Pages

26 August 2012

Edisi Raya 2012

Aku tak byk cerita raya tahun ni. Nati sok sok ni mesti seme up citer raya kan. Baca citer raya korang je lah. Seme pun tahu aku tak excited nak raya sbb ada menda lain yg lebih meng-excited kan. Tehehee... itu lah bes masuk rumah lepas raya. Lagi memacam boleh dibuat dan di deco kan sepuas puasnya. Kalo nak rush rush, tak bes. Ngeee...

Oke, cerita raya. Sekali harung jelah yer.

Balik kg - Khamis (16 Ogos) - balik Perak dulu. Lepas ding dong ding dong settle kan hal KSU baru gerak balik. Dkt2 kul 2pm camtu gak lah. Jalan Tun Razak jammed nak mamp.. tatau pasal apa ntah. 

Nak masuk hway Duta pun sesak. 

Dkt tol dapat bam. 5 pack terus dia bagi. Bam comel ja. Buleh la buh dlm handbag.

Tp Alhamdulillah, dah masuk hway oke dah. Cuma keta banyak lah. Dkt dkt area Sungkai - Tapah tu cam jammed sket. Tkde apa pun, ada keta tercabut tayar je kat laluan kecemasan. Itu pun leh jadi jammed ke? Choy! Smpai Perak singgah bazar Ramadhan kat KK. Sini yg glamernya adalah laksa dan popia (basah/kering). Mmg gerai itu la banyak.

Jumaat (17 Ogos) - gi pasar. Beli bahan2 utk nak masak juadah hari raya. Pagi2 dah pegi. Orang pun dah ramai kat pasar. Beli tulang gak nak buat bihun sup tulang utk buka puasa. Itu pun kerek bebeno orang yg jual daging-tulang tu. Orang mintak sekilo, sekilo je lah. Nak buh lelebih pasaipa. Bila kita kata nak sekilo ja, dicampaknya balik tulang tu dkt nak kena muka kita. Eh. Ko dah kenapa. Tau la orang ramai. Tak payah la nak emo sangat. Melingkup la bisnes kau kalo camtu gaya. Baru jual tulang, kalo jual banglo entah la. Petang family abg dari Johor sampai. Kira kami 3 beradik ada di kg masa tu.

Sabtu (18 Ogos) - Family abg cik balik rumah mertua dia kat Kuang. Sediakan bahan2 utk masak rendang daging. Thn ni mak tak buat pun lemang. Penat kan nak sediakan menda2 tu. Kita beli je 3 batang lemang. Cukup lah kan. Lps tu mak buat nasi impit kuah lodeh mak lodeh ngan kuah kacang. 

Ahad (19 Ogos) - 1 Syawal. Pegi solat hari raya. Rasa nak pakai purdah agar tak dikenali. Huhu. Musabab?? Nati orang tanya "bila? bila? bila?" Ada juga sorang dua makcik bertanya. Jawapan std - belum rezeki. Lepas solat sesiap makan seme, ready utk gerak ke Pahang. Tp kami singgah KL dulu sbb nak amik barang2. Dari Perak jam 12.30pm. Hway clear ke arah Selatan, tp arah Utara... hurm..kasihan. Igt dah tak ramai orang balik, rupanya ada ramai lagi yg balik lepas solat ari raya. Singgah KL jap, makan nasi impit yg mak bekalkan (memula refuse, tp mak suh bawa jugak. Sbb mak kata nati smpai KL lapar. Mujur pun bawak sbb smpai mmg lapar pun. Mana nak carik kedai makan kan. Tp apa susah. McD kan ado. Hihiw). Lps rehat2 jap, solat asar, kita gerak ke Pahang. Pun, Alhamdulillah... smooth nyer perjalanan. Smpai Pahang dekat2 nak maghrib. 


Kalo tidak kiterang nak konvoi ngan adik myDH juga dari Perak. Derang nak lalu ikut Cameron. Tp sbb kami nak singgah KL, jadi tak ikut. Tp kalo ikut pun, masak jugak lah. Sbb meke gerak dari Perak kul 6pm, smpai Pahang 12.30pagi. Huhuii... mujo tak konvoi.

Isnin (20 Ogos) - Beraya di K.Lipis. Rumah Siti Nurhaliza. Haha. Gile ke hapa tetiba nak gi rumah Siti. K.Lipis kampung ayah mertua.  Gi umah makcik makcik dia. Siap makan lunch. Derang kata nak buat tulang masak asam. Aku pikir asam pedas. Rupanya asam tempoyak. Huuu.... Tulang masak tempoyak. Ko mampu?? Oke, di Pahang, tempoyak mmg dipelbagaikan dalam bermacam jenis masakan. Masa 1st time beraya di Pahang dulu, aku terkejut tgk tempoyak dimasak dgn ikan bilis dan petai dicicah dgn lemang. Mmg orang kata Perak yg sinonim dgn tempoyak. Tp kami di Perak buat masak tempoyak dgn ikan ja. Atau buat sambal cicah timun ja. Tp kat Pahang, segala menda derang buat ngan tempoyak - ayam, tulang, udang. Yg belum aku jumpa adalah ketam. Aku tak reti makan tempoyak yg masak selain dari ikan. Tp kalo ketam... hurm... boleh dipertimbangkan kut. Haha.


Balik dari K.Lipis, in law nak gi beli ikan kat Kg. Chat. Ya...1st time smpai ke kampung Chat ni. Canggih kg ni, seme orang suka chatting kut. Kikikikkk...
Malam - derang buat ikan bakar. 20 ekor. Ikan apa tah. Talapia rasanya. Ikan air tawar ni aku kureng sket. Walo derang kata sedap - manis apa seme, aku tetap ada rasa payau2 air tu. Tp ada ikan besar, talapia juga buat goreng. Ha.. itu sedappp... garing plak tu. Bes!
Bako bako ikan
Kita bako...kita bakoo...
Makan ramai ramai kat beranda.
Bapa mertua menunjukkan kepala ikan yg digoreng garing.
Katanya tunjuk kat kak Long (my SIL yg tak balik raya sama)
Selasa (21 Ogos) - Back to KL.. huye... eh... suka plak nak balik KL. Yelah... ce kalo dr kg sendiri.. takde nak berhuye huye punya lah. Walo masih tak keja hari Rabu tu, kami balik sbb adik MyDH follow kiterang. Dia keja ari Rabu tu. Dia tumpang semalam kat rumah kiterang. Kami pun tak kesah sbb byk hal KSU yg nak diuruskan.

Jadi, begitu lah cerita raya saya. Gambar sedondon pagi raya pun tak sempat amik. Boleh terlupa sbb dah kelam kabut nak balik Pahang lak kan. Nati lah. Ada open house ofis nati kita amik gmbr yer. 

Cerita raya uols harus lebih meriah. Gmbr pun meriah meriah belaka napaknya.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign