Pages

1 October 2011

Kenangan Di Hari Tua

Aku kadang2 terpikir gak.
Apa motip aku tempek gambar kat 'alam maya' ni.
Baik kat FB mahupun kat blog.
Kadang ber motip cliche la - utk kenangan anak cucu.
Tp motip tu rasa cam bkn motip utama.
Sbb kalo nak wat kenangan harus lepas amik gmbr trus gi cuci.
Cam waktu guna kamera 'kodak' tu (seme guna perkataan 'kodak' walhal itu brand. Tkpe abaikan).
Tp lebih bermotip kalo alasan nak tunjuk pada kawan-kawan yg tak dpt tgk keadaan kita di waktu itu. 
Atau pada kawan2 yg ada pada waktu itu, tp takde kamera.
So, harus camni
"nati tag kat FB oke"
"oke".


So, common.

Dan common juga bila kita nak gitau kita makan apa, gi mana. Amik gmbo - buat mobile upload.
Mungkin nak gitau 'ai makan Tuti Fruiti ni' - tu aku la tu. Lps tu aku sendiri rasa annoyed, itu pun  nak upload, lps upload, 2,3 ari tu rasa poyosss dabel dabel.
Dan rasa poyos juga lps upload gambo laksa jangguih. Bukan gambo aku makan pun, gambo laksa. Heh! Maaf yer, xcited sgt makan laksa tu. Tp aku sker wat mobile upload, sbb aku leh curi balik gmbr tu wat bahan citer kat blog. Tak perlu aku nak upload dari kamera lagi. Maklum ler, ai bkn pengguna belekberi mahupun ipong yg leh trus wat entry kat phone. Haha.

So, menda2 tu mmg common walo kengkadang cam poyo.


Tapi nyer aku tak rasa common lagi (dan mmg terlebih poyo kot) kalo tepek gambo beratus2 dan mungkin beribu-ribu gambar dalam berpuluh2 'album' utk pegi 1 tpt sahaja.
Got my word?
No?
Oke. Camni la, katakan kita gi satu tpt tu. Yg kita rasa orang lain mmg mampuih hidup balik pun takkan dpt jejak lah. Lps tu cam biasa, amik gamba, amik gamba.
Seterusnya upload upload upload kat FB.
Dan dlm news feed kengkawan kita akan kejap kejap kuar 
'Ah Chin Chai added 3,248 new photos to the album 'melawat ke Burkina Faso : Part 1"
Kang jap lagi, atau petang kang (sbb byk ribu ribu maka lambat la upload kan)
'Ah Chin Chai added 2,251 new photos to the album 'melawat ke Burkina Faso : Part 2"

Dan seterusnya smpai ber part - part.

So, ini lah aku pikirkan ni?
Motip?
Kalo aku yg jahat ni mmg tak pikir lain lah.
Aku pikir mmg dia nak kata - aku dah pegi oversea (dibaca : bkn negara Asia mahupun ASEAN), ko hado??
Oke. Aku cuba la positif kata dia sayang nak buang gegambar seme tu.
Maka tepek je la kat situ seme. Nak gi cuci malas (kot).

Aku tak kesah orang nak upload2 gmbr kenangan kita gi mana.
Cam aku ckp kat atas tu - common.
Utk kenangan kita, utk gitau org kata gi bercuti ngan pamili, ngan asben.
Aku pun wat camtu. Tp biasa aku tak tepek byk. Aku mmg pilih2 gmbr. Takde aku nak buh skali harung dlm tu. Aku mmg hipokrit - kalo bleh gmbr muka comot, gemok, yg napak sipi2 ke, yg mulut muncung ke, yg napak punggung je ke, mmg aku tak masuk kan. Hahah. Tp kadang terpaksa sbb nak tag ke org yg ada dlm gambau tu.

Tp kalo beribu2, gambar pegi satu tpt, dan ber part-part, mmg aku tatau nak kata apa dah.
Ada ke org nak tgk? Dah la beribu, dgn lambat loading lagi. Kalo aku mmg tak kuasa.
Nak gitau apa? Nak gitau kat kawan2 lama - see, aku keja haibat, bleh gi luar negara, buat menda itu ini.

Bkn nak kata apa la. Kawan aku retu g Europe Tour. Byk negara dia pegi. Time salji lak tu. Tp gambar dia takde la ribu ribu. Aku lak rasa nak tgk lagi, nak tgk lagi. Pulak tu, gambar dia ada la sekeping dua je. Lain seme gambar kawan dia. Alahai. Kawan aku ni lagi la, gi ngan duit sendiri yer, bercuti - bkn ditanggung oleh company. Aku rasa, kalo takat ditanggung - atas dasar outstation, lagi la kut tak perlu nak tepek2 beribu.

Entah. Seme org ada motip dia tersendiri.
Yg aku nak annoyed kenapa?
Kang misti dia kata 
'ko dah kenapa? jeles? da tak mampu nak gi tpt camtu, duk dendiam'

Oke. Saya diam skang.

Tapi....
Errr.... tak puas ni, nak gi carik kawan buat 'gospen' lah.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign