Satu azam yg tak pernah ku tinggalkan setiap awal tahun.
Nak solat awal waktu. Nak solat awal waktu.
Tp at the end - tau dah. Hancus.
Aku ada baca ke dgr dalam ceramah agama, yg katanya
'kalo kita solat awal waktu, tak bertangguh, kita akan rasa waktu tu sentiasa cukup je'
Makna cam takde la nak kata tak cukup masa, tak cukup masa.
It's really meant.
Skang masuk waktu awal kan.
Sebaik je masuk waktu rehat, azan pun berkumandang (yep, kat opis kami ada azan waktu Zohor - ada staff yg bergilir2 azan)
Maka, tadi, aku pun trus amik wudhuk - solat.
Lps tu baru makan.
Dan akhirnya skang, jam di PC ni 1.31pm.
See. Biasa kalo aku makan dulu, at least 1.30 tu baru siap. Tk smpt nak tulis entry de. Kalo ada yg kuar lps rehat tu, tu mmg aku da draft dari awal kat umah (aku mmg jarang wat autopublish sbb dia salu spoil tak kuar pada waktu ditetapkan. Aku nyampah)
Tp sbb aku solat awal, maka skang aku smpat buat entry dan Insyaallah, bleh publish.
*sebenar nak wat entry contest Mekchu, tp ptg kang yer Mekchu*
Aku akui mmg jarang la aku solat on dot bila da masuk waktu.
Esp Maghrib. Haa... da terpaku dpn tibi tgk Soffiya la apa la, mana nak solat nya *mmg tak kuat iman btul*. Igt dulu time ayah ada, mmg kena marah la kalo duk terpaku dpn tibi time Maghrib. Lps tu solat laju2, zup terus tgk tibi balik. Entah khusyuk, entah bacaan cemana, wallahualam.
Skang ni lagi la, Isyak masuk awal - lagi bergegas gegas, berebut bilik air ngan laki aku.
Jahilnya aku!
Meh ni nak tazkirah sket
Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Oke. Bleh baca kelebihan solat awal waktu di sini - iluvislam
سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: ” Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu”
(Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Shahih)
kredit : here
Terima kasih atas komen anda :)