Oke. Sempat lagi kita main cerita cerita kan?
Hari ni sgt la penat. Nak tido, tp entah. Tak buleh nak lelap. Jadi, jalan2 blog rerakan. Tinggal jejak, tgk FB then buat entry.
How's ur Saturday?
Me?? Hahaha.
Kena ucap tahniah pada diri sendiri, sbb berjaya mengharungi kesesakan jaln TAR.
Iyer uols.... aiols ke jalan TAR ini hari. Udah la malam tadi pun saja2 menempah kesesakan kat jalan TAR. Bukan nak beli apa, saja jalan2 naik kereta. Tak turun keta pun. Boleh? Haha. Iyerlah, tak pernah lagi buat rondaan kat area situ. Kena pegi, kang orang kg tanya tak tau la keadaan cemna. Jadi pegi. Mmg mendapat la kan. Selalunya dari umah ku ke Sogo 5 - 10 minit ja. Ini, sejam uols. Sejam! Herghh.... Yang buat sesak bukan apa, orang berpusu2 nak paking kat dpn Campbell tu. Parking yg paling mahal. 2,3 tahun lps aku penah sesaja nak paking situ. Skali, mahal giler. Sekali masuk RM10. Mmg takkan la. Lantak la kata aku kedekut ke apa. Sbb bukan nak beli apa, lps tu paking lagi mahal. Kuwasa tau. Aku salu paking Capsquare atau Maju Junction. Tgk mana tpt yg nak dituju. If area2 Ariani/Jakel, aku paking kat Capsquare ja. Takde la mencekik camtu. Mencekik pun siap berbumbung, lantai elok seme. Ini... heh!
Itu cerita malamnya. Siangnya yakni Sabtu a.k.a pagi tadi, aku kembali ke situ. Ada tujuan.. harus seme orang yg pegi pun ada tujuan kan.
Tujuan aku - beli langsir, karpet n sinki. Sinki? Yes, sinki. Hihiw. Seme tu bukan untuk raya yer. Harap maklum. Seme tu utk umah KSU.
Memula carik langsir. Gi la satu kedai yg orang sajes kata murah. Naik situ, tgk cam tak byk pilihan. Aku nak kaler purple pun tak byk. Then dia nyer ukuran pun tak cam biasa. Kang aku beli ada gak yg terpendek ke apa. Org kedai tu kata sama ja. Ye ke sama? 3 inci kurang. Kang akak aku nak lipat la apa lagi. Mmg aku tak puas hati sbb cam tak byk pilihan. Aku nak langsir tebal tu plain (nite-curtain). Tp takde. Jadi, turun je lah. Itu pun aku sebok call akak aku dulu. Sumpah, aku tak reti jadinya. Haha.
Then try tgk kat sebelahnya - Nagoya. Iyer, sini lah tempatnya. Banyakkkk sgttt kaler purple. Memacam design. Ya Allah, sumpah rambang mata. Ni lawa, tu lawa, tu lawa. Isk. Kenapa ni. Rega? Ala, mahal 2,3 ringgit je dari kedai tu. Ukuran pun standard. Senang. Akak aku dah kata 10meter utk bidang 60". So, beli ja. Dpt pun cam aku nak. Plain utk nite curtain, day curtain - plain kaler putih, and utk 'kepala' nya - ada bunga. Yey. Suka. Oke la within budget.
Yang tetiba ter burst adalah - kayu ini.
Bkn gmbr sebenar - amik dari sini |
Takpe lah. Gipun kakcik yg buat langsir. So, tiada masalah di situ nak bertempah2 bagai kan. Aku buat utk sliding saja guna langsir. Lelain tu kat bilik seme tu, tgk lah pakai apa. Haha.
Gambar sendiri - orang adalah meremut di kiri and kanan. Hieee... |
Kiterang paking kat Maju Junction, jadi hantar dulu barang2 kat keta. 2nd round pula. Second round singgah kedai kasut. MyDH nak carik kasut. Dah la kaki cumil kan, susah nak carik saiz. Ku suruh ja beli kasut pompuan. Haha. Sudahnya jumpa kat Jukebox. Oke lah Jukebox pun Jukebox lah. Eh, kasut Jukebox ni kadang tahan lama juga. Dulu masa study aku mmg suka beli sandal sini. Skang cam da takde design berkenan dah *ke dulu citarasa lain, skang dah lain. Haha* Beli smpai 2 pasang. Senang.
Seterusnya, beli t-shirt lak. MyDH masih tiada baju t-shirt raya. Beli kat Globe tu. Dan aku mentapau juga selai t-shirt yg sama design. MyDH belanja. Hihihi. Harus sedondong kedondong kan. Hijau. Tetiba kami terbeli kaler hijau. Oke la tu, baju kurung pun ala2 hijau juga. Jadi, tahun ni tahun hijau. Haha.
Oke, da dpt segala tu trus ke tujuan utama - carik karpet pula. Woh. Nak ke jakel adalah mencabar sbb kena lalu kut gerai2 bazar tu. Tak suka. Sedaya upaya aku takmo lalu situ, tapi terpaksa juga. Pegi takpe lagi, buleh la jalan. Tp nak keluar. Brrrr.... lebih dari perhimpunan bersih la ramainya umat manusia tu. Heh.
Beli kapet pun kejap je. Pilih2, ha, oke, bargain sesket, angkat. Jenuh myDH memeluk karpet tu. Haha. Aku just beli shaggy tu ja. Takyah nak hamparan beria. Cukup la utk ruang tamu my mansion tu. Lebih kurang cemni lah.
kredit : Here |
Lps tu masuk Mydin jap. Ada nak beli barang ofis. Heh! Nak baya cam hapa. Bukan sbb orang terlampau ramai ke apa. Ramai tu pun mmg adat la kan. Ini tpt sempit nak mamp... heh! derang ni mmg pikir keuntungan je kan. Suppose kalo laluan tu tak perlu la nak buh barang lagi. Ini selagi ada tempat. Hie! kalo tak kerana barang ofis tu, mmg takde la aku nak masuk sini. Sbb tatau nak beli kat mana lagi dah. Masuk je lah. Takkan semata mata kerana satu menda nak ke Jusco apa seme kan. Hi! Tak suka btul lah.
Abis settle situ, ke Hauz Depot lak. Mau carik sinki. Haha. Segan giler usung sinki ni tau. Mujo orang tak berapa nak napak sbb plastik HD ni tebal sket. Dgn sinki ngan water heater beli skali. Misti orang kata, nak raya ni la sebuk nak beli seme segala sinki water heater bagai. Huhu. Alahai.... Padahal aku nak rebut jualan raya ni ja. Time ni je pun dpt murah (tp idak la murah sgt pun. Heh).
Sinki tu kena beli sbb esuk kontraktor KC nak ukuran. Dia nak buat dah top tu. Jadi 23hb tu nati, trus dia pasang.
Settle seme balik la ke Maju Junction. Fuh. Penat giler. Giler penat. Udah la pagi tadi tak sempat sahur. Heh!
Balik tu singgah KSU sbb jumpa kontraktor wiring. Sbb wiring da settle seme dah. Alhamdulillah. Tp lampu seme dia tak pasang lagi sbb dia nak cat. Tp apek ni kan...mmg saja tau. Dari aku taknak re-paint, kena gak re-paint. Abis satu rumah aku re-paint. Eh. Bukan aku la mengecatnya. Kasik dia ja. Dia beli, dia cat. Abis citer. Tp bertambah lagi la bajet. Lantak lah. Aku bajet tu ari utk wallpaper. Jadi, dah cat, takyah wallpaper. Kut kalo ada duit terselit2 lagi baru amik wallpaper. Dah la masa pilih kaler tu pun cam sedap je bunyinya. Mana taknya uols... utk dinding aku amik kaler "sweet corn". Udah cam terliur... sedapnya jagung.. lama tak makan. Pulak utk bilik - Strawberry apa ke tah. Aaaaa.... mengapakah begini??? Dugaan...dugaan..
Then tanya ke cina tu bila grill seme nak pasang. Dia kata dlm mggu dpn lah. Aku kata, aku balik 23hb,nak tgk seme settle. Dia kata "aiyoh..2 minggu lagi, confirm siap maaa..." Ko jgn Pek, kompem2 kang, aku tgk tak siap ku sunat ko cam Johari Pain. Ahahah.
Oke lah. Dah melalut panjang ni. Nak berbuka di PJ ini hari. Bubye!
Terima kasih atas komen anda :)