Pages

Showing posts with label spa. Show all posts
Showing posts with label spa. Show all posts

19 November 2019

A Little Treat To Say Thank You


Apa yg uols selalu buat utk gembirakan hati anak2 buah uols?
Kira macam penghargaan la, dari uols kepada assistants yang byk membantu uols.
I ni nak kata kerap treat adik2 dept I ni takde la. Tp, ada la belanja setakat aiskrim tu kan.

Tp tu hari lps dinner anugerah tu aiols bagi la a little treat for them.
I bawa derang ke spa.
Jenuh I fikir apa yg nak buat utk ucapkan thanks pada derang yg byk bantu I utk jayakan majlis tu. Belanja makan tu macam da common sgt kan.
So, I booking spa.
Waktu lunch Jumaat kan panjang.
Dari ofis I ke Teratak Spa yg selalu I pergi tu pun tak jauh.
Takde la I belanja spa 1 badan ke apa.
I belanja derang foot massage.
3 orang anak buah I yg byk membantu I selama ni.
Itu je lah hadiah yg mampu I bagi utk menggembirakan hati derang n penghargaan utk derang.
Tq uols kerana byk membantu.

Oleh kerana tempat foot massage tu ada 3 kerusi ja, jadi I booked utk derang je lah.
I tak buat pun.
I pun masa tu baru je datang utk back massage tu kan.
Lepas ber massage, makan McD pulak kat bawah tu.
Phew.. da lama tak berjimba ria macam ni kalau hari Jumaat.
Pepaham je lah KL skrg jem dia cemna.

Eh. I suka Teratak Spa ni.
Harap2 ianya berpanjangan lah berada di Mara tu.
Kalau tak, jenuh pula taktau nak kemana I nak rejuvenate.
Ni pun I rasa nak booking lagi utk bln ni.
And bulan depan, birthday I.
Utk members, dapat diskaun 50% kalau bulan birthday.
Hurm... nak suh ayah Rizq belanja pulak lah.
Takyah minta hadiah birthday, kan?
Hehe.

1 October 2019

Rejuvenate Day : Teratak Spa, Busana Mara

Sejurus lepas habis dinner di Impiana, I mengimpikan pula utk merehatkan badan. Ingat nak berehat tepi pantai ke apa. Tapi, mana nak sempat.
(citer Impiana ni, kalau rajin I story lah. I kan macam malas dah nak citer pasal office skrg ni. Upset betul kalau citer, tp orang buat bahan cerita2 kita. Baca senyap2 sudah lah).

Then, fikir punya fikir, I booking spa.
Esuk nak pi, senja tu baru booking. Kalau ada slot, ada lah. Takde takpe.
Tapi, nasib baik ada. 
I nak ambik massage ja. Tp tamau full body.

Nak urut belakang.
So, amik back, shoulder n head (BSH) massage.
Amik slot jam 10pagi, Ahad.

Cam biasa myDH n Rizq la hantar. Depa drop by ja.
Sebenarnya ini kali kedua I ke sini.
1st time tu hari lps hari raya. Masa tu lah I terus register jadi members kat situ.
Tempat ni convenient sbb dekat dgn rumah I.
Malas I nak carik celah2 tempat lain. Sini pun okay lah.
Balik naik tren pun bleh. Singgah SOGO shopping pun buleh.

I suka amik slot pagi. Dia punya therapist still in good mood lagi kan.
Dah sampai tu, I minta add on foot massage sekali.
Okay lah sini.
Nak rejuvenate  atau me-time.
Memula dia buat foot massage.
Then buat BSH massage pulak.
1/2 hour setiap session. So, dedua tu dalam 1 hour.

Lps tu, I trus pegi potong n cuci rambut.
Kebetulan ada salon baru buka sebelah ja spa ni.
Dulu takde. Memang baru buka bulan ni.
Eh... bagus lah hai.. senang btul I nak me time ni.
Ailoike very much lah.
Sekali harung ja.
Memang rasa happy je lah.

Dah settle semua, pergi Sogo, beli perfume. Yg ni pun dah lama tangguh. Ingat tu hari nak beli kt airport. Tp tgk harga macam lebih kurang je kat Sogo ni. Jadi, lebih baik beli kt Sogo. Orang tak ramai pulak Ahad tu. I pergi kaunter yg layan I ja. Yang macam taknak layan tu, tak payah. Agaknya dia ingat budak kecik selekeh2 ni bukan nak beli pun.

Last2 I beli kat Victoria Secret. Dekat Sogo kan ada outlet VS tk bawah tu. Masuk situ n SA dia layan baik ja. Tak pernah beli perfume VS ni. I memang nak cari bau buah2 ni. Dan VS Bombshell ni memang sedap bau dia. Plus, ramai yg pakai kan bau ni. Bau comel. Best seller kata dek SA dia.


Malas dah nak fikir2, I ambik je lah.
I takmau dah perfume dalam botol design lengkuk2 bagai tu. Buat susah ja I nak buh dalam beg kalau nak travel. Dulu mmg I suka design perfume pelik2 ni sbb I nak kumpul. Tapi tu hari, yg I buat sesi minimalis tu, habis I buang semua botol2 tu. Sayang, tapi tu lah. Nak buat ke hapa simpan. Macam Bvlgari Omnia tu, memang leceh btul nak buh dalam beg.
VS Bombshell ni EDP. I biasa pakai EDT. Sbb takmau bau menyengit sgt (dan harga murah sket. Haha. Cheapskate). Tapi dah tua ni, suka pulak yg EDP. Tp biar bau buah. Kalau EDP bau bunga ke apa lagi menyengit bau dia. Utk perfume, macam orang lain yg dah kerja2 jugak la, mesti semua beli "otc" punya kan. Tp takat beli kt Sogo / airport je lah. Takde la wajib nak beli kat oversea bagai pulak. Haha. Pricey sket, tp tahan lama. Kadang berbulan kot pakai nya. So, orang kata, alah membeli menang memakai. 

Dah beli tu trus balik naik tren.
Begitu lah adanya program me-time I.
As for me, cukup lah me time gini. Dalam 3 jam camtu.
Dapat pi merias diri kejap. Pastu ada masa utk memilih barang tanpa tergesa gesa.

Oh ya.
I pi spa kat sini.

Teratak Spa. Busana Mara.
Dia ada byk cawangan. And kat Mara ni salah satu nya.
Bleh tgk kt FB derang.
And salon tempat potong rambut muslimah tu pun under Teratak Spa jugak.

8 September 2014

Facial. Perlu atau Tidak?

Uols pergi buat facial secara rutin tak?
Aiols mengaku, aiols tak!
Haha.
Pernah la buat facial. Tapi, tak la kerap dan rutin kata orang tu. Masa sebelum kawen, ada gak 2,3 kali. Siap amik pakej bridal tu la kan kat spa. Pastu lps kawen, ada la buat skali. Beli deal groupon ke apa ntah. Lps tu.. hanyut.. haha. Sgt la tak menjaga muka kan.

Tapi... tu hari sembang2 ngan mak sedara belah myDH.
Dia kata dia tetiap bulan buat facial.
Kuar citer facial ni sbb aku gitau asben aku tu kalau aku gi kerja nak pakai shawl sure dia cam risau je lambat siap.
Mak sedara tu kata dah kita jenis suka bergaya kan. Apa salahnya.
Tu yg kuar citer facial semua tu.

Dia pun mmg jenis jaga muka katanya. Takde la nak bagi muka nampak kusam semua kan.
Aku pun setuju je. Sbb sama la. Kadang cam pikir mudahnya hidup orang yg mukanya hanya berbedak talkum bayi. Simple btol lah. Muka pucat ke kusam ke tak sekata ke hapa boleh selamba je. Mmg keyakinan tinggi.
Tapi, itu tidak lah mengatakan aku ni jenis tempek pelbagai mendalah kat muka.
Simple je penjagaan muka aku.
Cuci muka (pagi n malam) - pagi before gi ofis aku letak toner, serum n krim. Itu je pun. Malam kalau rajin dan teringat letak la night cream. Biasanya lupa dan malas. Huhu. Walau apa produk pun, mmg standard itu lah aku punya step. Dari Loreal, Simplysiti n now aku guna Nour Ain. 

Dulu, aku rasa mmg kulit muka aku tak sekata. Tp sekarang, dah oke. Cuma, aku tak pasti, adakah sbb aku guna skincare Nour Ain atau pun start eatclean and minum air mesti 2liter sehari, kulit mula jadi elok sekata.
Walau aku ni jenis tak makan sayur, tp Alhamdulillah lah aku takde masalah kulit muka sgt. Tapi nak kata flawless tu memang tak la.. haha.
But now, agak berpuas hati jugak lah.

Cuma, tu lah. Aku tak terpikir nak buat facial secara rutin.
Bila mak sedara aku cakap camtu baru cam pikir, a ah la kan..kenapa taknak buat facial.
Elok kot, cuci muka dari sebarang kekotoran. Tetambah dah nak masuk umur 40ni kan (5 thn lagi uols.. pitam!)
Sebulan sekali pun jadi lah.

Masa cuti hari Merdeka tu aku pergi la buat facial. Mulanya nak buat sebelum tu. Tgk kat Groupon ada deal best kat satu spa nih. So, pergi page dia kat FB. Katanya boleh walk in ja, tak payah beli deal pun takpe, nanti dapat harga tu jugak. Aku pun booking lah. Thro w.app je sbb ada nombor dia bagi suruh buat appmt. Skali masa pergi tu, boleh nama aku takde dalam list. Boleh plak camtu? Dah la berpusing carik tempat tu. Aku bukan biasa pergi area Melawati tu. Mencik btol. Tapi, sbb masa tu aku mmg rushing (yg aku masak laksa,buat makan2 sket tu), jadi aku takde la rasa hangin sgt. Lps tu aku buat appmt lain. Tapi, bila pikir punya pikir. Eh, tak kuasa lah aku nak pergi lagi situ. Boleh pulak dia susahkan kita, dah booking kat w.app, kompom nama semua ada, bila pergi takde pulak. Tah pehapa tah. Terus aku call, kansel kan balik. Tak best ah. Tahpehapatah! Mujo jugak aku tak beli deal tu, kalau tak, dah burnt. 

Then, carik je yg dedekat area rumah aku. Jumpa la satu. Kat area Giant, B.Caves. Dekat je ngan rumah. Dalam 10minit smpai. Murah pun murah je. Aku buat facial biasa (sbb orang tu kata muka takde poblem). RM45 (dalam 1 hour gitu). Oke la kan. Abis semua segala berbijik kat muka di buang nya. Merah2 jap muka. Tapi, lps tu oke dah.. Tapi, oke la situ. Cuma, nanti aku nak try tmpat lain pulak, smpai la aku jumpa satu kedai yg aku suka. Takat ni ada satu. Kat Danau Kota, cuma, aku nak try lagi yg area dekat rumah. Senang asben nak antar (yer..berhantar, berambik gitu.. nama aku nak drive - mmg tak arrr.. huhu).

p/s : Aku kan, kalau masuk tmpt2 cam buat facial ke spa ke apa ni, sambil2 pejam mata tu, sure macam terbayang cite Final Destination. Haha. Melampau kan trauma dia.

20 May 2013

Saloon Muslimah : Suri Permai

As aku citer pada entry ini, aku tgh nak carik saloon muslimah.
So, google dan aku tertarik nak try Suri Permai ni. Ditambah pula dgn lokasi dia yg aku mmg familiar, so, mmg takde masalah nak pegi.

Ingat nak g ari Sabtu. Tp tak jadi. Malas btul rasanya nak kuar balik ari Sabtu lps balik dari pasar. So, kita tangguh ke hari Ahad.

Suri Permai ni kat area Festival City tu je. Kat Platinum Walk Setapak. Sapa tau area downtown Danau Kota, tau la area ni. Kedai dia pun senang je carik. Mmg mengadap jalan raya. Tingkat 3.
Naik je ikut lif, terus smpai depan kedai. Tekan loceng sbb mmg berkunci. Ye lah.. safety kot kan. Dan bila pintu di buka kedengaran alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Wah. Bagus ni.
"maaf yer, lelaki tak boleh masuk" kata akak yg membuka pintu kepada suamiku.

*eh. dah kenapa aku tulis cam cerpen nih. Haha*

Bagus la. Lelaki mmg strictly not allowed. Maka, berpeleseran lah incik suami kat bawah tu. Tapi, kalo kita nak buat spa ke apa, buleh la kita suh sang suami ni pegi jalan2 kat Festival City tu dulu. Bukan jauh pun. 

Aku masuk, gitau nak potong rambut. Akak tu tanya taknak cuci skali ke. Aku sebenarnya malas nak cuci. Sbb nati rambut sure gugur teruk. Tp bila ingatkan lama da tak cuci rambut, buat je lah. Tanya akak tu berapa ringgit potong, berapa ringgit cuci. Cuci RM25, potong RM25. 

Jadi, aku pun setuju je lah nak potong n cuci.

Tempat ni sebenarnya spa. Tau je lah bila masuk spa. Kan rasa cam bes je. So, simpan beg dalam locker (dia suh kita sendiri pegang kunci) and pergi bilik yg gunting rambut. Dlm bilik tu ada skali tpt cuci. Senang. Walau takde lelaki tp semua pun buat kat situ.

Tenang. Alunan ayat suci Al-Quran masih kedengaran. Dgn ucapan bismillah masa akak tu nak potong rambut, aku rasa cam.. oh... kenapa selama ni aku tak berusaha nak carik kedai camni. Bukan darurat pun kan. Sebok nak ke saloon. 

Dah potong, cuci plak. As usual. Orang yg cuci rambut mesti kata 'rambut gugur ya'. Haaaa.... dat y la ai nk potong pendek ja ni. Huhu. Dan as usual, mereka akan suggest syampu utk hair fall nih. Tapi, aku baru je beli syampoo lain. Dan aku tolak dulu secara baik :)

Bagi aku oke la kedai ni. Takde masalah. Boleh dtg lagi. Akak yg potong rambut tu sgt nice. Lembut ja. Masa nak balik tu dia bagi kad. Spa supervisor rupanya dia. Dah la nama sama ngan aku. Hihi. Dia kata kalo nak buat spa better call for appoinment lah. Sbb spa amik masa sket.

Oke lah. Next time nak try buat manicure/pedicure plak. Atau pun spa.  Atau pun facial. Huhu.

Sapa2 yg nak kawen, nak buat spa ke apa buleh la dtg sini. Ini antara tpt spa yg aku berpuas hati. Yg pertama aku suka gak dulu kat Ampang. Tah apa nama dia, tk igt dah. Lama giler kot aku buat. Sblm kawen. Pastu yg sini lah. Tempat yg aku redeem voucher MAD dulu tu, tak berapa bes. Sbb ada lelaki yg boleh masuk. Me notloike. 

Website : Suri Permai.

19 December 2011

My 3rd Anniversary : Sessi Pagi

Choi.. nak ada sessi2 plak. Mengadas kan. Haha. After a week baru smpat tulis. Kena tulis gak nati thn dpn leh refer balik. Cam tetiba lupa lak kan, apa aku buat anniversary last year, selak balik kat kebun stoberi baru la macam oo... gi spa rupanya. Ha..
Ada yg annoyed ke? Alah, nak wat cena, kita bkn leh puaskan ati seme org. Ada org tak suka dan ada yg sebaliknya. So, redha. Redha yer bkn pasrah mahupun  menyerah. Awww... tetiba Ombak Rindu plak.

So, 13hb tu aku cuti. Ekceli bkn nak cuti pun. Tp semata2 kerana nak meredeem deal aku yg dah nak due, maka aku cuti je lah. Rugi lah. Byk nau deal da burnt camtu ja. Walo ini RM39 cuma, harus redeem. Aku ber spa spa-an kat Reneau Spa yg dkt Taman Permata. Deal ni dari MilkADeal

Maka, yg aku dpt utk RM39 ni :
Estimated Duration of Service: 135 minutes. Breakdown: Facial Lifting (45 minutes) + Sauna (15 minutes) + Body Massage (45 minutes) + Body Scrub (15 minutes) + Foot Spa (15 minutes)

Dah lama giler kot aku tak memanjakan diri kat spa spa ni. Last sblm aku sanding retu. Hah! Genap 3 thn dah aku tak buat spa. Giler pemalas kut. Tp idak la smpai berdaki lak badan sbb ada gak kalo time rajin tu aku scrub2 badan ngan sabun pasir2 tu kan. Haha.


Aku buat appoinment dlm kul 10pg camtu. Ada customer sorang dah. Kira aku kedua lah. Therapist (panggil therapist ke tukang buat tu?? kira aci lah kan) dia ada 2 je. So, gilir2 la meke. So, lps aku ada sorang lagi budak pompuan - yg juga claim deal ni.

Ni gmbr before buat spa. Letak kat FB. Kengkawan aku igt lps buat spa. Haha. Bak kata Nana Fauzana kat entry contest aku yg beliau join tu - ni gambar2 takde edit2 yer. Haha. Iyoo.. aku idak la penah edit gambau. Baik guna photoshop ke photoscape mahupun photostat. Unless gmbr tu da diedit oleh pro-PG cam masa kawen tu. Selain tu - mmg tak kuwahsa mak noks nak edit2 gambau. Motip nak edit?? Muka mmg da sedia gemok dan tak lawa - so, biar situ. Edit buat album gambau, ha.. tu aku mmg sker.


Lps tukar baju seme dia buat foot spa. Eh. Sker la buat mendalah ni. Kalo ada deal yg foot spa je nati aku nak beli lah. Tak puas oh 15minit. Harus kena sejam. Haha.

Lps tu sauna. Sauna dia yg dlm kotak jenih kuar kepala ja tu. Lawak la rasa. Sbb dulu masa spa aku pegi tu dia cam masuk dlm kotak khas. So, pakai kain batik seme. Ini.. haa..ko pikir sendiri lah. Budak yg masuk lps aku tu cam dah memalu je bila therapist tu kata 'mmg kena buka je seme'. Awww... tp ada towel gak la.

Then body scrub. Oh.. Tak berapa berkenan yg ni, sbb agak kurang selesa mendedahkan bahagian tertentu walopun kepada sesama wanita. Mujur dia Melayu kan. Dulu kat spa aku pegi tu dia lapik gak kain batik. Siap seme tu shower jap then buat body massage. Body massage ini lawak jugak sbb budak yg urut aku yg kuar angin while aku elok ja takda apa. Haha. Aku mmg tak mudah kuar angin. Tatau samada aku mmg tak  berangin, atau angin satu badan. Itu je lah antara dua. Huhu.


Last skali baru facial lifting. Dia pakai produk dia lah. Ni la tpt wat facial tu. Ate, ini sekeping je la gambar dlm tu aku sempat amik. Lps tu simpan soma reta benda dlm lemari dia.

Itu saja lah. Dlm 2 jam camtu. Nak couple set pun bleh. Tp aku takmo lah bawak laki aku. Tak perlu la.. meh la aku je yg spa kan. Bahahaha.


Apa pun, bes la gak sesekali kan. Cumanya aku mau terai tpt2 lain lak. Sapa nak tau pasal Reneau Spa ni leh klik sini - Reneua Spa

Kalo Taman Permata ni sng je, carik Giant, then dia ada area2 tu la. Sebaris ngan Pizza Hut. Bawah dia kedai Hari Hari ke apa tah. 

Tu sessi pagi. Satgi kita citer sessi petang lak. Yg penuh dgn dugaan sbbnya kan hari tu la banjir kilat kat dpn National Library tu. Grrr....

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign