Pages

8 August 2012

Edisi Merebut Peluang : 8.8.2012

Malam ini. 8.8.2012.
Bermulalah malam untuk merebut peluang yang ada.
Yang diberikan Allah sekali dalam setahun.

Malam ke 20 Ramadhan.
Dah masuk fasa terakhir berpuasa.

10 Ramadhan terakhir.
Semoga dapat merebut peluang 10 malam terakhir Ramadhan ini.
Tidak berkata pada sesiapa. Aku bukan siapa siapa utk memberi peringatan pada orang lain. Hanya peringatan untuk diri sendiri.
Yang lemah lagi tidak kuat melawan nafsu (setan takde, maknanya nafsu sendiri la tu. Nafsu tido la terutamanya. Tido macam kan orang keja membajak sawah di siang harinya. Giler betol!)

20 hari mmg diakui berlalu begitu saja.
Al-Quran pun pegang sekali sekala saja.
Betapa lemahnya aku. Betapa ruginya aku.
Semoga aku tidak berada dalam golongan yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” 

Aku mohon, semoga diberi kekuatan melawan nafsu (tido) untuk merebut peluang 10 malam terakhir ini.
Bangun malam, bertahajud, memohon hajat agar dimakbulkan.
Macamana Allah nak 'memberi' sedangkan peluang di depan mata pun dipandang sepi. 
Ya Allah, ampunkan lah aku.

*******************************


Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.

Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!

Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Artikel sepenuhnya : Iluvislam

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign