Pegi KSU jap Ahad tu ari [5 Ogos 2012].
Hantar wall light n ceiling light [3 wall light bilik, ceiling light utk 2 bilik air, 1 dapur, 1 balkoni and 1 yard]. Tgk ada la perubahan sket.
Berselirat wire dah. Kat luar pun derang 'hack' jugak sbb nak buat looping kat dapur. Aku tgk umah lain takde pun hack dari luar umah. Huhu.
Yg kat atas berjuntaian tu seme pun wire untuk downlight. Hurm. 4 hari (dari Rabu last week tu) ini je dia buat. Harus dia ada buat keja umah lain gak ni. Takpe lah. Jangan takde langsung la kan. Apek tu kompiden leh siapkan. Lps ni dia buat "double step" (ye ke tah namanya ni), pastu install air-cond & water heater. Then baru dia install grill. Harap2 settle lah sebelum aku balik cuti raya.
Pas balik raya baru naik KC kotnya. Lps tu time orang duk sebuk nak gi open house sana sini, kiterang kena pikir lori, cuci rumah segala. Adui. Barang pun aku lum start pack lagi ni. Aduhai.
Oh. Jangan lupa claim elaun perpindahan. Buleh juga dibuat belanja untuk kenduri doa selamat masuk rumah baru nati [housewarming la tu]. Kut ada sapa taktau, elaun perpindahan ni layak utk govt servant yang guna loan MOF utk beli rumah baru. Jadi, bila pindah ke rumah baru tu, dpt la elaun. Rujukan pekeliling http://www.treasury.gov.my/pekeliling/pp/pp041995.pdf
Oke, hujung minggu ni, kita pegi tgk lagi. Sbb selepas itu sudah cuti hari raya lor.
"Selamat hari raya... hari untuk kita bersuka ria"
Wah... puasa tak cukup, lagi mau berlagu gembira.
Terima kasih atas komen anda :)