Pages

30 August 2012

KSU Reno : Progress [Part 6]

Alhamdulillah. Part 6. Semuanya perihal renovation dah settle. Sekali lagi syukur pada Allah. Masa yg diberi utk renovation mmg cukup cukup. Tak perlu mintak extend masa dari JMB. Pasni buleh claim balik deposit 1k dari JMB, then boleh lah buat belanja utk makan makan.
Start - ujung bln 7 dan ujung bln 8 seme dah settle. Alhamdullillah. Boleh dikatakan smoothly running. Tp biasa la, ada juga la pening kepala here n there. Tu kira minor minor je lah. Biasa la kan. Itu lah namanya pengalaman.

Tapi pun, cam aku kata la. Bukan buat major reno pecah sana, pecah sini. Aku amik 2 kontraktor.

Kontraktor 1, kerja2 dia buat :
# Grill whole unit (powder coated)
# Plaster work : 3 room cornice
# Living to dining : L-step (Double step)
# Panasonic aircond + installation (dia beli air-cond n pasang)
# Wiring work (hack dinding) + installation lamp,fan n water heater
# Piping toilet
# Paint whole unit
Utk ni, 3 kali bayo. Dan dah settle pun bayar petang semalam. Roughly berpuas hati jugak lah dengan kontraktor ni.  Tp sbb masa tu dia ada buat 2,3 rumah lain, agak cam lama dia amik masa. Padahal senang je kan. Tp masih la  tidak la terlebih masa. Kalo dia tumpu kat umah aku ja, seminggu pun aku rasa dah settle.

Aku sker sbb dia cuci rumah skali. Memula dia cuci time dia nak start buat renovation tu. Lps tu dia dah tampal balik dinding yg dia hack, dah pasang cornice- dia cuci lagi. Then dah siap seme pun dia cuci lagi. Mean, dah 3x dia cuci. Memula aku igt aku nak upah cleaner ofis ja cuci rumah, tp sbb da cuci 3x ni, tak perlu dah la nak upah. Buat sendiri je lah. Dah bersih pun, cuma nak cuci bebtul ja. Alhamdulillah sgt tang itu.
Kalo sesapa nak contact number kontraktor ni pun buleh. Orang nya pun senang bawak berbincang [walo pun blur blur sket. Haha]. Kalo kat LowYat forum pun dia ada promo syarikat dia. Muda je lagi pun. Smlm katanya nati buat makan makan i nak dtg rumah u. Hihi.

Kontraktor ni aku dpt dari brochure yg dia bagi. Mujo oke juga kerjanya. Tapi setimpal ke dgn bayaran, aku pun tak tahu. Mana aku ada pengalaman bab ni. Cuma bila compare dgn 2 lagi quotation, napak rega dia agak oke.

Then, kontraktor 2 :

# Built-in wardrobe (anti-jump sliding door - 8ft) + make up hanging table with mirror (ni kira dressing table lah. Senang. Custom made ja. Tak perlu dah nak beli dressing table hapa. Tampal ja kat beam bilik tu. Hihi.)
# Kitchen kabinet (3G base unit - 10ft, 3G wall unit - 6ft full height, Quartz table top - 8ft)

Ni pun dah siap. Tp belum finalize. Yg ni agak tak berapa memuaskan. Sbb byk cam dia tak cakap. Bila kita dah confirm baru nak bagitahu. Dia tak bagi tau jadual penuh, tup tup kata tak boleh nak buat cepat sbb tak buleh masuk dlm jadual. Dia tak communicate dgn orang buat table top (orang table top ni biasanya orang kilang, bkn sykt derang). Yg tahu mintak duit duit duit. Yg ni mmg aku selalu naik geram jugak. Tp bila dah buat, oke ja. Sehari pasang wardrobe n KC. Lps tu datang lagi skali utk install wall kabinet KC (boleh lak salah ukur, itu engkau tanggung la kan). Then last skali dia install top. 
Ini aku dapat dari survey kat forum cari.com. Entah, mungkin aku salah amik designer kut. Sbb derang kan banyak designer. Suppose aku direct call designer tu. Tp tu lah. Menda dah buat, bukan buleh nak undo. Redha je lah dgn apa yg ada. Cuma esuk, ada menda nak suh dia betulkan jugak. 

Jadi, skang ni hanya tunggu install water filter (esuk datang pasang. Penat dah. Hehari Coway ni call. Padahal aku suh dia deal ngan MyDH, nak jugak ganggu aku. Ada ramai lak tu. Kejap2 no lain, kejap kang no lain. Kejadahnya Coway ni, tak larat nak layan tau). Then Sabtu, Hood n Hob plak install. Ahad - cuci rumah/pasang blind. Next week - 8hb angkat barang. Dah confirm dah ngan movers.  Kotak2 pun dpt. So, nak taknak kena mengemas lah. Nati bila dah start kelas lagi kekangan masa kan. 

Hoi..hoi..hoi ya hoii....

p/s : Gmbr tiada. Kat instagram melambak. Naik menyampah orang tengok dah.
Tp kalo nak tgk, buleh tgk kat forum ni - lowyat
Salah satu ada gmbr wardrobe aku. For sure la yg pink pink tu. Memandai je tau apek ni amik gmbr kabinet aku. Saman kang baru tau.. Padahal bukan dia yg buat. 

p/s #2 : Mmg akan hehari dan setiap entry pasal rumah KSU. Bosan? Lantak lah. Takde citer lain dah. Lps ni blog ni tukar jadi pasal rumah je smpai bebila. Takde citer lain. Hahahaaa... Cam orang lain salu ckp, blog kita, sukati lah kita nak tulis pasai apa pun, nak baca, baca... taknak baca sudah..  *eii..nyombongnya ko kan?? ala, bkn ramai pun baca blog aku ni. Jadi, tak kesah pun aku nak tulis pasal apa pun.. lalallaa... lalaaa... selamat berhari raya... ampun maaf dipinta, betapa mesra ku rasa di hari mulia....

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign