Geram.
Memang geram.
Kan biasa kat mall2 ni ada yg datang propose kita utk dptkan free gift and apa2 la.
Dan biasanya menda ni mesti berakhir dgn suatu yg tak bes utk kita.
Sblm tu aku minta maaf la kut ada yg bekerja dlm bidang yg camni.
Mungkin sebenarnya sykt yg korang keja tu takde la buat menda2 yg menipu pengguna ni.
Tp kalo aku, mmg aku tak percaya langsung dengan orang yg propose suh isi borang, amik gift tetiba ni.
Kalo ada yg dtg propose, nak bagi gift itu ini, mmg tidak la aku nak amik.
Tapi kadang ni kita tak buat, org lain plak yg baik hati.
Cam aku ni ha, asben aku ni mmg lembut hatinya.
Apa je org cakap, dia trust je.
Dan yg terbaru ni aku tgh duk beli air, tau tau dia dah duk isi borang.
Katanya dpt free gift cawan.
Oke la, free gift cawan, tak kesah la, tp apsal lak beria nak isi borang bagai, bagi alamat, no phone nama segala. Adoii.. Polis pun da banyak kali bagi tau, jgn sesekali bagi data peribadi kita sewenang-wenangnya. Oke la, ko baik hati, bleh tak ko tukar kan no phone tu. Bkn dia tau pun kan.
Tapi, aku cpt2 pegi kat asben aku tu, suh dia stop.
And org2 yg suh tulis tu, marah. Aku senang je kata 'menipu ni seme'. Budak2 yg jaga tu mmg marah la aku. Tp apa aku ada hal. Ko nak saman? Nak pukul?? Berani buat la. Dah mmg menipu. Tak menipu pun aku tetap suspect menipu. Bkn salah meke, tp byk sgt kes camtu. Terlalu byk. Sehingga kalo sykt ko betul pun, org tetap akan igt tipu. Kalo nak jual produk, bukak la satu kedai, jual. Kan mudah. Apa perlu nak suh org isi borang, dpt gift bagai. Eh. Kalo btul nak jual produk mana la kita penah kena isi borang oii.. unless ko nak jadi consultant sykt tu. Ha.. tu yer. Sbb nati kita dpt keistimewaan tu. Cam Tupperware. Eh..?? Ter iklan plak. Huhu.
Ye lah, satu ko da tipu nak tgk resit belian yg orang dah belanja kat pasaraya tu. Walhal ko takde kena mengena pun ngan pasaraya tu. Kalo pasaraya tu yg nak bagi, sure la dia bagi kat kaunter bayaran atau redeem kat kaunter kan. Lps tu ko tgk resit tu lebih RM50, ko bagi gift. Mesti ada udang sebalik batu punya lah. Dan dia pilih RM50 tu sbb dia tau, rata2 org akan berbelanja byk tu. Barang skang mahal. Ko beli milo n susu anak pun da lebih RM50.
Yg asben aku ni kan, gelas tu pun dia bleh tertawan. Lain la gedebuk dia bagi ko rice cooker ke air-cond ke mungkin aku pun teruja. Tp gelas je pun kot. Yg rega tak smpai singgit pun kot. Walhal, kat umah tu, adiah kawen set gelas dulu pun ada berkotak2 lagi tak bukak. Cemna dia bleh terpaut hati dek gelas tu. Kut kalo dia bagi Freezer Mate Tupperware pun aku nak jugak kot.
Si asben aku marah jugak aku. Katanya kalo dia suh beli apa2 dia tak beli la. Dia cuma nak isi borang je. Hurm. Baik hati kan suami ku. Lantak la. Aku bukan tatau step2 derang tu. Da isi borang, bagi satu kad, koyakkan. Atau goreskan. Lps tu.... wah..abang menang itu ini. Tp kalo nak menang tu, kena beli yg ni. Ni kalo kat luar rega dia sekian, sekian, tp yg ni kita jual banyak ni je. Bila kita rambang mata, tgk yg free gift tu sesuatu yg mahal dan susah kita nak beli, kita pun jadi bangang keluar la duit utk beli yg entah berapa ringgit sebenarnya rega dia. Tiba2 kang melarat.
Mudah je kan suami ku ini. Simply2 dia bagi data dia ke orang. Aku walopun mmg kira pengguna tegar internet, mmg aku takkan simply2 bagi profile pada org walo citer peribadi aku pun cam bersepah gak la. Hahah. Tp data peribadi, never. Unless mmg aku nak masuk jadi ahli apa2.
Lagi satu yg buat aku tak percaya sgt tu sbb da kuar paper dah. Sorang org kampung da terkena beribu ringgit sbb pi buat menda camni la kat pasaraya yg aku pegi tu. Tp asben aku kata takpe... dia takkan nak beli apa2, kalo org tu suruh beli. Haha. Dia tatau taktik org tu. Org tu mmg tak suruh ko beli apa-apa, tp dia nak bagi ko hadiah.
Kalo menda2 camni, aku mmg berkira. Utk apa ko nak bagi free gift tetiba kat orang kalo takde menda ko nak in return. Bukan aku cakap besar, tp kalo setakat free gift cawan tu mmg tak la aku terpikat. Lain la ko letak Rice Dispenser Tupperware yg free, tu mmg la aku gedik2 nak kan.
Kita susah nak carik duit. Nak dptkan keja yg kita keja skang ni pun bukan senang. Nak mencari sesuap nasik bkan mudah, tp kenapa kita tak pikir seme tu, dan sesenang je nak bagi peluang pada org utk dapatkan duit kita secara illegal.
Aku tak pasan sykt apa, tp aku cam nampak ujung2 je. And masa aku duk google perihal gores dan menang aku jumpa pasal ni. Aku rasa mmg itu lah syarikatnya
Memang kadang-kadang kita pun dah berhati-hati. Tp kadang terkena jugak.
Dlm kes aku ni, aku da cukup berhati hati. Tp ada pulak yg menyerah diri. Yg aku geram tu, laki aku ni duk kata takpe, takpe. Memang satu hari dia kena tu nati atas kerana sifat kasihan dia. Oke la, mungkin bleh jadi pengajaran pada dia. Tp kalo duk perabis kan duit beli barang2 tu, duit dapur jgn digantikan dgn tu semua. Aku mmg tak hingin semua barang2 tu. Dah berlambak barang2 kat umah, yg tak terguna pun lagi ada, kut kang aku plak yg buat sykt tu. Taktik dia adalah Campak dan Menang. Nak????
Ha tu........
Perihal menda2 camni bleh baca kat sini :
Terima kasih atas komen anda :)