Oleh kerana berita pasal bajet masih hot hot hot, aku pun nak tumpang tempek gak pasal ni. Tp ni ada kaitan ngan pekerjaan ai la yer.
Hihi.
Oke. Mari baca ni dulu. Kredit myMetro
SBPA ganti SSM
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dalam usaha melakukan transformasi perkhidmatan awam di negara ini supaya lebih dinamik, responsif serta berorientasikan prestasi.
Sistem itu menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi membawa perubahan lebih radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan mereka berasaskan prestasi kerja.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, semalam berkata, antara elemen yang terkandung dalam SBPA termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.
Selain itu, beliau berkata, melalui SBPA, ia dapat menambah baik struktur gaji penjawat awam menerusi pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya mereka mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.
“Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi berbanding sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum RM6,325.39, kelak di bawah SBPA, gaji maksimum meningkat 37.7 peratus kepada RM8,710.
“Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah RM3,860.52, kelak nanti di bawah SBPA akan meningkat 39 peratus kepada RM5,370,” katanya.
Beliau turut mengumumkan kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 selain faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi mereka yang menerima opsyen SBPA itu.
“Dengan pelaksanaan SBPA ini, 600,000 pesara kerajaan menikmati pelarasan pencen membabitkan peruntukan RM600 juta. Mulai 2013, kerajaan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelaksanaan gaji,” katanya.
Najib turut memberi khabar gembira kepada penjawat awam yang berada pada tahap usia persaraan apabila mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 kepada 60 tahun.
Katanya, ia bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam dan tidak menjejaskan peluang pekerjaan generasi muda kerana sektor awam dan swasta terus mewujudkan peluang pekerjaan.
***
- Alhamdulillah, ada kenaikan gaji. Gaji tahunan dapat antara RM80 - RM320 (ikut gred).
- Then, utk kenaikan gaji 7 - 13% tu bagi yg opt utk skim SBPA. Cam skang ni seme ngan skim SSM. Dan kalo opt SBPA ni, kalo tak silap aku kena la pencen umo 60 tahun.
- Aku pun masih terpikir2 lagi ni. Kalo dulu, memula masuk keja mmg aku opt pencen 55thn, then 3 thn lps ada skim baru. Still aku opt 55thn. Tup2 last year aku da tukar post tu, maka otomatik aku kena amik pencen 58thn. So, skang ni kena opt lagi la napaknya.
- Apa2 pun, kita tggu je Pekeliling. Jgn pening2 kepala. Tau la HR kita membuatnya.
- Yg nyata - bonus bln 12 ni yer. Dpt la top up2 apa yg patut (dlm kepala da tingat Langkawi plak ni. Acena?? Muahahaha)
- Tahniah juga utk para guru-gaji anda antara yg tertinggi dlm sektor awam skang. Saya tumpang gembira kerana abg2 saya juga adalah guru. Tp andai kata skang ni diberi pilihan samada nak truskan kerjaya saya atau jadi guru, saya tetap pilih kerjaya saya skang (dulu kan saya suka sgt nak jadi cikgu). Sbb?? sbb saya bleh pergi bercuti time tak cuti sekolah. Huhuhu... :D
Terima kasih atas komen anda :)