Pages

10 February 2012

Antara Keperluan Dan Kehendak : Part 2

Kredit : Tutor2U

Wah hahaha. Tetiba aku membuat entry berbaur marketing dan economy pepetang Jumaat ni. Choi je kan. Hahaha. 
Tetiba nak smbung perihal Antara Keperluan dan Kehendak yg penah aku buat entry dulu. Aku pun lupa dah aku penah buat. Tgk2 bila aku google "Keperluan dan Kehendak" keluar gak blog aku. Jadi yg tu Part 1, maka yg ni Part 2 la yer (T___T). Agaknya sapa search tu tak mendapat pun apa diperlukan. Aku bebel entah hapa hapa je dlm tu.

Menda ni mmg salu je bermain di minda aku ni.
Keperluan vs Kehendak.

Tapi salu je Kehendak yg menang. Ala.... ai tahu uols pun camtu, kan? kan? kan?

So, dari artikel kat atas tu, kita tau yg business ni bukan semata-mata berasaskan "keperluan'', tp membuatkan pelanggan ni akan mencari pilihan utk menjadikan "keperluan" tu kepada "kehendak", yg akhirnya menguntungkan si pembisnes (ada ke word ni?) bila timbul pula "permintaan".
*Maaf, aku bkn Major in Economy, apatah lagi Business mahupun Marketing. Cuma amik Econ 1 dan Econ 2 masa sem 1, sem 2 Degree dulu. Sbb tu ikut dan je penerangan aku ni. Segala bahan yg ada ni mmg tak bleh dijadikan bahan ilmiah.

Macam contoh atas tu la. Bila kita lapar - keperluan kita adalah makan.
Oke, basic dia makan je lah nasik kan.
Tp dah jadi kehendak tetiba nak makan McD pulak.

Itu makanan, kalo bab lain lak cam jalan-jalan gi bercuti tu pun tak kurang ada keperluan dan kehendaknya. Aku kalo membuat pilihan nak gi jalan2, mmg la salu keperluan ni bergaduh dgn kehendak. Mencikkk...

Bercuti tu aku rasa bleh dikategori sbg kehendak sebenarnya. Bukan keperluan pun. Tp bila da stress dgn keja, bila otak dah tepu, ha... time tu boleh la dia up status jadi keperluan.
So, keperluan - bercuti.

Jadi, pegi je lah bercuti kan. Tak kesah la dkt ke jauh ke. Pilihan di tangan kita. Nak yg murah, dekat leh je pegi Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang (contoh aku je ni).
Tp bila yg membuat bisness ni da napak percutian ni satu keperluan, maka derang akan buat menda tu jadi kehendak. Dan kehendak tu kadang2 jadi melampau-lampau pulak. Tp ye lah, nak salahkan yg buat bisnes ni pun tak bleh. Dah ada demand kan. Katakan kat Bagan Lalang tu la. Dia da jadi 'want' and 'demand' bila tetiba ter book Golden Palm Tree tu. (Contohhhh.... takde kena mengena pun).

Tp dah ada demand, ada yg willing, ada yg able, so, takde masalah la kan.
Kadang cam mengarut je pikir resort2 yg cecah ribu ribu. Tp ada demand lah derang buat camtu. Cam kat PD tu, cam Avilion ke, Grand Lexis ke, cepat je abis walo rega hampir nak ribu ribuan.  Setgh dari rega tu sama ngan rega tiket flight p balik HK dgn MAS yer. Tp ada je pun org duduk. Mungkin bagi org yang mampu tpt camtu jadi keperluan lah.
Bagi golongan marhaen cam aku ni,  tpt2 camtu memang kehendak je tu. Tatau cena nak halaukan dari pemikiran tah. 

Ni tgh duk berlawan-lawan la ni. Keperluan vs Kehendak.
Ada je kan. 
Dan yg menang tau je lah kan.
Tsk. Tsk. Tsk.

Sekian, entry yg memang tak berilmiah. (T_____T).
Sorry sapa yg membaca entry repekan ptg2 nih.

*Tanggungjawab bertambah tak lama lagi. Jadi mmg cuti cuti dan jalan jalan adalah satu KEPERLUAN. Hahaha. Tetiba.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign