Pages

3 August 2012

Edisi Puasa Saya

Yeah.
Dah 2 minggu puasa. Tp rupanya aku tak penah buat entry makan apa, berbuka apa, berbuka di mana, masak apa.
Entah ek. Cam malas.

Sama je kot cam orang lain. Nak nak pulak di KL nih. Cam aku yg takdak pilihan WP1 ke 2 ke 3 apa tu, akur je lah balik kul 5. Maha haibat lah jammed nya. Nak nak plak awal minggu puasa tu ari. Ya Allah Ya Tuhan, teruk btul jammednya. Mmg pasti smpai kul 6 suku camtu lah. Itu paling awal.
Ada skali tu dah siap de-frost ayam, tp sbb lambat, trus singgah bazar ramadhan. Time tu la aku beli sambal udang. Mintak 3 ringgit. Menggigil2 tangan pompuan tu nak buh. Punya la nak mengira berapa ekor udang. Eh. Naik geram plak haku aih.

Sbb tu aku tak sker nak beli lauk kat bazar Ramadhan, selain rega tak munasabah munaserawak bagai tu, sumpah tatau nak beli apa. Tgk makanan yg terdedah menggunung entah dari jam berapa tu kan terus aku cam blur. Pulak kalo tgk lauk gulai lemak. Itu masak bila tu. Kang elok nak berbuka dah berbuih2. Eh. Kes berbuih ni housemate aku pernah kena (itu sebelum kawen dulu la). Dia beli sambal sotong. Skali nak berbuka udah berbuih. Hurm. Sambal, kalo masak awal pagi hari yg sama pun susah nak berbuih. Itu sure la yg lebih semalam. Sedih nya rasa. Beli memahal berbuih.
Sbb tu aku kalo nak beli, aku beli nasi kukus ayam rempah tu ke. Senang. Kalo beli lauk tu lah aku takut. Tp kalo takdak pilihan nak wat cemana kan?

Masuk minggu kedua, Alhamdulillah. Nak kata smpai awal tu tak la gak. Kul 6 camtu gak la. Maklum la, aku lalu jalan Tun Razak. Salah satu jalan paling haibat jammednya kat KL nih. Kalo baca traffic update #kltu tu, tau lah orang menyumpah2 kalo kat jalan Tun Razak tu. Ada skali tu (yg aku igt smpai skang) dia update "apa la dosa aku smpai gini skali jammednya kat jalan Tun Razak" time dia tulis tu 7.30petang. Haha. Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada.

Lagipun seronok nak masak sbb ari minggu tu aku dah pegi pasar, beli barang basah nak masak. Ikan, udang, sayur mayur bagai. Sayur pun melambak lagi dlm fridge tu smpai skang. Kobis masih tak masak. Tkpe, nati leh buat masak lemak.

Kalo diberi pilihan dan smpai awal, mmg aku nak masak. Sbb lebih puas ati. Dan sbb aku tak serajin adik2 aku (kenyit mata kat Zana) yg nak bangun masak utk sahur, maka, kalo masak utk berbuka, lauk itu boleh dipanaskan. Begitu. Kalo beli kat bazar, sendiri mau ingat la kan. Lalu nak panaskan balik? Mmg tak la kan.

Dan Alhamdulillah, dalam mggu ke2 puasa mmg aku masak. Ada takde pun hari Khamis sbb berbuka puasa kat ofis. Hari Rabu (1 Ogos), bes. Giler terkejut, kul 5.20pm dah masuk lorong ke rumah aku. Wahhh... apasal tah tak jammed. Cam terkejut pun ada. Hihi *tahpehapatah, tak jammed pun bising, jammed laaagi la bising*
Masa ni sempat masak Kari daging ngan sup cendawan
Ala, masak pun biasa2 ja. Takat kari ikan, sayur campur goreng ngan ayam goreng kunyit tu, takkan tak sempat kalo smpai umah kul 6 kan. Lps tu penah gak masak sambal tumis udang, lemak udang. Beli udang setengah kilo, dua kali boleh masak. Takde la menggigil tangan kan. Haha. Seme pun simple2 ja. Mmg la orang kata, alah, makan berdua je, beli lagi baik. Hihi. Dah 4 tahun kot, aku rasa jimat dan puashati lagi kalo masak. Melihat suami berselera makan hasil masakan kita adalah kepuasan setiap isteri :)

Retu ada terbuat mee kuah Utara. Haa...kau..elok nak berbuka baru siap. Haha. Padan muka. Yg remeh sbb nak buat garnishing dia tu. Nak rebus, nak goreng. Tu yg buat lambat. First time buat, tp oke la juga. Igt nati nak terai lagi lah. Retu pedas berdesing. Oke. Nati buat lagi skali aku share resepi. Simple ja.

Jadi, tu jelah citer puasa 2 minggu ni. Takde menarik sgt pun lah. Harap2 edisi memasak ni akan berkekalan lah lagi 2 minggu. *lps tu malas balik kah?? Hahahahahaaaa

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign