis nih.
Tgk dia nyer detail ni mmg bes.
Tak penah gi course yg utk groom groom ni.

23 January 2013

Salam MaulidurRasul 1434

kredit : here
Selawat dan salam buat nabi junjungan kita Nabi Muhamammad SAW.

Selamat bercuti juga. Harus ada yg cuti direct ya. Sbb cuti nyer sampai senin (for those yg keja kat KL, Johor, N9, Perak, Penang n Selangor)

Me?
Got course lah. 25-27hb. Yaih. Jauh ni nak gi course nye.. nak souvenir?? ahahahahah :P


Bila aku tunjuk memo ni kat instagram my pren - Che Sue kata dia asik tgk aku g course je. A ah. Last year 17hari ya (igt 15, rupanya bila tgk buku log latihan - 17hari) Org nak 7 hari je aku dah berlebih-lebih. Itu mmg bukan course yg sehari je. Seme pun yg amik masa 2-3 hari. Mostly seme pun yg pakej 3 hari 2 malam punya course (=_=")

So, selamat bercuti panjang. Program aku. Sok rasa nak tgk Juvana tu. Atau pun nak g area jalan TAR - carik kain buat baju raya. Twehehehe...

5 December 2012

Edisi Makmal Di Marriot Putrajaya


Tetiba nama naik pula.
So, what to do.
Sudah la ada kelas ganti Sabtu n Ahad tu.
Tp bak kata penceramah masa kelas tu, jgn byk merungut2. Itu tanda kita tak redha sbb sebenarnya Allah bagi kita peluang. Pulak tu, katanya kadang2 kita kena buat win win situation.
So, aku perlu redha sbb walaupun kena masuk bengkel/makmal tu, tp aku buleh ulang alik. Kalo dibuat kat Johor ke. Ha.. cena? So, redha. Dan aku juga buat win win situation. Kelas pegi, makmal pun masuk. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Thanks my boss n my husband yg sgt memahami (dan big boss jugak yg bagi peluang saya masuk makmal ni and bg pelepasan nak ke kelas jugak. Hihi. Bkn la secara direct gitau dia, tp dia tau je... Siap ptg lps balik kelas tu dia sempat tanya 'gi kelas ye pagi tadi' Huhu)

Marriot Putrajaya.
Last year aku penah duk kat Palm Garden tu. Saja pegi time tu. Nak pegi PD dah penuh, so ke Palm Garden. Hihi. Tp Marriot ni 1st time la.

Makan bes.
Tiramisu tu bes. Salu aku tak suka. Ni 2x amik. Sedap!
Malam pertama je ada camni. Malam kedua takdak dah.
Tp masa ni makan kelam kabut. Tak menikmati
*tetiba rasa nak gi Bagan Lalang. Huwaaa...*
Bilik pun bes. Luas dan selesa.

Cuma, menyampah ngan lif. Dah la nak tekan naik bilik tu kena masukkan dulu kad bilik. Dah tu, tetiba hari last tu aku nak naik dia tak mau plak. Giler tak effisien buat camni. Apa pekdah aku pun tak tau. Nak jaga keselamatan pun... tak perlu kut cemni. Try try masuk tak buleh, tau2 pintu lif dah tutup. Apakah?? Kuar entah kat level mana, pastu mintak maintenance situ guna kad dia pun tak buleh gak. Apakah?? Turun balik, then pegi kat kaunter. Katanya sbb kad aku de-activate sbb ada duk ngan electronic devices. Ye lah tu, aku letak dia ngan hp. Kan?? Kan??? Kan menyusahkan. Haih. Tulis situ buleh tak? Aku pun tak tingat la pasal tu. Haih!
Oh. Toilet. Again, dia guna bidet. Nyampah haih. Apa ni main pancut2 kat blkg nie?? Me dun loike (hikhikhikk... sila baca dgn bertatasusila - jgn pikir lain. ngeeeee)

Makmal ni sebenarnya utk Perancangan Kerja Tahun 2013. Utk core bis kiterang la. Bahagian Promosi, Usahawan seme tu. So, aku pegi ni macam just utk tau apa2 keperluan derang dr segi perjawatan ke apa camtu lah. Tp bes la. Dpt jumpa orang cawangan seme kan.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign