Pages

1 February 2012

Menara Tinjau Ampang / Look Out Point Tutup

Aku pun baru tau pasal ni.
Rupanya lama dah kuar paper yer.
Aku tau dari Dee lah, masa kami lunch sama smlm. Dia kata dia bawak member dia ke atas sana. Tup2 tgk tpt Look Out Point tu dah tutup. Dia kata lupa nak google kenapa. So, utk Dee and seme yg tatau lagi. Ini lah jawapannya.


KUALA LUMPUR 19 Jan. - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak menutup semua aktiviti perniagaan di Menara Tinjau (Look Out Point) di Jalan Hulu Langat-Ampang kerana melanggar peraturan.

Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd. Rahman berkata, penutupan itu dibuat setelah pengusaha di situ dikesan melakukan tambahan dan pengubahsuaian yang keterlaluan sedangkan premis mereka berada di kawasan cerun.

Pengusaha juga, katanya, gagal mengemukakan sebarang permohonan pelan atau dokumen yang berkaitan kepada MPKj walaupun telah diberikan lima notis sejak Ogos 2011.

"Notis terakhir di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ditampal di premis berkenaan kelmarin dan operasi menutup telah dilakukan semalam.

"Selain itu, ada juga pengusaha yang dikesan beroperasi tanpa lesen," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasan Nawawi berkata, tindakan itu perlu diambil bagi mengelak kejadian runtuh memandangkan keseluruhan bangunan yang didirikan tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF).

"Berlaku pertikaman lidah antara pengusaha dengan kakitangan MPKj semasa operasi penutupan dilakukan. Pengusaha yang tidak berpuas hati boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya.

MPKj, katanya, telah meletakkan batu penghalang di pintu masuk ke kompleks itu dan orang ramai tidak dibenarkan memasuki kawasan itu untuk sebarang aktiviti.


Sumber : Utusan Malaysia


Tapi aku tak pasti, kat sini ke seme tpt2 makan cam Haven seme tu. Sini la kan. 
Cuma... satu je aku terpikir, retu ada deal (tk igt Groupon or MAD or Mydeal) utk makan kat Haven atas ni, so cena?? Mujo oh aku tak terbeli. Dan mujo jugak aku dah penah merasa makan atas ni. Dan mujo juga takde apa2 yg berlaku, sbb mmg port makan tu kat hujungggg tu. 
*web Haven LookOutPoint tu pun da tak bleh masuk dah.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign