Pages

24 August 2012

Coway...Coway... Kenapa Dengan Ko Ni?

Aduhai.
Masa Home Modern Fair sehari b4 puasa tu ari, aku dah booking skali Coway Water Purifier ni.

Memang lama dah kami decide yg kami akan guna Coway utk rumah KSU. Cuma tatau nak beli terus atau sewa beli. So, bila da nak masuk, trus la order time kat fair tu. Kami letak expected date untuk pasang 15 Ogos. Saja letak je la kan. Dia kata kalo lewat pun takpe.

Setelah dibagitau itu ini, kami buat sewa beli. Mmg rasa cam rugi la sbb sewa beli - kontrak 5 tahun. Which mmg lagi mahal dari beli trus. Tp kalo beli, maintenance kena bayar. Kalo sewa beli, dia akan dtg buat maintenance 2 bulan sekali. 

Aku amik yg ni sbb dia kecik ja (nama dia pun petit). Lps tu ada 3 function. Air sejuk cam peti ais, air panas dan air warm biasa. Sokay la. Lama dah aim katanya. Amik. (info : Water Purifier Petit CHP-06D)

So, 2,3 hari lps tu, SA Coway call, dia kata aku nyer kad kredit nak expired bulan 10, so tak buleh guna. Dia mintak card lain. Ah, aku time ni cam mula dah rimas. Itu hari taknak tgk bebetul. Aku mmg tak kuasa nak gi ofis dia, dia nak dia dtg la carik aku. Aku masa tu dah la sebuk interview segala. Then sebelum raya SA tu datang. Dah la sesat barat. Padahal ofis dia kat Wisma OUA tu ja. Jalan kaki pun leh smpai ofis aku. 

So, aku nak suh dia buat auto debit ja kat maybank. Takyah kad kredit bagai. Aku pun terang la kat SA tu yg aku tak buleh nak pasang 15hb. Kita akan call bila table top KC siap. Dia kata oke.

Settle bab tu. Sekali 15hb ada sorang pompuan. Kata dari Coway Shah Alam. Tnya "cik Ida boleh tak kami datang pasang water filter rumah cik hari ni?"

Boleh?? 
Jawapan aku simple je "tak boleh!". Mmg itu aku jawab kat dia. Ada ke patut? Nak suh pasang tang mana? Lekat wayar dari idung ko? Kan aku dah kata biar aku yg call. Tak sesabar pasal? Aku kata aku dah cakap kat SA tu yg KC tak siap lagi. Takde ke dia cakap. Dia kata takde. Aihhh... Lepas tu aku call SA tu balik. Dia kata oke, oke, nati dia bagitau kat Shah Alam. Maknanya SA tu tak gitau la kat HQ dia agaknya. Harus dia amik date yg ada kat borang time aku beli kat fair tu.


Lps tu semalam (23hb) ada lagi sorang pompuan call. Cina lak kali ni. Dia dah tukar soklan. Dia tak kata nak pasang hari ni, dia tanya bila boleh pasang. Aku kata rumah aku tgh buat KC. Tggu aku call.

Dan hari ni (24hb) seko lagi call. Lelaki cina plak. Ha.. aku dah smpai 'seko' tu tahap menggelegak dah tu. Apa ke tak pepaham ni. Nak mentekedarah sgt duit aku bulan ni la ni. Jangan harap. Mmg awal bulan 9 la aku suh pasang. Nak untung je kan.

Ni kalo esuk ada lagi yg call, siap la. Naik rimas dah haku. Efficient beno pun nya. Dah kenapa? Aku smpai cakap kat dia, ni apsal hari hari call i ni, nati i  call lah bila table top i siap. Sekarang tak siap lagi, nak pasang kat mana? Atas bumbung?? Ha... kan. Hehari plak call. Macam dah kebulur sgt customer ke apa derang ni. Aku pun kalo boleh nak pasang cepat. Abis, kabinet tak siap lagi oii.. baru je pasang base semalam. Table top tu kena tempah, kat kilang. Bukan simple cam tu ja. Derang siapkan base baru naik table top. Heh. Dah la semalam kabinet bahagian atas tak dpt pasang. Terlebih ukuran plak. Tu tak kesah la, sbb nati dia pasang top, derang pasang la skali mendalah tu. Ni Coway ni yg buat rimas. Heh!

Ni nati kalo nak dtg 2 bulan skali ni mmg nahas la nih. Hehari call gaknya. Aduhainya pun.... ko jangan awal2 ni je kemain. Esuk dah pasang, dah dpt duit.. kalo ada apa2 problem, lambat dtg, mmg aku seranah lah.

p/s : Suppose tokei tupperware, pakai filter tupperware la eh. Hihi. Ni bes sbb ada 3 function.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign