Pages

23 February 2012

Perihal Wacana Eksekutif INTAN


22 Feb - Alhamdulillah, diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu yg aku rasa cukup bagus dan baik. Kadang kita ni tau menda2 tu, tp tak mengamalkannya. Atau kadang saja malas nak buat. So, menda2 camni mmg bagus la. Dapat refresh balik dan belajar menda baru pulak.
Manusia.... kan mudah lupa. So, perlu selalu diingatkan.

Tajuknya Kuasa Minda dan Perwatakan Pemimpin Berkesan. By Ybhg. Prof Dr. Muhaya Muhamad. Dkt INTAN Bukit Kiara sanun.  Agensi aku anta 3 org. Mula bkn aku pun kena, ada yg lain, tp sbb dia tk dpt pegi, aku ganti. Jadi, takpe lah. Dpt ilmu kan. 


Penceramah mmg bes la kan. Salu gak tgk Prof ni kat Astro (Prima ke Oasis ah?) Ala, kalo program dia sure dia ada suh org luruskan tangan ke tepi. Pastu dia test. Masa kita lemah, masa kita kuat.

So, masa ceramah ni dia buat gak la.

Nak tulis pun, kang berjela2 aku citer. Cuma apa yg boleh disimpulkan dari ceramah ni, apa yg kita buat adalah bermula dari dalam. Kira aura/roh dalaman akan mempengaruhi fizikal kita. Kuasa dalaman sebenarnya kuat dari kuasa fizikal. Sbb tu dia buat contoh luruskan tangan tu. Bila kita pikir pasal yg gembirakan hati kita, maka fizikal kita jadi kuat. Prof tu nak tolak tgn org tu pun payah. Tp kalo kita pikir kesedihan, pasti kita otomatik jadi lemah. Begitu lah.
Pendek kata kita kena positif. Kita ada masalah pun kita positif, kita rasa susah pun kita positif, kita takde anak pun kita positif, pendek kata seme la positif. 

Keyword dia - Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya. So, u're what u're thinking. Dan lakukan semua kerana Allah.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign